You are on page 1of 42

1.

PENGHARGAAN

2. KANDUNGAN

3. JADUAL LATIHAN

Berikut merupakan jadual latihan yang telah dibuat sepanjang 2 bulan menjalani

latihan industri di Merdeka Centre.

No. Tarikh Tugasan

1. 03/07/17 – Melakukan kerja-kerja dan membantu Sekretariat Team

28/07/17 Selangor.

2. 01/08/17 – Membantu pasukan Team Selangor dalam Majlis

26/08/17 Pelancaran Team Selangor dan Geran Komuniti.


4. LATAR BELAKANG FIRMA/JABATAN

Merdeka Center secara rasminya telah ditubuhkan pada tahun 2001 sebagai satu

syarikat swasta yang diberi nama sebagai Merdeka Strategic Development Centre

Sdn Bhd (559651X). Sebagai sebuah organisasi, Merdeka Center merupakan

syarikat yang memfokuskan terhadap kajian-kajian pendapat orang awam selain

melakukan analisis dalam sosio-ekonomi. Para pekerjanya terdiri daripada pakar-

pakar bidang sains sosial, pekerja profesional yang mempunyai kelayakan ekonomi,

sains politik, komunikasi, pemasaran dan juga undang-undang.

Misi Merdeka Center adalah untuk menjadi jambatan penghubung antara rakyat

marhaen dengan pihak pentadbir yang menguruskan negara. Caranya adalah

dengan mengumpul pandangan-pandangan awam dan menentukan pendapat

mereka melalui keputusan-keputusan dapatan kajian, analisis dan lain-lain cara lagi.

Merdeka Center berdiri kukuh dengan sokongan dan nasihat dari jaringan

pakar-pakar sains sosial di Malaysia dan juga penganalisis pasaran. Mereka inilah

yang banyak membantu Merdeka Center dalam pelbagai aspek justeru

mengukuhkan lagi tapak asas Merdeka Center sebagai satu institut penyelidikan.

Selain itu, Merdeka Center juga telah banyak menjalinkan hubungan dengan

pelbagai organisasi luar negara yang menjalankan kajian pendapat. Sebagai contoh,

di Filipina (Social Weather Station), United Kingdom (MORI), Amerika Syarikat

(Western Wats).

Nama Merdeka Center sememangnya tidak asing lagi di persada Malaysia

kerana banyak nama-nama besar dalam industri baik kerajaan mahupun swasta

2
yang telah menggunakan khidmat Merdeka Center dalam mengumpul dan

menganalisis pendapat awam. Berikut merupakan antara pelanggan-pelanggan

yang pernah menggunakan khidmat Merdeka Center:

 Agensi Kerajaan : Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Wanita, Keluarga dan

Pembangunan Masyarakat, Kementerian Belia dan Sukan, Kerajaan Negeri

Selangor, dan banyak lagi.

 Institusi Akademik : Universiti Malaya, Malaysian Institute for Economic

Research, National University of Taiwan, Universiti Kebangsaan Malaysia,

University of Michigan dan lain-lain lagi.

 Korporat : KFC Malaysia, New Straits Times Press, DiGi Malaysia.

 Organisasi Antarabangsa : Friedrich Naumann Foundation, Asia Foundation,

Kedutaan Belanda dan lain-lain lagi.

4.1. Produk dan Servis

Untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan, Merdeka Center menawarkan

produk dan servis seperti yang berikut :

 Polisi Awam

 Audit Persepsi Pelanggan dan Pihak Berkepentingan

 Kajian Reputasi Pengurusan

 Kajian sosio-politik

4.2. Metod Penyelidikan

 Kuantitatif – Survei menggunakan telefon, Survei secara bersemuka

 Kualitatif – Kumpulan fokus, temubual

3
Temu bual dan kumpulan berfokus

Merdeka Center mempunyai keupayaan untuk mengendalikan temubual dan

kumpulan fokus di Semenanjung Malaysia. Mengerahkan pasukan yang terlatih

dan berpengalaman dalam kajian lapangan dan moderator.

Survei menggunakan telefon

Merdeka Center memilih telefon sebagai satu medium untuk membuat kajian

dalam kebanyakan kajian yang dijalankan. Kajian yang dijalankan oleh

Merdeka Center telah dikonstruk untuk memaksimakan kelebihan yang

disediakan dalam medium telefon ini seperti berikut :

 Pemilihan nombor telefon secara rawak – tiada kluster.

 Pemilihan responden secara rawak (selepas ditetapkan cth; pengundi)

 Kajian yang telah dicuba dengan menggunakan instrumen yang telah

direka oleh pakar.

 Prosedur yang ketat dalam panggilan semula dan pertemuan.

 Taklimat secara personal dan pengawasan

5. ORGANISASI

6. RINGKASAN KERJA

Selama dua bulan menjalani latihan industri di Merdeka Center, pengkaji telah

ditempatkan di satu projek seliaan Merdeka Center iaitu Projek Inisiatif Kenegaraan

dan Pemerkasaan Komuniti Selangor (Team Selangor). Pengkaji telah ditugaskan

untuk membantu pegawai sekretariat dalam menguruskan perjalanan projek ini.

4
Selain itu, pengkaji juga bertindak sebagai Pegawai Program Team Selangor di

mana pengkaji telah ditugaskan untuk menguruskan hal-hal berkaitan dengan

mahasiswa.

6.1. Team Selangor

Ringkasan Eksekutif

Keseluruhan modul ini dibangunkan bagi memupuk nilai kesukarelawanan dan

mengenal pasti nilai kepimpinan dalam komuniti di Selangor. Pada masa yang

sama, penglibatan langsung daripada komuniti di peringkat akar umbi akan

membantu mengenal pasti isu-isu setempat dan menghasilkan penyelesaian yang

bersifat lokal yang datang daripada komuniti sendiri. Di samping itu, diharapkan

projek ini dapat mempertingkatkan lagi kerjasama antara komuniti dan agensi

kerajaan di negeri Selangor. Oleh kerana insiatif ini sangat berteraskan penglibatan

aktif di peringkat komuniti, maka penglibatan PBT adalah sangat penting dalam

projek ini. Hal ini adalah selari dengan komitmen PBT di Malaysia terhadap Local

Agenda 21 yang secara jelas dalam Bab 28 yang “menyeru semua PBT di seluruh

dunia untuk melaksanakan proses perundingan dengan rakyatnya, organisasi

tempatan dan sektor swasta, dan mencapai persetujuan tentang ‘satu LA21’ untuk

masyarakatnya”..

Projek ini akan dimulakan dengan perbincangan bersama rakan kongsi strategik di

setiap DUN bagi menyelaraskan keseluruhan projek. Kemudian, satu siri town hall

meeting akan diadakan di setiap DUN sebagai platform kepada komuniti

berinteraksi dengan pemimpin negeri dan juga pihak berkuasa tempatan. Program

5
ini juga bertujuan mengenal pasti peserta/komuniti sasaran untuk melaksanakan

program Pemerkasaan Komuniti.

Pemerkasaan Komuniti ini dibahagikan kepada tiga modul iaitu, (1) Modul

Pendidikan Sivik, (2) Modul Pemetaan Komuniti, (3) Modul Kepimpinan. Ketiga-

tiga modul ini dibangunkan berdasarkan keperluan khusus projek ini bagi memberi

pendedahan mengenai nilai sivik yang meliputi kenegaraan, kewargaan

(citizenship) dan pemerkasaan komuniti (community empowerment); memupuk

peserta dengan nilai pemikiran kritis, menyelesaikan masalah dan kepimpinan;

melengkapkan anggota komuniti dengan kemampuan mengenal pasti, menganalisa

dan mencadangkan penyelesaian masalah atau isu di peringkat komuniti; dan,

meningkatkan kerjasama dan persefahaman antara komuniti dengan agensi

kerajaan yang berkaitan baik di peringkat kerajaan tempatan atau kerajaan negeri

di Selangor.

