You are on page 1of 20

KERTAS KERJA

BULAN PANITIA BAHASA MALAYSIA


TAHUN 2015
SEKOLAH KEBANGSAAN DESA TASIK

ANJURAN:
PANITIA BAHASA MALAYSIA
SEKOLAH KEBANGSAAN DESA TASIK

TARIKH:
09 FEB 2015 – 2 MAC 2015

TEMPAT:
SEKOLAH KEBANGSAAN DESA TASIK,
JALAN 11/146, BANDAR TASIK SELATAN,
KUALA LUMPUR.

CADANGAN KERTAS KERJA BULAN PANITIA BAHASA MALAYSIA 2015


SEKOLAH KEBANGSAAN DESA TASIK, KUALALUMPUR

PENGENALAN

Bulan bahasa Malaysia ialah salah satu aktiviti utama Panitia Bahasa
Malaysia yang diadakan pada setiap tahun.Pelancarannya bermula pada bulan
April.Tema bulan Bahasa Malaysia ialah “Bahasa Jiwa Bangsa”.Pelbagai aktiviti
telah dirancang khusus untuk murid-murid mengikut tahap masing-masing.
Penganjuran bulan bahasa Malaysia pada kali ini, mempunyai objektif yang mampu
menjana minda murid dan melahirkan murid yang mempunyai keterampilan bahasa
yang baik. Sehubungan itu, panitia Bahasa Malaysia telah merangka aktiviti yang
melibatkan penguasaan dan pengayaan bahasa dan kreativiti persembahan murid.

1
Ini merupakan satu langkah untuk meluaskan pemikiran murid tentang pusat sumber
merupakan salah satu aset dalam pemerolehan bahasa dalam kalangan mereka.

MATLAMAT

Program Panitia Bahasa Malaysia bermatlamat melahirkan murid-murid yang


mempunyai akhlak,nilai-nilai kerohanian, dan mempunyai keterampilan berbahasa
dalam kalangan murid. Ini adalah sejajar dengan Prinsip Rukun Negara dan
Falsafah Pendidikan Negara bagi melahirkan individu yang seimbang. Program ini
juga bertujuan untukmencungkil bakat terpendam murid dan menggalakkan mereka
berdepan dengan pelbagai situasi agar mereka lebih berdikari. Selain itu juga
program ini berhasrat untukb menanamkan kecintaan murid terhadap bahasa
Kebangsaan ini.

OBJEKTIF

1. Menggalakkan penggunaan bahasa Malaysia dengan betul dan terkawal.


2. Sebagai asas kepada aktiviti-aktiviti bahasa di sekolah.
3. Mendaulatkan bahasa Malaysia sebagai bahasa Kebangsan.
4. Mencungkil dan menampilkan bakat-bakat baharu dalam kalangan murid.
5. Menghargai murid-murid PPKI sebagai insan yang dihargai bakat dan
kebolehan mereka.
6. Menggalakkan murid-murid tahun satu mengaplikasi mengenal huruf.
7. Melatih murid menggunakanilmu dan kemahiran pelaksanaan sesuatu
tindakan,amalan atau aktiviti yang melibatkan diri mereka sendiri.
8. Memupuk semangat kerjasama dan toleransi dalam kalangan mereka.
9. Membina pemikiran yang positif.

2
SASARAN DAN AKTIVITI YANG DIJALANKAN

Semua aktiviti yang dijalankan oleh panitia Bahasa Malaysia berbentuk


pertandingan.Pertandingan ini terbahagi kepada beberapa kategori iaitu Prasekolah,
Pra PPKI, PPKI, Pemulihan Khas, Pemulihan LINUS, Tahap 1 dan tahap 2.

 Pertandingan bagi kategori Pra PPKI,PPKI ,Prasekolah, Pemulihan Khas dan


Pemulihan LINUS
a) Pra Pendidikan Pemulihan Khas Intergrasi
Pertandingan mewarna
b) Pendidikan Pemulihan Khas Intergrasi
Tahap Satu – Pertandingan Mewarna
Tahap Dua – Pertandingan Teka Silang kata
c) Prasekolah
Pertandingan Mengenal Huruf A-Z
d) Pemulihan Khas dan Pemulihan LINUS
Wah, cantiknya tulisanku !

