You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT TASK FORCE UPSR KALI PERTAMA 2017

SEKOLAH KEBANGSAAN KUMPULAN GANDA

Tarikh : 17.06.2017
Masa : 2.00 tengahari
Tempat: Bilik Gerakan SKKG

Kehadiran :

1. En Khairudin Bin Nasri(Guru Besar)


2. En Kamarul Najmi Bin Hassan (GK Pentadbiran)
3. En Mohd Hazli B Mat Sharif (GK HEM)
4. En Mukhlis B Ab. Khadar (GK KO)
5. En Mohamad Razif B Hamdan
6. En Shahrol Afrizan B Morad
7. Pn Intan Zarith Diana Bt Yahya
8. En Mohd Zaid B Mohd Arshad
9. En Muhammad Abdul Muiz Bin Abdul Rahman

Tidak Hadir : Tiada.

Agenda 1 : Ucapan Pengerusi (KP).


1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang telah
dapat hadir.
1.2 Pengerusi mengalukan atas kedatangan guru-guru bagi mesyuarat pertama
Task Force UPSR 2017.
1.3 Mesyuarat akan memfokuskan pada analisis dan fokus pada UPSR 2017
sahaja.

Agenda 2 : Ucapan Tuan Guru Besar.


2.1 Analisis PPT 2017 telah menunjukan peningkatan namun masih tidak
mencapai unjuran sebenar.
2.2 Pencapaiannya adalah seorang murid telah mendapat 6A, 3 orang murid
telah lulus manakala 3 orang murid lagi telah gagal.
2.3 GPS yang diperolehi ialah 3.61.
2.4 SKKG termasuk dalam sekolah yang mempunyai calon yang mendapat 6A.
2.5 Kedudukan SKKG juga berada pada 10 sekolah terendah dalam pencapaian
PPT 2017.
2.6 Fokus utama perlu ditekankan khusus kepada calon-calon UPSR 2017.
2.7 Murid yang mendapat 6A ialah Nurhidayahtullah. Dia perlu mengekalkan
pencapaian ini sehingga UPSR nanti.
2.8 Guru-guru perlu merancang dan melaksanakan program yang sesuai bagi
menghadapi 86 hari menjelang UPSR 2017 (HUG- Hari Untuk Gemilang).
2.9 GPS yang rendah diperolehi akibat dari nilai E yang banyak diperolehi oleh
murid-murid. Nilai E yang banyak boleh mempengaruhi nilai GPS
keseluruhan sekolah.
2.10 Guru-guru yang berkenaan perlu membuat perancangan harian kepada
murid-murid UPSR tahun ini. (Mengikut subjek UPSR 2017)

Tarikh Program Tindakan Catatan

2.11 Peruntukan sebanyak RM 1000 dari Exco Pendidikan Negeri bagi


program kecemerlangan murid UPSR.
2.12 Bagi persediaan cuti sekolah guru-guru perlu membuat perancangan
jangka pendek untuk peperiksaan percubaan
2.13 2 kategori set soalan perlu disediakan iaitu bagi murid yang cemerlang
arasnya perlulah tinggi manakala bagi murid yang gagal setnya hanya untuk
memastikan mereka lulus.
2.14 Setiap set soalan ini perlu dimasukkan ke dalam satu fail sahaja dan perlu
disahkan oleh guru besar terlebih dahulu.
2.15 Dialog prestasi bersama Guru Besar akan diadakan bersama guru tahun
6 bagi subjek teras.
2.16 Guru-guru perlu menyediakan lampiran markah murid, laporan prestasi
setiap murid, kekuatan dan kelemahan murid, dan tindakan yang akan dibuat
oleh guru selepas penilaian terhadap murid.

Tindakan : Semua Guru Tahun 6.

Agenda 3: Hal-hal lain / Penutup.


3.1 Ucapan terima kasih pengerusi atas kerjasama yang diberikan sepanjang
mesyuarat dijalankan .
3.2 Guru-guru diharapkan untuk lebih bersemangat bagi memastikan kejayaan
murid-murid seterusnya meningkatkan GPC sekolah

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Disediakan oleh: Disahkan oleh :


................................................ ................................................
( ) ( )
Setiausaha Kurikulum SKKG Guru Kanan Pentadbiran

You might also like