Setiap siri modul dijalankan dalam bentuk bengkel pemerkasaan dengan

menggunakan pendekatan penglibatan aktif peserta yang dicetuskan melalui aktiviti

yang berorientasikan permainan, pertandingan, dan simulasi dan lakon peranan

(role-play). Selain bertujuan meningkatkan penglibatan aktif setiap peserta,

pendekatan ini juga dapat mencetuskan lebih banyak perbincangan dalam kalangan

peserta dan lebih bersifat komunikasi multi-hala (multi-way communication).

6
Projek ini meletakkan sasaran untuk mengadakan 1715 program yang meliputi 56

Dewan Undangan Negeri dan 20,000 orang sukarelawan di seluruh Selangor.

Projek ini juga mensasarkan untuk melatih 500 orang melalui bengkel Pendidikan

Sivik dan Pemetaan Komuniti serta 200 orang melalui bengkel Kepimpinan.

Diharapkan pada akhir program ini, satu modul pemerkasaan komuniti khusus

dengan keperluan Selangor dapat dibangunkan.

Pengenalan Team Selangor

Objektif Utama

Keseluruhan modul ini dibangunkan bagi memupuk nilai kesukarelawanan dan

nilai kepimpinan dalam komuniti di Selangor. Pada masa yang sama, penglibatan

langsung daripada komuniti di peringkat akar umbi akan membantu mengenal pasti

isu-isu setempat dan menghasilkan penyelesaian yang bersifat lokal yang datang

daripada komuniti sendiri. Di samping itu, diharapkan projek ini dapat

mempertingkatkan lagi kerjasama antara komuniti dan agensi kerajaan di negeri

Selangor. Hal ini adalah selari dengan komitmen PBT di Malaysia terhadap Local

Agenda 21 yang secara jelas dalam Bab 28 yang “menyeru semua PBT di seluruh

dunia untuk melaksanakan proses perundingan dengan rakyatnya, organisasi

tempatan dan sektor swasta, dan mencapai persetujuan tentang ‘satu LA21’ untuk

masyarakatnya”.

Penyataan Masalah

Cabaran utama yang dihadapi oleh banyak kerajaan kini, baik di peringkat

tempatan, negeri, mahupun persekutuan, adalah meningkatkan penglibatan aktif

7
masyarakat dalam proses urus tadbir. Terdapat kecenderungan masyarakat untuk

menyerahkan tanggungjawab ini sepenuhnya kepada birokrasi kerajaan dan

mengharapkan hasil terbaik. Sedangkan, tanpa input melalui penglibatan aktif

masyarakat, birokrasi kerajaan tidak dapat berfungsi dengan cekap dan

kebergantungan seluruhnya kepada agensi kerajaan tidak akan membina

masyarakat yang mandiri.

Kebanyakan isu-isu komuniti – kebersihan, keselamatan, ameniti, dll – memerlukan

komitmen berterusan daripada anggota komuniti itu sendiri untuk terlibat sama

dalam proses merancang, melaksana dan menilai program atau projek yang

bersesuai. Hal ini bertambah sukar apabila rasa pemilikan (ownership) terhadap

program dan projek ini sangat rendah dalam diri anggota komuniti.

Selain proses urbanisasi yang meningkatkan nilai individualisme serta

mengurangkan interaksi sosial, khasnya di peringkat komuniti, terdapat juga kajian

yang menyatakan bahawa penglibatan pasif komuniti ini juga berpunca daripada

pendekatan yang digunakan oleh agensi kerajaan dalam melibatkan komuniti.

Pendekatan yang lebih top-down, kurang bersifat partisipatori dan kurang

berdasarkan penyelesaian lokal, menyukarkan komuniti untuk membina matlamat

bersama dengan agensi kerajaan.

Pada masa yang sama, terdapat juga sejumlah besar penduduk, khasnya orang

muda, yang tidak melibatkan diri dalam proses pilihan raya. Mereka ini tidak

8
mendaftarkan diri sebagai pemilih. Antara puncanya dalah mereka tidak melihat

hubungan mengundi dengan keperluan kehidupan harian mereka. Maka, adalah

menjadi cabaran kepada projek ini untuk menghubungkan kepentingan mengundi

pada pilihan raya yang bukan sahaja untuk memilih Kerajaan Persekutuan tetapi

juga Kerajaan Negeri yang responsif dan proaktif dalam menangani isu harian

masyarakat.

Penyelesaian

Oleh hal yang demikian, modul ini disesuaikan dengan keperluan khusus Selangor

bagi mengatasi cabaran-cabaran di atas. Pertamanya, modul ini akan memupuk

semangat kesukarelawanan dalam kalangan ahli komuniti dengan memaparkan

kepentingan nilai ini dalam membina komuniti yang bersih, sihat dan aktif.

Keduanya, modul ini akan membangunkan cadangan penyelesaian melalui

pendekatan partisipatori daripada kalangan ahli komuniti sendiri bagi memupuk

nilai pemilikan bersama. Modul ini juga akan membantu bagi meningkatkan lagi

interaksi antara komuniti dan agensi kerajaan di negeri Selangor.

Keseluruhan projek ini juga akan mempromosikan kepentingan untuk mendaftar

sebagai pemilih, khasnya kepada generasi muda. Maka hampir kesemua komponen

projek ini akan menjurus kepada memupuk kesedaran untuk mendaftar dan

mengundi dalam pilihan raya – sebagai salah satu nilai citizenship yang utama.

Rakan Kongsi Strategik

9
Pastinya kejayaan dalam membangunkan semangat kesukarelawanan dalam

kalangan ahli komuniti memerlukan sokongan daripada segi kepakaran, logistik,

dan sumber daripada pelbagai pihak. Maka, satu senarai rakan kongsi strategik

telah dikenal pasti untuk mencapai objektif yang telah digariskan. Rakan kongsi

strategik dalam projek ini adalah:

• Pihak Berkuasa Tempatan

• Ahli Majlis

• Pusat Khidmat ADUN/ Ahli Parlimen

• JKKK

• Persatuan penduduk

• Sekolah/Pengajian Tinggi

• NGO berkaitan

• Kumpulan tidak formal

• Individu

Kaedah Pelaksanaan

Projek ini diharap untuk melahirkan semangat kesukarelawanan dan penglibatan

aktif komuniti dalam program-program anjuran kerajaan. Secara kuantitifnya,

projek ini mensasarkan 1715 program yang meliputi 56 Dewan Undangan Negeri

dan menggerakkan 20,500 orang sukarelawan di seluruh Selangor.

10
Projek ini juga akan melatih 500 orang melalui bengkel Pendidikan Sivik dan

Pemetaan Komuniti serta 200 orang melalui bengkel Kepimpinan. Pasa peserta ini

dihasratkan untuk menjadi kumpulan sukarelawan yang aktif dalam mana-mana

program Kerajaan Negeri Selangor.

Pada masa yang sama, projek ini juga berhadap dapat meningkatkan jumlah

pendaftaran baru pemilih bagi negeri Selangor, khasnya dalam kalangan generasi

muda. Diharapkan pada akhir program ini, satu modul pemerkasaan komuniti

khusus dengan keperluan Selangor dapat dibangunkan bagi keperluan akan datang.

Perbincangan Rakan Kongsi Strategik (Stakeholder Engagement)

Peringkat pertama bagi keseluruhan projek ini adalah dengan mendapatkan

sebanyak maklumat dan konsultasi dengan pihak-pihak berkepentingan yang

terlibat secara langsung dengan komuniti sasaran.

Objektif utama:

11
1. Mengenal pasti rakan kongsi yang berpotensi di komuniti sasaran. Rakan kongsi

ini boleh terdiri daripada pertubuhan sosial, parti politik, NGO, orang perseorang

dan juga kelompok tidak formal.

2. Mengenal pasti isu yang membelenggu komuniti sasaran. Isu ini boleh bersifat

berpanjangan, bermusim atau jangka pendek yang boleh ditangani dengan cara

berbeza. Isu yang berpanjangan mungkin dalam bentuk masalah sosial, jenayah,

atau ancaman penyakit seperti denggi. Bermusim pula seperti kesesakan lalu lintas

pada masa-masa tertentu; perayaan, cuti umum, dll. Manakala jangka pendek

seperti gangguan daripada kerja-kerja pembaikan jalan. Isu-isu ini juga boleh

berbeza bagi setiap kelompok komuniti yang dihubungi.

