You are on page 1of 9

MINIT MESYUARAT GURU AWAL TAHUN 2018

TARIKH : 28.12.2017

HARI : KHAMIS

MASA : 9.00 PAGI

KEHADIRAN :

01. En. Ahmad Azman bin Johari - Guru Besar / Pengerusi


02. Pn. Siti Fatmawati binti Abdul Ghani - GPK Pentadbiran
03. Pn. Nurul Hudaa binti Abdullah - GPK Hal Ehwal Murid
04. En. Norlizam bin Mohmad
05. En. Mohamad Hairolfitri bin Sahbuddin
06. En. Mohd Hazrul bin Mohamad Hazeli
07. Pn. Puteri Rozita binti Abdul Rahman
08. Pn. Rosnani binti Abdul Aziz
09. Cik Hafisah binti Othman
10. Pn. Hasmilawati binti Mat Jusoh
11. Pn. Amirah Husna binti Abdullah
12. Pn. Hafizah binti Hassan
13. Pn. Nor Afizah binti Abu Hanipah - PPM
14. Pn. Haryati binti Abd Samad - PT

1.0 UCAPAN PENGERUSI


1.1 Guru Besar menyampaikan amanat dalam Mesyuarat Pengurusan PGB Daerah
Lipis.
1.1.1 Bagi memantapkan pelaksanaan PBPPP pada tahun hadapan, PGB
perlu mengambil tindakan memastikan PYD untuk menyerahkan
Borang Keberhasilan seawal Februari 2018.
1.1.2 Jadual waktu minimum PGB ialah 6 waktu dan ke atas, manakala GPK
ialah 12 waktu dan ke atas dalam seminggu.
1.1.3 Pelaksanaan Dialog Pelaksanaan Intervensi (DPI) bagi PPSR akan
diserahkan sepenuhnya kepada pihak sekolah dan akan dikendalikan
sepenuhnya oleh PGB dalam 3 fasa.
1.1.4 Kurikulum Bahasa Inggeris Sejajar CEFR wajib dilaksanakan di semua
kelas Prasekolah, Tahun 1 & Tahun 2 bermula 2018 dan penataran
peringkat sekolah wajib dijalankan pada atau sebelum 12 Januari 2018.
1.1.5 PGB perlu mahir dalam merancang dan menyediakan Pelan Strategik
dan Pelan Taktikal Sekolah bagi 9 bidang kompetensi berasaskan
SKPMg2.
1.1.6 PPD menetapkan 8 Januari 2018 bagi semua sekolah menghantar
laporan tahunan Pengurusan Aset Alih dan Stor 2017.
1.1.7 PGB perlu melantik seorang guru sebagai pentadbir sekolah bagi
membuat pengesahan bilangan perkhidmatan 1GOVUC serta
menggunakan perkhidmatan tersebut.
1.1.8 PGB perlu mematuhi pekeliling yang berkaitan dengan Dasar Pemisah
(Exit Policy) bagi mengambil tindakan ke atas guru dan staf di sekolah
yang berkenaan.
1.1.9 PGB perlu pastikan permohonan ke luar Negara oleh guru/kakitangan
sekolah perlu mengikut SOP yang telah ditetapkan bagi memastikan
kelulusan diperoleh.
1.1.10 Pihak sekolah perlu memastikan penggunaan sistem ESPKWS
sepenuhnya bermula 2018.
1.1.11 PGB perlu merancang pelan strategik, pelan taktikal dan pelan operasi
peningkatan prestasi akademik bermula Tahun 4 dan 5 bagi pelan
jangka panjang dan bermula Tahun 6 bagi pelan jangka pendek untuk
semua mata pelajaran sekolah rendah.

