You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN TEMAI

KG TEMAI 26640 PEKAN PAHANG

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI PERTAMA 2017

Tarikh : 28 Disember 2016( Rabu )


Masa : 10.00 p.m
Tempat : Bilik Gerakan Sk Temai

Kehadiran :

1. Pn. Rohana Bt Harun ( GPK 1)


2. En. Amir Hamizi B. Ahmad Izam (Ketua Panitia)
3. Pn. Norfaizah Bt Johar (Setiausaha)
4. Pn. Asmiza Bt Mohd (AJK)
5. Pn Normayuzi Bt Abd Mubin (AJK)

Tidak Hadir : Tiada

Agenda :

1. Ucapan alu-aluan pengerusi (Ketua Panitia Sains)


2. Ucapan wakil Guru Besar ( Guru Penolong Kanan 1)
3. Pengesahan minit mesyuarat
4. Perkara berbangkit
5. Perancangan panitia sains
6. Hal-hal lain
7. Penutup.

1. Ucapan Alu-aluan Pengerusi

1.1 Mengucapkan salam dan mengalu-alukan kehadiran semua guru pada


mesyuarat panitia bagi kali pertama Tahun 2017.

1.2 Beliau mengucapkan syabas kepada guru yang terlibat dengan program yang
dirancangkan pada tahun 2016 dan telah memberikan kerjasama yang kukuh
dan bersungguh-sungguh serta mendapat hasil yang cemerlang.

Tindakan : Makluman

2. Ucapan Wakil Guru Besar

2.1 Pn. Rohana Bt Harun selaku Guru Penolong Kanan 1, mengucapkan salam
dan mengalu-alukan kedatangan ahli panita sains. Beliau mengucapkan
tahniah dan syabas kerana pencapaian UPSR 2016 dengan kelulusan sebanyak
!00 % dan GPS sebanyak 3.23.
2.2 Mengingatkan guru panitia sains supaya melengkapkan buku rekod mengajar
sehingga akhir bulan Januari ini.
2.3 Memastikan supaya Perancangan Strategik dibuat pada tahun 2013 hingga
2017 (Jangkamasa panjang)
2.4 Memastikan Perancangan Strategik sahaja dibuat.

Tindakan : Tindakan guru.

3. Pengesahan Minit Mesyuarat.

3.1 Pn.Asmiza Bt Mohd mencadangkan agar minit mesyuarat yang lalu disahkan
dan disokong oleh Pn. Normayuzi Bt Abd Mubin.

Tindakan : Makluman

4. Perkara Berbangkit

4.1 Jadual pencerapan P & P – jadual pencerapan telah disediakan oleh GPK 1.
Tarikh sebenar pencerapan bergantung kepada keadaan semasa dan pencerap.
Guru diminta sentiasa bersedia untuk dicerap.
4.2 Guru perlu mengemaskini KPI dan Headcount berdasarkan pencapaian tahun
lepas
4.3 Mengadakan kursus LDP setiap kali guru menghadiri kursus KSSR.

Tindakan : Guru Sains

5. Perancangan Panitia Sains

5.1 Semua ujian dan peperiksaan adalah dijalankan mengikut takwim sekolah.

5.2 Analisa keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2016 bagi Tahap 2 sahaja adalah
seperti berikut :
ANALISA PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN SAINS 2016.

TAHUN BIL
MURID A % B % C % D % LULUS % E %
TAHUN 1 13 0 0.0 4 3.1 6 46.1 1 0.7 11 84.6 2 15.4
TAHUN 2 23 0 0.0 4 17.0 5 21.7 4 17.3 13 56.5 10 43.5
TAHUN 3 20 0 0.0 0 0.0 3 15.0 3 0.15 6 3.0 14 97.0
TAHUN 4 23 0 0.0 0 0.0 4 17.0 1 0.4 5 21.7 17 78.3
TAHUN 5 19 0 0.0 0 0.0 0 0.0 4 21.0 4 21.0 15 79.0

ANALISA UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH SAINS TAHUN 2016

BIL
TAHUN DARJAH MURID A % B % C % D % LULUS % E %

2016 6 22 1 4.5 2 9.1 10 46.5 9 40.9 22 100 0 0

5.3 Target UPSR 2017.


Calon pada tahun 2017 adalah seramai 19 orang. Target lulus keseluruhan
adalah sebanyak 100%. Pencapaian 6A seramai 3 orang. Pencapaian 3 orang
adalah sebanyak 15.7%. Manakala target GPS adalah 3.00.

5.4 Penulisan Buku Rekod Mengajar.


Buku rekod mengajar yang dibekalkan adalah dalam format KSSR bermula
pada tahun 2017.
5.4.1 Buku latihan murid bagi Tahap 1 adalah sebuah sahaja. Manakala
Tahap 2 menggunakan sebanyak 2 buah.

5.5 Aktiviti Panitia


Pengerusi memaklumkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada tahun
2017.
5.5.1 Persembahan panitia sains di Perhimpunan pagi adalah setiap hari
Isnin.
5.5.2 Membuat Buku Skrap secara kumpulan atau individu
5.5.3 Aktiviti mingguan Pusat Sumber Sekolah bersama Panitia Sains
5.5.4 Menjalankan Bengkel Teknik Menjawab UPSR bagi murid Tahun 5
dan Tahun 6.
5.5.5 Kuiz Sains iaitu aktiviti selepas UPSR.
5.5.6 Minggu Matematik dan Sains.

5.6 Perancangan Strategik


Setiap tahun perlu menetapkan KPI dan target pencapaian
5.6.1 Target Sains Tahap 1 mencapai sekurang-kurangnya Band 5.
5.6.2 Target Sains Tahap 2 (Tahun 5 dan Tahun 6) adalah 100% lulus
secara keseluruhan.

Tindakan : Guru Sains


6.0 Hal – hal lain.

Ketua Panitia dan guru sains boleh menyenaraikan Bahan Bantu Mengajar yang
diperlukan untuk proses Pengajaran dan Pembelajaran dan diserahkan kepada guru
perpustakaan Media.

6.1 Penggunaan Bilik Sains adalah digalakkan bagi proses pengajaran dan
pembelajaran. Penggunaan Bilik Sains hendaklah dicatat dalam Buku Rekod
Penggunaan Bilik Sains.

Tindakan : Guru Sains

7.Penutup

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.30 petang

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………………… ………………………………..
( En. Amir Hamizi Bin Ahmad Izam ) ( Pn. Rohana Bt Harun )
Ketua Panitia Sains, Guru Penolong Kanan 1,
SK Temai, Pekan Pahang SK Temai, Pekan Pahang

You might also like