You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT

PANITIA SAINS
SEKOLAH KEBANGSAAN TOK SERA, KUANTAN. BIL. 2 TAHUN 2014
TARIKH : 15 April 2014 - Selasa
MASA : 1.30 petang
TEMPAT : Bilik Gerakan, SKTS
________________________________________________________________________________

KEHADIRAN :
BIL. Nama Jawatan
1. Puan Ramlah bt Md Shah Guru Penolong Kanan Pentadbiran
2. Puan Rohana bt Ibrahim Ketua Panitia Sains - Pengerusi
3. Puan Julie Syarma bt Muda Setiausaha Sains
4. Puan Nurfadhlin bt Ramly Guru Sains
5. Puan Noor Hazana bt Isa Guru Sains
6. Cik Wong See Mee Guru Sains

TIDAK HADIR :
1. Puan Roosmawatee bt Mohamed Amin Bersebab

1. KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli Panitia Sains ke mesyuarat kali kedua
bagi sesi 2014.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Cik Wong See Mee mengesahkan minit mesyuarat kali pertama dan telah disokong
oleh Puan Nurfadhlin bt Ramly.

3. PERKARA BERBANGKIT

3.1 BUKU AKTIVITI


3.1.1 Semua murid tahun 4 telah dibekalkan dengan buku aktiviti berteraskan
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Sains.

Makluman/ Tindakan: Semua Guru Sains Tahun 4


3.2 BAHAN BANTU BELAJAR
3.2.1 Beberapa bahan dan peralatan sains perlu dibeli untuk memudahkan proses
pembelajaran menggunakan peruntukan kewangan Panitia Sains.
3.2.2 Antara keperluan adalah Set Binaan (untuk membuat kit model kereta), benang
lembut (untuk pengukuran lilitan), penyedut minuman, batang mancis, klip
kertas dan Set Litar Elektrik (wayar, bateri dan klip buaya).

Makluman/ Tindakan: Semua Guru Sains

4.0 ISU-ISU YANG DIBINCANGKAN

4.1 PENGGUNAAN MAKMAL

4.1.1 Semua guru sains diminta memberi kerjasama dalam penyusunan semula
Jadual Penggunaan Makmal Sains yang akan dibuat berikutan daripada
perubahan jadual waktu peribadi guru.
4.1.2 Bilangan kerusi makmal sains tidak mencukupi dan perlu ditambah berikutan
pertambahan kapasiti murid terutama bagi kelas-kelas Genius dan Intelligent
(35-40 orang murid).
Makluman/ Tindakan: Semua Guru Sains

4.2 PEKA
4.2.1 Penilaian PeKA Sains perlu dilaksanakan secara berterusan dan diisi markah
dalam borang pemarkahan PeKA Sains.
4.2.2 Pelaksanaan hendaklah dijalankan mengikut keperluan dan sukatan pelajaran
seperti yang terdapat dalam Buku Praktikal.

Makluman/ Tindakan: Semua Guru Sains

4.3 TAKWIM TAHUNAN


4.3.1 Sebahagian besar daripada aktiviti-aktiviti sains yang telah dirancang bagi
tahun 2014 telah dilaksanakan dengan jayanya.
4.3.2 Antaranya; Penanda buku daripada sumber tumbuhan (Tahun 1), Mobile
pengelasan haiwan (Tahun 2), Ciri-ciri haiwan (Tahun 3), Kesan rokok
terhadap paru-paru (Tahun 4), membuat doh (Tahun 5) dan Pengawetan
makanan-penjerukkan (Tahun 6).
4.3.3 Aktiviti Sampingan Panitia Sains bagi tahun 2014 iaitu Kuiz Mengenal Alatan
Sains pula masih dalam perancangan untuk dilaksanakan pada Hari Karnival
Kelab dan Persatuan.

