You are on page 1of 3

SEKOLAH SMK.

TAMAN KLUANG BARAT


MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU BIL3/2017

Tarikh : 09 OGOS 2017

Masa : 2.30 HINGGA 4.00 PETANG

Tempat : DEWAN ABDULLAH MUNSYI

Kehadiran(Bilangan) :57 ORANG

Pengerusi : PN. NORZANA BINTI MASRI

Turut Hadir (Jika ada) : TIADA

Senarai Kehadiran Mesyuarat

Bil Nama
1. Pn. Norzana binti Masri
2. Pn. Hjh. Noraini binti Talib
3. Pn. Natra binti Ismail
4. Pn. Hasimah binti Mohammad Ali
5. Pn. Sorjana binti Kayon

Tidak Hadir

Bil Nama Kenyataan


1. Pn. Izmafaizu binti Norizad Kelas
2. En. Mohd helmie bin Md Pahri Kelas

1.0 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang sanggup
meluangkan masa dan hadir dalam mesyuarat kali ini.

2.0 MEMBACA DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT LALU


2.1 Disahkan oleh : Pn. Natra binti Ismail
2.2 Disokong oleh : Pn. Hjh. Noraini binti Talib

3.0 PERKARA BERBANGKIT


3.1 Perkara 4.8 PROGRAM-PROGRAM INTERVENSI PANITIA BAHASA MELAYU 2017
a) Kelas Tambahan Lanjutan Petang telah digantikan dengan Kelas Tambhan Awal
Pagi. Kelas Tambahan Awal Pagi ini telah dilaksanakan selama 2 jam bermula 7.15
pagi sehingga 9.15 pagi mengikut jadual yang telah ditetapkan.
b) Modul Latihan Ker Rumah – dalam pelaksanaaan
c) Model berkesan JPNJ – belum dilaksanakan
d) Kelas Tambahan Berfokus (20 orang pelajar cemerlang) – dalam pelaksanaan
e) Sesi Bersama Penulis – telah dilaksanakan pada 8 Mei 2017 bagi murid Tingkatan 5
f) Latih Tubi Secara Topikal – dalam pelaksanaan
g) Modul Rumusan – dilaksanakan dalam Kelas Tambahan Awal Pagi bagi Murid
Kumpulan Cemerlang dan Kumpulan Harapan.
Makluman : Guru-guru Bahasa Melayu
3.2 Perkara 4.10.1 telah dilaksanakan
Makluman : Guru-guru Bahasa Melayu

4.0 PERBINCANGAN FOKUS MESYUARAT


4.1 PEMETAAN KERJAYA MENGIKUT MATA PELAJARAN
4.1.1 Pemetaan Kerjaya Mengikut Mata Pelajaran telah dilaksnaakan oleh pihak
kaunseling.
Makluman : Guru-guru Bahasa Melayu

4.2 PENGGUNAAN MODUL KELAS TAMBAHAN (MENGIKUT ARAS PENCAPAIAN)

4.2.1 Berikut ialah penggunaan modul mengikut kumpulan sasaran :

BIL KUMPULAN MODUL


1. Kumpulan Terbilang  Karangan Respon Terbuka (K1)
(murid yang mencapai gred A/B+)  Anatologi (K2)
 Tatabahasa (K2)

2. Kumpulan Gemilang  Karangan Respon Terbuka (K1)


(murid yang mencapai gred B+/B)  Antologi (K2)
 Tatabahasa (K2)

3. Kumpulan Cemerlang  Rumusan (K2)


(murid yang mencapai gred C+/C)  Tatabahasa (K2)

4. Kumpulan Harapan  Rumusan (K2)


(murid yang mencapai gred D/E)  Tatabahasa (K2)

Makluman : Guru-guru Bahasa Melayu

4.2.2 Modul telah disediakan oleh guru yang bertanggungjawab mengikut sasaran
kumpulan dan diserahkan kepada Pn. Norzana binti Masri, KP Bahasa Melayu.
Berikut senarai guru yang bertanggungjawab dalam penyediaan modul mengikut
kumpulan sasaran :

BIL KUMPULAN GURU BERTANGGUNGJAWAB


1. Kumpulan Terbilang  Pn. Hjh. Noraini binti Talib
(murid yang mencapai gred A/B+)
2. Kumpulan Gemilang  Pn. Norzana binti Masri
(murid yang mencapai gred B+/B)
3. Kumpulan Cemerlang  Pn. Natra binti Ismail
(murid yang mencapai gred C+/C)

4. Kumpulan Harapan  Pn. Hasimah binti Mohammad Ali


(murid yang mencapai gred D/E)

Tindakan : Guru-guru Bahasa Melayu yang terlibat


4.2.3 Ujian Pengesanan perlu dilakukan oleh guru pada minggu ketiga setiap bulan.
Markah yang diperolehi murid akan dicatatkan dalam borang khas yang
disediakan oleh Pn. Norzana binti Masri, KP Bahasa Melayu. Laporan
pencapaian perlu diserahkan kepada Pn. Hjh. Noraini binti Talib, GKMP Bahasa.

Tindakan : Guru-guru Bahasa Melayu yang terlibat

3.3 HAL-HAL LAIN


3.3.1 MINGGU MBMMBI
Pihak Penggurusan Sekolah telah menetapkan bahawa perhimpunan rasmi
sekolah pada minggu pertama akan menggunakan Bahasa Melayu sebagai
bahasa penghantar manakala minggu keempat akan menggunakan Bahasa
Inggeris sebagai bahasa penghantar.

Makluman : Guru-guru Bahasa Melayu

3.3.2 PELAKSANAAN PBS


Markah bagi Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tingkatan 5 telah dihantar
oleh Pn. Norzana binti Masri, Kp bahasa Melayu kepada Pn. Rohaizan binti
Mahat, Penyelaras PBS Menengah Atas untuk dimasukkan ke dalam sistem
secara online.

Tindakan : Pn. Norzana binti Masri, KP Bahasa Melayu

3.3.3 UJIAN MENDENGAR


Guru-guru Bahasa Melayu sesi petang perlu mengadakan latihan Ujian
Mendengar bagi murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 sekurang-kurangnya 2 kali
setahun. Tujuaanya adalah untuk memberi pendedahan awal kepada murid
Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 sebelum menghadapi Ujian Mendengar PT3 yang
sebenar. Cakera Padat dan soalan Ujian Mendengar boleh diambil daripada Pn.
Norzana binti Masri. Radio boleh diperoleh di Bilik Peperiksaan.

Tindakan : Pn. Izmafaizu binti Norizaddan En. Mohd Helmie bon Md Pahri

5.0 PENUTUP
a) Pengerusi berharap agar semua guru Bahasa Melayu dapat bekerjasama bagi
meningkatkan prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tahun 2017.
b) Pengerusi menangguhkan mesyuarat dengan Tasbih Kifarah dan Surah Al-As.
c) Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang

..........................................………
(HASIMAH BINTI MOHAMMAD ALI)
Setiausaha
Tarikh :14 OGOS 2017

You might also like