2.0 PENGESAHAN MINIT YANG LALU


2.1 Disahkan oleh : Pn. Puteri Rozita binti Abdul Rahman
2.2 Disokong oleh : En. Norlizam bin Mohmad

3.0 PERKARA – PERKARA BERBANGKIT


3.1 Guru-guru kelas diminta melengkapkan Buku Rekod Kehadiran Murid 2017.
Tindakan : Guru Kelas
2017
3.2 Guru Kelas 2018 pelu mengambil dan melabel alatan kelas yangtelah
disediakan.
Tindakan : Semua Guru Kelas
3.3 Lantikan Guru Penyelaras Linus baharu menggantikan Puan Rosnani binti Ab.
Talib iaitu En. Mohd. Hazrul bin Mohd Hazeli.
Tindakan : GPK Pentadbiran
3.4 Tempahan baju sukan murid untuk tahun 2018 akan dibuka pada 2 Januari
2018 dan separuh daripada kos baju murid akan ditanggung oleh PIBG.
Tindakan : GPK Kokurikulum
3.5 Guru Besar meminta Mesyuarat PIBG berkenaan pembinaan surau diadakan
dan tarikh akan ditetapkan kemudian.
Tindakan : S/U PIBG
4.0 PERKARA – PERKARA BARU
4.1 Pengurusan
4.1.1 Guru Besar mengingatkan guru-guru supaya membaca surat Aku Janji
di dalam BRM sebelum ditandatangani.
Tindakan : Semua guru
4.1.2 SKPMg2 masih diteruskan dan guru-guru perlu melengkapkan evidens.
Contoh – contoh evidens adalah seperti :
4.1.2.1 Catatan tidak rasmi semasa perhimpunan
4.1.2.2 Catatan dan gambar ketika aktiviti
4.1.2.3 Catatan minit
4.1.2.4 Memo daripada Guru Besar
4.1.2.5 Carta Organisasi
4.1.2.6 Sijil Pencapai Kokurikulum
4.1.2.7 ‘Printscreen’ daripada rangkaian media social (whatsapp,
facebook)
Tindakan : Semua guru
4.1.3 Borang Keberhasilan PBPPP perlu dihantar sebelum 1 Februari 2018 –
minimum 5 items, berdasarkan skor & PPT yang akan diedarkan oleh
GPK Pentadbiran.
Tindakan : Semua guru
4.1.4 Guru Besar menegaskan rekod keluar masuk guru hendaklah dicatat.
Tindakan : Semua guru
4.1.5 Guru-guru perlu hadir di sekolah selewat-lewatnya pada pukul 7.30
pagi manakala guru bertugas perlu berada di sekolaj pada pukul 7.15
pagi.
Tindakan : Semua guru

4.1.6 Pemantauan PPD berfokus kepada peningkatan kualiti guru (PAK21)


dan kemenjadian murid.
Tindakan : Semua guru
4.1.7 Pertukaran duka lara (eg-tukar), guru perlu memastikan alamat yang
dipohon sama dengan alamat yang diisi di dalam e-operasi.
Tindakan : Semua guru
4.1.8 Guru besar mengingatkan guru yang ingin ke luar negara haruslah
memohon awal iaitu 5 minggu sebelum tarikh bercuti. Bagi cuti umrah,
jumlah cuti yang diberi adalah selama 7 hari (cuti tanpa rekod).
Tindakan : Semua guru
4.1.9 Penolong Kanan Pentadbiran mengucapkan selamat datang kepada
Guru Besar baru, En. Ahmad Azman dan guru baru, En. Mohd Hazrul.
4.1.10 Agihan tugas guru dan staf 2018 boleh dirujuk dalam Buku
Perancangan Sekolah 2018.
Tindakan : GPK Pentadbiran
4.1.11 Guru Besar meminta guru-guru menyediakan senarai Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kuala Telang bermula daripada awal pembukaan
sehingga yang terkini dan dimasukkan ke dalam sejarah sekolah.
Tindakan : Semua guru
4.1.12 Guru Besar meminta PLC mengenalpasti guru yang lemah dalam
pencerapan dan membantu meningkatkan prestasi guru berkenaan.
Tindakan : PLC
4.1.13 Penyelaras Kelab Guru menyediakan giliran untuk para guru membeli
barang jualan.
4.1.13.1 Januari : Pn. Nurul Hudaa binti Abdullah
Februari : Pn. Puteri Rozita binti Abdul
Rahman
Mac : En. Norlizam bin Mohmad
April : En. Mohd Hairolfitri bin Sabuddin
Mei : Pn. Rosnani binti Abd Aziz
Jun : Pn. Siti Fatmawati binti Abdul
Ghani
Julai : Cik Hafisah binti Othman
Ogos : Puan Hasmilawati binti Mat Jusoh
September : Pn. Hafizah binti Hassan
Oktober : En. Mohd Hazrul bin Mohd Hazeli
November : Pn. Amirah Husna binti Abdullah
Tindakan : Semua Guru
4.1.14 Guru-guru tidak boleh keluar awal pada waktu bertugas atas urusan
membeli barang ataupun urusan peribadi iaitu sebelum 1.35 petang.
Tindakan : Semua guru
4.1.15 Guru yang ingin bercuti hendaklah memaklumkan lebih awal kepada
pentadbir.
Tindakan : Semua guru
4.1.16 Jadual waktu mengajar yang diedarkan akan bermula pada 2 Januari
sehingga 26 April 2018.
Tindakan : Semua guru
4.1.17 Tiada peruntukan untuk guru ganti bagi menggantikan Puan Rosnani
binti Abdul Aziz yang akan cuti bersalin.
Tindakan : GPK Pentadbiran
4.1.18 Garis Panduan Pelaksaan boleh dirujuk di dalam lampiran Sistem
Pengurusan Sekolah.
Tindakan : Semua guru
4.1.19 Guru-guru diberi masa sebulan sehingga 2 Februari 2018 untuk
melengkapkan BRP (RPT, DSKP) dan diberi pilihan untuk menggunakan
buku atau fail. BRM perlu juga dihantar pada 5, 12, 19 dan 26 Januari
2018.
Tindakan : Semua guru
4.1.20 Guru Besar mengingatkan guru-guru supaya melaksanakan kelas
berunsurkan PAK21 - menulis objektif pada papan putih.
Tindakan : Semua guru
4.1.21 Lengkapkan takwim perancangan setiap unit sebelum 5 Januari 2018.
Tindakan : GPK
Pentadbiran
4.1.22 Perhimpunan rasmi pertama akan diadakan pada 2 Januari 2018.
Tindakan : Semua Guru
4.1.23 LADAP bagi pelaksanaan CEFR 2018 akan dijalankan pada 10 Januari.
Tindakan : Panitia BI

