You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT GURU SK SERI SEKINCHAN

BIL 3 TAHUN 2017

Tarikh : 20 September 2017


Hari : Rabu
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Anggerik SKSS

Kehadiran :

1. Pn Faeizah bt Talib -Guru Besar


2. En Samad bin Wahab -GPK Kurikulum
3. En Azlizam bin Muhamad -GPK HEM
4. En Mohd Abu Hassan Al shari bin Samsuri -GPK KoKurikulum
5. En Ahmad Pauzi bin Abd Hamid
6. En Ahmad Rais bin Sanan
7. Pn Azlina bt ngat denin
8. Pn Hamdiah bt Saman
9. Pn Jaharah bt Saari
10. En Mohd Azmi bin Mt Zin
11. En Mohd Erwan bin Sarimi
12. En Mohd Jaiman bin Jurimi
13. En Mohd Nordin bin Soib
14. En Mohd Shafiq Azli bin Ramli
15. En Muhamad Bastami bin Zakaria
16. En Muhammad Afiq Syahmi bin Mohd Salleh
17. Pn Nor Salbiah bt Mohd Sidek
18. Pn Noraidah bt Wan Hussain
19. Pn Hjh Norihan bt Zakaria
20. Pn Hjh Normah bt Mohamed
21. Pn Hjh Norzila Shamrah bt Mohd Johari
22. Pn Nurhainies bt Iskandar
23. Pn Rafidah bt Otoh
24. Pn Rahayu Zila bt Sajari
25. Pn Rohana bt Mohamed
26. Cik Rohani bt Husain
27. Pn Hjh Saimah bt Ibrahim
28. Pn Salasiah bt Hasim
29. En Sallehuddin bin Harun
30. Pn Siti Norazidah bt Istamar
31. Pn Siti Selamah bt Mohd Isa
32. Cik Subathra a/p Muniandy
33. Cik Tamayanthi a/pC Gunasegaran
34. Cik Wan Hasnah bt Daud
35. En Zakaria bin Din
36. Pn Zamlanawati bt Parlan

Tidak Hadir Bersebab :

1. En Mohd Fairuz bin Mohd Rosli - Kursus


2. En Muhd Asraf bin Abd Halim – Menghadiri mesyuarat
3. Pn Siti Norsarifah Hanim bt Surati - Urusan keluarga
4. Pn Nurrulaidawati bt Ahmad – Cuti sakit

AGENDA MESYUARAT

1
1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI : PN FAEIZAH BINTI TALIB (GURU BESAR)

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Jaiman.

1.2 Ucapan salam dan selamat sejahtera kepada barisan guru-guru.

2.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LALU :

2.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat kali kedua tahun 2017

2.2 Cadangan disahkan : En Mohd Azmi bin Mt Zin

2.3 Sokongan : En Sallehuddin bin Harun

2.4 Minit Mesyuarat yang lalu diluluskan tanpa pindaan

3.0 PERKARA BERBANGKIT :

3.1 Rujuk edaran maklum balas.

4.0 PERKARA-PERKARA BAHARU

4.1 Guru besar memaklumkan pentaksiran akhir tahun ditetapkan pada 30 Oktober 2017 dan
pentaksiran untuk subjek elektif akan dimulakan lebih awal pada 24 September 2017.

Makluman

4.2 LAPORAN GURU PENOLONG KANAN KURIKULUM : EN SAMAD BIN WAHAB

4.2.1 Ucapan salam dan selamat sejahtera kepada barisan guru-guru.

Makluman

4.2.2 Ucapan ribuan terima kasih kepada semua guru terutama guru tahun 6 kerana
telah bertungkus lumus untuk menjayakan UPSR.
Makluman
4.2.3 Pentaksiran akhir tahun ditetapkan pada 30 Oktober hingga 3 November 2017
melibatkan subjek teras. Pentaksiran subjek elektif akan diadakan lebih awal
pada 24 Oktober 2017. Selain itu, pentaksiran Bahasa Arab dan Bahasa Tamil
akan dilaksanakan pada 12 Oktober 2017.
Makluman

