You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT INDUK KOKURIKULUM dan 1m 1s

KALI PERTAMA 2018


TARIKH : 27 DISEMBER 2017 ( RABU )
MASA : 11.30 AM - 12.30 PM
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER
KEHADIRAN : HADIR : PN. NAZRIL HASINA BT. AHMAD
PN. CHE HASNAH BT. SHAFII
EN. ZABIDI B. SHAMSUDDIN
EN. MOHD HAFIZ B OSMAN
EN. MUSMULIADI B. MAT
CIK NURAFIZA BT. AZMI
EN. AZHAR B. CHIK
PN. NOR FAUZIANA BT. OMAR
EN. NAHIZUL ASRAN B. ABD RAHMAN
CIK SAENG FIDEELEA
EN. MOHD. HAFIZUDDIN B. IBRAHIM
PN. NAPISAH BT. AB. RAHMAN
EN. MOHD KHAIRUL NIZAM B. LUQMAN
PN. ZAINATULAWIYAH BT. ZAINOL ABIDIN
CIK NOOR ISMALIZA BT. ISMAIL
PN. HASLINA BT. ABD HAMID
EN. SAYED MOHD NUZAIHAN B. SAYED MOHD NOOR
EN. AMMAR QANWA B. MOKHTAR
PN. HASLINDAH BT. JAAFAR
PN. HALIMATON SAADIAH BT. ABD. RAHMAN

TURUT HADIR BERSAMA: SEMUA GURU

TIDAK HADIR BERSEBAB: PN. NAZIHAH BINTI YUSUF


PN. NORASIKEN BINTI ABU BAKAR

1.0 AGENDA 1 : ALUAN PENGERUSI


1.1 Naib Pengerusi (Pn. Nazril Hasina binti Ahmad) mengucapkan terima kasih
kepada semua guru yang hadir ke Mesyuarat Induk Ko-kurikulum dan 1Murid
1Sukan kali pertama bagi tahun 2018.
Tindakan : Makluman

1.2 Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang bersama
menjayakan aktiviti kokurikulum sepanjang tahun 2017. Beliau turut menjelaskan
semua aktiviti kokurikulum yang dirancang sepanjang tahun 2017 berjalan mengikut
takwim kecuali Karnival 1M1S yang tidak dapat dijalankan kerana kekangan masa.

Tindakan: Makluman

2.0 AGENDA 2 : PERANCANGAN KOKURIKULUM

2.1 Pn. Nazril Hasina membentangkan semua ahli jawatankuasa yang dilantik
bagi tahun 2018. Semua guru penasihat juga dikehendaki menandatangi
surat lantikan baru sebagai guru penasihat bagi tahun 2018.

Tindakan: Semua Guru Penasihat

2.2 Beliau juga turut membentangkan takwim Kokurikulum bagi sepanjang tahun
2018. Pelbagai aktiviti dan program telah dirancang dan disusun mengikut
Takwim Kokurikulum Daerah Langkawi, Negeri Kedah dan Kebangsaan

Tindakan: Makluman

3.0 AGENDA 3 : ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM

3.1 Pn. Nazril Hasina mengingatkan semua guru mengenai pelaksanaan elemen
KBAT dalam Kokurikulum mestilah dilaksanakan sepenuhnya mulai tahun ini.
Pasukan Pengakap dan Kelab Reka Cipta telah berjaya melaksanakan aktiviti
berunsurkan elemen KBAT semasa pemantauan dari Pihak Nazir Sekolah.
Tindakan: Makluman

3.2 Beliau juga mengingatkan agar elemen KBAT diselitkan dalam Takwim
Tahunan Perjumpaan Mingguan Kelab dan Persatuan masing-masing. Guru
Penasihat disarankan menjalankan aktiviti berpusatkan murid dan guru hanya
mmenjadi Fasilitator pada setiap perjumpaan.

Tindakan: Semua Guru Penasihat

4.0 AGENDA 4 : PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM

4.1 Pn. Nazril Hasina memaklumkan Mesyuarat agung rumah sukan akan
dijalankan pada 3 Januari 2018, Unit Beruniform pada 10 Januari 2018, Kelab
Persatuan pada 17 Januari 2018 dan 1Murid 1Sukan pula pada 24 Januari
2018.
Tindakan: Makluman

4.2 Latihan rumah sukan melibatkan murid tahun 1 hingga tahun 6. Latihan
merentas desa bermula dari minggu kedua bulan Januari pada setiap hari
Ahad dan Isnin. Manakala latihan bagi Kejohanan Olahraga Eskaykay akan
bermula selepas Kejohanan Merentas Desa Eskaykay.

Tindakan: Makluman

4.3 Kejohanan Merentas Desa Eskaykay akan dijalankan pada 25 Januari 2018
dan Kejohanan Olahraga Eskaykay pada 22 Februari 2018. Sukantara pula
akan diadakan pada 12 Februari dan 13 Februari 2018.

Tindakan: S/U, Guru Penasihat

5.4 Perkhemahan Perdana akan diadakan pada 27 April hingga 29 April 2018.
Semua Platun Unit Uniform diwajibkan untuk menyertai perkhemahan ini.
Tindakan: Ustaz Ammar

4.4 Jadual perjumpaan mingguan bagi semua Kelab dan Persatuan disertakan di
dalam Buku Manual Prosedur Kerja setiap guru. Perjumpaan Unit Uniform
akan diadakan berselang seli dengan Kelab dan Persatuan pada setiap hari
Rabu jam 12.40 tengahri hingga 1.40 petang. Perjumpaan Kelab 1M1S pula
akan diadakan pada setiap hari Ahad hingga Selasa berselang seli diantara
Kumpulan A dan Kumpulan B.

Tindakan: Makluman

5.0 AGENDA 5 : Pengurusan Fail Kokurikulum

5.1 Pn. Nazril Hasina memaklumkan mengenai Fail Perjumpaan Mingguan yang
telah beliau sediakan dalam warna yang berbeza mengikut Unit, Kelab dan
Persatuan. Semua maklumat dan borang-borang yang berkaitan dengan Unit, Kelab
dan Persatuan masing-masing telah dimasukkan ke dalam fail kecuali carta
organisasi yang perlu disediakan oleh Ketua Guru penasihat masing-masing. Fail
Induk bagi setiap Unit, Kelab dan Persatuan juga perlulah dikemaskini mengikut
tahun semasa.

Tindakan: Ketua Guru Penasihat

5.2 Fail perjumpaan mingguan perlu dihantar kepada Penyelaras yang berkaitan
selepas perjumpaan mingguan untuk disemak. Penyelaras Unit Uniform, Kelab
Persatuan dan Kelab 1M1S perlu menghantar fail perjumpaan mingguan kepada PK
Kokurikulum selepas disemak setiap minggu.

Tindakan: Penyelaras & Ketua Guru Penasihat

6.0 Hal-Hal Lain


6.1 Pn. Nazril Hasina memaklumkan guru penasihat setiap Unit, Kelab dan
Persatuan hendaklah melengkapkan butiran yang terdapat di dalam buku
Kokurikulum murid-murid bagi memudahkan guru kelas mengisi Penilaian
Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Data untuk Standart
Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) akan diisi oleh semua guru
pendidikan jasmani tahap dua.

Tindakan: Guru Kelas/Guru PJ/Guru Penasihat

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

MOHD HAFIZ BIN OSMAN NAZRIL HASINA BINTI AHMAD


Setiausaha Kokurikulum Penolong Kanan Kokurikulum,
Sekolah kebangsaan Kelibang. Sekolah Kebangsaan Kelibang.

You might also like