 Pertandingan bagi kategori Tahap 1 ialah:


a) Pertandingan Tulisan Cantik. ( Tahun 1)
b) Pertandingan Mendeklamasikan Pantun. (Tahun 2)
c) Pertandingan Bercerita (Tahun 3)

 Pertandingan bagi kategori Tahap 2 ialah:


a) Pertandingan Mendeklamasikan Sajak (Tahun 4)
b) Pertandingan Bersyair ( Tahun 5)
c) Pertandingan Syarahan (Tahun 6)

Selain itu, Panitia Bahasa Malaysia juga mengadakan pelbagai aktiviti sampingan
sepanjang bulan tersebut. Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah:

a) Pertandingan Permainan Bahasa Tahap 1 dan Tahap 2 (Tahun 4,5 dan 6)


b) Pertandingan Teka Silang kata Tahun 2 dan 3

3
Cara pengadilan bagi setiap pertandingan

1. Peserta pertandingan bagi aktiviti Panitia Bahasa Malaysia akan dihakimi


oleh hakim yang dilantik , iaitu guru-guru bahasa Malaysia SK Desa Tasik
yang secara tidak langsung menjadi jawatankuasa kerja.
2. Peserta yang memperoleh markah tertinggi dalam pertandingan dikira
sebagai pemenang.

PERINCIAN PERTANDINGAN YANG TELAH DIJALANKAN OLEH PANITIA


BAHASA MALAYSIA

Pertandingan Mewarna PPKI (Tahap 1) dan PRA PPKI

Objektif

a) Mengasah bakat dan kebolehan murid dalam mewarna


b) Menguji kesabaran murid
c) Menanam keyakinan dalam diri murid-murid.
d) Memupuk semangat bertanggungjawab dalam kalangan murid-murid.

Syarat-syarat pertandingan

a) Terbuka kepada murid-murid PPKI Tahap Satu dan Pra PPKI sahaja.
b) Jumlah peserta tidak terhad. Setiap murid layak menyertai satu sahaja
c) Aspek mewarna kemas, dan kreativiti mengadun warna akan dikira
pemenang. Namun begitu, ianya perlu mengikut garis panduan pengadilan.
d) Tempoh masa tidak ditetapkan kerana mengikut kesuaian kebolehan dan
kemahiran murid.
e) Peserta akan dihakimi oleh hakim yang dilantik.

4
Pertandingan Teka silang kata PPKI (Tahap 2)

Objektif

a) Mencungkil bakat dan penguasaan kosa kata murid-murid.


b) Boleh mengaplikasikan penggunaan kosa kata dengan baik
c) Menanam keyakinan dalam diri murid-murid.
d) Memupuk semangat bertanggungjawab dalam kalangan murid-murid.

Syarat-syarat pertandingan

a) Terbuka kepada murid-murid PPKI Tahap Dua sahaja.


b) Jumlah peserta tidak terhad. Setiap murid layak menyertai satu sahaja
c) Dapat menjawab dengan tepat.
d) Tempoh masa tidak ditetapkan kerana mengikut kesuaian kebolehan dan
kemahiran murid.
e) Peserta akan dihakimi oleh hakim yang dilantik.

Pertandingan Mengenal Huruf (Prasekolah)

a) Mengasah bakat dan kebolehan mengaplikasi pengetahuan mengenal huruf.


b) Menguji minda dan daya ingatan mereka.
c) Menanam keyakinan dalam diri murid-murid.
d) Memupuk semangat bertanggungjawab dalam kalangan murid-murid.

Syarat-syarat pertandingan

a) Terbuka kepada murid-murid Prasekolah sahaja


b) Jumlah peserta tidak terhad. Setiap murid layak menyertai satu sahaja
c) Aspek kelancaran dan kemahiran menyusun atur susunan A-Z diambil kira
untuk proses pengundingan kemenangan.
d) Tempoh masa tidak ditetapkan kerana mengikut kesuaian kebolehan dan
kemahiran murid.
e) Peserta akan dihakimi oleh hakim yang dilantik.

