You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG

SK KAMPONG KEDAH KALI KE-20 SESI 2015/2016

TARIKH : 28/3/2015

MASA : 8.30 MALAM

TEMPAT : DEWAN SK. KAMPONG KEDAH, PARIT BUNTAR.

KEHADIRAN : 135 ORANG

Agenda 1 : Ucapan Pengerusi Majlis ( Tn Hj Mohd Shukri )

1.1. : Ucapan selamat datang dan terima kasih kepada perasmi En. Abu Bakar Bin Mad Ali,
selaku ketua kg. Kampong Kedah., semua AJK, ibubapa, guru-guru serta semua
tetamu kerana sudi hadir dalam mesyuarat PIBG SK KG Kedah kali ke – 20 sesi 2015
yang julung kalinya diadakan pada waktu malam.
1.2. : Bacaan Doa oleh Ustaz Zuzalee b. Ariffin.

Agenda 2 : Ucapan yang di pertua PIBG ( En Abdullah bin Salleh )

2.1 : Selamat datang dan terima kasih kepada semua kerana sudi hadir ke Mesyuarat

PIBG SK Kampong Kedah.

2.2 : Terima kasih kepada En Abu Bakar bin Mad Ali di atas sumbangan beliau yang

merupakan jamuan makan malam kita pada malam ini.

2.3 : Ibubapa perlu bersama – sama dengan guru dalam memajukan dan meningkatkan

prestasi anak-anak dan memberi sokongan dalam menjayakan apa-apa program

yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Agenda 3 : Ucapan Puan Guru Besar ( Pn Azimah binti Samsuddin )

3.1 : Terima kasih kepada semua hadirin kerana sudimenghadiri mesyuarat PIBG Sk
Kampong kedah kali ke 20 yang pertama kali diadakan pada waktu malam.

3.2 : Ibubapa boleh memantau pencapaian anak-anak mereka dengan menggunakan

aplikasi Frog – VLE yang dimajukan oleh kementerian sebagai salah satu usaha

untuk mencemerlangkan lagi pencapaian anak-anak.

Agenda 4 : Ucapan Perasmi ( En Abu Bakar Bin Mad Ali )

4.1 : Terima kasih kepada YDP atas nasihat yang diberikan kepada semua agar

memberi sokongan kepada system pendidikan kita dan member kerjasama kepada

guru-guru demi kejayaan anak-anak kita.

4.2 : Masalah keselamatan jalan raya diwaktu pagi akan dipanjangkan kepada Pegawai

Daerah agar diberi ciri-ciri keselamatan untuk murid-murid melintas jalan diwaktu

pagi.

Agenda 5 : Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Yang Lalu

5.1 : En Muhammad Shihan selaku setiausaha PIBG membentangkan minit mesyuarat

yang lalu dan mohon semua menyemak minit sebelum disahkan.

5.2 : Dicadangkan oleh : Puan Faridah Binti Yusof

Disokong oleh : Tn Hj Mohd Shukri Bin Ghazali

Agenda 6 : Perkara – perkara Berbangkit

6.1 : Pihak PIBG akan berusaha memohon supaya pihak yang terlibat membuat bonggol

di hadapan sekolah supaya dapat memperlahankan kenderaan yang melaluinya.

6.2 : Pihak sekolah akan cuba memohon untuk mendapatkan kon keselamatan daripada

Pihak Polis dari balai yang berdekatan.


Agenda 7 : Laporan Pencapaian Sekolah dan Aktiviti PIBG ( Pn Azimah Bt Shamsuddin )

7.1 : Terima kasih kepada YDP kerana banyak member sumbangan kepada PIBG Sk

Kampong Kedah dan semua AJK PIBG kerana bekerjasama.

7.2 : Tuisyen kelas malam diputuskan ibubapa untuk membayar bahan-bahan fotostat.

Minta persetujuan ibubapa agar bayaran tambahan dipersetujui dan telah


dipersetujui.

Agenda 8 : Laporan Kewangan ( En Mohd Zahari B Ishak )

8.1 : Bendahari membentangkan penyata kewangan 2014 dengan berbaki RM 3083.14

yang berakhir pada 31.12.2014.

8.2 : Dicadangkan oleh : Tn Hj Shukri Bin Ghazali

Disokong oleh : Puan Rohana binti Shafie

Agenda 9 : Guru Besar membentangkan cadangan kutipan wang tambahan persekolah


sesi 2015 seperti berikut :

BIL PERKARA THN1 THN2 THN3 THN4 THN5 THN6


RM RM RM RM RM RM
1 Program Peningkatan Akademik 30 30 30 40 40 40
2 Sumbangan PIBG ( Perkeluarga ) 35 35 35 35 35 35
3 Keselamatan, Keceriaan dan 5 5 5 5 5 5
Kebersihan Sekolah
Jumlah Besar 70 70 70 80 80 80

Agenda 10 : Perlantikan AJK Tertinggi PIBG bagi Sesi 2015/2016

10.1 : AJK guru telah dilanttik terlebih dahulu sebelum berlangsungnya mesyuarat PIBG

pada malam ini.

