You are on page 1of 15

AKTIVITI PDPC ABAD KE-21 (PAK-21)

1. Human Graphing (Graf Manusia)


Murid bergerak mengikut kumpulan dan membentuk corak / pattern tertentu supaya topik
mudah difahami

2. Video Clips (Klip Video)


Menggunakan klip video dengan menggunakan soalan-soalan yang diberikan.

3. Using Large Picture Card ( Gambar /photo besar )


Penggunaan gambar atau foto dalam PdPc.

4. I See, I Think, I Wonder (Saya lihat, Saya fikir dan saya bertanya)
Dengan menggunakan gambar / objek murid diminta :
a) Senaraikan / bincang apa yang mereka lihat (see)
b) Fikirkan apa yang mereka lihat dan kaitkan dengan kehidupan seharian / lain-lain perkara
(think)
c) Bertanya soalan-soalan berkaitan apa yang telah dipelajari sebelum ini.(wonder)

5. Recap Group (Mengulangi / mengingat semula)


Kumpulan murid memberi laporan kepada kelas secara lisan apa yang telah dipelajari
sebelum ini.

6. Rocket writing (Penulisan pantas)


Jangka masa diberi (contohnya 5 minit) untuk murid menulis apa yang mereka tahu
berkenaan dengan topik / soalan yang diberi.

7. Y chart (Carta Y)
Tiga keping kertas ditampal dalam bentuk Y dan pada setiap kertas ditulis soalan yang
berbeza untuk murid menulis jawapan mereka.
8. Galery Walk ( Lawatan ke geleri )
Murid berjalan / bergerak ke sekeliling bilik / dewan untuk :
a) Melihat
b) Berfikir dan
c) Berbincang dengan rakan-rakan kumpulan berkenaan hasil kerja rakan-rakan lain yang
ditampal

9. Time capsules (Kapsul Masa)


Guru mengambil hasil kerja / pandangan murid pada awal tahun (contohnya ) dan
membuka jawapan tersebut beberapa bulankemudian untuk murid membaca semula apa
yang telah mereka tulis.

10. Chain Line (Rangkaian )


Murid membuat rantai kertas di mana pada setiap kertas ditulis idea / maklumat yang
berkaitan dengan topik yang diberi.

11. Survey (Tinjauan )


Murid membuat tinjauan untuk mendapat maklumat yang lebih terperinci bagi tujuan
membuat analisis berkenaan topik / isu.

12. Shout Out ( laungan )


Murid digalakkan memberi idea secara lisan dengan laungan yang kuat dalam sesi
sumbangsaran. Idea tersebut dicatat atas kertas atau papan putih. Aktiviti seterusnya
adalah menyusun semula idea-idea tersebut secara sistematik.

13. Presentations (Persembahan)

Persembahan murid dalam bentuk


a) Lisan
b) Video
c) Powerpoint
d) Pameran
e) Nyayian
f) Tarian
g) Lakonan
h) Lain-lain yang kreatif
Guru perlu membuat penilaian dan memberi maklum balas.

14. Learning Modalities ( Gaya Persembahan )


Penggunaan gabungan pelbagai cara pembelajaran. Contohnya kinestatik (pergerakan)
visual dan /atau auditori (mendengar) PdP melibatkan aktiviti-aktiviti mengikut
kecenderungan murid (Multiple Intelligences)

a) Verbal-Linguistic
b) Logical-Matematical
c) Visual-Spatial
d) Bodily-Kinesthatic
e) Naturalist
f) Musical-Rhythmic
g) Interpersonal
h) intrapersonal

15. Qudrat Activity (Aktiviti Berempat)


a) Satu bulatan dilukis ditengah-tengah kertas yang besar. Di luar bulatan guru
membahagikan kertas kepada 4 bahagian (Satu bahagian untuk 1 murid).
b) Setiap murid menulis pandangan/ jawapan kepada soalan yang diberikan.
c) Murid berbincang dengan ahli kumpulan dan menulis jawapan yang telah dipersetujui
semua ahli kumpulan dalam bulatan.