5
Pertandingan Wah,cantiknya tulisanku ! (Pemulihan Khas dan Pemulihan
LINUS)

Objektif

a) Mengasah bakat dan kebolehan mereka dalam aktiviti kemahiran motor.


b) Menguji kesabaran murid agar dapat menghasilkan tulisan yang cantik.
c) Menanam keyakinan dalam diri murid-murid.
d) Memupuk semangat bertanggungjawab dalam kalangan murid-murid.

Syarat-syarat pertandingan

a) Terbuka kepada murid-murid Pemulihan Khas dan Pemulihan LINUS sahaja.


b) Jumlah peserta tidak terhad. Setiap murid layak menyertai satu sahaja
c) Aspek tulisan kemas, kreatif dan ejaan yang betul akan dikira pemenang.
Namun begitu, ianya perlu mengikut garis panduan pengadilan.
d) Tempoh masa tidak ditetapkan kerana mengikut kesuaian kebolehan dan
kemahiran murid.
e) Peserta akan dihakimi oleh hakim yang dilantik.

Pertandingan Tulisan Cantik

Objektif:

a) Mengasah bakat dan kebolehan mengaplikasikan kemahiran motor mereka


b) Menguji kesabaran murid agar dapat menulis dengan cantik
c) Menanam keyakinan dalam diri murid-murid.
d) Memupuk semangat bertanggungjawab dalam kalangan murid-murid.

Syarat-syarat pertandingan

a) Terbuka kepada murid-murid Tahun Satu sahaja


b) Jumlah peserta tidak terhad. Setiap murid layak menyertai satu sahaja

6
c) Aspek tulisan kemas, kreatif dan ejaan yang betul akan dikira pemenang.
Namun begitu, ianya perlu mengikut garis panduan pengadilan.
d) Tempoh masa tidak ditetapkan kerana mengikut kesuaian kebolehan dan
kemahiran murid.
e) Peserta dihakimi oleh hakim yang dilantik

Pertandingan Pantun Tahun 2

Objektif:

a) Mencungkil bakat murid-murid dalam berpantun.


b) Menanamkan keyakinan murid-murid dalam menyampaikan pantun di pentas.
c) Menghidupkan semua amalan pantun yang diamalkan oleh orang melayu
zaman dahulu.

Syarat-syarat pertandingan pantun

a) Terbuka kepada murid tahun 2 sahaja.


b) Setiap kelas dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya tiga peserta
sahaja.
c) Setiap peserta perlu menyampaikan sekurang-kurangnya dua rangkap
pantun.
d) Pantun boleh diambil daripada mana-mana sumber yang boleh dipercayai.
e) Pantun yang disampaikan perlu mempunyai nilai-nilai murni.
f) Pasukan yang menyampaikan pantun dengan baik dan penuh keyakinan
serta memenuhi kriteria pemarkahan diisytiharkan sebagai pemenang.
g) Peserta akan dihakimi oleh hakim yang dilantik.

7
Pertandingan Bercerita Tahun 3

Objektif

a) Menggalakkan murid-murid supaya lebih membaca dan mencari idea.


b) Membolehkan murid-murid bertutur dalam bahasa Malaysia dengan lancar.
c) Menimbulkan keyakinan murid menggunakan bahasa Malaysia dengan betul.
d) Mencungkil bakat-bakat baharu untuk pelapis peringkat sekolah

Syarat-syarat pertandingan

a) Pertandingan terbuka kepada murid-murid tahun 3.


b) Setiap kelas dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya tiga peserta.
c) Setiap peserta dikehendaki menyampaikan sebuah cerita dalam bahasa
Malaysia.
d) Cerita yang disampaikan hendaklah berkisar tentang alam kanak-kanak dan
memberi contoh teladan dan nilai murni yang tinggi.
e) Penyampaian cerita perlu mengikut tempoh yang ditetapkan.
f) Pasukan yang mempersembahkan cerita dengan baik dan penuh keyakinan
serta memenuhi kriteria pemarkahan diisytiharkan sebagai pemenang.
g) Peserta akan dihakimi oleh hakim yang dilantik.

