You are on page 1of 42

SMKA Naim Lilbanat 15150, Kota Bharu, Kelantan

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN Tingkatan 3


2010
Migrasi Dalaman Penduduk di Kampung Kok Pasir,

Tumpat, Kelantan

Nama Pelajar: Sarah Syazwani Bt. Hisham

Tingkatan : 3 Ummu Salamah

Guru Penilai: Puan Wan Mahani

…………………… …………………….

Tandatangan murid Tandatangan guru


Bil Tajuk M/S
1 Penghargaan
2 Pendahuluan
3 Objektif Kajian
4 Kawasan Kajian
5 Kaedah Kajian
6 Dapatan Kajian
7 Rumusan Kajian
8 Lampiran
9 Rujukan
Setelah bertungkus lumus selama dua bulan akhirnya saya dapat menyiapkan
Kerja Kursus Geografi (KKG) seperti mana yang diarahkan oleh pihak Lembaga
Peperiksaan Malaysia dengan jayanya.Namun disebalik kejayaan saya dalam
menyiapkan kajian ini, banyak pihak telah terlibat samada secara langsung mahupun
tidak langsung.Oleh sebab itu, di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada Pn Hjh Maimunah binti Ismail, yang memberi galakan dan
kebenaran kepada saya untuk melaksanakkan kajian yang menarik ini.

Tidak lupa juga kepada Pn Wan Mahani sebagai guru geografi yang banyak
memberi bimbingan, tunjuk ajar serta memberi keyakinan kepada saya dalam
menyiapkan kajian ini mengikut piawaian yang telah ditetapkan.

Tidak ketinggalan juga saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih buat
kedua ibu bapa tersayang iaitu Hisham Bin Awang dan Nik Fazni Binti Nik Hassan
serta rakan-rakan seperjuangan saya seperti Nur Syahirah Diyana Binti Adnan
dan Nurhayatun Syamimah Binti Mohd. Tajuddin yang banyak membantu dari segi
kewangan, moral dan idea kepada saya sepanjang menyiapkkan kajian ini.

Selain daripada itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada
penduduk kampung di sekitar kawasan Kg. Kok Pasir, serta semua pihak yang terlibat
dalam membantu saya menjayakan kajian pada kali ini dengan memberi kerjasama
yang cukup membanggakan. Hanya Allah sahaja yang dapat jasa dan budi baik kalian
semua.
Kajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia merupakan syarat untuk pensijilan
Penilaian Menengah Rendah ( PMR ). Kami semua telah diberikan tajuk iaitu  Migrasi
Dalaman Penduduk. Oleh itu, kami semua telah diarahkan oleh guru untuk membuat
kajian ini di kampung sendiri memandangkan ia amat bersesuai dengan tajuk yang
diberikan. Di kampung Kok Pasir,  sememangnya terdapat migrasi yang berlaku di
kampung ini disebabkan perkembangan sektor pekerjaan di kawasan sekitarnya.

Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bermula bulan April
sehingga bulan Jun iaitu kira-kira 3 bulan. Setiap pelajar perlu menulis satu laporan
yang lengkap tentang kajian yang telah dijalankan.

Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan faedah
khususnya kepada saya dan amnya kepada masyarakat di kawasan tempat  tinggal
saya.
Berikut adalah objektif-objektif kajian yang telah saya jalankan:

 Mendefinisikan Konsep migrasi penduduk dengan tepat dan jelas


 Menyatakan Pola migrasi penduduk di kawasan kajian
 Menyatakan Faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di kawasan
kajian.
 Menyatakan Kesan migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian.
 Mencadangkan Langkah untuk mengatasi kesan migrasi yang berlaku di
kawasan kajian.
 Penerapan nilai dan unsur patriotisme terhadap penduduk  di Kg. Kok Pasir
mengenai kepentingan migrasi.
Kampung Kok Pasir terletak di daerah Sungai Pinang dalam Jajahan Tumpat lokasinya
kira-kira 7 kilometer dari Bandar Tumpat dan 15 kilometer dari timur laut Kota Bharu.
Keluasannya kira-kira 270 ekar. Biasanya tambang bas yang dikenakan untuk
pengangkutan bas ke sekolah ialah RM 1.40 untuk perjalanan pergi dan balik yang
mengambil masa 15 minit untuk sampai ke sekolah.

Dari Destinasi lain, ke Kg Kok Pasir boleh melalui jalan raya, jalan keretapi dan jalan
sungai.

Kampung sekitar Kok Pasir ialah , Kg. Kok Keli, Kg. Hutan Jambu, Kampung Belian dan
Kg. Berangan. Pada tahun 2003 penduduk Kok Pasir seramai 1788 orang dan 100 %
berbangsa Melayu dan beragama Islam. 

Mengikut sejarah orang tua-tua di kampung ini. Kampung Kok Pasir mula diterokai
sekitar tahun 1830-an oleh dua beradik dari Negeri Terengganu iaitu Haji Che Yusof
dan Che Hussin.