4.2 Hal Ehwal Murid


4.2.1 Pelan bangunan dan kedudukan kelas perlu ada arah pergerakan dan
hendaklah ditampal pada setiap kelas dan juga kantin – rujuk Buku
Perancangan Sekolah 2018.

Tindakan : Guru Kelas & Guru Kantin

4.2.2 Pertandingan hiasan meja kantin mengikut kumpulan yang akan


dibahagikan – hadiah akan disumbangkan setiap bulan oleh setiap guru
mengikut undian.
4.2.2.1 Januari : En Ahmad Azman bin Johari
Februari : En. Norlizam bin Mohmad
Tindakan : Semua guru
4.2.3 Guru Besar meminta Projek 3K Kafe Ilmu disiapkan pada tahun ini.
Penyelaras : Penyelaras 3K
4.2.4 Guru penyayang diminta menyambut kehadiran pelajar pada hari
pertama persekolahan.
Tindakan : Guru Penyayang
4.2.5 Guru besar meminta guru bertugas hadir ke sekolah sebelum pukul
7.15 pagi bagi memastikan kebersihan kelas serta mengawasi disiplin
murid semasa waktu rehat – rujuk jadual guru bertugas di dalam BPR
2018.
Tindakan : Guru bertugas
mingguan
4.2.6 Program waktu pagi ‘Wake-Up’ diteruskan bermula pada pukul 7.30
sehingga 7.45 pagi bermula pada 5 Februari.
4.2.6.1 Selasa : Matematik
Rabu : Bahasa Arab / Pendidikan Islam /
Sains
Khamis : Bahasa Inggeris
Tindakan : Semua guru
4.2.7 Guru kelas hendaklah mengemaskini Buku Kehadiran Murid dan
memasukkan kehadiran murid atas talian di dalam sistem SAPS – cetak
dan tandatangan rumusan kedatangan bulanan sebelum 5 haribulan
setiap bulan.
Tindakan : Guru Kelas
4.2.8 eKehadiran hendaklah dikemaskini setiap minggu.
Tindakan : Guru Kelas
4.2.9 Guru kelas diminta menyediakan fail borang salah laku murid di dalam
kelas – guru catat kesalahan yang dilakukan oleh murid di dalam kelas.
Tindakan : Guru Kelas
4.2.10 Tugasan guru mengikut jawatan boleh dirujuk di dalam BPR 2018.
Tindakan : Semua guru
4.2.11 Bina Insan –rujuk lampiran takwim bina insan di dalam BPR 2018.
Tindakan : Semua guru

4.2.12 Hari Orientasi Tahun 1 dan Prasekolah adalah pada 29 Disember 2017.
Tindakan : Guru Tahun 1 & Prasekolah
4.2.13 Terdapat helaian tambahan untuk Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid di
dalam borang catatan perhimpunan pagi.
Tindakan : GPK HEM
4.2.14 Guru Kelas diminta menyediakan label untuk setiap peralatan di dalam
kelas yang telah dibahagikan.
Tindakan : Guru Kelas
4.2.15 Lebihan buku teks akan dihantar semula – buku aktiviti tidak cukup.
Tindakan : Penyelaras SPBT
4.2.16 Sediakan tanda nama untuk minggu orientasi Tahun 1.