Pertandingan Mendeklamasikan Sajak Tahun 4

Objektif

a) Memberi pengetahuan kepada murid tentang teknik mendeklamasikan sajak.


b) Memberi keyakinan murid-murid terhadap penguasaan bahasa Malaysia
dalam khalayak ramai.
c) Menggalakkan murid-murid melakukan rujukan pembacaan untuk
mendapatkan idea.
d) Mencungkil bakat-bakat baharu sebagai pelapis sekolah.

8
Syarat-syarat pertandingan

a) Pertandingan ini terbuka kepada murid tahun 4.


b) Setiap kelas dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya tiga peserta
sahaja.
c) Setiap peserta perlu mendeklamasi sebuah sajak sahaja.
d) Tema sajak tidak boleh menyentuh sensitiviti perkauman, agama dan politik.
e) Peserta yang memperoleh markah tertinggi serta memenuhi kriteria
pemarkahan diisytiharkan sebagai pemenang.
f) Peserta akan dihakimi oleh hakim yang dilantik.

Pertandingan Syair Tahun 5

Objektif

a) Menggalakkan murid-murid melaksanakan pembacaan lebih kerap untuk


pertandingan.
b) Membantu murid-murid mahir dalam penulisan sajak sewaktu aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
c) Mencungkil bakat bersyair dalam kalangan murid.
d) Memupuk keyakinan dalam diri murid ketika menyampaian syair.

Syarat-syarat Pertandingan

a) Pertandingan ini terbuka kepada murid tahun 5 sahaja.


b) Setiap kelas dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya tiga peserta
sahaja.
c) Peserta perlu menyampaikan syair dalam tempoh lima minit sahaja.
d) Tajuk syair adalah bebas tetapi tidak boleh meyentuh tentang isu perkauman,
agama dan politik.
e) Peserta yangmenyampaikan syair dengan baik dan penuh keyakinan serta
memenuhi kriteria pemarkahan diisytiharkan sebagai pemenang.
f) Peserta akan dihakimi oleh hakim yang dilantik.

9
Pertandingan Syarahan Tahun 6

Objektif

a) Mencungkil bakat bersyarah dalam kalangan murid-murid.


b) Menggalakkan murid-murid melakukan pembacaan lebih kerap.
c) Murid dapat mengaplikasikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dalam kelas.

Syarat-syarat pertandingan

a) Pertandingan bebas individu ini terbuka kepada murid-murid Tahun 6 sahaja.


b) Setiap kelas dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya tiga peserta
sahaja.
c) Penghujahan yang bermutu adalah penting. Setiap peserta diperuntukan
masa selama lima minit untuk menyampaikan hujah masing-masing.
d) Tempoh masa tidak melebihi 5 minit.
e) Penggunaan bahasa baku diwajibkan semasa penyampaian syarahan.
f) Peserta yang memperoleh markah tertinggi dan memenuhi kriteria
pemarkahan diisytiharkan sebagai pemenang.
g) Peserta akan dihakimi oleh hakim yang dilantik.

10
JAWATANKUASA PANITIA BAHASA MALAYSIA
2015

PENASIHAT : ENCIK AZHARI BIN OMAR


PENGERUSI : ENCIK SYUKLI NOOR AZMIN BIN MIOR YAHYA
KETUA PANITIA : PUAN WAN HAZIFAH BINTI WAN HAMAT
SETIAUSAHA : PUAN AZHANA BINTI BAHARUDDIN
AJK : PEMULIHAN KHAS
PUAN NORHANA BINTI ISMAIL
: PEMULIHAN LINUS
CIK ROGAYAH BINTI IBRAHIM
: PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI
1. PUAN CHE WAN RUZAIINI BINTI CHE WAN RAZAKI
2. PUAN NOR ERLYDA BINTI YASIN
: PRA PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI
CIK ARNIDA BINTI AYOB
: PRA SEKOLAH
PUAN FARADILA BINTI BAHARUDDIN
: NILAM
PUAN NORHALIZA BINTI BAJURI
: MBMMBI
PUAN WAN HAZIFAH BIN WAN HAMAT
: PROTIM
PUAN CHE AN BINTI KHALID

SEMUA GURU BAHASA MALAYSIA (ALIRAN PERDANA)