3. Mengenal pasti program-program intervensi yang telah dan sedang dijalankan

di komuniti sasaran. Program ini boleh terdiri daripada program jangka panjang dan

jangka pendek. Turut penting adalah untuk mengenal pasti penganjur setiap

program ini; kerajaan – tempatan, negeri atau Persekutuan – dan juga pihak NGO,

komuniti dan swasta.

4. Mengenal pasti ruang intervensi dan merancang program yang berpotensi di

komuniti sasaran.

Dialog Komuniti

12
Tujuan

Dialog Komuniti bertujuan mengumpulkan komuniti untuk membincangkan

sebarang isu – yang berkaitan dengan komuniti – bagi mendapatkan pandangan dan

mencadangkan sebarang potensi penyelesaian.

Mendapatkan ahli komuniti yang berminat untuk menyertai TEAM SELANGOR

sebagai sukarelawan. Setiap sukarelawan harus didaftarkan melalui Borang F.

Rujuk Lampiran.

Mengenal pasti tema utama

Bagi merancang dan mengelolakan Dialog Komuniti dengan berkesan, tindakan

pertama adalah mengenal pasti tema isu utama bagi setiap Dialog Komuniti.

Mengetahui dengan tepat isu utama sangat mempengaruhi pelbagai aspek proses

perancangan, termasuk kandungan agenda dan penentuan siapa yang patut menjadi

ahli panel, speaker dan jemputan. Setiap komuniti memiliki dinamik tersendiri yang

harus ditangani secara berbeza. Tema isu ini dibentuk melalui perbincangan awal

bersama wakil persatuan penduduk, jawatankuasa komuniti, kumpulan

berkepentingan, wakil kerajaan tempatan, wakil pejabat DUN dan lain-lain.

Menetapkan Agenda

Setelah ada objektif yang jelas, satu senarai agenda Dialog Komuniti harus

disediakan. Agenda ini terdiri daripada dua bahagian, (1) Penerangan isu yang

13
dihadapi oleh komuniti dan (2) Usaha yang telah dilaksanakan dan (3) langkah-

langkah lain yang boleh dipertimbangkan pada masa hadapan.

Format Dialog Komuniti

Dialog Komuniti ini boleh diadakan dalam bentuk yang formal dan juga tidak

formal. Contoh dalam bentuk formal adalah sesi town hall di mana orang ramai

berhimpun dalam dewan dengan atucara yang jelas. Contohnya:

Bahagian Satu

1. Tayangan video montage (3 minit)

2. Penerangan keseluruhan Projek Ehsan (7 minit)

Bahagian Dua

3. Penerangan oleh wakil penduduk terhadap masalah yang dihadapi

4. ADUN/Ahli Majlis/ pihak berkuasa lain serta ahli panel jemputan

menggariskan usaha semasa / masa lalu dalam menangani isu ini

5. Orang ramai memberikan input / soalan dan cadangan terhadap usaha semasa

untuk langkah seterusnya

14
6. Menggariskan keputusan awal yang dicapai, mengumumkan pembentukan

jawatankuasa perlaksana untuk melaksanakan keputusan

Bagi bentuk dialog komuniti yang tidak formal pula boleh diadakan dalam bentuk

perbincangan santai seperti dalam format sembang-sembang, acara minum petang

dan sebagainya. Namun harus ditegaskan meskipun format ini tidak formal namun

agenda perbincangan adalah sama ada wajib untuk dicatatkan bagi tujuan laporan.

Pemilihan format Dialog Komuniti adalah bergantung kepada kumpulan sasar,

situasi dan keperluan setempat. Justifikasi ini harus dinyatakan dengan jelas dalam

laporan.

Aktiviti Kesukarelawan

Aktiviti kesukarelawanan merupakan komponen penting dalam keseluruhan projek

ini. Komponen ini merupakan pendedahan amali kepada peserta yang terdiri

daripada ahli komoniti sasaran itu sendiri yang bertujuan untuk memperlihatkan

bagaimana penglibatan aktif mereka akan bukan sahaja membantuk meningkatkan

kecekapan program kerajaan tetapi lebih penting lagi memberi kesan langsung dan

serta-merta kepada penduduk.

Bentuk aktiviti kesukarelawanan ini sangat pelbagai justeru tidak akan ditetapkan

dengan ketat. Ia sangat bergantung kepada kreativiti dan juga isu yang ingin

15
ditangani di komuniti sasaran. Namun begitu, terdapat beberapa panduan asas yang

boleh diikuti untuk memastikan program yang dirancang berjalan dengan lancar.

Sebelum aktiviti:

1. Mengenal pasti & merancang aktiviti kesukarelawanan di komuniti sasaran

2. Memaklumkan komuniti sasaran melalui hebahan kain rentang dan sebagainya

3. Menentukan tempoh masa & keperluan aktiviti; bilangan peserta, kelengkapan

& alatan aktiviti (cat, cangkul, plastik sampah, dll), makanan & minuman

4. Memastikan langkah-langkah keselamatan sewajarnya telah diambil

Semasa aktiviti

1. Pendaftaran peserta

2. Memberi penerangan kepada peserta mengenai aktiviti yang akan dijalankan

termasuk tempoh & batasan kawasan aktiviti, keselamatan dan sebagainya

3. Memastikan aktiviti dijalankan dalam suasana yang ceria dan selesa

Selepas aktiviti

16
1. Mengadakan taklimat ringkas mengenai aktiviti

2. Mendapatkan maklum balas peserta

3. Dokumentasi

17
18
Pelan

Pelaksanaan

A. Pelan Pelaksanaan Projek Kenegaraan dan Pemerkasaan Komuniti Secara

19
Keseluruhan

Jadual 1: Rumusan Sasaran Program dan Sukarelawan

Bil. Program Setiap suku


Kategori Kawasan Jenis program
Q1 Q2 Q3 Q4 Jumlah Jumlah Keseluruhan

Community program 10 165 165 165 505

State Rider 25 325 325 325 1000 1715

Jumlah keseluruhan 56 DUN

Networking Selangor 0 70 70 70 210

Number of Volunteers 1000 6500 6500 6500 20500 20500

B. Pelan Pelaksanaan Sukuan Projek Kenegaraan dan Pemerkasaan Komuniti

Jadual 2: Sasaran Program dan Sukarelawan mengikut Kawasan Berdasarkan Minat

Kawasan Jenis Program Q1 Q2 Q3 Q4 JUMLAH


Community Program 0 115 115 115 345
State Rider 0 228 228 228 684
Kawasan A (26 DUN)
Networking Selangor 0 49 49 49 147
No of volunteers 0 4550 4550 4550 13650
Community Program 0 33 33 33 99
State Rider 0 65 65 65 195
Kawasan B (20 DUN)
Networking Selangor 0 14 14 14 42
No of volunteers 0 1300 1300 1300 3900
Community Program 0 17 17 17 51
State Rider 0 32 32 32 96
Kawasan C (10 DUN)
Networking Selangor 0 7 7 7 21
No of volunteers 0 650 650 650 1950

Jadual 3: Sasaran Program dan Sukarelawan mengikut Kawasan Berdasarkan Minat

20
Q2 Q3 Q4
Kawasan DUN Jumlah Jumlah Jumlah JUMLAH
4 5 6 7 8 9 10 11 12
Community Program 38 38 39 115 38 38 39 115 38 38 39 115 345
State Rider 76 76 76 228 76 76 76 228 76 76 76 228 684
Kawasan A (26 DUN)
Networking Selangor 16 16 17 49 16 16 17 49 16 16 17 49 147
No of volunteers 1516 1517 1517 4550 1516 1517 1517 4550 1516 1517 1517 4550 13650
Community Program 11 11 11 33 11 11 11 33 11 11 11 33 99
State Rider 21 22 22 65 21 22 22 65 21 22 22 65 195
Kawasan B (20 DUN)
Networking Selangor 4 5 5 14 4 5 5 14 4 5 5 14 42
No of volunteers 433 433 434 1300 433 433 434 1300 433 433 434 1300 3900
Community Program 5 6 6 17 5 6 6 17 5 6 6 17 51
State Rider 10 11 11 32 10 11 11 32 10 11 11 32 96
Kawasan C (10 DUN)
Networking Selangor 2 2 3 7 2 2 3 7 2 2 3 7 21
No of volunteers 216 217 217 650 216 217 217 650 216 217 217 650 1950