16. Indicator (Petunjuk)


Menggunakan dua warna untuk menunjukkan jawapan pelajar
Contohnya :
a) Warna hijau – Ya/Setuju
b) Warna Merah – Bukan / Tidak setuju

17. Built The Biggest Tower ( Membina Menara yang terbesar)


a) Murid bekerja secara kumpulan dan berkolaboratif
b) Guru memberi barangan yang terhad untuk mereka membina menara secara kreatif
c) Menara ini mencerminkan / memaparkan refleksi / pandangan mereka

18. Chunking (Gabungan )


Menggunakan pengetahuan sedia ada murid yang digabungkan dengan pembelajaran baru
untuk mempertingkatkan pemahaman mereka.
19. Graphic Organiser ( Pengurusan grafic )
Bentuk grafik yang dibina atau dicipta oleh murid untuk menunjjukan kefahaman mereka
atau / dan maklumat / fakta berkaitan dengan isu / tajuk yang dibincang.

20. Skits (Sketsa)


Sketsa memberi peluang kepada murid untuk membuktikan kefahaman mereka terhadap
topik yang diberi

21. Parachute Building ( Membina paying terjun)


Aktiviti inkuari yang menggalakkan murid bekerjasama dan berkolaborasi

22. Café ( Kedai Kopi)


Seperti di kafe pelajar duduk secara berkumpulan di sebuah meja dan berbincang mengenai
soalan / topik yang diletakkan di atas meja (table cloth)

23. IB Tree ( Pokok IB)


Setiap murid diberi helaian yang mempunyai pokok IB dan mereka mencatatkan
perkembangan mereka secara individu tentang apa yang dipelajari

24. SWOT
Murid mengemukakan soalan / sitiuasi / isu untuk dibincangkan dan mereka dikehendaki
mengisi borang yang mempunyai empat petak :
S : Strengths ( Kekuatan)
W : Weaknesses ( Kelemahan)
O : obstacles ( Halangan / Cabaran)
T : Thoughts ( Soalan-soalan untuk tindakan / kajian seterusnya )

25. Commercial (Iklan)


Satu cara untuk menyampaikan maklumat tentang tajuk / topik yang diberikan.
26. Continuum (Penerusan)
Sama seperti graf atau carta. Kaedah ini boleh digunakan untuk menunjukkan kefahaman
dan perkembangan murid dalam sesuatu topik

27. Checklist (Senarai Semak)


Murid dikehendaki menanda item-item tertentu dalam senarai semak mereka untuk
mengetahui kefahaman mereka tentang tajuk/topik-topik tertentu

28. Anecdotal Notes ( Nota Anekdot)


Guru membuat catatan ringkas berdasarkan pemerhatian dan perbincangan dengan murid.
Nota-nota ringkas ini boleh dirujuk apabila membuat laporan secara formal

29. Bus Stop (Hentian Bas)


a) Soalan / topik ditampal didinding di beberapa tempat di dalam kelas / dewan
b) Murid bergerak dari satu hentian ke satu hentian secara berkumpulan dan berbincang
tentang soalan / topik yang berkenaan
c) Murid berkongsi pendapat dan merekodkan komen dan maklumat yang diperolehi

30. Table Talkers (Perbincangan di meja)


Kad-kad yang mengandungi topik / isu diletakkan di atas meja untuk perbincangan
kumpulan secara lisan atau bertulis

31. Brainstorming (Sumbangsaran)


Cara yang terbaik untuk mendapatkan idea-idea yang bernas daripada murid

32. Exit Cards( kad Keluar)


Untuk refleksi contoh yang lain
a) Light Bulb ( Mentol) – Apakah satu perkara baharu yang saya pelajari hari ini
b) Bin, Bring, Bag – Bin ( Bakul ) – apa yang saya perlu hapuskan/keluarkan.
c) Bring – Apa yang perlu saya bawa untuk berkongsi bersama kumpulan saya
d) Bag – apa yang saya suka/bangga
33. Classification ( Klasifikasi)
Menampal kata kunci atau soalan di dinding di beberapa tempat.Murid dikehendaki berdiri
d imana-mana tempat yang terdapat soalan yang mereka suka /setuju

34. What Matters ( Apa yang penting)


Satu teknik menjawab soalan yang diberi-murid bergerak dan melihat serta cuba untuk
memahami atau memilih jawapan-jawapan yang sesuai yang ditampal di sekitar mereka.