Haji Che Yusof meneroka tanah di kawasan Hutan Jambu dan Che Hussin meneroka
tanah di kawasan Kampung Kok Pasir. Selepas itu ramailah orang lain yang datang
mendiami kampung ini. Mereka berdua membawa diri ke sini dipercayai merajuk
kerana pertelingkahan keluarga. 
Peta Negeri Kelantan
Peta Daerah Tumpat
Peta Kawasan Kajian

Lukis !!!
Sebelum memulakan kajian , saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan digunakan
untuk memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci dan bersistematik. Oleh itu, saya
telah menggunakan 3 kaedah untuk menjalankan kerja kursus ini. Berikut merupakan kaedah
yang telah digunakan :

 Pemerhatian            
saya telah membuat pemerhatian untuk mengenalpasti pola migrasi yang
berlaku di kawasan kampung Kok Pasir

 Temu Bual               


seterusnya saya telah menemu bual beberapa orang penduduk kampung untuk
mengetahui pendapat dan pandangan mereka pola migrasi di kampung saya.
Temu bual dijalankan kepada penduduk kampung yang telah lama menetap
disitu kerana mereka lebih berpengalaman dan tahu tentang keadaan kawasan
kampung.

 Rujukan                    
selain itu, saya juga membuat rujukan di perpustakaan dan melayari internet
untuk mendapatkan maklumat tambahan terutamanya tentang penerangan
migrasi yang berlaku di Malaysia.
Konsep migrasi penduduk
Secara umum migrasi penduduk ialah penghijrahan seseorang yang melintasi sempadan,
kawasan, negeri, negara atau sempadan antarabangsa. Merujuk kepada kajian ini migrasi yang
dibincangkan ialah migrasi dalaman. Dalam kontek sini, migrasi ialah penduduk dari satu tempat
ke tempat yang lain.

Pola migrasi penduduk di kawasan kajian


Pola migrasi penduduk di kawasan kajian dapat dibahagikan kepada 2 iaitu:

a) Migrasi luar bandar ke bandar


Migrasi ini merujuk kepada penduduk di kampung saya yang berhijrah ke bandar-
bandar seperti Ipoh, Manjung, Kuala Lumpur dan sebagainya sama ada untuk mencari
pekerjaan yang selesa dalam perindustrian, mahupun menyambung pelajaran di
institusi pengajian tinggi sama ada awam mahupun swasta. Terdapat 7 daripada 20
responden telah ke bandar untuk melanjutkan pelajaran dan bekerja.

b) Migrasi luar bandar ke luar bandar


Migrasi ini juga berlaku di kawasan kampung saya. Keadaan ini berlaku disebabkan
oleh dasar kerajaan yang membuka rancangan pembangunan tanah seperti FELDA,
KEJORA, KETENGAH dan KESEDAR telah menarik penduduk yang tidak mempunyai
tanah di luar bandar untuk berhijrah ke rancangan pembangunan tanah ini. Keadaan ini
telah menarik minat penduduk kawasan luar bandar yang lain berhijrah ke kampung
saya.
Faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman

penduduk di kawasan kajian

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman di kawasan kajian antaranya
ialah:

Migrasi luar bandar ke bandar

a) Melanjutkan pelajaran
Segelintir anak-anak peneroka yang memperolehi keputusan peperiksaan SPM dan
STPM yang cemerlang akan menyambung pelajaran ke institusi pengajian tinggi seperti
Universiti Malaya Kuala Lumpur, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim dan
sebagainya. Oleh kerana di kawasan Kampung Kok Pasir tidak terdapat pusat
pengajian tinggi maka mereka terpaksa berhijrah untuk melanjutkan pelajaran.Terdapat
6 daripada 20 responden telah melanjutkan pelajaran ke bandar.

b) Peluang Pekerjaan

Terdapat anak peneroka di Kampung saya yang behijrah ke bandar-bandar seperti


Shah Alam Selangor, Bayan Lepas Pulau Pinang, Ipoh dan sebagainya untuk mencari
peluang pekerjaan yang lebih selesa dan gaji yang lebih tinggi di dalam sektor
perindustrian, pembinaan dan perkhidmatan. Ini kerana di kawasan Kg. Kok Pasir
peluang pekerjaan yang ada amat terhad .Terdapat 5 daripada 20 responden telah
mendapat peluang pekerjaan di bandar.

