You are on page 1of 2

Ibu bapa

Kumpulan berkepentingan ini mengambil bahagian dalam pembentukan dasar PPPM. Kerajaan
mengambil kira pendapat mereka untuk melaksanakan dan menjayakan dasar tersebut. Sebagai contoh,
dasar PPSMI yang dikemukakan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr M telah dimansuhkan kerana
ditentang oleh ibu bapa. Dalam aspek ini kita ketepikan soal politik kerana kebanyakan ibu bapa yang
tinggal di luar Bandar tidak menerima PPSMI. Oleh itu, kumpulan ibu bapa merupakan kumpulan
berkepentingan yang sangat penting dalam pelaksanaan dasar PPPM. KPM perlu mendapat sokongan
penuh daripada ibu bapa untuk menjayakan PPPM.

Ibu bapa perlu menyokong KPM untuk melaksanakan sesuatu dasar dengan memahami kehendak dasar
tersebut secara keseluruhan. Masih juga terdapat ibu bapa yang membincangkan tentang perbezaan
PPSMI dan MBMMBI. Ia adalah kerana ibu bapa terlalu taat dengan sesuatu dasar tanpa mengira
kebaikan dan keburukanya. Ibu bapa perlu mengkaji dan menganalisa sesuatu dasar sebelum menolak
dasar tersebut.

Pasaran pekerja

Kerajaan perlu meneliti, memahami, mengkaji dan analisa (masa depan) pasaran pekerja sebelum
membentuk sesuatu dasar. Kehendak pasaran pekerja akan menentukan pembangunan kewangan
Negara kita. Menurut Berita Harian yang bertarikh 1.7.2011, Malaysia kukuh dengan pasaran pekerja.
Menurut berita tersebut, pasaran pekerja kukuh kerana adanya pekerja yang mahir dalam ICT. Ini
menunjukkan bahawa hasrat KPM iaitu melahirkan rakyat yang celik dalam ICT dapat memberi kesan
yang baik dalam pasaran perkerja.

ILMIA (Institute of Labour Market Information and Analysis) menyatakatan bahwa Negara kita akan
menghadapi masalah dalam membekalkan pekerja semi skill untuk beberapa bidang pekerjaan pada
tahun 2020 (http://www.ilmia.gov.my/index.php/researches/publication/ilmia-publication). Data
tersebut membantu KPM untuk membentuk dasar yang sesuai bagi melahirkan murid yang cemerlang
untuk memenuhi kehendak pasaran.

Guru-guru / golongan pendidik

Guru-guru merupakan individu yang akan berfungsi sebagai wakil KPM bagi menyalurkan dan
melaksanakan semua aspek megenai PPPM. Oleh itu, kerajaan perlu mendengar dan memahami
kehendak guru supaya sesuatu dasar itu dapat dijayakan. Terdapat juga beberapa dasar dan program
kerajaan diubah dan dimansuhkan kerana ianya tidak diterima oleh guru-guru. Antaranya ialah seperti
Pelaksanaan program SAPS online, guru import, PBS dan PPSMI. Kebanyakan dasar dan program
tersebut menelan berjuta-juta ringgit untuk melaksanakanya. Namun ianya gagal kerana tidak mendapat
sokongan daripada golongan pelaksana.

Guru-guru perlu bersedia untuk melaksanakan dasar-dasar yang boleh membangunkan Negara. Guru-
guru perlu berubah, berfikir secara terbuka dan berusaha untuk melaksanakan tugasan yang diberi
kepada mereka. Mereka perlu menguasai kemahiran ICT untuk menghadapi cabaran masa depan.

Murid / Pelajar

Menurut data TIMSS dan PISA, Malaysia terletak dalam kelompok sepertiga terbawah kerana lebih 50%
murid berumur 15 tahun tidak berupaya mencapai tahap minimum pada peringkat antarabangsa. Data
tersebut menunjukkan betapa desaknya KPM untuk melaksanakan PPPM bagi meningkatkan kualiti
pendidikan Negara kita. Pada masa yang sama, dasar tersebut perlu memenuhi kehendak murid/pelajar
supaya ianya diterima oleh mereka. Subjek TMK dan TBK bagi murid tahun 4 yang diperkenalkan pada
tahun 2013 boleh melahirkan individu yang celik dalam ICT. Ia juga akan mendapat sambutan yang baik
dalam kalangan murid yang suka dengan dunia ICT.

NGO dan sector awam

Kumpulan berkepentingan merupakan kumpulan yang mendesak penggubal polisi untuk memihak
mereka semasa membentuk sesuatu dasar. Pihak NGO dan sector awam sentiasa mengharapkan
kerajaan akan memenuhi tuntutan mereka. Pada tahun 2011, KPM bersama dengan JPJ Jabatan
Pengangkutan Jalan Malaysia telah memperkenalkan satu subjek baru bagi mengatasi masalah jalan
raya. Beberapa topic mengenai keselamatan jalan raya telah dimasukan dalam silibus BM. Terdapat juga
beberapa topic mengenai kesihatan (Kementerian Kesihatan Malaysia), alam sekitar (Kementerian
Sumber Asli dan Alam Sekitar) dan pengguna (KPDNK) telah di beri perhatian semasa menulis buku teks.
Sector awam meminta KPM untuk mendidik murid/pelajar mengenai perkara-perkara penting yang
terdapat dibawah kementerian masing-masing.

You might also like