10.2 : Dengan sebulat suara dan persetujuan bersama :


Yang Dipertua ; En Abdullah Bin Salleh

Dicadang : En Mohd Khusaini b Shuib

Disokong : En Mohd Yusof b Ishak

Naib Yang Dipertua : En Jamil b Hasim

Dicadang : En Nazri b Hashim

Disokong : Pn Hjh Zaleha bt Hashim

AJK : En Khusaini bin Shuib

: En Faizul b Hashim

: Pn Noraini bt Abd Rahman

: Pn Hjh Siti Zaleha bt Hj Hashim

: Pn Syafinaz bt Ahmad Shafiee

Pemeriksa Kira-kira : Pn Fitriyati bt Talib

: En Ahmad Irwan b Ahmad Radzi.

Agenda 11 : Usul dan Cadangan.

11.1 : Menyediakan Kon Keselamatan di jalan raya semasa melintas.

- Kon keselamatan telah dipohon daripada pihak berkenaan dan masih tiada

respon. Pihak sekolah akan mencuba memohon supaya kon keselamatan

dapat disediakan dengan secepat mungkin.

11.2 : Pengawal Keselamatan Memakai Baju Kalis Cahaya

- Pihak sekolah memohon bantuan pengawal keselamatan atas dasar tolong –

menolong tanpa bayaran. Pihak sekolah juga mencuba memohon baju kalis

cahaya daripada pihak berkenaan.


11.3 : Bantuan Biasiswa kepada Pelajar.

- Bantuan biasiswa hanya diberi kepada pelajar sekolah menengah sahaja. Bagi

sekolah rendah, hanya layak menerima KWAMP sahaja melalui persetujuan

Penghulu Kampung dan pihak sekolah hanya menguruskan pembayaran

sahaja.

11.4 : Kelayakan Rancangan Makanan Tambahan

- Pihak sekolah menjelaskan bahawa kelayakan bagi RMT adalah ibubapa atau

penjaga yang berpendapatan RM520.00 ke bawah sahaja.

11.5 : Tandatangan Rekod Kemajuan Murid di Sekolah.

- Untuk pengetahuan semua, pada tahun-tahun yang sebelumnya, tandatangan

Rekod Kemajuan Murid di Sekolah hanya melibatkan Tahun 6 sahaja.

InsyaAllah pada tahun ini, semua murid daripada Tahun 1 hingga Tahun 6 akan

turut dilaksanakan juga.

Agenda 12 : Hal – Hal Lain.

12.1 : Pihak sekolah memohon kerjasama dan sokongan daripada ibu bapa dan

penjaga kepada pihak sekolah sekiranya pihak sekolah menganjurkan apa-apa

aktiviti. Sekiranya terdapat apa-apa kemusykilan di pihak ibu bapa, pihak sekolah

amat mengalu-alukan kedatangan ibu bapa ke sekolah untuk berbincang

seterusnya sama-sama mencapai kata sepakat untuk kebaikan anak-anak di Sk

Kampong Kedah.

Agenda 13 : Ucapan Penangguhan.

13.1 : Guru besar mengucapkan ribuan terima kasih dan tahnain kepada semua pihak
yang sama – sama menjayakan mesyuarat agung PIBG yang pertama kalinya

diadakan pada waktu malam dan penyertaan ibu bapa sangat menggalakkan.

Kerjasama dan sokongan padu daripada semua pihak menjadi aspirasi dan

semangat untuk anak-anak sekolah ini terus mencipta kejayaan.

13.2 : YDP PIBG mengucapkan tahniah kepada semua guru SK Kampong

Kedah diatas khidmat cemerlang yang diberikan sama ada dalam bidang

kurikulum mahu pun kokurikulum. Semoga kita semua sama-sama

teruskan usaha untuk menjadikan SK Kampong Kedah terus cemerlang dalam


pelbagai aspek.

13.3 : PK Pentadbiran mengingatkan agar ibu bapa turut memberikan kerjasama dalam

Program SARANA. Program ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara

ibubapa dan guru-guru serta murid-murid. Besar harapan PK Pentadbiran agar

pihak ibubapa dapat turut serta dalam apa jua program yang dianjurkan oleh

pihak sekolah.

` 13.4 : Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.45 malam.

Dicatat oleh : - Puan Surayairwani Bt Shamsuddin

- En. Muhammad Azman Ariff B. Jaafar

Disediakan oleh ;

___________________________

( MUHAMMAD SHIHAN BIN SHAHABUDIN )

Setiausaha PIBG,

SK Kampong Kedah, Parit Buntar, Perak.

You might also like