Migrasi luar bandar ke luar bandar


a) Tanah rancangan persekutuan
Kerajaan telah melaksanakan program Tanah Rancangan Persekutuan bertujuan
membasmi kemiskinan penduduk. Agensi kerajaan seperti FELDA, FELCRA,
KESEDAR (Kelantan), KEJORA (Johor) dan KETENGAH (Terengganu). Penduduk
kampung saya yang dipilih sebagai penoroka berhijrah ke tanah rancangan bersama-
sama dengan keluarga mereka.

b) Ikut Keluarga / Perkahwinan


Daripada borang soal selidik yang telah dikaji saya mendapati terdapat beberapa buah
keluarga yang datang ke kampung saya ini disebabkan kerana mengikut keluarga dan
berkahwin dengan penduduk daripada kampung saya. Secara tidak langsung ini akan
menyebabkan bilangan penduduk di kampung saya semakin bertambah secara
semulajadi.

Penerapan Unsur Patriotisme

Saya sangat bersyukur kerana di kawasan kampung saya mempunyai penduduk yang
hidup dalam keadaan aman, damai dan sentosa walau pun bilangan penduduk sering
berubah disebabkan oleh faktor migrasi dalaman ini.

Jadual: Faktor yang mempengaruhi migrasi di kawasan kajian


Faktor yang mempengaruhi migrasi di kawasan kajian
Melanjutkan pelajaran
Migrasi luar bandar ke bandar
Peluang pekerjaan
Migrasi luar bandar ke luar bandar Tanah perancangan persekutuan

Ikut keluarga / perkahwinan


Kesan migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian
Secara umumnya terdapat dua kesan utama migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian:

KESAN POSITIF

1) Penduduk Bertambah

Migrasi dalaman yang berlaku  ini telah menyebabkan bilangan penduduk di kampung
saya telah meningkat walau pun terdapat penduduk yang telah berhijrah ke luar. Ini
diseimbangkan oleh kemasukan penduduk disebabkan oleh faktor governan, ikut
keluarga dan perkahwinan. Walau bagaimana pun penduduk di kampung saya masih
stabil dan masih lagi ada kawasan yang belum dihuni  oleh penduduk.

2) Hasil Pertanian Bertambah

Migrasi yang berlaku ini telah menyebabkan hasil pertanian telah bertambah
disebabkan oleh pertambahan penduduk dan pertambahan pembukaan kawasan
pertanian. Keadaan ini telah menghasilkan lebih banyak jumlah pengeluaran
terutamanya hasil kelapa sawit.

3) Taraf hidup meningkat

Penduduk yang berhijrah ke bandar seperti Shah Alam untuk melanjutkan pelajaran
akhirnya pulang semula ke tempat asal iaitu di Kg. Kok Pasir dan memperolehi
pekerjaan yang lebih selesa sebagai guru, jururawat dan sebagainya yang mana
mempunyai pendapatan yang lebih tinggi dan selesa serta mempu memiliki rumah yang
lebih selesa.

KESAN NEGATIF
4) Masalah Sosial

Hal ini sebenarnya disebabkan oleh masalah yang ditimbulkan oleh pekerja asing yang
di bawa oleh penduduk kampung untuk bekerja dalam sektor pertanian. Keadaan ini
telah menyebabkan penduduk asing semakin bertambah di kawasan kampung saya.
Mereka ini kadang kala telah menimbulkan masalah sosial seperti kes pecah rumah
dan mengganggu anak gadis di kampung saya.

5) Harga tanah meningkat

Pertambahan penduduk meningkatkan permintaan terhadap tanah menyebabkan


harga tanah meningkat di kawasan tumpuan penduduk, terutamanya di bandar besar
seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Georgetown. Penduduk kampung saya yang
berpendatan rendah tidak mampu memiliki rumah mahal. Ini meyebabkan wujud
petempatan setinggan.

6) Struktur Penduduk Berubah

Migrasi luar bandar ke bandar yang berlaku di kawasan kampung saya telah
menyebabkan struktur penduduk berubah. Ini kerana kebanyakan penduduk yang
berhijrah ialah golongan belia atau muda terutamanya lelaki. Keadaan ini  telah
menyebabkan golongan muda semakin berkurangan dan golongan kanak-kanak serta
tua terus bertambah. Keadaan ini telah menyukarkan penduduk untuk mengadakan
aktiviti kerana kekurangan tenaga muda yang kuat.

Penerapan Unsur Patriotisme

Saya berharap walaupun penduduk kampung berusaha untuk meningkatkan taraf hidup,
kemakmuran kampung  juga perlu dipelihara. Penduduk kampung perlulah saling bekerjasama
untuk memastikan keadaan kampung sentiasa selamat untuk dihuni. Perlu wujudkan rukun
tetangga untuk menjaga keselamatan kampung daripada sebarang masalah sosial daripada terus
berlaku.

Walaubagai mana pun saya bersyukur kerana kampung saya masih lagi aman dan selamat untuk
dihuni.