4.2.4 Pembinaan item pentaksiran hendaklah berdasarkan JSU yang telah ditetapkan
dan mengikut peruntukan masa menjawab soalan.
Tindakan : Ketua Panitia / Semua guru

4.2.5 Soalan pentaksiran yang telah siap perlu disemak oleh ketua panitia dan
disahkan oleh Guru Besar serta dihantar ke pejabat untuk direzo sebelum cuti
Perayaan Deepavali. Manakala, soalan pentaksiran subjek teras tahun 5 perlu
diambil di PPD. Semua soalan hendaklah diletakkan dan dikumpul dalam bilik
mesyuarat.
Makluman
4.2.6 Guru-guru perlu menyiapkan markah pentaksiran, mengisi SAPS dan membuat
penilaian untuk mengenal pasti murid yang layak menerima hadiah pada hari
kecemerlangan yang akan diadakan pada 21 November 2017.

2
Tindakan : Semua Guru / SU Peperiksaan

4.2.7 Perkhemahan akan berlangsung pada 13 hingga 14 Oktober 2017 dan Hari
kantin akan dilaksanakan serentak dengan Hari Kokurikulum pada 11 November
2017.
Makluman

4.2.8 Mesyuarat panitia kali ke 3 akan diadakan selepas mesyuarat guru kali ini dan
kali ke 4 ditetapkan selepas pentaksiran akhir tahun.
Makluman

4.2.9 Membentangkan tentang Program Post UPSR untuk murid-murid tahun 6 (Rujuk
edaran) .
Tindakan : Semua guru

4.2.10 En Mohd Erwan selaku penyelaras LINUS, memaklumkan saringan lisan kali ke
2 telah berjaya dijalankan dalam masa yang ditetapkan, guru yang telah
menjalankan saringan perlu melengkapkan BBPI. Manakala saringan bertulis
akan bermula pada 24 September 2017.

Tindakan : Guru BM, Mate dan BI tahap 1

4.3 LAPORAN GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID : EN AZLIZAM


BIN MUHAMAD
4.3.1 . Ucapan salam dan selamat sejahtera kepada barisan guru-guru.
Makluman

4.3.2 Ucapan terima kasih kepada SU HEM, penyelaras Unit HEM dan semua guru.
Semua penyelaras diminta memastikan AJK memainkan peranan.

Makluman
4.3.3 SSDM perlu sentiasa dikemaskini terutama dari segi tingkah laku samada baik
atau sebaliknya.
Makluman

4.3.4 Murid-murid yang tidak terlibat dengan PSRA diwajibkan datang ke sekolah.

Makluman

4.3.5 Penghantaran Jadual Kehadiran Murid sebelum pukul 9 setiap hari.


Makluman

4.3.6 APDM perlu dikemaskini sebelum 4 Oktober untuk kelayakan KWAPM.

Makluman

4.3.7 Penyelaras PPDa, Cik Tamayanti perlu membuat persediaan kerana PPDa
sedang dipantau.
Makluman
4.3.8 Murid tahun 6 telah menghantar buku teks dan penyelaras juga perlu membuat
pemeriksaan mengejut lebih kerap untuk memastikan keadaan buku teks murid.

Tindakan : Penyelaras SPBT

3
4.3.9 AJK kantin perlu memantau penyediaan makanan RMT. Hasil pemantauan dari
KKM mendapati ada peningkatan markah pada minggu lepas.
Makluman

4.3.10 Unit Keselamatan juga hendaklah memantau keselamatan basikal murid.

Tindakan : Unit Keselamatan

4.3.11 Unit Bimbingan & Kaunseling dikehendaki menyerahkan laporan individu dan
kelompok. Diingatkan juga supaya guru-guru mematuhi jadual program murid
penyayang.
Tindakan : En Ahmad Rais

4.4 LAPORAN GURU PENOLONG KANAN KO KURIKULUM : TN HJ MOHD ABU


HASSAN AL SHARI BIN SAMURI

4.4.1 Ucapan salam dan kata alu-aluan.


Makluman

4.4.2 Unit-unit Kokurikulum dikehendaki menghantar laporan dan sijil-sijil murid tahun 6
perlu dikeluarkan sebelum keputusan UPSR diumumkan.

