You are on page 1of 8

MINIT MESYUARAT STAF KALI KEEMPAT 2017

BIL.4/2017
SK IBAN UNION, SELANGAU
Tarikh : 15 November 2017
Masa : 7.00 pm – 9.00 pm
Tempat : Dewan Bougainviila Ballroom, SK Iban Union

Agenda Mesyuarat :
1. Ucapan Pengerusi Majlis
2. Ucapan Guru Besar
3. Pengesahan Minit Mesyuarat
4. Perkara-perkara Berbangkit
5. Hal-hal Lain
6. Penutup

Kehadiran :
1) Sila rujuk lampiran yang disertakan

Urusetia :
Setiausaha Staf SK Iban Union (Muhammad Farhan bin Zakaria)
1. Ucapan Pengerusi Majlis

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada ahli mesyuarat yang


hadir dan menunjukkan sokongan kepada pengurusan pentadbiran
sekolah. Pengerusi menyatakan mesyuarat ini merupakan mesyuarat
staf kali keempat dilaksanakan bagi tahun 2017.

Makluman : Semua guru & AKP

2. Ucapan Guru Besar

2.1 Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah berjaya
mencapai KPI mesyuarat staf yang keempat pada petang ini. Guru
Besar memaklumkan bahawa mesyuarat ini akan lebih berfokuskan
pada tugasan dan hubungan antara guru dan staf serta beberapa
perkara baru dan lama untuk peringatan kepada diri kita. Dalam
mesyuarat staf juga akan disentuh mengenai kebajikan dan rungutan
guru dan staf di peringkat sekolah dan peringkat atasan. Guru dan staf
juga boleh menyentuh isu mengenai kemudahan-kemudahan kita di
SKIU.

Makluman : Semua guru & AKP

2.2 Guru Besar memaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)


telah mengeluarkan surat pekeliling ikhtisas berkaitan ketepatan masa
di sekolah. Guru Besar membacakan pekeliling dan mengingkatkan
guru dan staf supaya menerima arahan-arahan di peringkat jabatan dan
kementerian seperti arahan ketetapan masa di sekolah yang hadir
berserta pekeliling. Kesimpulannya, semua pegawai perkhidmatan
kerajaaan dan staf diingatkan menepati masa datang dan hadir di
tempat bekerja.

Makluman : Semua guru & AKP

2.3 Guru Besar menyatakan bahawa berkaitan elaun pedalaman,tuan


pegawai pendidikan daerah(PPD) telah berusaha keras untuk
mempertahankan sekolah yang layak untuk menerima elaun
pedalaman. Usaha keras itu telah dibuktikan dengan kehadiran sendiri
tuan PPD di mesyuarat JPN yang berlangsund di Kuching dan beliau
telah melakukan pembentangan slide semasa mesyuarat. Syukur atas
usaha keras beliau status pedalaman SK Iban Union dan sekolah
sekolah di Selangau masih dapat dipertahankan. Guru-guru dan staf
seharusnya berasa bersyukur dan berterima kasih atas kurniaan ini.

Makluman : Semua guru & AKP

2.4 Guru Besar menyentuh berkaitan cuti. Cuti bukan keistimeweaan bagi
semua. Hanya gaji merupakan hak milik kita. Guru Besar mengingatkan
semua supaya berhati hati berkaitan cuti terutamanya cuti sakit kerana
cuti dapat mempengaruhi pencen. Jadi sekiranya guru dan staf tidak
sakit teruk maka digalakkan guru dan staf hadir bertugas di sekolah.
Guru harus merancang cuti dengan sebaik-baiknya. Jika tidak benar-
benar memerlukan cuti janganlah guru memohon dan membazirkan cuti.

Tindakan : Semua guru

2.5 Guru Besar mengingatkan semua berkaitan fail peribadi terutamanya


guru-guru baru, semua fail berkaitan peribadi dan kerja perlulah
lengkap. Fai-fail perlulah berada di sekolah perlulah lengkap supaya ia
tidak menimbulkan masalah kepada guru ketika pencen dan kenaikan
pangkat kelak. Semua surat-surat terutamanya surat perkhidmatan
perlulah disimpan di dalam fail sebaiknya.

Makluman : Semua guru & AKP

2.6 Guru Besar menyentuh berkaitan arahan pentadbiran, contohnya jika


guru meninggalkan sekolah di waktu pejabat dan jika guru tidak mengisi
borang babG,ia akan menjadikan risiko guru sangat besar. Hal demikian
kerana walaupn guru mengisi borang babG semasa keluar,
keselamatan guru masih belom terjamin. Namun hak ini tidak berkaitan
bagi guru yang keluar atas urusan bertugas.