Peta Minda: Kesan migrasi dalaman di kawasan kajian


e
a
s
K
a
s
e
n
K
m
i n
Cadangan Mengatasi Kesan Migrasi Dalaman Penduduk

n
m
a
l
d
Bagi memastikan keadaan kampung saya ini selamat daripada sebarang masalah beberapa
tindakana boleh diambil. Antaranya ialah :-

1) Wujudkan Rukun Tetangga


s
i
a
r
g
i
d

p
t i
i
s
o f
Rukun tetangga ini perlu diwujudkan di kampung saya untuk memastikan kawasan

a
s
w
n
k n
i
j
a
k
kampung sentiasa selamat daripada masalah sosial seperti pecah rumah. Giliran
bertugas dan jaga malam perlu di lakukan oleh penduduk kampung bagi memastikan
keadaan kampung sentiasa terkawal terutamanya pada waktu malam.

2) Wujudkan Peluang Pekerjaan

Bagi mengatasi masalah pengangguran pihak kerajaan perlu menyediakan lebih


banyak peluang pekerjaan kepada penduduk. Keadaan ini penting bagi mengatasi
masalah sosial yang diwujudkan oleh mereka yang tidak mempunyai pekerjaan.

3) Meningkatkan kemudahan kesihatan dan pendidikan

Pihak kerajaan atau AJK kampung perlulah memastikan kemudahan kesihatan dan
pendidikan dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Keadaan ini sangat penting
bagi memastikan golongan muda atau belia tidak berpindah atau meninggalkan
kampung dan berhijrah  ke kawasan bandar.

Penerapan Unsur Patriotisme

Saya sebagai penduduk berasa amat bangga kerana melalui langkah-langkah yang dilakukan,
masalah  dan kesan negatif lain dapat dikurangkan. Kita perlu sedar bahawa kampung ini
merupakan tempat tinggal bagi saya sehingga saya menghembuskan nafas yang terakhir.

Justeru, saya amat mengharapkan agar semua individu mempunyai kesedaran yang tinggi untuk
menjaga kampung ini daripada sebarang masalah yang dihadapi. Semangat kerjasama dan tolong
menolong perlu ada dalam setiap diri penduduk kampung saya ini.
Peta Minda 3:Cadangan mengatasi kesan migrasi dalaman Penduduk
kawasan kajian.

a
C
g
n
d
W
u
dk
j n
a
m
e
M
s
t
a
k
g
i
n i
n
k
t
a
s
m
e
h
a
d
k
u
n
i n
a
i
s
r
g
R
u
l
e
P
k
n
a
m
l
s
e
n
t
a
d
k
h
i
g
n
a
t
T
k
e
P
g
j
r
k
u
d
n
e
p
n
a
g
Rumusan yang dapat saya katakan di sini ialah terdapat dua jenis migrasi dalaman yang ada di
Permas Jaya iaitu migrasi dalaman luar bandar ke bandar dan migrasi luar bandar ke luar bandar.
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman yang wujud di kawasan kajian
antaranya ialah melanjutkan pelajaran di IPT di bandar-bandar, mencari peluang pekerjaan di
sektor industri, tanah rancangan persekutuam untuk membasmi kemiskinan penduduk dan
mengikut keluarga atau perkahwinan dengan penduduk kampung lain. Selain daripada faktor
terdapat juga kesan positif dan kesan negatif juga turut wujud antaranya ialah wujud
pertambahan penduduk, taraf hidup penduduk meningkat, hasil pertanian bertambah, struktur
penduduk berubah, masalah sosial dan juga masalah harga tanah meningkat. Seterusnya di dalam
kajian ini juga saya mencadangkan langkah mengurangkan masalah migrasi dalaman seperti
mewujudkan peluang pekerjaan, wujudkan rukun tetangga dan meningkatkan kemudahan
kesihatan. Setelah melihat kajian ini dengan rasional saya berbangga kerana dapat tinggal di
Malaysia yang stabil dari segi politik, pembangunan yang pesat dan mempunyai kepelbagaian
ekonomi yang subur sekaligus menjadikan malaysia sebuah negara yang terkenal di mata dunia.
SEK MEN KEB AGAMA NAIM LILBANAT
15150 KOTA BHARU
KELANTAN

Tel: 09-7482752

Rujukan kami : SMKAN/KGT/04(1)


Tarikh : 3 JUN 2010

KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN

Tuan/Puan,

Kajian Geografi Tempatan (KGT)

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Sarah Syazwani Bt. Hisham ( No. K/P 9503-03-6062
adalah pelajar dari Tingkatan Tiga Ummu Slamah di Sekolah Kebangsaan Naim Lilbanat 15150
Kota Bharu, Kelantan. Pelajar ini sedang membuat kajian luar untuk memenuhi syarat kehendak
Kementerian Pelajaran Malaysia bagi pelajaran Geografi KBSM.

3. Kerjasama dan bantuan tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

...............................................
( HJH. MAIMUNAH Bt. ISMAIL )
Pengetua,
SMKA Naim Lilbanat
15150 Kota Bharu, Kelantan.
Hisham B. Awang,
Quaters MRSM Pasir Tumboh,
16150 Kota Bharu,
Kelantan.

