You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT

JAWATANKUASA PENINGKATAN KURIKULUM DAN KEMAJUAN PENDIDIKAN


SK KAMPUNG PAGI
(BIL 1 TAHUN 2016)

TARIKH: 21 JANUARI 2016

MASA : 2.00 PETANG

TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER

KEHADIRAN
1. ENCIK ZAINOL BIN ABDUL MALEK (GPK 1)
2. ENCIK BADRUL HISHAM BIN MOHAMAD
3. ENCIK MOHD ZULFADLI BIN AB HAMID
4. ENCIK SALLEHUDDIN BIN ABDUL WAHAB
5. ENCIK MOHAMAD AFIQ BIN MOHD MUSTAFA
6. PUAN NURUL FARAHIN BINTI IBRAHIM

1. UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi bersyukur kerana mesyuarat ini dapat dilaksanakan dan


mengucapkan terima kasih kepada semua guru atas kerjasama meghadiri
mesyuarat. Bagi memberkati pengerusi memulakan majlis dengan bacaan
doa.
1.2 Pengerusi menjelaskan bahawa objektif utama mesyuarat ini adalah
untuk guru-guru yang mengajar tahun 6 bagi memastikan kecemerlangan UPSR
2016.

2. MURID TARGET DAN POTENSI LULUS


2.1 Berdasarkan pengiraan headcount daripada TOV yang dilakukan oleh GPK 1, Beliau
telah mensasarkan murid target 6A adalah seramai tiga orang iaitu Khairin Ayuni,
Iqrame Iman dan Fazrul Hakim.
2.2 Empat orang murid diletakkan sebagai murid yang berpotensi untuk lulus semua mata
pelajaran iaitu Fareena Anisha, Saidatul Nadira, Salahuddin, dan Syazwan.

3. Sekiranya pada tahun 2015 yang lalu mampu menghasilkan semua calon lulus, GPK 1
memesan kepada semua guru supaya berusaha untuk menghasilkan calon yang mendapat
6A bagi tahun 2016 supaya dapat mengekalkan kedudukan pada ‘top 5’ daerah.
4. PERBINCANGAN HEADCOUNT
4.1 Rujuk laporan headcount yang diedarkan.
4.2 Secara keseluruhan : TOV : 4.60 , ETR GPS 2016 : 2.07

5. PERJUMPAAN DENGAN IBU BAPA

5.1 Perbincangan telah mendapat keputusan sebulat suara untuk mengadakan


perjumpaan guru-guru tahun 6 bersama-sama ibu bapa murid tahun 6 pada 29 Januari
2016, Jumaat.

6. PROGRAM-PROGRAM TAMBAHAN

6.1 Kelas tambahan


6.1.1 Petang dan malam setiap hari kecuali Jumaat dan Sabtu.
6.1.2 Tempat : Mengikut kesesuaian
6.1.3 Bermula selepas Cuti Tahun Baru Cina

6.2 Program Kerohanian


6.2.1 Bacaan Surah Yassin – Khamis malam dan Jumaat pagi bertempat di surau asrama.
6.2.2 Solat hajat

6.3 Bengkel teknik menjawab soalan


6.3.1 Akan berbincang dengan SK Kuala Tahan untuk mengadakan bengkel bersama .
6.3.2 Akan dibincangkan semula.

6.4 Peruntukan untuk program kecemerlangan UPSR.


6.4.1 Kutip daripada ibu bapa murid tahun 6
6.4.2 Mohon sumbangan daripada PIBG

6.5 Buku latihan


6.5.1 Mungkin lewat kerana pertukaran format baharu peperiksaan.
6.6 Program rehat minda
6.6.1 Lawatan – Mengikut kesesuaian dan peruntukan. Akan dibincangkan semula.

7. HAL-HAL LAIN
7.1 En Mohd Zulfadli dan En Badrul Hisham membuat teguran kepada murid baru yang agak
lemah.
7.2 Perlu mengikuti kelas pemulihan bersama En. Amiruddin.

8. PENUTUP
8.1 GPK 1 menegaskan bahawa guru-guru memikul cabaran yang agak berat. Namun, guru
perlu tabah dan bersemangat.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.23 petang.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

(MOHAMAD AFIQ BIN MOHD MUSTAFA) (ZAINOL BIN ABDUL MALEK)


Setiausaha PKKP, Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
SK Kampung Pagi. SK Kampung Pagi.

You might also like