C. Pelan pelaksanaan Projek Kenegaraan dan Pemerkasaan Komuniti mengikut Jenis


Program

Jadual 4: Sasaran Bulanan untuk Program Pemerkasaan Komuniti

Q2 Q3 Q4
Kawasan Jumlah Jumlah Jumlah Jumlah
4 5 6 7 8 9 10 11 12
Kawasan A (26 DUN) 38 38 39 115 38 38 39 115 38 38 39 115 345
Kawasan B (20 DUN) 11 11 11 33 11 11 11 33 11 11 11 33 99
Kawasan C (10 DUN) 5 6 6 17 5 6 6 17 5 6 6 17 51
Jumlah 54 55 56 165 54 55 56 165 54 55 56 165 495

Jadual 5: Sasaran Bulanan untuk Program ‘State Rider’

Q2 Q3 Q4
Kawasan Jumlah Jumlah Jumlah Jumlah
4 5 6 7 8 9 10 11 12
Kawasan A (26 DUN) 76 76 76 228 76 76 76 228 76 76 76 228 684
Kawasan B (20 DUN) 21 22 22 65 21 22 22 65 21 22 22 65 195
Kawasan C (10 DUN) 10 11 11 32 10 11 11 32 10 11 11 32 96
Jumlah 107 109 109 325 107 109 109 325 107 109 109 325 975

Jadual 6: Sasaran Bulanan untuk Program ‘Networking Selangor’

Q2 Q3 Q4
Kawasan Jumlah Jumlah Jumlah Jumlah
4 5 6 7 8 9 10 11 12
Kawasan A (26 DUN) 16 16 17 49 16 16 17 49 16 16 17 49 147
Kawasan B (20 DUN) 4 5 5 14 4 5 5 14 4 5 5 14 42
Kawasan C (10 DUN) 2 2 3 7 2 2 3 7 2 2 3 7 21
Jumlah 22 23 25 70 22 23 25 70 22 23 25 70 210

Jadual 7: Sasaran Bulanan bagi Bilangan Sukarelawan

21
Q2 Q3 Q4
Kawasan Jumlah Jumlah Jumlah Jumlah
4 5 6 7 8 9 10 11 12
Kawasan A (26 DUN) 1516 1517 1517 4550 1516 1517 1517 4550 1516 1517 1517 4550 13650
Kawasan B (20 DUN) 433 433 434 1300 433 433 434 1300 433 433 434 1300 3900
Kawasan C (10 DUN) 216 217 217 650 216 217 217 650 216 217 217 650 1950
Jumlah 2165 2167 2168 6500 2165 2167 2168 6500 2165 2167 2168 6500 19500

D. Pelan Pelaksanaan Projek Kenegaraan dan Pemerkasaan Komuniti mengikut Jenis


Program

Jadual 8: Sasaran Bulanan mengikut DUN untuk Program Pemerkasaan Komuniti

22
Q1 Q2 Q3 Q4
Kawasan DUN Jumlah
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
Batang Kali 2 2 2 2 2 2 2 2 2 18
Permatang 2 2 2 2 2 2 2 2 2 18
Bukit Melawati 2 2 2 2 2 2 2 2 2 18
ijok 2 2 2 2 2 2 2 2 2 18
Kuang 2 2 2 2 2 2 2 2 2 18
Batu Caves 2 2 2 2 2 2 2 2 2 18
Semenyih 2 2 2 2 2 2 2 2 2 18
Taman medan 2 2 2 2 2 2 2 2 2 18
Kota Damansara 2 2 2 2 2 2 2 2 2 18
Kota Anggerik 2 2 2 2 2 2 2 2 2 18
Batu Tiga 2 2 2 2 2 2 2 2 2 18
Sementa 2 2 2 2 2 2 2 2 2 18
Pelabuhan Klang 1 1 2 1 1 2 1 1 2 12
Kawasan A 1 1 1 1 1 1 1 1 1 9
Dengkil
Rawang 1 1 1 1 1 1 1 1 1 9
TamanTempler 1 1 1 1 1 1 1 1 1 9
Gombak Setia 1 1 1 1 1 1 1 1 1 9
Hulu Kelang 1 1 1 1 1 1 1 1 1 9
Bukit Antarabangsa 1 1 1 1 1 1 1 1 1 9
Kajang 1 1 1 1 1 1 1 1 1 9
Seri Setia 1 1 1 1 1 1 1 1 1 9
Bukit Lanjan 1 1 1 1 1 1 1 1 1 9
Paya Jaras 1 1 1 1 1 1 1 1 1 9
Seri Andalas 1 1 1 1 1 1 1 1 1 9
Sri Muda 1 1 1 1 1 1 1 1 1 9
Sijangkang 1 1 1 1 1 1 1 1 1 9
Sungai Air Tawar 1 0 1 1 0 1 1 0 1 6
Sabak 0 1 0 0 1 0 0 1 0 3
Sungai Panjang 1 0 1 1 0 1 1 0 1 6
Sekinchan 0 1 0 0 1 0 0 1 0 3
Hulu Bernam 1 0 1 1 0 1 1 0 1 6
Kuala Kubu Baharu 0 1 1 0 1 1 0 1 1 6
Sungai Burong 0 1 1 0 1 1 0 1 1 6
Jeram 1 0 1 1 0 1 1 0 1 6
Lembah Jaya 0 1 0 0 1 0 0 1 0 3
Pandan Indah 0 1 1 0 1 1 0 1 1 6
Kawasan B 1 0 1 1 0 1 1 0 1 6
Dusun Tua
Sungai Ramal 0 1 0 0 1 0 0 1 0 3
Seri Serdang 0 1 1 0 1 1 0 1 1 6
Bukit Gasing 1 0 0 1 0 0 1 0 0 3
Meru 0 1 1 0 1 1 0 1 1 6
Selat Klang 1 0 1 1 0 1 1 0 1 6
Banting 1 1 0 1 1 0 1 1 0 6
Morib 1 0 0 1 0 0 1 0 0 3
Tanjong Sepat 1 0 0 1 0 0 1 0 0 3
Sungai Pelek 1 1 0 1 1 0 1 1 0 6
Teratai 1 0 1 0 0 1 1 0 1 5
Balakong 0 1 1 0 1 0 0 1 1 5
Seri Kembanagan 1 0 1 0 0 1 1 0 1 5
Kinrara 0 1 0 1 1 1 0 1 0 5
Subang Jaya 1 0 0 1 0 0 1 1 1 5
Kawasan C 0 1 0 0 1 1 0 1 1 5
Kampung Tunku
Bandar Utama 1 0 1 1 1 0 1 0 0 5
Bandar baru Klang 1 1 0 1 0 0 1 1 0 5
Pandamaran 0 1 1 0 1 1 0 1 0 5
Kota Alam Shah 0 1 1 0 1 1 0 0 1 5
JUMLAH 54 55 56 53 55 56 54 55 56 494

Jadual 9: Sasaran Bulanan mengikut DUN untuk Program ‘State Rider’