Pengetua,
SMKA Naim Lilbanat,
15150 Kota Bharu,
Kelantan. 19 JUN 2010

Tuan,

Menjalankan Kajian Geografi Tempatan (KGT)

Merujuk perkara di atas, saya Hisham B. Awang membenarkan anak saya Sarah Syazwani Bt.
Hisham pelajar dari Tingkatan Tiga Ummu Salamah untuk menjalankan Kajian Geografi
Tempatan bagi memenuhi Sukatan Pelajaran Geografi Tingkatan Tiga.

2. Saya faham bahawa semasa menjalankan kajian ini, jika sesuatu yang tidak diingini
berlaku kepada anak saya, saya tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap pihak sekolah.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

.....................................
(Hisham B. Awang)
AKHBAR / : BERITA HARIAN SEKSYEN / : BERITA UMUM/LAIN-LAIN
NEWSPAPER SECTION
TARIKH / DATE : 09-Feb-2004 HARI / DAY : ISNIN
ISU / ISSUE : KERAJAAN TEMPATAN MUKA : 11
SURAT /
PAGE
TAJUK / TITLE : Kerjasama tiga negara mampu selamatkan khazanah SSME

Teks Keratan

LETAKNYA di pertemuan Laut Sulu dan Laut Sulawesi, Rantau Ekologi Marin
Sulu-Sulawesi (SSME) menyimpan khazanah marin yang tidak ternilai.
Dikenali sebagai Segitiga Karang, perairan itu adalah titik pusat
pertumbuhan karang dan ikan karang tropika maksimum dunia serta
mencatat
bilangan kepelbagaian spesies jauh lebih tinggi berbanding rantau ekologi
marin lain.
Sebagai contoh, di SSME ada kira-kira 2,000 spesies ikan dan 550 spesies
karang. Ini berbanding kira-kira 1,500 spesies ikan dan 50 spesies karang
di perairan Caribbean, 1,500 spesies ikan dan 350 spesies karang di
terumbu Great Barrier, Australia serta 460 spesies ikan dan 50 spesies
karang di perairan Hawaii.
Rantau ekologi ini juga mencatat 17 daripada keseluruhan 18 spesies
rumput laut atau seagrass dan 22 spesies mamalia marin termasuk dugong,
paus serta lumba-lumba. Tidak kurang juga spesies istimewa seperti jerung
megamouth yang jarang ditemui, ikan `fossil hidup' coelecanth, ikan
terbesar jerung paus (whale shark) dan buaya terbesar Crocodylus porosus.
Hakikatnya, Malaysia, Filipina, Indonesia dan gugusan kira-kira 5,000
kepulauannya - daripada Busuanga, Dumaran, Basilan, Kudat-Banggi, Cuyo,
Cagayan, Tubbataha, Kinabatangan, Semporna, Balabac, Tawi-tawi,
Bulungan, Derawan, Makassar, Dondo, Bunaken, Sangir, Halmahera dan
seterusnya -
sangat bertuah kerana berkongsi anugerah kekayaan ini.
Bagaimanapun, akibat ketidakseimbangan antara tekanan daripada kegiatan
manusia dan penuaian hasil laut, dengan keupayaan alam sekitar menjana
semula sumber aslinya sejak kebelakangan ini, rantau ekologi ini kini
semakin terancam.
Senarai musuhnya semakin panjang - pembangunan pinggir pantai tidak
terkawal sehingga menyebabkan hakisan, sedimentasi dan kemasukan
nutrien
berlebihan daripada darat, pembukaan penempatan baru, pembukaan
kawasan bakau, perlombongan karang dan pasir, lampau eksploitasi penyu,
lampau
tuai hasil ikan sama ada untuk perdagangan mahu pun ikan hiasan, amalan
perikanan yang memusnahkan seperti penggunaan bom ikan dan bom
sianida dan
banyak lagi. Ini diburukkan lagi oleh fenomena pemanasan global.
Akibatnya, kawasan terumbu karang dan bakau yang mengambil masa
jutaan tahun untuk mencapai tahap kepelbagaiannya sekarang, semakin
hari semakin
banyak yang musnah, sekali gus spesies yang jarang ditemui mulai pupus
satu persatu.
Apa yang jelas, masa untuk tiga negara ini - Malaysia, Filipina dan Indonesia
- menggembleng tenaga dan kepakaran untuk bertindak memelihara
rantau ekologi ini dan sumber aslinya daripada terus hilang, semakin lama
semakin singkat, dengan tarikh luput yang bermakna kemusnahan sehingga
tidak lagi boleh diselamatkan.
Isu pemisahan sempadan yang kurang jelas, sumber dan dinamik ekosistem
yang sama dan masalah jenayah alam sekitar yang sering kali merentasi
sempadan menjadikan kerjasama tiga negara ini penting dalam usaha
memelihara rantau ekologi ini.
Sehubungan itu, bagi mengehadkan kemusnahan alam sekitar, Tabung Alam
Sedunia (WWF) mengorak langkah dengan merangka pelan pemeliharaan 50
tahun .Wawasan Kepelbagaian Biologi - bagi mempertaruhkan nasib
kawasan yang mewakili perairan paling kaya ini.
Berdasarkan penilaian biologi pakar, Wawasan Kepelbagaian Biologi
mengenal pasti 58 lokasi utama berdasarkan kepentingannya kepada
hidupan
marin yang ditemui di situ dan sekitarnya.
Di bawah wawasan itu, WWF merangka program kerja membabitkan tiga
bidang utama iaitu mewujudkan rangkaian interaksi di antara kawasan
dilindungi,
projek pemuliharaan penyu marin dan amalan perikanan yang lestari.
Pengarah Program Borneo WWF Malaysia, Geoffrey Davidson, berkata faktor
yang memudahkan memulihara kawasan kongsi itu ialah kewujudan poket
zon
dilindungi sedia ada hasil kerja pemeliharaan kerajaan, badan bukan