Makluman: Semua guru & AKP

2.7 Guru Besar menyentuh berkaitan tatacara berpakaian dan penampilan


guru dan staf. Guru dan satf perlulah berpakaian lengkap dan
mempunyai imej yang bersesuaian seperti yang tercatat dalam
pekeliling.

Makluman : Semua guru & AKP

2.8 Guru Besar menyentuh berkaitan hubungan guru dan guru serta
hubungan guru dengan rakan sejawat yang lain. Guru perlulah
sesuaikan diri dengan masa dan tempat. Guru tidak digalakkan untuk
bergerak secara sendiri. Selain itu guru perlu menjaga hubungan antara
guru dengan masyarakat.

Makluman dan tindakan : Semua guru

2.9 Guru Besar menyentuh berkaitan perhimpunan rasmi. Masa untuk


perhimpuanan berkemungkinana akan ditukar ataupun tempat
berhimpun ditukarkan. Satu jawatankuasa akan dibentuk untuk
perhimpunan rasmi. Penglibatan guru adalah wajib kerana ia termasok
dalam waktu bekerja selama 30 minit pertama.

Makluman : Semua guru berkenaan

2.10 Guru Besar menyentuh berkaitan kuaters, untuk guru yang duduk di
kuaters, guru sepatutnya mengisi surat permohonan masok kuaters.
Apabila guru keluar atau berpindah, guru perlu mengisi surat
permohonan keluar kuaters. Oleh itu bermula tahun 2018, pengisian
borang masok dan keluar kuaters akan dikuatkuasakan untuk dijadikan
dokumentasi. Hal demikian kerana ia berkait rapat dengan harta sekolah
yang terdapat dalam rumah yang diduduki. Selain itu sepatutnya nama
untuk sebuah rumah diwakili oleh satu nama sahaja.

Makluman dan tindakan : Semua guru

2.11 Guru Besar menyentuh berkaitan keberadaan guru di bilik guru. Guru
perlulah sentiasa berada di bilik guru kerana bilik guru merupakan pusat
operasi. Guru –guru dingatkan supaya lebih meluangkan masa di bilik
guru jiika tiada kelas.

Makluman dan tindakan : Semua guru


2.12 Guru Besar menyentuh berkaitan keberadaan guru di sekolah pada hari
Jumaat terutamanya pada waktu akhir. Guru Besar menyatakan
sepatutnya wujud jadual bertugas untuk menjadi guru terakhir balik pada
setiap hari Jumaat. Hal demikian amatlah perlu kerana ia berkaitan
dengan keselamatan murid terutamanya bagi murid yang balik lewat.

Makluman dan tindakan : Semua guru

2.13 Guru Besar menyentuh kehadiran pelawat dan jurujual. Mereka tidak
dibenarkan untuk masuk ke dalam bangunan persekolahan. Kehadiran
mereka di sekolah hanya akan mengganggu kelancaran pergerakan
guru di sekolah. Mereka juga menggangu parker kereta guru dan
dikhuatiri mengancam keselamatan guru dan staf di sekolah. Oleh itu
diingatkan supaya guru dan staf berhati-hati dengan orang di luar.

Makluman dan tindakan : Semua guru

2.14 Terakhir, Guru Besar mengingatkan semua pada akhir tahun ini semua
guru dan staf diminta berhati-hati dengan banjir. Bagi tempat yang
kebiasaannya dicapai oleh air, tindakan perlu diambil supaya tidak
terkesan dengan banjir sekiranya ia berlaku. Sebelum balik, kelas dan
rumah perlu dikunci.

Makluman dan tindakan : Semua guru

3. Pengesahan Minit Mesyuarat

3.1 Minit Mesyuarat dibacakan oleh setiausaha mesyuarat staf, Cikgu


Farhan.

Makluman : Semua guru & AKP

3.2 Pengesahan minit mesyuarat dicadangkan oleh Cikgu Ester dan


disokong oleh Puan Inta

Makluman : Semua guru & AKP


4. Perkara-perkara berbangkit

4.1 Berkaitan 5.7, Cikgu David menyatakan telah menguruskan semua


urusan sijil berhenti sekolah dan urusan selebihnya diserahkan kepada
pembantu tadbir sekolah. Semua fail,sijil dan dokumen kesihatan telah
dikumpulkan dan akan diserahkan pada murid pada hari APC.