23
Q1 Q2 Q3 Q4
Kawasan DUN Jumlah
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
Batang Kali 3 3 3 3 3 3 3 3 3 27
Permatang 3 3 3 3 3 3 3 3 3 27
Bukit Melawati 3 3 3 3 3 3 3 3 3 27
ijok 3 3 3 3 3 3 3 3 3 27
Kuang 3 3 3 3 3 3 3 3 3 27
Batu Caves 3 3 3 3 3 3 3 3 3 27
Semenyih 3 3 3 3 3 3 3 3 3 27
Taman Medan 3 3 3 3 3 3 3 3 3 27
Kota Damansara 3 3 3 3 3 3 3 3 3 27
Kota Anggerik 3 3 3 3 3 3 3 3 3 27
Batu Tiga 3 3 3 3 3 3 3 3 3 27
Sementa 3 3 3 3 3 3 3 3 3 27
Pelabuhan Klang 3 3 3 3 3 3 3 3 3 27
Kawasan A
Dengkil 3 3 3 3 3 3 3 3 3 27
Rawang 3 3 3 3 3 3 3 3 3 27
TamanTempler 3 3 3 3 3 3 3 3 3 27
Gombak Setia 3 3 3 3 3 3 3 3 3 27
Hulu Kelang 3 3 3 3 3 3 3 3 3 27
Bukit Antarabangsa 3 3 3 3 3 3 3 3 3 27
Kajang 3 3 3 3 3 3 2 3 3 26
Seri Setia 3 3 3 3 3 3 3 2 3 26
Bukit Lanjan 3 3 3 3 3 2 3 3 3 26
Paya Jaras 3 3 3 2 3 3 3 3 3 26
Seri Andalas 3 3 2 3 2 3 3 3 3 25
Sri Muda 2 2 3 3 2 2 3 2 2 21
Sijangkang 2 2 2 2 3 3 2 3 2 21
Sungai Air Tawar 1 1 1 1 1 1 1 2 1 10
Sabak 1 1 1 1 1 1 1 2 1 10
Sungai Panjang 1 1 1 1 1 1 2 1 1 10
Sekinchan 1 1 1 1 1 2 1 1 1 10
Hulu Bernam 1 1 1 1 1 2 1 1 1 10
Kuala Kubu Baharu 1 1 1 1 2 1 1 1 1 10
Sungai Burong 1 1 1 2 1 1 1 1 1 10
Jeram 1 1 2 1 1 1 1 1 1 10
Lembah Jaya 1 1 1 1 1 1 1 1 1 9
Chempaka 1 1 1 1 1 1 1 1 1 9
Kawasan B
Dusun Tua 1 1 1 1 1 1 1 1 1 9
Bangi 1 1 1 1 1 1 1 1 1 9
Seri Serdang 1 1 1 1 1 1 1 1 2 10
Bukit Gasing 1 1 1 1 1 1 1 1 1 9
Meru 1 1 1 1 1 1 1 1 1 9
Selat Klang 1 1 1 1 1 1 1 1 2 10
Teluk Datuk 1 1 1 1 1 1 1 1 1 9
Morib 1 1 1 1 1 1 1 1 2 10
Tanjong Sepat 1 2 1 1 2 1 1 2 1 12
Sungai Pelek 2 2 2 1 1 1 1 1 1 12
Teratai 1 2 1 1 2 1 1 1 1 11
Balakong 1 1 1 1 1 2 1 1 1 10
Seri Kembanagan 1 1 2 1 1 1 1 1 1 10
Kinrara 1 1 1 1 1 1 1 1 1 9
Subang Jaya 1 1 1 1 1 1 1 1 1 9
Kawasan C
Kampung Tunku 1 1 1 1 1 1 1 1 1 9
Damansara Utama 1 1 1 1 1 1 1 1 1 9
Sungai Pinang 1 1 1 1 1 1 1 1 1 9
Pandamaran 1 1 1 1 1 1 1 1 1 9
Kota Alam Shah 1 1 1 1 1 1 1 1 1 8
JUMLAH 107 109 109 107 109 109 107 109 109 975

Jadual 10: Sasaran Bulanan mengikut DUN untuk Program ‘Networking Selangor’

24
Q1 Q2 Q3 Q4
Kawasan DUN Jumlah
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
Batang Kali 1 1 1 1 1 0 1 1 0 7
Permatang 1 1 0 1 1 0 1 1 1 7
Bukit Melawati 1 1 0 0 1 1 1 1 1 7
ijok 1 1 0 1 1 0 1 1 1 7
Kuang 1 1 0 1 1 0 1 1 1 7
Batu Caves 1 1 0 1 1 1 0 1 1 7
Semenyih 1 1 0 1 1 1 0 1 1 7
Taman medan 1 1 1 0 1 1 0 1 1 7
Kota Damansara 1 1 1 0 1 1 0 1 1 7
Kota Anggerik 1 1 1 0 1 1 0 1 1 7
Batu Tiga 1 1 1 0 1 1 1 0 1 7
Sementa 1 0 1 1 0 1 1 1 1 7
Pelabuhan Klang 1 0 1 1 0 1 1 1 1 7
Kawasan A
Dengkil 1 0 1 1 0 1 1 1 1 7
Rawang 1 1 0 1 0 1 1 1 1 7
TamanTempler 1 1 0 1 0 1 1 1 1 7
Gombak Setia 0 1 1 0 0 1 1 0 1 5
Hulu Kelang 0 1 0 0 0 1 1 1 0 4
Bukit Antarabangsa 0 1 1 0 0 1 1 0 1 5
Kajang 0 0 1 1 0 1 1 0 0 4
Seri Setia 0 0 1 1 0 1 1 0 0 4
Bukit Lanjan 0 0 1 1 1 0 0 0 0 3
Paya Jaras 0 0 1 1 1 0 0 0 0 3
Seri Andalas 0 0 1 1 1 0 0 0 0 3
Sri Muda 0 0 1 0 1 0 0 0 0 2
Sijangkang 0 0 1 0 1 0 0 0 0 2
Sungai Air Tawar 1 0 0 0 0 0 0 0 1 2
Sabak 1 0 0 0 0 0 0 0 1 2
Sungai Panjang 1 0 0 0 0 0 0 0 1 2
Sekinchan 1 0 0 0 0 0 0 0 1 2
Hulu Bernam 0 0 0 0 0 0 0 1 1 2
Kuala Kubu Baharu 0 1 0 0 1 0 0 0 0 2
Sungai Burong 0 1 0 0 1 0 0 0 0 2
Jeram 0 1 0 0 1 0 0 0 0 2
Lembah Jaya 0 1 0 0 1 0 0 0 0 2
Pandan Indah 0 1 0 0 1 0 0 0 0 2
Kawasan B
Dusun Tua 0 0 1 0 0 1 0 0 0 2
Sungai Ramal 0 0 1 0 0 1 0 0 0 2
Seri Serdang 0 0 1 0 0 1 0 0 0 2
Bukit Gasing 0 0 1 0 0 1 0 0 0 2
Meru 0 0 1 0 0 1 0 0 0 2
Selat Klang 0 0 0 1 0 0 1 0 0 2
Banting 0 0 0 1 0 0 1 1 0 3
Motib 0 0 0 1 0 0 1 1 0 3
Tanjong Sepat 0 0 0 1 0 0 0 1 0 2
Sungai Pelek 0 0 0 0 0 0 1 1 0 2
Teratai 1 0 0 0 0 0 0 1 0 2
Balakong 1 0 0 0 0 0 0 0 1 2
Seri Kembangan 0 1 0 0 0 0 0 0 1 2
Kinrara 0 1 0 0 0 1 0 0 0 2
Subang Jaya 0 0 1 0 0 1 0 0 0 2
Kawasan C
Kampung Tunku 0 0 1 0 0 1 0 0 0 2
Bandar Utama 0 0 1 0 0 0 1 0 0 2
Bandar Baru Klang 0 0 0 1 0 0 1 0 0 2
Pandamaran 0 0 0 1 1 0 0 0 0 2
Kota Alam Shah 0 0 0 0 1 0 0 1 1 3
JUMLAH 22 23 25 22 23 25 22 23 25 210

