You are on page 1of 3

MESYUARAT AGUNG KELAB PING PONG

SMK DATUK MANSOR BAHAU KALI 1/2018

Tarikh :10 Januari 2018


Hari : Rabu
Masa : 3.00 pm – 4.30pm
Tempat : Kelas 4 Efisien

Kehadiran :
1. Pn. Nur Effiza Zakaria
2. Pn. Nurishah Lokman
3. Pn. Nurhidayah Borhanuddin
4. Cik Chan Sook Fong
5. Pn. Choo Lai Peng
6. Pn. Maizatul Nabila Suratin

Tidak hadir
1. Pn. Wong Nyuk Sui
2. En. Ramesh a/l Muniandy

1.0 Kata alu-aluan

1.1 Ketua guru penasihat mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada semua
guru dan murid yang hadir pada mesyuarat kali pertama ini.
1.2 Beliau juga mengucapkan selamat datang kepada ahli-ahli baru daripada tingkatan 1.
1.3 Beliau memberikan ucapan terima kasih kepada murid dan guru yang telah bertungkus
lumus dalam menjalankan aktiviti pada tahun 2017.

2.0 Pelantikan ajk 2018

2.1 Pelantikan baharu bagi pelajar telah dilakukan mengikut undian majoriti ahli-ahli kelab.
Berikut ialah senarai AJK Tahun 2018 bagi guru dan pelajar:

(Sila rujuk lampiran)

3.0 Perancangan tahun 2018

3.1 Kehadiran
3.1.1 Wajib hadir dalam perjumpaan yang termasuk dalam waktu persekolahan.
Pelajar yang ponteng kokurikulum boleh dikenakan tindakan disiplin dan
tatatertib.
3.1.2 Masa perjumpaan : Rabu 3.00 pm-4.30am
3.1.3 Kehadiran sebanyak 12 kali dan akan dikira dalam penilaian markah kokurikulum.
Tindakan : Guru dan murid

3.2 Pakaian dan peralatan


3.2.1 Baju sukan sekolah ketika mengikuti aktiviti sukan dan permainan

Tindakan : Murid

3.3 Penglibatan dan pencapaian murid


3.3.1 Ahli sukan permainan akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
3.3.2 Mereka akan melaksanakan aktiviti sukan ping pong.
3.3.3 Hal ini kerana penglibatan dan pencapaian murid di peringkat sekolah, daerah,
negeri dan kebangsaan akan diberi penilaian dan menyumbang peningkatan
markah kokurikulum

Tindakan : Guru dan murid

4.0 Hal-hal lain

4.1 Kad Kokurikulum


4.1.1 Murid wajib ada kad kokurikulum sebagai bukti kehadiran dalam setiap aktiviti
kokurikulum
4.1.2 Murid perlu membawa kad kokurikulum pada setiap kali perjumpaan untuk
ditandatangani oleh guru penasihat.
4.1.3 Penilaian markah kokurikulum berdasarkan penglibatan murid yang tercatat
dalam kad kokurikulum.

4.2 Penilaian 10% Markah Kokurikulum


4.2.1 10% markah kokurikulum akan diambil kira dalam permohonan pelajar ke SBP
dan IPTA
4.2.2 Guru perlu menilai prestasi murid setiap kali perjumpaan diadakan untuk
memberi markah bagi penilaian akhir.

4.3 Keselamatan diri semasa menjalankan aktiviti


4.3.1 Murid bertanggungjawab terhadap keselamatan sendiri dan mengelakkan diri
daripada menggunakan alatan tanpa kebenaran guru penasihat.
4.3.2 Jangan memulakan aktiviti sebelum mendapat arahan daripada guru

5.0 Penangguhan / penutup

5.1 Ketua guru penasihat mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan murid yang
hadir pada mesyuarat kali ini.
5.2 Harapannya semua murid akan terlibat secara aktif dalam aktiviti kokurikulum di peringkat
sekolah, daerah, negeri mahupun kebangsaan sekaligus menaikkan nama Kelab KHB
SMK Datuk Mansor.
5.3 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.

Disediakan Oleh :

………………………………........................
(PN. NUR EFFIZA ZAKARIA)
Ketua Penasihat Kelab Ping Pong
SMK Datuk Mansor

You might also like