You are on page 1of 6

SMK BATU 8, JALAN PUCHONG,

SELANGOR

PROJEK KHIDMAT
MASYARAKAT 2018:
MEMBAIK PULIH KAWASAN
PADANG& PARKIR GURU

DIANJURKAN OLEH:
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR TINGKATAN 6
PENGENALAN

Warga SMK Batu 8 amat memerlukan fasiliti yang lengkap dan baik bagi memudahkan dan
melancarkan gerakerja di sekolah. Salah satu kemudahan yang diambil berat adalah
kawasan padang dan parkir yang kondusif dan sistematik untuk keselesaan guru, pelajar dan
kakitangan sekolah.
Sehubungan dengan itu, Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan 6 ingin menjalankan projek
khidmat masyarakat membaik pulih kawasan padang dan parkir kereta dalam membentuk
persekitaran sekolah yang baik, bukan hanya untuk warga SMK Batu 8 namun untuk sesiapa
sahaja yang melawat dan berurusan dengan pihak sekolah.

1.0 RASIONAL

1.1 Kawasan parkir guru di tapak perhimpunan telah tidak jelas garisannya
memerlukan penandaan semula dengan warna putih.
1.2 Kawasan padang sebelah Blok G yang telah rosak dan berlubang-lubang,
menyukarkan pergerakan guru dan pelajar. Padang perlu ditampung tanah/pasir
untuk mengelakkan menjadi kawasan takungan air ketika hujan.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Dapat mewujudkan kawasan sekolah yang lebih selesa dan harmonis bagi
memenuhi keperluan semua.
2.2 Melahirkan generasi yang prihatin dan berkesedaran tinggi terhadap keceriaan
dan keselamatan.
2.3 Memupuk nilai-nilai murni seperti semangat kerjasama dan rasa cintakan sekolah
di kalangan pelajar
3.0 ANGGARAN KOS

Anggaran Kos Membaik pulih kawasan parkir dan padang sekolah.

Anggaran Kos
Bil. Item / Perkara
(RM)

Mengecat garisan putih( dijangka sepanjang


1. 300 meter ) RM 650.00

2. Membaik pulih padang RM 550.00

ANGGARAN JUMLAH KOS KESELURUHAN RM 1200.00

Perbelanjaan termasuklah, antaranya:


1. Membeli tanah/pasir dan lain-lain
2. Membeli cat dan peralatan cat
3. Upah pekerja.

ANGGARAN KESELURUHAN IALAH RM 1200.00


SUMBER KEWANGAN: MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR TINGKATAN 6

4.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK

PENASIHAT : Puan Siti Khadijah bt Abd. Wahab


Puan Wan Nurul Hidayah bt Wan Ahmad

PENGERUSI : Pugallventan a/l Ramachandran

SETIAUSAHA : Teoh Shook Wei

BENDAHARI : Diah Nurmawati

AHLI JAWATANKUASA : 1. Law Kok Hou


2. Aina Nadia bt Mohamad Alanz
GAMBAR KAWASAN
5.0 PELAKSANAAN PROGRAM

TARIKH : 16 Januari 2018

HARI : Selasa

MASA : 07.20- 17.00

TEMPAT ; SMK Batu 8, Jalan Puchong


6.0 KUMPULAN SASARAN

Semua pelajar Tingkatan 6 Sesi 2017/2018

7.0 Kesimpulan
Semoga aktiviti ini dapat dijalankan dengan jayanya dengan kerjasama daripada semua.
Seterusnya, moga program yang dilaksanakan akan memberikan nilai positif dan amalan
terbaik kepada pelajar dalam memberikan sumbangan kepada sekolah tercinta.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………………. ………………………………………
(TEOH SHOOK WEI) (PN. WAN NURUL HIDAYAH W. AHMAD)
Setiausaha Program Khidmat Masyarakat, Guru Program Khidmat Masyarakat,
SMK Batu 8, Jalan Puchong SMK Batu 8, Jalan Puchong

Disahkan oleh,

…………………………………….
(PN. SITI KHADIJAH BT ABD. WAHAB)
Penolong Kanan Tingkatan 6,
SMK Batu 8, Jalan Puchong

You might also like