35. Personal Learning Experiences (Pengalaman Peribadi)


Murid dikehendaki berkongsi pengalaman peribadi mengenai isu/topik yang dibincangkan

36. Think – Pair – Share (Fikir-Pasang – Kongsi)


a) murid dikehendaki memikirkan topik / soalan yang diberi secara individu
b) Murid dikehendaki berbincang dengan rakan / pasangan
c) Mereka perlu berkongsi maklumat /hasil perbincangan dengan pasangan
lain/kumpulan/kelas

37. Diamond Ranking ( Susunan Berlian )


9 keping kertas/kad disusun dalam bentuk berlian (1-2-3-2-1). Strategi ini digunakan untuk
menunjukkan / menentukan susunan mengikut kepentingan idea/isu / isi pada pandangan
murid

38. Story Books (Buku Cerita)


Penggunaan buku cerita kanak-kanak dalam kelas yang lebih dewasa dapat memberi
peluang kepada mereka berbincang dan membuat refleksi.

39. Party (Pesta)


Mewujudkan suasana “berpesta” dan berbincang tentang topiktopi yang disediakan di atas
kad-kad yang ditampal di sekeliling bilik / dewan atau diletakkan di atas meja atau di lantai
40. Games (Permainan )
Permainan boleh dijadikan strategi yang berkesan untuk refleksi / perbincangan

41. Learning Trios A-B-C ( tiga serangkai A-B-C)


Satu kaedah pengurusan perbincangan dalam kalangan murid
a) Pelajar A bercakap, pelajar B dan C mendengar dan bertanya soalan
b) Pelajar B bercakap, pelajar A dan C mendengar dan bertanya soalan
c) Pelajar C bercakap, pelajar B dan A mendengar dan bertanya soalan
d) Murid juga perlu membuat catatan tentang hasil perbincangan mereka

42. Sharing ( Berkongsi)


Kumpulan dibentuk dan disusun mengikut minat atau hasil pembelajaran yang sama

43. Carousel (Karusel)


a) Soalan ditampal/diletakkan di sekeliling bilik
b) Murid dikehendaki bergerak dalam kumpulan dari satu soalan ke satu soalan yang lain
dengan menunggu arahan guru sebelum bergerak
c) Semua murid mesti bergerak ke setiap tempat yang diletakkan soalan. Murid diminta
berbincang atau menulis jawapan mereka dalam kertas
d) Cara yang lain murid duduk dalam kumpulan dan soalan diedarkan mengikut pusingan
jam. Setiap kumpulan mesti berbincang dan menjawab semua soalan

44. Read and highlight (baca dan tanda)


Satu strategi membaca yang berpandu. Murid diberi bahan bacaan dan dikehendaki
mengenalpasti dan menanda ayat-ayat/isi penting/utama

45. Question Builder ( Pembina Soalan)


Guru memberi konsep dan membimbing pelajar supaya mereka membina soalan yang
membolehkan mereka mempelajari lebih lanjut tentang konsep yang telah diberikan
46. Puzzle it Out (Selesaikan)
Murid diberi maklumat yang tidak mengikut susunan. Murid dikehendaki berbincang dan
menyusun maklumat

47. Cloze Procedures ( Isikan tempat kosong)


Murid di beri helaian tugasan di mana mereka perlu mendengar dengan teliti dan mengisi
tempat-tempat kosong dengan maklumat yang sesuai / tepat

48. KWL Chart ( Carta KWL)


Carta diberikan kepada murid sebelum PdP dan diminta untuk mengisi ruang-ruang seperti :

a) Know ( What I know about / Apa yang saqya tahu tentang) pengetahuan sedia ada
b) What (What I want to know / Apa yang saya mahu tahu lebih lanjut) – Soalan-soalan
murid
c) Learned ( What I haved Learned / Apa yang telah saya pelajari) – Penilaian sumatif

49. Rubrics (Rubrik)


Satu strategi untuk menilai pencapaian murid. Contohnya persembahan murid akan
diberitahu ciri-ciri yang terkandung dalam rubric

50. Iceberg ( Bongkah ais/Aisberg)


Satu strategi untuk mengumpul maklumat daripada murid berkenaan topik yang telah
diberi

a) Fakta asas / maklumat biasa berada di hujung aisberg


b) Maklumat yang lebih kompleks berada pada paras yang lebih bawah.

