You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN ABUN MATU

MINIT MESYUARAT AGUNG KELAB BOLA TAMPAR BIL 1/2017

Tarikh : 7 Februari 2017 (Selasa)

Masa : 3.30 petang – 5.00 petang

Tempat : Kantin Sekolah SK Abun Matu

Kehadiran guru penasihat : Encik Kuma Bukoh

Pn. Catherine Bilong

Puan Liliana Wong

KehadiranMurid : Rujuk Lampiran Senarai Nama Ahli Kelab Bola


Tampar

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran murid-murid ke Mesyuarat Agung


Kelab Bola Tampar 2017. Pengerusi berharap ahli Kelab Bola Tampar
pada tahun ini dapat memberikan komitmen dan dapat hadir setiap kali
perjumpaan diadakan.Pengerusi juga berharap agar ramai ahli kelab
dapat mewakili pasukan bola tampar sekolah dan mendapat tempat
tiga teratas semasa pertandingan bola tampar di peringkat daerah
hujung tahun nanti.

2.0 MEMBENTANG DAN MELULUSKAN MINIT MESYUARAT

2.1 Khairina Uring Mustafa mencadangkan agar Minit Mesyuarat Agung


Kelab Bola Tampar 2016 disahkan serta disokong oleh Suzana
Markus. Minit mesyuarat diterima sebulat suara tanpa pindaan.

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

Tiada perkara berbangkit.

4.0 LAPORAN AKTIVITI TAHUN 2016

4.1 Aktiviti Kelab Bola Tampar 2016 telah dijalankan sepanjang tahun.
Kelab Bola Tampar 2016 juga telah menghantar pasukan bola tampar
lelaki dan bola tampar perempuan. Namun yang demikian, kedua-dua
buah pasukan yang dihantar gagal meraih sebarang pingat.

5.0 MEMBUBARKAN JAWATANKUASA 2016

5.1 Jawatankuasa 2016 telah dibubarkan dengan rasminya.


6.0 PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA 2016

Guru Penasihat : Kuma Bukoh

: Catherine Bilong

Liliana Wong

Pengerusi : Fernandez Bok Jani (6K)

Naib Pengerusi : Joannes Gumang Tugau (6K)

Setiausaha : Beatrice Ling Rui Jie (6B)

Naib Setiausaha : Khairina Uring Mustafa (6B)

Bendahari : Steve Dicklaus Sudin (6K)

Naib Bendahari : Daphne Angel Jackson (5B)

Ahli Jawatankuasa Kerja : Tahun 6 : Cordylia Kedoh (6B)

Tahun 5 : Sheryl Sim Chu May (5B)

Tahun 4 : Pereira Matau (4B)

Tahun 3 : Myadaneya Lovicha (3B)

7.0 RANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN KELAB BOLA TAMPAR 2017

Rujuk Lampiran Rancangan Tahunan Kelab Bola Tampar 2017

8.0 HAL-HAL LAIN.

8.1 Pengerusi memberitahu latihan dan perjumpaan akan diadakan


dengan merujuk papan kenyataan Kelab Bola Tampar sekolah atau
dimaklumkan kepada AJK darjah masing-masing.

9.0 PENUTUP

9.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada murid-murid yang


hadir dalam mesyuarat ini dan berharap bersama-sama dapat
meningkatkan prestasi Kelab Bola Tampar sekolah.

9.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

_____________________ ______________
(BEATRICE LING RUI JIE) (KUMA BUKOH)
Setiausaha Kelab Bola Tampar, Guru Penasihat,
SK Abun Matu. SK Abun Matu.

You might also like