Jadual 11: Sasaran Bulanan bagi Bilangan Sukarelawan mengikut DUN

25
Q1 Q2 Q3 Q4
Kawasan DUN Jumlah
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
Batang Kali 58 58 58 58 58 58 58 58 58 522
Permatang 58 58 58 58 58 58 58 58 58 522
Bukit Melawati 58 58 58 58 58 58 58 58 58 522
ijok 58 58 58 58 58 58 58 58 58 522
Kuang 58 58 58 58 58 58 58 58 58 522
Batu Caves 58 58 58 58 58 58 58 58 58 522
Semenyih 58 58 58 58 58 58 58 58 58 522
Taman medan 58 58 58 58 58 58 58 58 58 522
Kota Damansara 58 58 58 58 58 58 58 58 58 522
Kota Anggerik 58 58 58 58 58 58 58 58 58 522
Batu Tiga 58 58 58 58 58 58 58 58 58 522
Sementa 58 58 58 58 58 58 58 58 58 522
Pelabuhan Klang 58 58 58 58 58 58 58 58 58 522
Kawasan A
Dengkil 58 58 58 58 58 58 58 58 58 522
Rawang 58 58 58 58 58 58 58 58 58 522
TamanTempler 58 58 58 58 58 58 58 58 58 522
Gombak Setia 58 58 58 58 58 58 58 58 58 522
Hulu Kelang 58 59 59 58 59 59 58 59 59 528
Bukit Antarabangsa 59 59 59 59 59 59 59 59 59 531
Kajang 59 59 59 59 59 59 59 59 59 531
Seri Setia 59 59 59 59 59 59 59 59 59 531
Bukit Lanjan 59 59 59 59 59 59 59 59 59 531
Paya Jaras 59 59 59 59 59 59 59 59 59 531
Seri Andalas 59 59 59 59 59 59 59 59 59 531
Sri Muda 59 59 59 59 59 59 59 59 59 531
Sijangkang 59 59 59 59 59 59 59 59 59 531
Sungai Air Tawar 22 22 22 22 22 22 22 22 22 198
Sabak 22 22 22 22 22 22 22 22 22 198
Sungai Panjang 22 22 22 22 22 22 22 22 22 198
Sekinchan 22 22 22 22 22 22 22 22 22 198
Hulu Bernam 22 22 22 22 22 22 22 22 22 198
Kuala Kubu Baharu 22 22 22 22 22 22 22 22 22 198
Sungai Burong 22 22 22 22 22 22 22 22 22 198
Jeram 22 22 22 22 22 22 22 22 22 198
Lembah Jaya 22 22 22 22 22 22 22 22 22 198
Kawasan B Pandan Indah 22 22 22 22 22 22 22 22 22 198
Dusun Tua 22 22 22 22 22 22 22 22 22 198
Sungai Ramal 22 22 22 22 22 22 22 22 22 198
Seri Serdang 22 22 22 22 22 22 22 22 22 198
Bukit Gasing 22 22 22 22 22 22 22 22 22 198
Meru 21 21 22 21 21 22 21 21 22 192
Selat Klang 21 21 21 21 21 21 21 21 21 189
Banting 21 21 21 21 21 21 21 21 21 189
Motib 21 21 21 21 21 21 21 21 21 189
Tanjong Sepat 21 21 21 21 21 21 21 21 21 189
Sungai Pelek 21 21 21 21 21 21 21 21 21 189
Teratai 22 22 22 22 22 22 22 22 22 198
Balakong 22 22 22 22 22 22 22 22 22 198
Seri Kembanagan 22 22 22 22 22 22 22 22 22 198
Kinrara 22 22 22 22 22 22 22 22 22 198
Subang Jaya 22 22 22 22 22 22 22 22 22 198
Kawasan C
Kampung Tunku 21 22 22 21 22 22 21 22 22 195
Bandar Utama 21 21 21 21 21 21 21 21 21 189
Bandar Baru Klang 21 21 21 21 21 21 21 21 21 189
Pandamaran 21 21 21 21 21 21 21 21 21 189
Kota Alam Shah 21 21 21 21 21 21 21 21 21 189
JUMLAH 2165 2167 2168 2165 2167 2168 2165 2167 2168 19500

26
Modul Pemerkasaan Komuniti

Pengenalan

Bahagian ini merupakan komponen pendidikan untuk memperkasakan peserta yang terdiri
daripada ahli komuniti sendiri. Melalui latihan ini, diharapkan para peserta dapat membina
kefahaman mengenai kesukarelawanan dan kepentingan untuk terlibat aktif dalam proses
demokrasi di negeri Selangor.

Projek ini dibahagikan kepada tiga modul iaitu, (1) Modul Pendidikan Sivik, (2) Modul
Pemetaan Komuniti, (3) Modul Kepimpinan. Ketiga-tiga modul ini dibangunkan berdasarkan
keperluan khusus projek ini bagi mencapai objektif-objektif berikut;

a) Memberi pendedahan mengenai nilai sivik yang meliputi kenegaraan, kewarganegaraan


(citizenship) dan pemerkasaan komuniti (community empowerment);
b) Memupuk peserta dengan nilai pemikiran kritis, menyelesaikan masalah dan kepimpinan;
c) Melengkapkan anggota komuniti dengan kemampuan mengenal pasti, menganalisa dan
mencadangkan penyelesaian masalah atau isu di peringkat komuniti; dan,
d) Meningkatkan kerjasama dan persefahaman antara komuniti dengan agensi kerajaan yang
berkaitan baik di peringkat kerajaan tempatan atau kerajaan negeri di Selangor.

Objektif

Modul (1) dibangunkan bagi mencapai objektif (a), Modul (2) dibangunkan bagi mencapai
objektif (c) dan (d), manakala Modul (3) pula dibentuk bagi mencapai objektif (b).

Modul Objektif

Modul a) Memberi pendedahan mengenai nilai sivik yang meliputi


Pendidikan Sivik kenegaraan, kewarganegaraan (citizenship) dan pemerkasaan
komuniti (community empowerment);

Modul Pemetaan c) Melengkapkan anggota komuniti dengan kemampuan mengenal


pasti, menganalisa dan mencadangkan penyelesaian masalah atau
Komuniti isu di peringkat komuniti;
d) Meningkatkan kerjasama dan persefahaman antara komuniti dengan
agensi kerajaan yang berkaitan baik di peringkat kerajaan tempatan
atau kerajaan negeri di Selangor.

27
Modul b) Memupuk peserta dengan nilai pemikiran kritis, menyelesaikan
Kepimpinan masalah dan kepimpinan;

28
Format Perlaksanaan Modul

Modul pula menggunakan pendekatan penglibatan aktif peserta yang dicetuskan melalui
aktiviti yang berorientasikan permainan, pertandingan, dan simulasi dan lakon peranan (role-
play). Selain bertujuan meningkatkan penglibatan aktif setiap peserta, pendekatan ini juga dapat
mencetuskan lebih banyak perbincangan dalam kalangan peserta dan lebih bersifat komunikasi
multi-hala (multi-way communication).1

Kandungan modul juga bukan berbentuk pemerihalan (descriptive) yang cenderung bersifat
indoktrinisasi (atau nyah-indoktrinisasi [de-indoctrination]). Tetapi sebaliknya, modul ini
direka untuk melengkapkan peserta dengan kaedah berfikir yang melibatkan penaakulan
(reasoning) dan epistemic logic.2

Maka, segala penjelasan teori dan konsep dibuat melalui visual dan analogi (deduktif dan
induktif) bagi memudahkan kefahaman dan membantu peserta menghubungkan konsep yang
abstrak dengan sesuatu yang lebih nyata dan dekat dengan kehidupan harian mereka. Kaedah
ini bagi memastikan para peserta diperkasakan dalam membina hujah dan membuat keputusan
dalam sesuatu perkara.

Oleh kerana output keseluruhan program ini adalah untuk memperkasakan peserta dengan
kemampuan analisa masalah dan menyelesaikannya, maka setiap latihan dibentuk bagi
memastikan setiap cadangan dan idea bersifat praktikal dan mampu dilaksanakan oleh peserta
kemudiannya. Pada masa yang sama, modul yang disediakan juga mampu mengenal pasti
individu yang mempunyai bakat kepimpinan seperti kemampuan artikulasi idea, mengelola
perbincangan dan menguruskan masalah.

Setiap aktiviti dipecahkan kepada dua bahagian utama. Bahagian pertama ialah permainan,
simulasi dan lakon-peranan. Bahagian kedua pula adalah perbincangan teori dan konsep yang
dihubungkan semula secara induktif dengan aktiviti sebelumnya.