51. Timeline (Garisan Masa)


Strategi yang digunakan untuk mencatat maklumat murid atau topik – satu bentuk
klasifikasi atau rangking
Dulu  Kini  Masa Hadapan
52. Dip (Cerun/Lurah)
Murid menanda rajah cerun / lurah untuk menunjukkan tahap kefahaman mereka
berkenaan sesuatu topik.

Inquire (Tanya ) Learn (belajar)

Understand (Faham)

53. GRASPS
Strategi ini digunakan untuk menilai persembahan atau hasil kerja murid. Murid diberi
borang GRASPS untuk diisi diperingkat awal projek mereka

a) Goal (Gol / target)


b) Role ( Peranan)
c) Audience ( Hadirin/pembaca)
d) Situation (Situasi)
e) Product, Performance & Purpose ( Produk, Penyampaian & Tujuan)
f) Standards & Creteria For Success ( Ciri / Kreteria kejayaan)

54. Quick Quiz (Kuiz Cepat)


Kuiz yang digunakan untuk menilai kefahaman murid tentang pengetahuan sedia ada atau
apa yang telah mereka pelajari (Awal/akhir PdP)

55. Artscape (Lakaran)


Guru memainkan muzik/lagu (jikamahu) dan murid diminta melakar/melukis (menggunakan
warna) di atas kertas kosong apa yang mereka suka untuk mencerminkan kefahaman
mereka tentang apa yang telah dipelajari
56. Dramatisation (Drama)
Persembahan pelajar dalam bentuk drama, iaitu hasil kerja murid secara berrkumpulan
selepas membuat perbincangan, perancangan dan latihan

57. Mind Map ( Peta Minda)


Satu strategi untuk memberi peluang kepada murid untukmenunjukan kefahaman mereka
tentang sesuatu topik yang diajar. PETA MINDA I-THINK adalah satu contoh peta minda
yang digalakkan. ( Contoh-contoh peta i-think dalam lampiran)

58. Attitude Movement (Pergerakan mengikut pendapat)


Guru menampal kenyataan-kenyataan berkaitan subtopik yang telah dibincang di sekitar
bilik/dewan dan murid diminta membaca setiap kenyataan dan berdiri/berkumpul di
tempat kenyataan yang mereka setuju.

59. Constructivism (Konstruktivisme)


Strategi ini menggalakkan murid melalui proses pembelajaran yang bermakna dengan
membina idea-idea baru. Proses ini melibatkan

a) Generate (bina/Jana)
b) Sort ( Susun)
c) Connect (Gabung/Hubung)
d) Elaborate ( Hurai/Jelaskan)

60. Jigsaw Reading ( Susun Suai)


Murid diberi keratan atau perenggan di mana mereka dikehendaki menyusun semula ayat-
ayat / perenggan mengikut kesesuaian/idea/jalan cerita/ kronologi

61. Chart and Share (Catat dan kongsi)


Borang chart and share diberikan kepada murid dan mereka berbincang dan mengisi borang
serta berkongsi maklumat/idea dengan kumpulan yang lain.

62. Table Cloth (Alas Meja)


Guru menyediakan soalan di atas kertas yang besar yang diletakkan di atas meja. Murid
bergilir-gilir untuk menulis jawapan mereka di atas kertas tersebut

63. Colaboration (Kolaborasi)


Murid diberi tugasan untuk disiapkan mengikut kumpulan dan mereka mesti bekerjasama
dengan kumpulan lain untuk melengkapkannya/menyiapkan

64. Stretch to Sketch (Lukis mengikut kreativiti)


Guru memberi arahan/maklumat untuk membantu murid melukis (secara individu) tetapi
mereka juga dikehendaki menggunakan kreativiti masing-masing untuk berbuat demikian.
Hasil kerja murid ditampal dan guru akan membuat pengiktirafan/hadiah kepada lukisan
yang paling kreatif.

