You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PANITIA BAHASA MELAYU BIL 1 / 2018

SK BUKIT MUTIARA

Tarikh: 1 Januari 2018

Masa: 1.20 – 2.20 petang

Tempat: Bilik Mesyuarat SK Bukit Mutiara

Pengerusi: Norfarahin binti Izahar

Kehadiran(Bilangan):

Turut Hadir (Jika ada): Jalilawati binti Jamian

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1. Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab Al-
Fatihah. Beliau mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua
guru yang mengajar mata pelajaran bahasa Melayu ke mesyuarat pada
kali ini.

2 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT

Tiada

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT:
3.1. Isu penggunaan buku bagi murid LINUS. Berikutan terdapat rungutan
daripada guru yang mengajar kelas murid LINUS bahawa murid LINUS tidak
menyiapkan latihan yang diberi oleh guru. Pengerusi memaklumkan bahawa
buku tulis bagi murid LINUS akan dikurangkan kepada tiga buah buku sahaja
iaitu sebuah buku garis satu iaitu gabungan pemahaman dan penulisan,
sebuah buku garis tiga dan sebuah buku berita.

Makluman
3.2. Ketua panitia memaklumkan bahawa Penulisan Rancangan Pengajaran
Harian iaitu menggunakan fail dan buku. Bagi guru yang menggunakan fail
boleh menggunakan format RPH PAK21 seperti yang telah dipersetujui.
Manakala guru yang menggunakan buku boleh merujuk format seperti dalam
buku rekod pengajaran.

Makluman
4 FOKUS MESYUARAT
4.1 Ketua panitia memaklumkan bahawa Rancangan Pengajaran Tahunan
akan disediakan oleh guru-guru mengikut tahun yang diajar. Guru perlu
menyiapkan Rancangan Pelajaran Tahunan dan muat naik ke dalam Telegram
dalam bentuk soft copy dan hard copy. Guru-guru yang perlu menyediakan
Rancangan Pelajaran Tahunan beserta dengan takwim adalah seperti yang
berikut;

Tahun 1: Cik Siti Aishah binti Mutazah


Tahun 2: En. Mohd Lutfi bin Baharum
Tahun 3: Cik Thurga A/P Magenderin
Tahun 4: Puan Norfarahin binti Izahar
Tahun 5: Encik Muazan bin Muhammad
Tahun 6: Puan Mastina binti Ramli

Tindakan: semua guru bahasa melayu


4.2 Pengerusi memaklumkan keputusan UPSR tahun 2017 mata pelajaran
bahasa Melayu bagi kertas pemahaman dan penulisan. Peningkatan peratus
UPSR tahun 2017 bagi bahasa Melayu. Kertas pemahaman sebanyak 97.3%
manakala kertas penulisan sebanyak 98%.

Makluman

4.3 Program Celik Minda panitia bahasa Melayu akan diadakan bermula
minggu kedua sekolah. Ketua panitia akan menyiapkan draf program celik
minda beserta dengan jadual guru yang bertugas.

Makluman

5 HAL-HAL LAIN

5.1 Pengerusi memaklumkan penggunaan buku tulis bagi tahap satu dan
tahap dua. Tahap satu akan menggunakan empat buah buku iaitu dua buku
garis satu untuk pemahaman dan penulisan, satu buku garis empat untuk
tulisan dan satu buku berita. Manakala bagi tiga terdapat penambahan buku
panjang iiatu buku karangan. Bagi kelas Linus pula akan menggunakan tiga
buah buku sahaja iaitu, satu buku garis satu, satu buku garis empat dan
sebuah buku berita.

Makluman
5.2 Bagi tahap dua pula akan menggunakan buku pemahaman, tatabahasa,
kosa kata, karangan bahagian A & B dan karangan bahagian C.

Makluman
5.3 Ketua panitia menyatakan bahawa penggunaan sticker pada setiap buku
tulis bahasa Melayu adalah sama seperti tahun lepas iaitu;
Pemahaman: kuning
Tatabahasa: jingga
Berita: biru
Tulisan: hijau
Kosa kata: biru
Karangan A&B: merah jambu

Makluman
5.4 Ketua panitia memaklumkan bahawa PLC bagi semua guru akan
dijalankan pada hari Selasa. PLC akan dijalankan sepanjang tahun bermula
Januari hingga Oktober.

Makluman
5.5 Program Panitia bahasa melayu akan adakan pada bulan Mac sebelum
cuti penggal satu.

Makluman
5.6 Pembahagian fail SPSK kepada guru-guru yang berkenaan. Ketua panitia
memaklumkan bahawa fail panitia akan dibahagikan bertujuan untuk
memudahkan dan membuat penyelarasan tugas. Fail-fail berikut akan
dikendalikan oleh guru-guru yang berikut;
Fail induk: Puan Norfarahin binti Izahar
Fail Huraian sukatan pelajaran: Cik Thurga A/P Magenderin
Fail program kecemerlangan: Cik Siti Aishah binti Mutazah
Fail pentaksiran dan penilaian: Puan Siti Noor Ain binti Jemin
Fail penyeliaan: En. Syuhail Azmin
Fail pemeriksaan buku rampaian: Puan Zafirah Bahiah binti Hassan
Fail maklumat guru: En. Rahisyam bin Ismail
Makluman
5.7 Ketua panitia memaklumkan bahawa program tahunan panitia bagi kelas
tambahan tahun enam akan bermula pada bulan Februari. Seramai empat
orang guru iaitu, Puan Norfarahin binti Izahar, Puan Siti Noor Ain binti Jemin,
Puan Zafirah Bahiah binti Hassan dan Tuan Syed Zainal Abidin bin Tuan Zakir.
Makluman

PENUTUP
a. Ucapan penangguhan oleh pengerusi mesyuarat / ahli mesyuarat dan
penetapan tarikh mesyuarat yang berikutnya.
b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.20 petang.

Disediakan oleh,

…………………............................. .
(SITI AISHAH BINTI MUTAZAH)
Setiausaha Panitia Bahasa Melayu
SK Bukit Mutiara

Tarikh: 3 Januari 2018

You might also like