1
Unicef: Life Skills Civic Education Module – Facilitator Guide (n.d)
2
Konrad-Adenauer-Stiftung: Guide on Facilitation Skills and Methods of Adult Education (2011)

29
Kemahiran

Keempat-empat modul ini dibangunkan dengan tujuan untuk menyemai, memupuk dan
menggilap kualiti yang harus ada dalam kalangan warga, khususnya di Selangor. Bagi
mewujudkan masyarakat yang percaya diri dan mandiri, terdapat beberapa kualiti asas yang
harus ada;

1. Pemikiran kritis

2. Kemampuan mencerap, menapis dan menganalisa maklumat

3. Kemampuan menilai dan mencadangkan penyelesaian

4. Kemampuan mengorganisasi dan berorganisasi

5. Memiliki nilai kesukarelawanan yang tinggi.

Pemantauan dan Penilaian

Pemantauan dan penilaian dalam modul-modul ini meliputi:

 Semak jangkaan (expectations check) oleh peserta


 Senarai semak fasilitator
 Penilaian bengkel oleh peserta

30
Rangka Modul

Aktiviti Objektif Kandungan Tempoh

Modul Pendidikan Sivik

Mendedahkan peserta Konsep dan perbezaan antara


dengan sejarah negara sejarah politik & sejarah
Sejarah Siapa? sosial 90 minit

Warga & Negara Mendedahkan peserta Konsep dan peranan negara


dengan konsep citizenship (state)

90 minit
Konsep dan peranan warga
(citizen)

Suka & Rela Mendedahkan peserta Operationalise definition


dengan konsep bagi konsep
kesukarelawanan dan kesukarelawanan dan
active citizenship kepentingannya dalam 90 minit
masyarakat sivil

Modul Pemetaan Komuniti

Alat analisa (I) Melengkapkan peserta


dengan alat analisa sosial
yang sewajarkan sebagai Membina peringkat analisa
asas kepada aktiviti yang tepat
90 minit
selanjutnya

Alat analisa (II) Melengkapkan peserta Membina perspektif sosial &


dengan alat analisa sosial politik yang jelas
yang sewajarkan sebagai
asas kepada aktiviti 90 minit
selanjutnya Mengelakkan falasi

31
Pemetaan komuniti Mengenal pasti dinamik Mengenal pasti & mengkaji
komuniti yang dikaji, isu hubungan antara sumber,
dan cadangan intervensi topografi, penempatan dan
aktiviti komuniti

Membolehkan peserta
menggambarkan perubahan
(fizikal dan bukan fizikal)
dalam komuniti mereka

90 minit
Mencadangkan penyelesai
terhadap isu yang dihadapi
oleh komuniti

Menggerakkan Merangka kertas kerja Mengenal pasti batasan


projek komuniti bagi projek komuniti yang daripada segi sumber & masa
telah dikenal pasti melalui
aktiviti pemetaan
komuniti Mengenal pasti rakan kongsi
dan benefisiari
90 minit

Merancang dan menjalankan


projek secara bersama

Siapa Pemimpin Mengenal pasti kualiti Memahami kualiti


Terhebat? dan ciri seorang kepimpinan pada seorang
pemimpin. tokoh dan keterbatasannya 90 minit

Drama 30 saat Mekanisme bagi Nilai ketelusan dan


memastikan pemimpin akauntabiliti dalam;
memiliki ciri telus dan
bertanggungjawab.
(1) diri individu
(2) struktur/sistem
Mekanisme bagi
90 minit
mengukur ketelusan dan
Mekanisme mengurangkan
kebertanggungjawaban.
kemungkinan berlaku salah
guna kuasa/ penyelewengan

Kisah Bangau & Mendedahkan peserta Operationalise definition


Musang dengan konsep equality bagi istilah equality dan
dan equity dan equity

32
aplikasinya dalam
penggubalan dasar.
Perbezaan antara kedua-
duanya
90 minit

Menyemak amalan konsep


ini dalam dasar awam sedia
ada

Tema & Topik Perbincangan Sistem Kenegaraan Malaysia

Setiap modul dibangunkan dengan tema dan topik perbincangan yang luas, namun setiap
satunya akan menyentuh secara khusus tema dan topik perbincangan tertentu yang secara
spesifik berkaitan dengan sistem kenegaraan Malaysia. Perinciannya sebagaimana di bawah:

Modul Pendidikan Sivik

Aktiviti Tema Topik Perbincangan


Sejarah Siapa? Sejarah Awal Negara Zaman Pra-Kolonial
Zaman Kolonialisme
Zaman Kebangkitan Nasionalisme
Zaman Kemerdekaan
Sejarah Pasca-Merdeka Transformasi Sosial Negara
Perubahan Ekonomi
Pembangunan sosio-politik
Warga & Sistem Pemerintahan Falsafah & Prinsip Demokrasi
Negara Demokrasi Berparlimen & Berparlimen
Raja Berpelembagaan
Sistem Federalisme Hubungan Kerajaan Persekutuan &
Negeri & Cabarannya
Kepentingan Pilihan Raya Kuasa memilih oleh rakyat
Kebertangungjawaban kerajaan
Suka & Rela Perlembagaan Persekutuan Peranan Warga & Tanggungjawab
Kerajaan

Modul Pemetaan Komuniti

Aktiviti Tema Topik Perbincangan


Pemetaan Pentadbiran Negeri & Peranan & Bidang Kuasa
Komuniti Kerajaan Tempatan (1) Dewan Undangan Negeri
(2) Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
(3) Pihak Berkuasa Tempatan

33
Modul Kepimpinan

Aktiviti Tema Topik Perbincangan


Siapa Politik & Dasar Awam Kepimpinan Negara & Negeri
Pemimpin Sumbangan Tokoh Politik Negara &
Terhebat? Negeri

Drama 30 saat Urus Tadbir Baik Doktrin Pemisahan kuasa dan semak &
imbang (teori & amalan di peringkat
Persekutuan dan Negeri Selangor)

Dasar ketelusan & Kebertanggungjawaban


yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri
Selangor
Kisah Bangau Dasar & Program Sosio- Merakyatkan Ekonomi Selangor
& Musang Ekonomi Kerajaan Negeri Perumahan Mampu Milik Selangor
Selangor Pembangunan Belia Selangor
Program Smart Selangor
Sentuhan Rakyat Selangor

Perincian penuh modul sila rujuk Modul Latihan Pemerkasaan Komuniti.

34
Dokumentasi

Laporan
Paperwork
Program

Tracking

Proses Laporan

Perbelanjaan Harian ketika menjalankan Kerja Lapangan

Semua Pegawai Program harus mengisi Borang A1, A2, B, C1, C3 & D bagi setiap tuntutan
perjalanan, time sheet, ‘petty cash’, elaun, dan kehadiran lain-lain tuntutan berkaitan. Setiap
tuntutan ini hendaklah dibuat selari dengan kehadiran program dan mesti selari dengan
KPI/output yang telah disasarkan bagi setiap Pegawai Program.

Pengurus Program bertanggungjawab terhadap perbelanjaan keseluruhan yang dinyatakan


dalam Borang C2.

Geran Aktiviti Inisiatif Kenegaraan & Pemerkasaan Komuniti Selangor

Pegawai Program (Program Officer) yang ingin mengadakan program di kawasan masing-
masing harus mengisi Geran Aktiviti Inisiatif Kenegaraan & Pemerkasaan Komuniti
Selangor (Borang 1, Borang 2, Borang 3 & Borang 4) – rujuk Lampiran. setelah berunding
dengan komuniti setempat. Kertas kerja yang telah siap disi akan dihantar kepada pasukan

35
Sekretariat untuk kelulusan. Kertas Kerja memainkan peranan yang penting untuk mendapat
kelulusan peruntukan program. Sebarang aktiviti lain yang dimohon di luar daripada Geran
Aktiviti Inisiatif Kenegaraan & Pemerkasaan Komuniti Selangor berdepan kemungkinan
tidak diluluskan.

36
Garis Panduan Kewangan

Pengenalan

Pelaksanaan program dan aktiviti adalah berlandaskan konsep Results Based Management
(RBM) di mana ia bertujuan untuk membolehkan pengukuran pencapaian pelaksanaan serta
akauntabiliti pelaku dalam semua aspek. Konsep ini merupakan kerangka untuk merancang
serta membolehkan pengaturan sumber dan tenaga bagi mencapai objektif keseluruhan
inisiatif Kerajaan Negeri bagi memperkasakan komuniti.