1. PUAN NORAZIZAH BINTI ZAKARIA
2. PUAN MASLINA BINTI ABDULLAH
3. ENCIK MOHD FAROL BIN MOHD FAUZI
4. PUAN ZAIMIDAH BINTI ZAINAL ABIDIN
5. CIK NORADILA BINTI ABDULLAH
6. PUAN NORHASZLINA BINTI HAIMID
7. PUAN NORAIDA BINTI HAMZAH
8. PUAN ROSINAH BINTI MOHD NOR
9. PUAN HAPINI BINTI ABDUL WAHAB
10. CIK NUR AFFINI BINTI MOHD MASHUDI
11. PUAN NORA’ZIAN BINTI ISMAIL
12. ENCIK MOHD RASYIDI BIN ABDULLAH

11
JAWATANKUASA KERJA

PENASIHAT : ENCIK AZHARI BIN OMAR


PENGERUSI : ENCIK SYUKLI NOOR AZMIN BIN MIOR YAHYA
KETUA PANITIA : PUAN WAN HAZIFAH BINTI WAN HAMAT
SETIAUSAHA : PUAN AZHANA BINTI BAHARUDDIN

JURU ACARA : CIK NUR AFFINI BINTI MOHD MASHUDI

BUKU PROGRAM : CIK NORADILA BINTI ABDULLAH

SIARAYA : ENCIK MOHD RASYIDI BIN ABDULLAH

PERSEMBAHAN : PN.MASLINA BINTI ABDULLAH


& HIASAN PENTAS PUAN NORHASZLINA BINTI HAIMID
PUAN NORHANA BINTI ISMAIL
CIK ROGAYAH BINTI IBRAHIM

HADIAH : PUAN NORAIDA BINTI HAMZAH


PUAN ZAIMIDAH BINTI ZAINALABIDIN
PUAN WAN HAZIFAH BINTI WAN HAMAT

JURU GAMBAR : ENCIK MOHDFAROL BIN MOHD FAUDZI

KAIN RENTANG : PUAN WAN HAZIFAH BINTI WAN HAMAT

DOKUMENTASI : PN. AZHANA BINTI BAHARUDDIN

12
AJK PERTANDINGAN

AKTIVITI PANITIA BAHASA MALAYSIA

TAHUN 1 ( TULISAN CANTIK)

 PUAN NORAZIZAH BINTI ZAKARIA


 PUAN HAPINI BINTI ABDULL WAHAB
 PUAN MASLINA BINTI ABDULLAH
 ENCIK MOHD FAROL BIN MOHD FAUDZI

TAHUN 2 (PANTUN)

 PUAN MASLINA BIN ABDULLAH


 ENCIK MOHD FAROL BIN FAUDZI
 CIK NORADILA BINTI ABDULLAH
 PUAN HAPINI BINTI ABDUL WAHAB
 PUAN NORWANI BINTI OSMAN

TAHUN 3 ( BERCERITA)

 PUAN NOR HASZLINA BINTI HAIMID


 CIK NORADILA BINTI ABDULLAH
 PUAN SALMAH BINTI SULAIMAN
 CIK NUR AFFINI BINTI MOHD MASHUDI

TAHUN 4 (SAJAK)

 PUAN NOR’AZIAN BINTI ISMAIL


 PUAN ROSINAH BINTI MOHD NOR
 PUAN ZAIMIDAH BINTI ZAINAL ABIDIN
 PUAN NORWANI BINTI OSMAN

13
TAHUN 5 (SYAIR)

 PUAN CHE AN BIN KHALID


 PUAN NORAIDA BINTI HAMZAH
 PUAN AZHANA BINTI BAHARUDDIN
 ENCIK RASYIDI BIN ABDULLAH

TAHUN 6 (SYARAHAN)

