You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT PANITIA BIOLOGI

DAERAH KULIM BANDAR BAHARU BIL 2/2017

Tarikh : 10 Oktober 2017


Hari : Selasa
Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Kulim
Masa : 2.00 petang

Kehadiran:

1. Pn Ruzita Bt Abd Rahman ( PK Pentadbiran SMK Kulim), Pengerusi


2. Pn. Jawanah Bt. Abd Rahman ( SMK Kulim )
3. Pn. Aslina Bt Abu Saman ( SMK Lubuk Buntar )
4. Pn. Hanani Bt Mansor ( SMK Sungai Kob )
5. Cik Kasturi A/P Chandrakesan ( SMK Dato’ Lela Pahlawan )
6. Pn. Wan Nur Huda Bt Wan Sohaimi ( SMK Keladi )
7. Pn. Nor Zawati Bt Ab Rahman ( SMK Labu Besar )
8. En. Mohd Fitri Bin Abu Hassan Shaari ( SMK Sungai Karangan )
9. Pn. Anis Bt Mohamad Saidi ( SMK Taman Selasih )
10. Pn. Zurina Bt Rashid ( SMK Taman Kenari )
11. Pn. Nor Razita Bt Mokhtar ( SMK Jalan Paya Besar )
12. Pn. Azriahani Bt Ahmad ( SMK Air Merah )
13. Pn. Barkhis Bt Mustafa ( SMK Taman Jelutong )
14. Pn. Siti Asyitar Bt Nordin (SMK Padang Serai)
15. Pn. Thamiz Selvi a/p A. Vellathurai ( SMK Chio Min )
16. Pn. Nadiyah Bt Abd Halim ( SMK Tunku Panglima Besar )
17. Pn. Siti Rohana Bt Man ( SMK Sultan Badlishah )
18. Pn. Noor Asyikin Bt Ibrahim ( SMK St. Anne’s Convent )
19. En. Muhammad Firdaus B Hamdan ( SMK Sultan Ahmad Tajuddin )
20. Pn. Latipah Bt Ayob ( SMK Serdang Baru )
21. Pn. Siti Nur Baisarah Bt Abd Rahim ( SMK Mahang )
22. Pn. Norlia Bt Md Noor ( SMK Serdang )
23. Pn. Noor Aida Bt Sapian ( SMK Taman Hi-Tech)
24. Pn. Norizan Bt Ahmad Samri ( SMK Selama)
25. Pn. Siti Salmah Bt Samsudin ( SMK Lunas)
26. Pn. Izzati Akhtar Bt Ismail ( SMK Junjong)
27. Pn. Nirmala A/P Arumugam ( SMK Taman Mutiara )

Tidak hadir bersebab

Pn. Barkhis Bt Mustafa ( SMK Taman Jelutong)


Ada taklimat SKPMg2 bersama jemaah nazir dan pengetua DKBB
I. ALUAN PENGERUSI

1. Pn Ruzita selaku pengerusi panitia daerah mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua
guru Biologi dan dalam mesyuarat ini guru-guru bolehlah berkongsi idea dan kaedah untuk
meningkatkan pencapaian SPM kerana hari persekolahan untuk bertemu pelajar hanya ada 15 hari
selepas ditolak cuti dan hujung minggu. Mesyuarat ini penting untuk manafaat kepada guru dan
pelajar DKBB bagi hasilkan natijah berkesan untuk pelajar. Di samping itu ia juga merupakan sesi
perkenalan di antara guru Biologi yang veteran dan baru dan boleh berkongsi ilmu
Makluman

2. Pn Ruzita mengucapkan syabas dan tahniah kepada sekolah yang berjaya memperolehi
pencapaian AR3 yang lebih baik daripada AR2 dan juga sekolah yang berjaya mencapai OTR3.
Makluman

3. Beliau juga mengingatkan semua guru supaya buat pelan intervensi yang terbaik bagi mencapai
ETR untuk memastikan pencapaian SPM pada tahun ini lebih baik daripada tahun lepas.
Tindakan:Ketua Panitia

II. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT

4. Minit mesyuarat yang lalu telah dicadangkan untuk disahkan oleh Pn Noor Aida Bt 4(SMK
Taman Hi-Tech) dan disokong oleh Cik Kasturi A/P Chandrakesan (SMK Dato’ Lela Pahlawan)

III. PERKARA BERBANGKIT

5. Perkara 10 ii, Pn Jawanah Abd Rahman (SMK Kulim) memaklumkan program Skor A dan
Sinar Gemilang tidak dijalankan kerana kekangan masa.
Makluman

6. Perkara 12, Pn Jawanah Abd Rahman (SMK Kulim) memaklumkan bengkel penandaan kertas
Biologi 3 untuk semua guru Biologi DKBB telah diadakan pada 2 Mei 2017 dan bukan pada bulan
April.
Makluman

7. Perkara 16, Pn Siti Rohana Bt Man (SMK Sultan Badlishah) memaklumkan program fajar
dalam telah digantikan dengan program ‘excellent’ selepas peperiksaan percubaan SPM
Makluman

IV. ANALISIS DAN POST MORTEM PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2017

8. Pencapaian peperiksaan percubaan SPM

Pep Percubaan SPM


Bil Nama Sekolah Bil calon
% GP
1 SMK Padang Serai 19 100 4.26
2 SMK Dato’ Lela Pahlawan 19 100 5.37
3 SMK Lunas 27 100 5.19
4 SMK Tunku Panglima Besar 20 100 4.35
5 SMK Jalan Paya Besar 22 100 6.05
6 SMK Kulim 70 98.57 4.37
7 SMK Sultan Badlishah 243 100 4.50
8 SMK Taman Hi-Tech 15 100 5.60
9 SMK Chio Min 142 100 3.24
10 SMK Junjong 10 100 3.80
11 SMK St. Anne’s Convent 19 100 3.80
12 SMK Air Merah 17 100 4.35
13 SMK Keladi 16 100 6.81
14 SMK Taman Selasih 15 100 6.20
15 SMK Sg Kob 30 100 5.37
16 SMK Taman Jelutong 43 100 4.30
17 SMK Mahang 22 100 6.50
18 SMK Serdang 9 100 5.89
19 SMK Lubuk Buntar 10 100 5.30
20 SMK Sultan Ahmad Tajuddin 18 94.44 6.11
21 SMK Labu Besar 24 100 6.17
22 SMK Selama 16 100 6.75
23 SMK Sg Karangan 22 100 5.91
24 SMK Taman Kenari 24 100 5.29
25 SMK Serdang Baru 21 100 6.67
26 SMK Taman Mutiara 17 100 6.06
ETR BIOLOGI SPM DKBB 100 3.76

Makluman

9. Pn Ruzita mencadangkan supaya semua guru meneruskan program yang didapati berkesan dan
membuat penambahbaikan bagi program yang didapati kurang berkesan supaya pelajar dapat
impak yang lebih bagi meningkatkan pencapaian pelajar dalam SPM.
Makluman

V PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4

10. Pn Ruzita memaklumkan pihak MPSM telah memberi Modul 3 Biologi untuk peperiksaan
akhir tahun tingkatan 4 dan ketua panitia boleh menggunakan modul itu ataupun mengubahsuai
modul tersebut. Guru juga boleh membuat soalan sendiri dan bukan satu kemestian menggunakan
modul tersebut.
Makluman

11. Beliau juga mengingatkan ketua panitia supaya berhati-hati apabila menggunakan soalan
modul 3 kerana dikhuatiri akan berlaku kebocoran soalan di pusat tusyen menyebabkan TOV
untuk Biologi tingkatan 5 2018 menjadi sangat tinggi dan ini mengganggu KP apabila membuat
ETR Biologi SPM.