65. Drawing Posters ( Melukis Poster)


Berdasarkan arahan/maklumat yang diberi murid melukis poster secara berkumpulan tanpa
menggunakan ayat/perkataan

66. Thumb Up (IsyaratTangan)


Satu cara guru menilai pelajar apabila ditanya soalan. Murid memberi isyarat tangan seperti
berikut :
a) Thumb Up – Bagus / faham
b) Thumb Middle – Kurang Faham /Kurang Pasti
c) Thumb Down – Tidak faham

67. Compass Point ( Tanda kompas)


Selepas PdP guru mengedar borang untuk diisi oleh murid secara individu.

a) Excited – seronok
b) Worriesome – Risau
c) Need To Know – Ingin Tahu
d) Suggestions - Cadangan

68. Examples ( Contoh )


Guru menggunakan contoh yang baik dalam PdP untuk mengukuhkan kefahaman pelajar
69. Personal Action Plan ( Pelan tindakan peribadi)
Setiap murid dikehendaki membuat pelan tindakan peribadi mereka sendiri mengenai
topik/isu tertentu. Contoh

a) Segera
b) 1 Bulan
c) 6 bulan

70. Traffic Lights ( Lampu Isyarat)


Satu cara penilaian kendiri di awal, semasa atau di akhir PdP. 3 warna digunakan.
a) Green – (Hijau ) Saya yakin saya tahu
b) Yellow – (Kuning ) Rasa-rasa saya tahu
c) Red – (Merah) Saya tidak tahu

71. Post It Notes ( Nota tampalan )


Murid di minta menulis nota / catatan di atas kertas dan kemudian ditampal di papan
kenyataan selepas PdP

72. Talk Partners ( Rakan Berbual)


Murid diberi peluang berbual/berbincang mengenai isu / topik yang dipelajari dengan rakan
mereka

73. Webs / Spider Diagrams ( Rajah Sarang Labah-labah)


Strategi ini hampir sama dengan m,enyediakan peta minda. Murid digalakkan mencatat idea
mereka dalam bentuk ytang kreatif

74. Make Predictions ( Membuat andaian)


Murid diminta membuat andaian / jangkaan sebelum demo/ujikaji dijalankan.Selepas
demo/ujikaji dijalankan murid diminta berbincang mengenai andaian mereka sebelum
ujikaji tersebut adakah tepat atau kurang tepat.

75. Circle Time ( Bulatan Masa)


Murid duduk di dalam kumpulan secara bulatan sama ada diatas kerusi atau di atas lantai.
Guru menyediakan bola atau beg kacang. Sesiapa yang memegang bola @ beg tersebut
diminta memberi pandangan tentang tajuk yang diperbincangkan. Kemudian murid
tersebut akan memberi bola kepada pelajar lain pula untuk memberi peluang mereka
bercakap pulak

76. Envoys ( Utusan)


Setiap kumpulan diberi tugasan. Seorang utusan dipilih dari setiap kumpulan untuk
menerangkan hasil perbincangan mereka kepada kumpulan baharu di samping
mendapatkan pandangan daripada kumpulan baharu. Utusan akan kembali semula ke
kumpulan asal dan menyatakan pendapat kumpulan lain kepada kumpulan asalnya.

77. Rainbow Groups ( Kumpulan Pelangi)


a) Murid berada dalam kumpulan dan ditentukan tajuk yang berbeza bagi setiap kumpulan
untuk perbincangan (Home Group)
b) Setelah perbincangan bina kumpulan baru (Colour Group) yang terdiri daripada ahli
setiap kumpulan yang berlainan
c) Murid akan menyatakan hasil perbincangan mereka kepada kumpulan baru mereka.