Makluman : Semua guru & AKP

4.2 Berkaitan 4.3, cik Dayang mencadangkan supaya bilik boss yang
sepatutnya berada di belakang stor sekolah dikekalkan di kelas
pemulihan. Respon daripada Guru Besar, Guru Besar bersetuju dengan
cadangan cik Dayang. Guru besar menyatakan bahawa akan berlaku
penstrukturan semula kelas dan bilik di sekolah dan ia akan
dibincangkan kemudian.

Makluman : Semua guru & AKP

5. Hal-hal Lain

5.1 Cikgu Faris menyentuh berkaitan parkir kereta. Cikgu Faris menanyakan
adakah perlu penstrukturan semula kawasan parkir kerana terdapat
tindakan segelintir yang parkir sesuka hati telah mengganggu
pergerakan keluar masok guru di dalam kawasan parkir sedia ada.
Respon daripada Guru Besar, pada tahun 2018 kita akan menyusun atur
semula kedudukan parkir kereta di kawasan parkir sekolah.

Makluman : Semua guru berkenaan

5.2 Berkaitan duit staf, Cikgu Faris menanyakan bilakah tempoh akhir
membayar duit staf dan adakah ia perlu diteruskan. Guru Besar memberi
respon supaya ia diteruskan dan dana cenderamata perlu dikurangkan
kerana kekurangan sumber. Bendahari kelab staf juga memberi respon
bahawa guru perlu melunaskan bayaran dan tiada tempoh akhir
bayaran. Cikgu Lawan memberi respon berkaitan penggunaan duit staf.
Beliau mencadangkan supaya berlaku rombakan dalam penentuan
kegunaan duit staf. Guru Besar memberi respon hal ini akan dibincangkn
pada tahun 2018. Bendahari meminta supaya ditukarkan jawatan beliau
dengan guru sebagai pengganti. Bantahan daripada semua guru,
bendarahari dikekalkan dengan sebulat suara.

Makluman : Semua guru berkenaan

5.3 Cikgu Firdaus bertanyakan berkaitan pelaksanaan mesyuarat staf


hujung tahun bagi mesyuarat staf yg pertama,adakah ia perlu diteruskan
kerana dikhuatiri tidak dapat hadir. Guru Besar memberi respon bahawa
ia akan diteruskan seperti yang telah dikhabarkan.

Makluman : Semua guru berkenaan

5.4 Cik Dayang bertanya bagi staf SKIU,perlukah staf bukan guru hadir pada
setiap perhimpunan rasmi pada setiap minggu. Respon daripada Guru
Besar, staf bukan guru hanya perlu hadir di perhimpunan pada minggu
pertama dan minggu ketiga setiap bulan. Guru Besar menerangkan
rasionalnya ialah kemungkinan perhimpunan akan menyebut berkaitan
staf. Jika staf tidak menyertai perhimpunan kemungkinan berita dan
maklumat penting tidak sampai pada staf

Makluman : Semua guru dan AKP berkenaan

5.5 Berkaitan tangki air oleh Puan Evelyn, guru-guru yang memerlukan
tangki yang baru perlu memaklumkan segera. Cikgu Din menyatakn
rumahnya memerlukan tangka baharu kerana tangkinya telah bocor.
Cikgu David juga menyatakan keperluan tangki bagi rumah beliau dan
Cikgu Leong. Guru Besar mencadangkan penukaran tangki dijalankan
pada cuti akhir tahun dan wakil rumah perlulah ada semasa
pelaksanaan penukaran tangki.

Makluman : Semua guru yang berkenaan


5.6 Cikgu Farhan menyentuh berkaitan rumah penginapan, Bilangan
penduduk dalam kuaters guru Cikgu Firster telah melebihi kuota
sepatutnya. Guru Besar menyatakan ia akan distruktur semula pada
tahun 2018.

Tindakan : Semua guru kelas

6. Penutup

6.1 Mesyuarat dicadangkan penangguhannya oleh Cikgu Firdaus pada jam


9.15 malam dan disokong oleh Cikgu David.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

………………………………… ……………………………………

(Muhammad Farhan Bin Zakaria) (Nyuwak Ak Slan)


Setiausaha Kelab Staf, Guru Besar,
SK Iban Union, SK Iban Union,
Tarikh : Tarikh :

You might also like