You are on page 1of 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN USJ 8

PERSIARAN KEWAJIPAN 47610


UEP SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN
MINIT MESYUARAT AGUNG
PERSATUAN BAHASA MELAYU & KEBUDAYAAN TAHUN 2016

TARIKH: 12 JANUARI 2016


MASA : 7.30 – 8.40 PAGI
TEMPAT : BILIK MUZIK
KEHADIRAN : Guru-guru penasihat 1) Pn Rosniza Binti Abdul Rahman
2) Pn Suhana Binti Khamis

: Ahli-ahli : 39 / 39 orang

1. Kata-kata aluan
Guru penasihat Pn Rosniza Bt Abdul Rahman mengalu-alukan kehadiran semua ahli Persatuan ke
Mesyuarat Agung Persatuan dan memperkenalkan guru penasihat lain iaitu Pn.Suhana Bt Khamis.
Ahli-ahli diingatkan supaya membawa kad kuning setiap kali interaksi dijalankan.

2. Pemilihan ahli jawatankuasa (AJK) kelab 2015


Mesyuarat telah memilih AJK kelab yang baru bagi tahun 2014.
Senarai AJK adalah seperti berikut :
Pengerusi : Muhd Aiman Bin Mohamad Ting. 5G
Naib Pengerusi : Carlos Jereza Uun Ting. 3F
Setiausaha : Misha Adiea Bt Mohd Aiman Pracham Ting. 3C
Penolong Setiausaha : Muhammad Syahrin B. Mohd Zin Ting. 5G
Bendahari : Nursyafiqah Nadiah Bt Mohd Khan Ting. 3F
Penolong Bendahari : Nikey Nurshakila Bt Yustan Ting. 3G
Wakil Tingkatan : Kesika A/P Kanayasan Ting .1A
Muhd Adnan Bin Mohd Din Ting .2A
Balan A/L Subramaniam Ting. 3F
Samuel A/L Bala Ting. 4G
Muhd Aidil Bin. Mohamad Ting. 5G

3. Ucapan oleh Pengerusi Baru


Pengerusi Persatuan yang baru dilantik iaitu Mohd Aiman Bin Mohamad mengucapkan terima
kasih atas lantikan beliau dan mengharapkan semua ahli kelab memberikan kerjasama dan
komitmen yang tinggi untuk kelab pada tahun ini. Beliau juga meminta cadangan untuk
rancangan tahunan persatuan dan membacakan beberapa peraturan ko-kurikulum sekolah
seperti kehadiran, pakaian yang dibenarkan dan lain-lain.

4. Hari, masa dan tempat latihan


Mesyuarat dimaklumkan tentang maklumat interaksi yang akan dijalankan seperti berikut:

Hari : Setiap hari Selasa


Masa : 2.00 – 3.30 ptg
Tempat : Bilik Muzik SMK USJ 8

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 8.40 pagi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

__________________________________ _________________________
(MISHA ADIEA MOHD AIMAN PRACHAM) (ROSNIZA ABDUL RAHMAN)
Setiausaha Guru Penasihat

You might also like