kerajaan (NGO), swasta, penduduk tempatan mahupun institusi penyelidikan
di tiga negara itu.
Ini dapat disaksikan menerusi jumlah kawasan laut dilindungi yang luas di
ketiga-tiga negara terutama dalam kawasan perairan sekitar kawasan
cadangan SSME.
Walaupun pemuliharaan di kawasan dilindungi sedia ada kurang berjaya,
biasanya berikutan masalah kewangan, logistik dan kepakaran, Davidson
berpendapat ia adalah asas kukuh bagi pelan perlindungan SSME, kerana
membuktikan kesedaran serta komitmen kerajaan terbabit.
Beliau menekankan selain perlindungan yang diberikan kepada kawasan ini,
faktor lebih penting bagi kejayaan SSME ialah pengurusan yang lebih
efektif. Bagaimanapun, ini agak sukar kerana 70 peratus daripada luas
kawasan SSME berada dalam sempadan Filipina, 25 peratus lagi dalam
Indonesia manakala bakinya lima peratus dalam Malaysia.
Sehubungan itu, kerjasama tiga negara itu perlu diwujudkan bagi
membolehkan usaha pemeliharaan dan pengurusan kawasan kaya biologi
yang
dikongsi bersama itu dilaksanakan. Bagaimanapun, acuan bagi merangka
kerjasama jenis ini tidak ada kerana ia belum pernah dicapai sebelum ini.
"Mengapa perlu ada kerjasama antara ketiga-tiga negara? Jawapannya ,
kebanyakan hidupan marin ini tidak tinggal dalam sempadan satu kawasan
dilindungi saja, terutama yang menjalankan migrasi tahunan seperti jerung
paus, tuna dan penyu.
"Kita tidak boleh lindungi mereka hanya dengan melindungi satu kawasan
saja. Kita perlu lindungi semua kawasan migrasinya dan yang lebih penting
kawasan yang dilindungi ini perlu berinteraksi antara satu sama lain,"
katanya.
Berbanding kawasan marin dilindungi lain seperti Terumbu Karang Great
Barrier di Australia yang hanya membabitkan kepentingan satu negara,
program SSME bakal menyaksikan pertembungan kepentingan tiga negara
yang sebelum ini ada mencatatkan isu politik dan persempadanan, bukan
saja dari
aspek geografi tetapi juga ideologi.
"Pendek kata, jika Malaysia, Filipina dan Indonesia dapat mencapai kata
sepakat dalam kerjasama pemuliharaan SSME, ia adalah pencapaian yang
amat
membanggakan.
"Pemuliharaan alam sekitar rentas sempadan tidak pernah tidak sukar. Oleh
itu, kerjasama tiga negara ini tentunya menjadi contoh kepada dunia
untuk ditiru kawasan seumpamanya kerana ia antara yang pertama
dilaksanakan.
"Cabaran tentu ada kerana akan timbul isu antara negara terbabit, seperti
yang sudah berlaku antara Malaysia, Filipina dan Indonesia sebelum
ini," katanya.
Beliau berkata, sebelum pelaksanaan lagi, pembayang bagi masalah yang
akan timbul sudah kelihatan apabila masing-masing negara sudah mengenal
pasti kawasan pinggir pantai mereka yang dianggap paling memerlukan
perhatian dalam kerjasama ini.
Bagaimanapun, lebih besar daripada cabaran pendirian berasingan negara
terbabit ialah tuntutan kira-kira 45 juta penduduk tempatan daripada 50
kumpulan etnik berlainan yang bergantung nasib dengan kepelbagaian
marin di kawasan itu.
Penduduk ini bergantung secara langsung mahupun tidak langsung kepada
laut dan hasilnya, sama ada menerusi kegiatan perikanan, pelancongan,
pengangkutan, perdagangan atau perkapalan.
Kepelbagaian etnik masyarakat pinggir pantai yang sangat tinggi ini
bermakna setiap kumpulan memulihara elemen berbeza dan pada masa
yang sama
bergantung kepada kegiatan ekonomi yang memangsakan elemen berbeza
untuk hidup.
Oleh itu, ini membabitkan kerja rumah lebih besar kepada pihak yang ingin
melaksanakan program pemuliharaan kerana perlu mengambil kira dan
peka terhadap kekayaan budaya serta setiap cara hidup mereka sebelum
merangka pelan kerja.
"Contohnya, bagi Bajau Laut yang tinggal sepenuhnya di dalam bot,
makanan istimewa ialah kima atau Giant Clam. Jadi, ke mana saja mereka
berada kita akan jumpa longgokan kulit kima kosong. Oleh itu, jika kita
bangunkan program sara hidup alternatif di darat, ia akan mengganggu
struktur kekeluargaan etnik ini.
"Pertimbangan juga perlu diberikan kepada setiap kumpulan etnik lain
termasuk yang bergantung kepada landak laut dan telurnya, ada yang
bergantung kepada kelapa dan ikan yang dipancing, ada mengumpul rumpai
laut untuk dijual kepada peraih eksport dan tidak kurang juga orang tengah
yang memperdagangkan ikan hidup," katanya.
Bagi menjamin program kerja yang dirangka lebih efektif, penduduk
tempatan perlu diberi kefahaman mengenai impak kegiatan mereka ke atas
alam sekitar. Kemudian, barulah mereka dapat lihat hasil menghentikan
sebahagian kegiatan ekonomi yang mensabotaj kelestarian perairan ini,
sesetengah daripadanya sudah diamalkan sejak berkurun lamanya daripada
satu generasi ke generasi berikutnya.
Langkah ini membabitkan usaha yang luas dalam membentuk hubungan,
memberi penduduk tempatan kuasa membuat perubahan menerusi