Tindakan : Penyelaras Transisi Tahun 1


4.2.17 Fotokopi sijil lahir murid dan lengkapkan maklumat murid di dalam
Buku Kehadiran Murid.
Tindakan : Guru Kelas
4.2.18 Guru kelas diminta melengkapkan semua peralatan dan keperluan
murid di dalam kelas.
Tindakan : Guru Kelas

4.3 Kokurikulum
4.3.1 Penolong Kanan Kokurikulum mencadangkan agar aktiviti kokurikulum
dimulakan pada minggu ketiga.
Tindakan : GPK
Kokurikulum
4.3.2 Mesyuarat Kokurikulum untuk guru akan diadakan pada minggu kedua.
Tindakan : GPK
Kokurikulum
4.3.3 Kem Kepimpinan untuk Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat
Sumber akan diadakan pada minggu keempat.
Tindakan : Penyelaras Pengawas Sekolah dan
PSS
4.3.4 Perjumpaan Kokurikulum akan diadakan setiap hari Rabu pada pukul
2.30 sehingga 4.30 petang.
Tindakan : Semua guru
4.3.5 Guru akan cuba dedahkan pelajar kepada aktiviti- aktiviti luar.
Tindakan : Semua guru
4.3.6 Guru-guru boleh merujuk Pembantu Tadbir untuk sebarang tuntutan
menghantar murid untuk aktiviti luar.
Tindakan : Semua guru

4.4 Kewangan
4.4.1 Rujuk Lampiran pada Pembantu Tadbir.
Tindakan : Pembantu
Tadbir

4.5 Program Kecemerlangan UPSR


4.5.1 Tarikh Peperiksaan Penilaian 1 boleh dirujuk dalam jadual.
Tindakan : SU Peperiksaan
4.5.2 Perjumpaan Guru, Ibu Bapa dan murid Tahun 6 akan didakan pada 11
Januari 2018. Penyelaras Tahun 6 diminta menyediakan kertas kerja
dan lembaran PPT.
Tindakan : Penyelaras Tahun 6

4.6 PBS
4.6.1 Semua guru hendaklah mencetak DSKP dan PPPM & DSK sebagai
panduan pentaksiran.
4.6.1.1 Tahun 1,2,4,5,6 : DSKP
Tahun 3 : PPPM & DSK
Tindakan : Semua guru
4.6.2 Semua guru hendaklah mencetak DSKP dan PPPM & DSK sebagai
panduan pentaksiran.
Tindakan : Semua guru
4.6.3 Pentaksiran hendaklah diisi dua kali setahun iaitu pada bulan Jun dan
November.
Tindakan : Semua guru

4.7 LINUS
4.7.1 Kelas bimbingan LINUS Tahap 1 bermula pada 16 Januari pada pukul
1.05 sehingga 1.35 petang pada hari Selasa dan Khamis. Guru Bahasa
Melayu hendaklah menyenaraikan nama murid yang terlibat dan
Penyelaras LINUS akan menyediakan Jadual Guru Bertugas.
Tindakan : Penyelaras LINUS
4.7.2 Pada tahun 2017, ada murid yang tidak lulus saringan linus.
4.7.2.1 Tahun 1 – Nayli dan Aidil
4.7.2.2 Tahun 2 – Syifa’a dan Adam
Tindakan : Penyelaras LINUS
4.7.3 Penolong Kanan Pentadbiran berharap semua murid termasuk murid
Tahun 1 2018 akan lulus saringan LINUS 2018.
Tindakan : Penyelaras LINUS

4.8 Prasekolah
4.8.1 Tambahan 2 orang pelajar – 12 orang.
Tindakan : Guru Prasekolah

5.0 HAL – HAL LAIN


5.1.1 Pastikan pekerja swasta menjalankan tugas dan memastikan
kebersihan sekolah.
Tindakan : Pekerja Swasta
5.1.2 Pastikan pengawal keselamatan mengikut jadual yang telah
ditetapkan.
Tindakan : Pengawa Keselamatan
5.1.3 Bacaan doa akan dimulakan daripada murid Tahun 3 sehingga 6.
Tindakan :
5.1.4 Guru Besar menyatakan mesyuarat bersama pekerja swasta akan
diadakan pada minggu pertama.
Tindakan : Pekerja Swasta

6.0 PENUTUP
6.1.1 Guru Besar memetik kata-kata daripada Ketua Sektor :
- Pemimpin (guru) kena bersedia untuk menunaikan tanggungjawab sebagai
pendidik.
- Jika kita ditakdirkan menjadi guru, mesti ada kelebihan pada kita da nada
hikmahnya.
- Kita dilantik kerana kita mampu jadi kita harus terima tanggungjawab
tersebut.
- Guru perlulah ada visi dan misi seperti juga visi dan misi sekolah.
- Guru perlu ada kasedaran kendiri.
- Guru perlu pandai mengurus emosi, berhati besar dan berintegriti dalam
kerja.
- Guru jangan berkira dalam kerja.
- Belajar menerima apa yang diarahkan pada kita dan guru harus ada
komitmen dan kesungguhan.
- Amalkan prinsip membantu agar murid lebih cemerlang – jangan berkira.
6.1.2 Guru Besar berterima kasih kerana guru-guru sanggup menunggu sehingga
mesyuarat selesai.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

(AMIRAH HUSNA BINTI ABDULLAH) (AHMAD AZMAN BIN JOHARI)

Guru Bertugas Mingguan Guru Besar

SK Kuala Telang

You might also like