Tindakan : Ketua-ketua unit/guru kelas tahun 6

4.4.3 Hari sukan akan berlangsung pada 14 Oktober 2017 (Sabtu).


Makluman

4.4.4 Sambutan Hari Kokurikulum yang akan diadakan pada 11 November 2017
bertujuan untuk menjana kewangan sekolah.
Makluman

4.4.5. Pn Noraidah melaporkan tentang Jawatankuasa Sambutan Hari Kokurikulum


(rujuk edaran) dan memaklumkan baju t-shirt seragam yang ditempah berharga
RM35 untuk dipakai pada sambutan hari koku.
Makluman

4.4.6 Berdasarkan maklumat awal, acara memanah akan dirasmikan oleh Dato’ Jamal,
futsal oleh YB Budiman, Taman Herba oleh Dr Mohd Khir bin Toyo dan
pertandingan memancing oleh Ketua Pemuda Bahagian. Tertakluk kepada
pindaan yang akan datang.
Makluman

4.4.7 Kupon yang akan dijual untuk digunakan pada hari kokurikulum bernilai RM1,
RM2, RM5 dan RM10
Makluman

4.4.8 En Sallehuddin menyarankan pertandingan futsal pada Hari Kokurikulum


diadakan di gelanggang futsal atau padang.
Makluman
4.4.9 Pn Rahayu Zila mengutarakan supaya aktiviti-aktiviti pada hari koku dipaparkan
pada banner untuk menarik minat orang ramai. Sebarang pertanyaan boleh
menghubungi En Azlizam atau Tn Hj Abu Hassan.
Makluman

4.4.10 Pn Norihan bertanyakan tentang jamuan yang perlu disediakan. PK Koku


menyatakan jamuan hanya untuk VIP sahaja.
Makluman
4
4.4.11 En Ahmad Pauzi mencadangkan supaya mengadakan acara-acara yang
senang,cepat dan mudah semasa sambutan hari koku untuk menjimatkan masa.

Makluman
5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Guru Besar menyatakan peruntukan PCG panitia perlu dihabiskan sebelum 30
September 2017 dan dikehendaki melengkapkan nota minta ketika membuat
tuntutan. Sekiranya gagal berbuat demikian, baki peruntukan akan dibawa ke
tahun hadapan dan akan digunakan mengikut surat pekeliling kewangan bil 8
tahun 2012.
Tindakan : Ketua Panitia

5.2 Pn Jaharah memaklumkan guru-guru perlu mengisi borang dasar keselamatan


ICT yang diedarkan. Guru Besar juga mengucapkan syabas kepada Pn Jaharah
dan En Mohd Afiq kerana makmal komputer diberi markah 80% semasa
pemantau.
Makluman

5.3 Pn Nor Salbiah memaklumkan Unit Pentaksiran Sekolah merujuk kepada


Pentaksiran Berasaskan Bilik Darjah juga, penyediaan PAT rujuk kepada DSKP
kerana tapak offline juga berdasarkan DSKP, guru perlu sentiasa melihat laman
web BPK untuk mengetahui maklumat Pentaksiran Sekolah, guru-guru tahap 2
dikehendaki menyiapkankan pentaksiran offline dengan kadar segera dan tapak
kelompok offline perlu diisi untuk dipantau oleh setiausaha PBS. Selain itu, untuk
PAK21 jawatankuasa perlu dibentuk serta mengadakan PLC untuk
penambahbaikan cara mengajar guru. Konsep PLC ialah guru tidak akan
diberitahu sekiranya PLC akan diadakan di dalam kelas semasa guru mengajar.

Makluman

6.0 PENUTUP

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.30 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………… …………………….
(ROHANI BT HUSAIN)
Setiausaha Minit Mesyuarat Guru

5
6

You might also like