maklumat dan
keupayaan dengan mewujudkan kegiatan ekonomi alternatif yang selamat
dan boleh dijalankan secara berterusan kepada alam sekitar, iaitu elemen
berikutnya dalam Wawasan Kepelbagaian Biologi WWF, tanpa mengubah
cara hidup mereka.
Timbul pula masalah yang lebih asas termasuk kesukaran berkomunikasi
kerana hampir semua etnik ini mempunyai bahasa pertuturan sendiri serta
ada yang tidak kekal di satu tempat saja.
Walaupun kerjasama tiga negara ini dapat dicapai, ia masih tidak
menyelesaikan masalah utama yang menggagalkan pengurusan kawasan
dilindungi sebelum ini iaitu pembiayaan. Bagi tiga negara sedang
membangun yang masing-masing masih bergelut dengan isu kemiskinan,
kos yang
dianggarkan kira-kira AS$40 juta (RM152 juta) itu bukan jumlah yang kecil.
Aktivis alam sekitar, Don E Baker, berkata kunci menyelesaikan masalah ini
ialah dengan menjadikan penjanaan sumber kewangan bagi membiayai kos
pemeliharaan sebagai sebahagian daripada sistem pengurusannya.
Beliau yang juga eksekutif di syarikat pengurusan alam sekitar Reef
Guardian Sdn Bhd (Reef Guardian) memberi contoh Lankayan, satu daripada
tiga kepulauan Sugud di perairan Sandakan, Sabah. Dua lagi pulau ialah
Billean dan Tegaipil.
Katanya, di bawah program Kawasan Pemeliharaan Marin Kepulauan Sugud
(SIMCA) berkuat kuasa 6 Januari 2004, pelancong dicaj yuran pengurusan
RM20 setiap orang untuk setiap malam mereka berada di atas pulau
itu,dengan had kapasiti 100 orang.
Ini dianggarkan akan memenuhi kira-kira 74 peratus daripada pembiayaan
tahunan yang diperlukan untuk pengurusan persekitaran pulau berkenaan,
manakala bakinya akan diperoleh melalui yuran lain termasuk yuran
melabuh sauh dan sebagainya.
Lankayan dan seterusnya, Billean dan Tegaipil, membabitkan kawasan marin
seluas kira-kira 40,000 hektar, dirangka pembangunannya supaya mesra
alam
dan boleh dijadikan contoh usaha sama pintar antara sektor swasta,
Lankayan Island Dive Resort dan Reef Guardian serta kerajaan Sabah
menerusi Jabatan Perhilitan Sabah.
Bak kata Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Datuk Dr Tengku
Zainal Adlin Tengku Mahamod: "Mesej yang perlu disampaikan ialah `tiada
pelancongan eko jika tiada pemuliharaan'".
Keutamaan pemuliharaan marin jelas apabila dilihat kepada situasi Sabah
yang mewakili Malaysia dalam SSME, kerana dengan kira-kira 200 pulau di
perairannya termasuk 30 lokasi selam Scuba bertaraf antarabangsa, 30
peratus daripada pelancongannya adalah pelancongan eko.
Kajian sudah menunjukkan, contohnya, stok ikan kembali seperti sedia kala
di kawasan kecil yang melaksanakan usaha pemeliharaan. Kini tinggal
untuk meluaskan, membanyakkan dan merangkaikan kawasan itu, terpulang
sama ada ketiga-tiga negara ini benar-benar ikhlas memperjuangkan
persekitarannya.
Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Datuk Seri Law Hieng Ding,
memberi jawapan kepada persoalan itu apabila melahirkan keyakinan beliau
isu politik yang melanda hubungan diplomatik dan persempadanan tiga
negara berkenaan tidak akan menjejaskan memorandum persefahaman
kerjasama
pengurusan dan penyelidikan SSME.
Memorandum itu dijangka ditandatangani 13 Februari ini sempena
Persidangan Ketujuh Parti (COP7) bagi Konvensyen mengenai Kepelbagaian
Biologi di ibu negara yang akan berlangsung dari 9 hingga 20 Februari ini.
"Menteri di semua tiga negara sangat berminat dengan kerjasama ini. Kita
sedar kawasan yang kaya dengan kepelbagaian biologi marin ini masih
kekurangan data dan dengan adanya memorandum kerjasama ini, kita
harap akan berpeluang mengumpul dan bertukar-tukar lebih data, yang
mana akan
membantu kita menentukan kaedah terbaik menguruskan sumber alam ini
selain menuai hasilnya secara lestari," katanya.
Wawasan Kepelbagaian Biologi yang dirangka di Manila pada 2001
menetapkan setiap visi itu mempunyai sasarannya tersendiri, yang mana
setiap sasaran itu disukat dengan beberapa titik tanda.
Apa yang perlu dilaksanakan ialah berusaha untuk mencapai setiap titik
tanda sehingga sasaran tercapai, kemudian berusaha lagi untuk mencapai
setiap sasaran sehingga wawasan tercapai, semuanya untuk masa depan
kawasan laut luas ini.
Yang jelas, usaha kerjasama antara tiga negara itu bukan sesuatu yang
remeh, apatah lagi di rantau yang sering dipersalahkan kerana memperjudi
alam sekitarnya demi pembangunan.
Bagaimanapun, sekarang tugas memastikan khazanah ini selamat adalah
perkara yang tidak boleh tidak bagi tiga negara yang berkongsi SSME, jika
mahu ia kekal, sekali gus berpotensi menjana ekonomi bagi penduduk
tempatannya, bukan saja sekarang tetapi diwariskan kepada generasi
seterusnya.
Kajian tentang Migrasi Dalaman Penduduk Di Kampung Kok Pasir Tumpat, Kelantan