Tindakan: Ketua Panitia

12. Pn Ruzita memaklumkan tarikh akhir SAPS pada 24 November 2017 dan pohon semua guru
akur dengan tarikh tersebut dan tarikh yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
Makluman
13. Bengkel penandaan kertas 3 Biologi akan diadakan pada bulan April dan semua guru Biologi
perlu hadir.
Makluman

VI PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

14. Pn Siti Asyitar Bt Nordin (SMK Padang Serai) telah berkongsi amalan baik yang telah dibuat
di sekolah beliau di mana bilangan pelajar berjumlah 20 orang.

i. Pembentangan pelajar tingkatan 4 dan 5 secara individu dan duo, jika melebihi 3 pelajar
kebiasaannya tidak semua pelajar akan terlibat dalam persediaan dan pembentangan. Guru
mengajar pelajar cara untuk membuat power point, email dan telegram dan semua projek
diberikan ganjaran bagi pelajar yang dapat buat dengan baik.

ii. Modul percutian semasa cuti akhir tahun diberikan kepada pelajar tingkatan 4 untuk topik 1
tingkatan 5 dan mesti diselesaikan semasa cuti sekolah. Pelajar juga perlu melukis struktur
jantung dengan lengkap.

iii. Pelbagaikan aktiviti di dalam kelas. Contoh program projek guru muda dan adakan
pembentangan bagi aktiviti yang telah dijalankan. Pelajar juga boleh dibawa belajar diluar
kelas seperti di bawah pokok.

iv. Projek Biologi dijalankan semasa pameran Biologi dan semua pelajar tingkatan 4 dan 5
terlibat. Makmal dibuka untuk semua pelajar.

v. Kem Biologi untuk pelajar tingkatan 4 dan 5 diadakan selama 1 hari bermula jam 8.00 – 3.00
petang. Pelajar tingkatan 5 membantu pelajar tingkatan 4 untuk ‘ eksplorase ‘ dan amali
Biologi.

vi. Hai Senior – menjemput bekas pelajar tingkatan 5 untuk mengendalikan program bagi pelajar
tingkatan 5, menerangkan konsep dan memperrbetulkan ejaan istilah dalam Biologi.

vii. Dapatkan tajaan luar untuk kendalikan program.

viii. Perkhemahan / field trip – buat trip ke hutan paya bakau di Kuala Sepetang dan Pantai
Keracut.

Makluman

15. Pn Nor Zawati Abd Rahman (SMK Labu Besar) menerangkan kaedah untuk mengingat proses
pembahagian sel secara mitosis dengan tapak tangan dan jari tangan.
Makluman

VII HAL-HAL LAIN

16. Pn Ruzita mengingatkan semua guru bahawa setiap perubahan dalam PAK 21 hendaklah
diakur kerana untuk menjayakan PAK 21 semua guru perlu berubah. Teknik penyoalan juga perlu
berubah dengan menyelitkan soalan KBAT memandangkan soalan SPM banyak soalan KBAT.
Tindakan:Semua guru
17. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang telah mengadakan kelas tambahan,
kelas pemulihan dan kelas pengukuhan bermula dari bulan Januari. Guru boleh menggunakan
pendekatan yang berbeza bergantung kepada kesesuaian pelajar dan sekolah.
Makluman

VIII UCAPAN PENANGGUHAN

18. Pn Ruzita mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan berharap semua guru
dapat mengadakan program terbaik untuk pelajar dalam tempoh masa yang singkat bagi
meningkatkan pencapaian Biologi sekolah dan daerah. Beliau juga berharap semua sekolah dapat
mencapai ETR yang telah ditetapkan oleh PPD.
Makluman

Mesyuarat ditangguh pada jam 5.00 petang.

Disediakan oleh Disahkan oleh

……………………… ……………………..
(Jawanah Abd Rahman) ( Ruzita Bt Abd Rahman)
Setiausaha Panitia Biologi DKBB Pengerusi Panitia Biologi DKBB

You might also like