Makluman/ Tindakan: Semua Guru Sains

4.4 ANALISIS UJIAN 1 2014


4.4.1 Berdasarkan rujukan Laporan Analisa Keputusan Ujian 1 Tahun 2014 bagi
mata pelajaran Sains, keputusan adalah seperti berikut;
4.4.1.1 : Tahun 5
: Bilangan murid lulus (menguasai) – 100 orang (83.33%)
- A (19 orang)
- B (46 orang)
- C (35 orang)
: Bilangan murid gagal (tidak menguasai) – 20 orang (16.67%)
- D (20 orang)

: Tahun 6
: Bilangan murid lulus (menguasai) – 107 orang (78.1%)
- A (25 orang)
- B (46 orang)
- C (36 orang)
: Bilangan murid gagal (tidak menguasai) – 30 orang (21.9%)
- D (24 orang)
- E (6 orang)

4.4.1.2 Gred Purata Mata Pelajaran


: Tahun 5 - 2.47
: Tahun 6 - 2.56

4.4.2 Guru Sains Tahun 5 menyatakan bahawa 20 orang murid yang tidak
menguasai mata pelajaran sains tersebut masih berpotensi untuk lulus dan
berdaya saing.
4.4.3 Murid bernama Muhammad Zuhayr Lee bin Mohd Affindi dari kelas 5 Brilliant
dilihat berpotensi untuk dinaikkan ke kelas 5 Intelligent berikutan daripada
peningkatan prestasi yang memberangsangkan (berkuatkuasa 21 April 2014).
4.4.4 Enam orang murid Tahun 6 yang gagal (Gred E) merupakan murid yang perlu
dibimbing dan dibantu bagi membolehkan murid-murid tersebut lulus.

Makluman/ Tindakan: Semua Guru Sains

4.5 KSSR/PBS
4.5.2 Makluman terkini, murid tahun 1 hingga tahun 4 tidak lagi perlu dimasukkan
markah secara online tetapi dibuat secara offline.
4.5.3 Fail Perkembangan Murid, Fail Showcase dan Rekod Transit tidak diperlukan.
4.5.4 Guru tidak perlu lagi menyertakan eviden dan hanya menyimpan data secara
offline. Semua eviden murid perlu dipulangkan semula kepada murid.
4.5.5 Data markah murid akan diofflinekan dan dikenali sebagai PPPM OFFLINE
(Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid) dan disimpan di dalam Buku
Rekod Mengajar guru.
4.5.6 Guru-guru perlu melayari laman sesawang www.moe.gov.my/lp untuk
mendapatkan maklumat lebih terperinci.

Makluman/ Tindakan: Semua Guru Sains

5. HAL-HAL LAIN

5.1 Guru-guru diminta mendapatkan penerangan lebih terperinci mengenai pelaksanaan


PPPM OFFLINE semasa menghadiri taklimat KSSR/PBS yang akan dibentangkan
oleh Puan Ramlah bt Md Shah, Guru Penolong Kanan Pentadbiran pada 24 April 2014
nanti.
5.2 Puan Ramlah bt Md Shah memaklumkan bahawa Puan Rohana bt Ibrahim telah
disenarai pendek untuk menghadiri kursus Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
bagi mata pelajaran Sains pada tahun 2015.
5.3 Puan Noor Hazana bt Isa turut berbesar hati untuk menghadiri kursus KSSR Sains
Tahun 5 bagi tahun 2015.
5.4 Puan Ramlah bt Md Shah sangat berpuashati dengan kerjasama yang diberikan oleh
guru-guru dan berharap dapat bersama-sama menyumbang ke arah kecemerlangan
murid serta sekolah.
Makluman/ Tindakan: Semua Guru Sains
6. PENANGGUHAN

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.40
petang.

Disediakan oleh :

………………………………………….
(Puan Julie Syarma bt Muda)
Setiausaha
Panitia Sains
Sekolah Kebangsaan Tok Sera, Kuantan

Bertarikh :16 April 2014

You might also like