You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU PERDA

14000, BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG

Minit Mesyuarat Hari Anugerah Kecemerlangan (HAKA) 2017 Kali Pertama

Mesyuarat diadakan pada:


Tarikh : 30 Oktober 2017 (Isnin)
Masa : 1.15 petang
Tempat : Bilik Gerakan SKBBP
Kehadiran : Semua guru sesi pagi SKBBP

Agenda Mesyuarat

1. Ucapan Pengerusi
1.1 Tuan Guru Besar merakamkan ucapan terima kasih di atas
kehadiran guru-guru ke mesyuarat pada kali ini.
1.2 Tuan Guru Besar memaklumkan tujuan perjumpaan pada hari ini
adalah untuk membincangkan tentang beberapa perkara yang
berkaitan dengan HAKA 2017.

Tindakan : Makluman

2. Perjalanan Majlis HAKA 2017


2.1 Tuan GB memaklumkan bahawa majlis akan diadakan di Dewan
terbuka SKBBP.
2.2 Guru sesi pagi hanya akan menguruskan majlis untuk murid penerima
hadiah sesi pagi manakala guru sesi petang akan menguruskan
majlis untuk murid penerima hadiah sesi petang .
2.3 Pihak pentadbir yang akan menyampaikan hadiah hanya perlu dijemput
sekali sahaja untuk naik ke pentas bagi menyampaikan hadiah.

Tindakan : Semua guru


3. Tugas Jawatankuasa HAKA 2017
3.1 Tempat dan dewan
3.1.1 memastikan kerusi,meja serta semua peralatan yang
diperlukan tersedia.
3.1.2 Murid penerima hadiah akan beratur di koridor tingkat 1 dan
turun ke dewan untuk menerima hadiah mengikut sesi masing-
masing.
3.1.3 Sesi penyampaian hadiah akan dimulakan dengan murid Pra
Sekolah.
3.2 Hiasan Pentas
3.2.1 Memastikan pentas dihias mengikut kesesuaian acara serta
mewujudkan “Photo Booth” untuk murid bergambar.
3.3 Pengurusan Data
3.3.1 Tarikh akhir kemasukkan markah Pentaksiran 2 ke dalam sistem
SAPS ialah pada Isnin, 6 November 2017.
3.3.2 Jawatankuasa pengurusan data boleh mengambil data dari
sistem SAPS bagi tujuan mengenalpastimurid yang layak memerima
anugerah pada HAKA 2017.
3.4 Persembahan
3.4.1 Persembahan adalah terdiri dari:
Dua persembahan murid sesi petang
Persembahan Pra sekolah
Boria
Nasyid
Persembahan tahun 6
3.4.2 Sebarang perubahan akan dibincangkan pada mesyuarat
akan datang.

Tindakan : Guru-guru Jawatankuasa HAKA 2017


4. Hal-hal lain
4.1 Tuan GB memaklumkan bahaea terdapat hadiah tambahan bagi
murid-murid berikut:
- Hadiah murid Pemulihan (3 Orang)
- Hadiah Hufaz Daie (2 orang)
- Tokoh Kurikulum (2 orang )
- Tokoh Kokorikulum (2 orang )
-Tokoh Nilam (2 orang )
4.2 PA sistem juga akan disewa/pinjam bagi melancarkan perjalanan
majlis
4.3 Semua ketua jawatankuasa unit masing-masing yang memerlukan
dana perlu menyenaraikan jumlah wang yang diperlukan dan
menyerahkannya kepada Tuan GB sebelum atau pada hari Jumaat
3 November 2017.
Tindakan : Makluman dan Ketua Jawatankuasa HAKA 2017

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

………………………………… ………………………………
(PN. ANISAH MOHD SHUKOR) (EN. ROSLAN ABU HASAN)
Setiausaha HAKA Pengerusi HAKA
SK Bandar Baru Perda SK Bandar Baru Perda

You might also like