 PUAN WAN HAZIFAH BINTI WAN HAMAT


 PUAN NORAIDA BINTI HAMZAH
 PUAN ROSINAH BINTI MOHD NOR
 PUAN AZHANA BINTI BAHARUDDIN

PERMAINAN BAHASA TAHUN 1

 PUAN NORAZIZAH BINTI ZAKARIA

PERMAINAN BAHASA TAHUN 2

 PUAN HAPINI BINTI ABDULL WAHAB

PERMAINAN BAHASA TAHUN 3

 CIK NUR AFFINI BINTI MOHD MASHUDI

PERMAINAN BAHASA TAHUN 4

 PUAN NORA’ZIAN BINTI ISMAIL

PERMAINAN BAHASA TAHUN 5

 PUAN CHE ANN BINTI KHALID

PERMAINAN BAHASA TAHUN 6

 PUAN ROSINAH BINTI MOHD NOR

14
PELAKSANAAN / PELANCARAN

Tarikh : 09 Februari 2015

Hari : Isnin

Masa : 7.30 – 8.30 pagi

Tempat : Dataran ILMU, SK Desa Tasik

Sasaran : Warga SK Desa Tasik

ATUR CARA MAJLIS PERASMIAN

7.30 pagi : Perhimpunan pagi

8.00 pagi : Ucapan Pengerusi Majlis

: Ucapan Puan Wan Hazifah binti Wan Hamat (KP BM)

: Ucapan Perasmian oleh Guru Besar

: Persembahan murid

8.30 pagi : Majlis Bersurai

15
ATUR CARA PANITIA BAHASA MALAYSIA

BIL TARIKH / HARI AKTIVITI

1 09.2.2015 pelancaran dan perasmian

Isnin

2 10.2.2015 Pertandingan tulisan cantik Tahun 1

Selasa

3 11.2.2015 Pertandingan Pantun Tahun 2

Rabu

4 12.2.2015 Pertandingan Bercerita Tahun 3

Khamis

17.2.2015 – 22.2.2015
CUTI TAHUN BAHARU CINA
5 23.2.2015 Pertandingan Sajak Tahun 4

Isnin

6 24.2.2015 Pertandingan Syair Tahun 5

Selasa

7 25.2.2015 Pertandingan Syarahan Tahun 6

Rabu

8 2.3.2015 Majlis Penutupan Minggu Bahasa Malaysia

Isnin

16
ANGGARAN PERBELAJAAN
BULAN PANITIA BAHASA MALAYSIA
(RUJUK LAMPIRAN A

ATUR CARA MAJLIS PENUTUPAN

7.30 pagi : Perhimpunan pagi

8.00 pagi : Persembahan

8.10 pagi : Penyampaian Hadiah kepada para pemenang

8.45 pagi : Majlis Bersurai

PENUTUP

Aktiviti yang dicadangkan untuk bulan Panitia BahasaMalaysia diharapkan dapat


mengeratkan silaturrahim dalam kalangan guru,antara guru dengan murid dan
antara murid dengan murid. Diharapkan juga aktiviti ini dapat meningkatkan sahsiah
diri melalui pertandingan-petandingan yang diutarakan. Para pendidik merupakan
wahana yang boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi apa jua
halangan dan rintangan dalam mendidik anak-anak bangsa kerana mereka
merupakan kesinambungan untuk corak warna-warni kehidupan Negara pada masa
akan datang. Penganjuran Bulan Bahasa Malaysia diharap dapat menambah
pengetahuan dan keberanian murid menonjolkan bakat dalam bidang bahasa. Ini
juga merupakan salah satu cara untuk memperkembangkan potensi murid yang
mempunyai keterampilan bahasa selain mencungkil bakat terpendam murid.
Langkah ini merupakan salah satu cara menggilap permata bernilai ini agar dapat
bersinar menyuluruh sinar kemajuan Negara ke arah mencapai Negara maju.
Dengan ini, panitia bahasa Malaysia secara tidak langsung menjadi penyumbang

17
dalam melahirkan individu yang berani menghadapi cabaran yang datang dan juga
memenuhi aspirasi Negara dengan membina modal insan yang seimbang.

Saya yang menurut perintah :-

.....................................................................................................................
(WAN HAZIFAH BINTI WAN HAMAT)
Ketua Panitia Bahasa Malaysia
Bulan Panitia Bahasa Malaysia,
Sekolah Kebangsaan Desa Tasik,
Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur.

Disemak oleh,

.....................................................
(ENCIK SYUKLI NOOR AZMIN BIN MIOR YAHYA)
Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum,
Sekolah Kebangsaan Desa Tasik,
Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur.

Disahkan oleh,

...................................................
(ENCIK AZHARI BIN OMAR)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Desa Tasik,
Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur

18
19
20

You might also like