You are on page 1of 2

Mempunyai sebuah Buku Rekod Mengajar yang kemaskini dan menyerahkan

kepada Pengetua pada masa yang ditetapkan setiap minggu.


Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan
sukatan mata pelajaran yang berkenaan.
Memahami dan mematuhi pekeliling_pekeliling dan arahan yang berkaitan
dengan mata pelajaran
yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai,
iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai di
akhir tiap penggal bagi tiap tingkatan.
Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajran yang diajar dengan
lengkap untuk tempoh setahun/sepenggal/ seminggu / harian dan melaksanakan
pengajarannya mengikut rancangan pelajaran yang disediakan.
Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku
latihan pelajar dan memulangkan semula secepat mungkin. Menyerahkan /
menunjukkan buku latihan murid kepada pengetua/ wakilnya pada masa yang
dikehendaki.
Menjalankan ujian Bulanan dan Penilaian kepada pelajar . Merekodkan soalan-
soalan dan keputusan ujian dalam buku rekod mengajar.
Mengesan kelemahan pelajar dan menjalankan kelas pemulihan/ bimbingan.
Menjadi ahli dalam Panitia Mata Pelajaran , menghadiri serta mematuhi dan
melaksanakan keputusan mesyuarat panitia.
Guru mata pelajaran harus menyedari dan menggunakan buku panduan yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan / Jabatan Pendidikan dan PPD.
Memastikan keselamatan pelajar di makmal/ bengkel KH/ Bilik ERT/ Sains
Pertanian serta mengawasi penggunaan peralatan.
Menghadiri mesyuarat / taklimat mengenai mata pelajaran yang berkenaan
sama ada yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan / Jabatan Pendidikan
Negeri dan PPD. Menyampaikan semua maklumat kepada guru lain yang
mengajar mata pelajaran yang sama.
Sentiasa mengikuti perkembangan dan pembaharuan tentang teknik mengajar
bagi mata pelajaran berkenaan bagi meninggikan lagi prestasi dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Melaporkan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran tentang masalah pengajaran
dan pembelajaran untuk tindakan selanjutnya.
Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantuan mengajar yang
digunakan, memastikan bahawa alat-alat bantuan mengajar digunakan secara
meluas . Bertanggungjawab dalam menambahklan alat bantuan mengajar bagi
memperkayakan Pusat Sumber Sekolah.
Mengadakan sudut-sudut mata pelajaran berkenaan dalam kelas-kelas yang
diajar.
Membantu menguruskan Bank Soalan.
Memiliki, memahami dan boleh mentafsir serta menghuraikan kandungan
sukatan pelajaran dan huraian mata pelajaran berkenaan.
Memahami dan mematuhi pekeliling –pekeliling dan arahan-arahan yang
berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan
matlamat yang harus dicapai iaitu dari segi pengetahuan,pencapaian akademik
dan kemahiran yang harus dicapai di akhir tiap penggal bagi tiap tingkatan.
Mempunyai sebuah buku rekod mengajar yang kemaskini dan menghantarnya
kepada Pengetua untuk ditandatangani pada masa yang ditetapkan iaitu setiap
minggu.
Menyediakan rancang pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan lengkap
untuk tempoh setahun/sepenggal /seminggu/harian dan melaksanakan
pengajaran mengikut rancangan pelajaran yang ditetapkan.
Menyedia dan memberi latihan yang cukup,memeriksa buku latihan pelajar dan
memulangkan semula secepat mungkin.Menyerahkan buku latihan pelajar
kepada Pengetua /PKP untuk disemak pada masa yang dikehendaki.
Membina soalan ujian atau peperiksaan mengikut JPN .
Menjalankan ujian bulanan dan penilaian kepada pelajar dari semasa ke
semasa.Merekod soalan-soalan ujian dan penilaian serta markah ujian tersebut
ke dalam buku rekod mengajar.
Mengesan kelemahan pelajar dan mengadakan aktiviti pemulihan .
Menjadi ahli dalam panitia mata pelajaran , menghadiri serta mematuhi dan
melaksanakan keputusan mesyuarat panitia.
Memastikan buku –buku panduan yang digunakan adalah yang diluluskan oleh
Kementerian Pendidikan /Jabatan Pendidikan /PPD .

You might also like