Nama : Afiq Danial B. Azman

1. Saudara berasal dari mana?


Saya Berasal Dari Tumpat.

2. Berapa lama saudara tinggal di kawasan ini ?


Sudah 4 tahun

3. Apakah sektor pekerjaan yang saudara ceburi ?


Polis

4. Berapakah jumlah ahli keluarga yang telah berhijrah ?


Dua ahli keluarga.

5. Pada pendapat saudara, apakah faktor yang menyebabkan berlakunya migrasi dalaman di
kawasan ini ?
Faktor pekerjaan.
Nama : Firdaus Bin Rahmat

1. Saudara berasal dari mana?


Saya Berasal Dari Perak.

2. Berapa lama saudara tinggal di kawasan ini ?


Sudah 1 tahun.

3. Apakah sektor pekerjaan yang saudara ceburi ?


Bersara.

4. Berapakah jumlah ahli keluarga yang telah berhijrah ?


Tiga ahli keluarga.

5. Pada pendapat saudara, apakah faktor yang menyebabkan berlakunya migrasi dalaman
di kawasan ini ?
Faktor ekonomi.

Nama : Amrinuddin Bin Azman


1. Saudara berasal dari mana?
Saya Berasal Dari Kedah.

2. Berapa lama saudara tinggal di kawasan ini ?


Sudah 6 tahun.

3. Apakah sektor pekerjaan yang saudara ceburi ?


Guru.

4. Berapakah jumlah ahli keluarga yang telah berhijrah ?


Lima ahli keluarga.

5. Pada pendapat saudara, apakah faktor yang menyebabkan berlakunya migrasi dalaman
di kawasan ini ?
Faktor sosial.
Internet
http://geogsmkt.blogspot.com/2010/02/contoh-kerja-kursus-geografi-pmr.html
http://www.scribd.com

Buku Rujukan

Success Geografi PMR , muka surat 245 hingga 206, penulis Khaw Ah Seng, Oxford
Fajar Sdn. Bhd.

Buku Teks
Buku Teks Geografi Tingkatan 2, muka surat 100 hingga 116, penulis Abdul Aziz Bin
Abdul Rahman, Lim Jin Choon, Ratnam Karuppiah Servai, Rina Sdn. Bhd.

You might also like