Dalam penggunaan konsep RBM, dua perkara diutamakan:

1. Pengutamaan pengukuran perubahan


2. Menentukan asas logik hubung kait antara pelaksanaan dan pencapaian
perubahan

RBM terbahagi kepada enam komponen:

1. Penglibatan stakeholder
2. Perincian jangkaan hasil usaha (output)
3. Mengenal pasti risiko dan andaian
4. Memilih indikator prestasi
5. Mengumpul data prestasi
6. Melaporkan prestasi dan pencapaian

Adaptasi RBM dalam Inisiatif Kenegaraan & Pemerkasaan Komuniti Selangor (IPKS)

Dalam melaksanakan program dan aktiviti di bawah PPKS, konsep RBM di adaptasi untuk
kegunaan Urusetia bagi membolehkan suatu proses yang standard digunakan bagi
menghampiri dan membantu pihak berkepentingan tempatan. Dalam konteks ini beberapa
definisi perlu ditakrifkan:

Terma Definisi
Inisiatif Keseluruhan aktiviti yang terkandung di dalam IPKS seperti mana yang
diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor

Program 2 jenis utama:

37
1. Program Berbentuk Geografi – segala projek, sub-project atau
aktiviti yang terkandung di dalam sesebuah kawasan DUN akan
dikenali sebagai “Program”. Contoh: segala pelaksanaan aktiviti
di dalam Bukit Antarabangsa akan dikenali sebagai “Program
DUN Bukit Antarabangsa”
2. Program Berbentuk Fungsi – segala projek, sub-project atau
aktiviti yang dilaksanakan oleh tiga pasukan functional iaitu :
Pembangunan Komuniti, Program Bantuan Negeri (“IPR”) dan
Program “Jaringan Selangor” (Selangor Networking).
Projek Di bawah setiap program, akan dilaksanakan projek. Bagi pasukan
functional, setiap kumpulan acara yang serupa merupakan suatu projek,
ianya boleh merentasi beberapa DUN.

Contoh: Suatu usaha untuk melatih kaum wanita tentang asas perniagaan
atau kecelikan kewangan merupakan suatu projek yang khusus.
Pelaksanaanya boleh merentasi beberapa kawasan DUN – dimana pelatih
diperoleh untuk mengadakan beberapa sesi latihan dipelbagai lokasi.

Aktiviti Setiap satu acara yang discreet merupakan suatu aktiviti.

Contoh: setiap satu sesi latihan asas perniagaan yang dilakukan di setiap
lokasi merupakan satu aktiviti.

Kerangka Kerja

Setiap pelaksanaan Program/ Projek/ Aktiviti memerlukan setiap pasukan mempersiapkan 4


kertas kerja seperti berikut:

1. Kertas Kerja Permulaan Program Kawasan dan Fungsi (Borang 1 & Borang 2)
2. Laporan Interim Bulanan (kawasan dan fungsi)
3. Laporan Interim Suku Tahun (Kawasan dan Fungsi) (Borang 3)
4. Laporan Akhir Program (Borang 4)

Pihak Urusetia pula menghasilkan

1. Laporan Makro Bulanan


2. Laporan Makro Suku Tahun; dan
3. Laporan Akhir Tahun

38
Setiap laporan perlu menitikberatkan faktor- faktor berikut:

1. Pencapaian hasil
a. Hasil sebenar vs jangkaan hasil
b. Hasil dan menfaat kepada negeri Selangor
c. Hasil luar jangkaan

2. Pencapaian objektif pembangunan komuniti


a. Sejauh mana keperluan komuniti sasaran dipenuhi
b. Keserasian dengan objektif inisiatif dan kerajaan negeri

3. Kesesuaian
a. Kepuasan stakeholder terhadap hasil dan kaedah pencapaian
b. Penyampaian manfaat dengan kaedah yang menepati keperluan sasaran
4. Cost Effectiveness
a. Perbandingan kos dengan benchmark bersesuaian
b. Perbandingan kos jangkaan dan sebenar

Garis Panduan Asas Pengurusan Stakeholder dan Membentuk Kertas Kerja Projek

Inisiatif PPKS akan menumpukan perhatian kepada pencapaian aktiviti berikut:

 Mewujudkan lapisan masyarakat, khususnya generasi muda yang celik tentang konsep
kenegaraan serta mempunyai asas tanggungjawab sivil;
 Membentuk masyarakat berdaya atau empowered untuk mengurus keperluan komuniti
secara teratur dan berkesan
 Membentuk lapisan masyarakat, khususnya generasi muda yang berilmu serta
mempunyai kemahiran dan peralatan untuk melakukan penambahbaikan secara peribadi
dan berkelompok.

Dalam mencapai objektif di atas, inisiatif ini akan menumpukan perhatian serta sumber
terhadap aktiviti yang berbentuk berikut:

1. Memenuhi keperluan asas manusia – menyokong usaha dalam menyediakan


kemudahan kesihatan, pendapatan, kebersihan dan pendidikan
2. Kesaksamaan Gender – usaha yang membantu kaum wanita menyertai arus
pembangunan sosio-ekonomi dan kerjaya mereka
3. Hak Asasi Manusia, Urustadbir Baik dan Demokrasi – usaha untuk meningkatkan
pematuhan kepada hak asasi, nilai-nilai integrity dan keselamatan umum serta

39
penyertaan rakyat di dalam proses politik negara serta meningkatkan peranan
masyarakat madani
4. Pemerkasaan tahap sosio-ekonomi – menyokong usaha membina jatidiri masyarakat
dan kemahiran meningkatkan tahap kemampuan sosio-ekonomi dan pengurangan
kebergantungan kepada bantuan kerajaan; serta
5. Pemeliharaan Alam Sekitar – membantu komuniti melindungi dan menyumbang
kepada penyelesaian masalah alam sekitar

Garis Panduan Perbelanjaan

Perbelanjaan dalam bentuk imbuhan balik yang dibenarkan di bawah inisiatif ini tertakluk
kepada peraturan seperti berikut.

Kategori Peruntukan Perbelanjaan Program (Per Aktiviti):

Kategori Skala Peruntukan Kelulusan Jangkaan Hasil


(RM) Peserta Volunteer Value-Add
1 Kecil < 1000 Pengurus 25-50 10-20 Kecil
Program
2 Sederhana 1000 - 2000 Sekretariat 50 - 100 25-50 Sederhana

3 Besar 2000 < 3000 Sekretariat 100-200 50++ Besar

4 Projek Khas > 3000 Management > 200 > 100 Khusus

Penerima Manfaat Inisiatif

1. Pusat Khidmat DUN atau Ahli Parlimen atau Penyelaras


2. Badan Bukan Kerajaan yang berdaftar , tetapi bukan Parti Politik
3. Individu atau Syarikat yang membekalkan barangan atau perkhidmatan yang
bersesuaian

Imbuhan Balik (tertakluk kepada bajet)

1. Sewa dewan atau ruang 6. Speakers / trainers honorariums


mesyuarat – diuruskan oleh MC (nama boleh
2. Catering / bahan makanan / dicadangkan untuk speaker)
bahan keperluan 7. Bahan salinan cetak serta alatulis
3. Canopy / khemah / PA-system – diuruskan MC
4. Banner / Bunting – diuruskan 8. Projektor dan skrin - diuruskan
oleh MC MC
5. Publicity materials – diuruskan
oleh MC

40
(Tertakluk kepada bajet dan garispanduan/kriteria pihak kewangan dan
admin/urusetia)

Tidak dibenarkan :

1. Gaji/elaun bulanan
2. Penginapan
3. Hiburan termasuk makan dan
minuman
4. Sewaan ruang pejabat
5. Peralatan dan bahan pejabat
(computers, phones, projectors)
6. Bil-bil letrik, air dan internet
7. ‘Merchandising’
8. Publications
9. Cenderahati untuk tetamu
kehormat
10. Sewaan/kos untuk pengangkuta

41
7. LAPORAN KERJA DAN AKTIVITI

8. KOMEN DAN CADANGAN

9. KESIMPULAN

42

You might also like