78. Snow Balling ( Bola Salji)


Guru menyatakan satu soalan/pernyataan kepada semua murid.
a) Setiap murid menyatakan satu jawapan mereka secara individu
b) Kemudian murid akan berkongsi jawapannya dengan rakan. Jadikan dua jawapan yang
ada kepada satu jawapan yang dipersetujui bersama.
c) Ulang proses yang sama. – Cara ini boleh mensentisiskan 4 jawapan kepada 1 jawapan

79. Rotating Stations ( Stesyen Berputar)


Satu kumpulan kecil murid diletakkan di setiap stesyen. Mereka diberi masa 10 minit untuk
menjawab topik yang telah ditentukan di setiap stesyen. Kemudian kumpulan tersebut akan
berjalan ke stesyen berikutnya sehingga semua kumpulan telah melalui semua stesyen.
Setiap kumpulan diberikan warna yang berbeza untuk mencatat jawapan
80. Hot Seating (Kerusi Panas)
Seorang murid dipilih ke hadapan kelas. Dia bertindak untuk menjawab soalan atau
menyatakan pendangan daripada pertanyaan rakan-rakannya di dalam kelas berkaitan
dengan tajuk yang diperbincangkan
81. Goldfish Bowl ( Mangkuk ikan emas)
Sama seperti hot Seating tetapi yang tampil ke hadapan ialah satu kumpulan untuk
menyatakan pandangan dan menjawab soalan. Murid lain boleh bertanya soalan kepada
kumpulan murid ini

82. Six Thingking Hats ( 6 Topi Pemikir)


Murid diminta menyatakan pandangan berdasarkan thingking Hats yang telah ditentukan

83. Radio Phone In ( Radio Telefon)


Guru / Murid bertindak sebagai penyampai radio. 4 orang murid terdiri daripada pelbagai
karektor berbincang tentang topik. Murid lain boleh mengemukan soalan

84. TV Chat Show ( Bual TV)


Guru / Murid bertindak sebagai Pengacara TV. 4 orang murid terdiri daripada pelbagai
karektor berbincang tentang topik. Murid lain boleh mengemukan soalan

85. Freeze Frame ( Rangka Beku)


Mulakan dalam bulatan Murid membina freeze frame ( Rangka Beku) berdasarkan topik.
Alihkan meja supaya ada ruang untuk bergerak. Kumpulan menunjukkan rangka beku
kepada rakan lain untuk meneka apa rangka beku yang dibina dan membuat perbincangan

86. Free Discussion (Perbincangan Bebas)


Ini dilakukan dengan kumpulan-kumpulan yang lebih kecil. Oleh kerana ianya tidak
berstruktur perbincangan ini memerlukan guru @murid yang berpengalaman sebagai
pemudah cara.
87. 3 Steps Interview ( 3 Langkah Temubual)
Dua pasangan dalam kumpulan (A&B) (C&D)

a) A menemubual B dan C menemubual D.


b) A Menemubual C dan B menemubual D
c) ABCD berkongsi maklumat daripada temubual tersebut

88. Listerning Triad (Pendengaran bertiga)


a) 3 orang murid dalam satu kumpulan. Seorang murid sebagai penyoal, seorang menjawab
dan seorang pencatat.
b) Pencatat akan membuat laporan selepas perbualan berakhir
c) Untuk keseterusnya peranan seseorang itu akan bergilir

89. Role-Play (main peranan)


Gunakan cerita, drama. Main peranan untuk menjauhkan (menyesuaikan) murid dengan
topik sensitif dan emosi. Contohnya minta murid membincangkan perasaan mereka tentang
perkabungan. Guru boleh menggunakan drama daripada orang yang berkabung dan
kemudian meminta murid untuk membincangkan bagaimana perasaan orang yang
mengalami situasi tersebut.

90. Round Table


Murid duduk dalam kumpulan dan guru mengemukakan satu topik. Secara bergilir, murid
memberi dan mencatat satu idea dengan menggunakan pen dan kertas yang sama. Hasil
dapatan dirujuk dan dibentang.

91. Three Stray, One Stay


Kaedah alternatif pembentangan kumpulan. Hasil kerja ditampal. Seorang ahli kumpulan
akan tinggal di situ untuk memberi penerangan. Ahli lain boleh bergerak ke kumpulan lain
untuk melihat dan menyoal hasil kumpulan lain.

92. Simulation (Simulasi)


Suatu proses peniruan dari sesuatu yang nyata.
93. Eksperiment (pengujian projek)
#Senarai PdP ini masih boleh ditambahbaikkan

You might also like