You are on page 1of 3

Model ASSURE Instructional Plan

Tarikh : 21 OGOS 2016


Masa : 7.45 pagi – 8.45 pagi (60 minit)
Tahun : 1 Kambar
Bil. Murid : 40 Orang
Mata Pelajaran : Bahasa Tamil
Tajuk : Kenali Haiwan
Tema : Kemasyarakatan

Analyze Learners
1. Ciri-ciri umum pelajar:
Sebanyak 20 orang murid akan mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran ini dan 8
orang daripada mereka adalah lelaki serta bakinya adalah murid perempuan iaitu seramai 12
orang. Kesemuanya berumur 11 tahun dan taraf sosioekonomi mereka juga adalah sama iaitu
sederhana. Penguasaan bahasa kesemua 20 orang murid adalah baik dan mereka tidak
mempunyai sebarang kecacatan fizikal atau masalah deria.

2. Pengetahuan/pengalaman sedia ada :


Murid pernah mendapat maklumat tentang jenis-jenis haiwan melalui media massa
(televisyen) dan media cetak (surat khabar). Ada antara mereka yang pernah melihat binatang
hidup semasa melawat ke Zoo Negara bersama keluarga.

3. Gaya belajar :
Pelajar Visual : 80 %
Pelajar Auditori : 20 %
Pelajar Kinestetik : 100 %

State Objectives
1. Kanak-kanak dapat mengenal bunyi haiwan
2. Kanak-kanak dapat mengeja nama haiwan
3. Kanak-kanak dapat membezakan haiwan

Page 1 of 3 Last Revised: December 11, 2005


Select Media, Materials, and Methods
 Kaedah yang paling sesuai digunakan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini adalah
kaedah simulasi dan perbincangan memandangkan bilangan murid senang untuk
dibahagikan sama rata kepada kumpulan.
 Antara format media yang akan digunakan adalah tayangan slaid, audio, gambar dan video.
 Manakala bahan sumber yang dipilih adalah lembaran kerja yang berkaitan dengan jenis
haiwan

Utilize Media, Materials, and Methods

Gambar – dimasukkan dalam tayangan slaid dan akan ditayangkan dengan menggunakan
LCD agar murid dapat mengenali haiwan.
Audio – digunakan semasa aktiviti 1 untuk membolehkan murid-murid mendengar dan
mengenal pasti bunyi bintang yang terdapat dalam audio tersebut.
Video – menunjukkan jenis haiwan iaitu haiwan ternakan dan haiwan liar.
Slaid – menunjukkan haiwan dan ejaan nama haiwan tersebut.
Lembaran kerja - digunakan pada akhir pembelajaran untuk menilai kefahaman murid.

Require Learner Participation


1. Murid-murid mendengar satu audio yang bernama ”Bunyi Binatang”. Mereka akan mendengar
dengan teliti dan kenali bunyi-bunyi haiwan yang terdapat dalam audio tersebut. Murid secara
berkumpulan akan meniru bunyi-bunyi tersebut dan cuba memadankannya dengan gambar
binatang yang ditayangkan dalam slaid. Jika bunyi sesuatu bintang tidak didengari dalam audio
tersebut, maka murid akan mengatakan “TIDAK” semasa gambar bintang tersebut ditayangkan.

2. Murid melihat satu slaid yang penuh dengan gambar haiwan. Seterusnya, mereka akan cuba
menyebut nama haiwan yang terpapar di slaid tersebut. Guru akan menayangkan slaid kedua di
mana ia mengandungi gambar haiwan dan nama haiwan tersebut. Murid-murid akan bersama-
sama mengeja nama haiwan tersebut.

3. Guru menayangkan satu video yang berkaitan dengan “Jenis Haiwan”. Murid akan menonton
video tersebut dan menyenaraikan ciri-ciri haiwan peliharaan dan haiwan liar. Seterusnya, guru
akan mengedarkan beberapa kad imbas kepada setiap kumpulan. Murid akan melekat kad
imbas tersebut di papan putih mengikut iaitu kategorinya iaitu haiwan ternakan dan haiwan liar.

Page 2 of 3 Last Revised: December 11, 2005


Evaluate & Revise

1. Penilaian informal telah dijalankan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran bagi
memastikan murid-murid terlibat secara aktif dalam aktiviti yang dijalankan. Antara usaha yang
telah diambil ialah memerhatikan hasil tugasan mereka, menyelitkan sesi soal jawab semasa
mengajar, aktiviti kumpulan dan sebagainya. Ternyata murid-murid memberi maklum balas
yang begitu baik kerana mereka memahami setiap arahan yang disampaikan oleh guru.
2. Penilaian formal juga dilaksanakan di mana pada akhir pembelajaran murid-murid telah diberi
satu set lembaran kerja bagi menyemak pemahaman mereka. Lembaran kerja ini
mengandungi beberapa latihan yang berkaitan dengan jenis haiwan seperti isi tempat kosong,
padankan gambar haiwan dengan nama yang betul dan klasifikasi haiwan mengikut
kategorinya. Hampir kesemua murid berjaya menjawab lembaran kerja tersebut dengan betul.
Namun terdapat lima orang murid yang gagal menjawab beberapa soalan. Kesemua murid
tersebut merupakan dari kumpulan yang sama dan mereka keliru dengan ejaan nama haiwan.
Maka, guru bercadang untuk memberi penekanan yang lebih kepada ejaan murid dan
membahagikan kesemua lima murid tersebut kepada kumpulan yang berbeza dalam aktiviti
P&P yang seterusnya.

Page 3 of 3 Last Revised: December 11, 2005

You might also like