You are on page 1of 7

MADRASAH MODEN MAIDAM KUALA NERUS

KM 21, WAKAF TENGAH


21030 KUALA NERUS
TERENGGANU DARUL IMAN

KERTAS KERJA
_________________________________________________________________________________

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH CEMERLANG MADRASAH MODEN


MAIDAM KUALA NERUS
TAHUN 2017
_________________________________________________________________________________

TARIKH:
23 NOVEMBER 2017

HARI:
KHAMIS

TEMPAT:
MADRASAH MODEN MAIDAM KUALA NERUS

ANJURAN:
UNIT PENGURUSAN HAL EHWAL MURID, MADRASAH MODEN MAIDAM KUALA NERUS

TEMA:
“MEMBENTUK GENERASI ULAMA BERKALIBER”
1.0 PENGENALAN

Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang Madrasah Moden MAIDAM Kuala Nerus Tahun
2017, merupakan agenda tahunan Madrasah Moden MAIDAM Kuala Nerus bagi menghargai
para pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah mahupun kokurikulum.
Kecemerlangan pelajar mencerminkan perkembangan serta kemajuan madrasah dalam
melahirkan modal insan dan seterusnya membuktikan madrasah adalah sebagai salah satu
institusi pendidikan yang baik. Di samping itu, majlis ini juga adalah sebagai medium untuk
mengeratkan hubungan antara sekolah dan ibu bapa.

2.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dimajukan untuk makluman, serta mendapatkan pertimbangan dan bantuan
kewangan daripada Bahagian Kewangan, MAIDAM mengenai Majlis Penyampaian
Anugerah Cemerlang Madrasah Moden MAIDAM Kuala Nerus, Tahun 2017.

3.0 TEMA

“Membentuk generasi ulama berkaliber”

4.0 OBJEKTIF

4.1 Memberi penghargaan kepada para pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik,
kokurikulum dan kepimpinan.

4.2 Memupuk emosi para pelajar agar berazam ingin maju, berlumba-lumba menuju
kejayaan dan setanding dengan orang yang telah berjaya.

4.3 Membantu membina budaya madrasah yang cemerlang dengan aktiviti yang bersifat
positif.

4.4 Mengeratkan kerjasama antara ibu bapa atau penjaga pelajar dengan para guru dan
pihak pentadbiran madrasah.

4.5 Membina dan memupuk semangat berdisiplin, bekerjasama, berketrampilan, bersatu


padu dan muhibah antara rakan.
5.0 SASARAN

Pelajar yang mendapat :


(a) Anugerah Thalibun Mumtazun (Anugerah Top 5 Pelajar Cemerlang
Setiap Tingkatan
(b) Anugerah Husnu Al-Khuluq (Anugerah Pelajar Terbaik Akhlak Setiap
Tingkatan
(c) Anugerah Mumtaz At-Thurosi (Anugerah Pelajar Cemerlang bagi
Pengajian Kitab Turath Setiap Tingkatan)
(d) Anugerah Mumtaz Al-Akadimiy (Anugerah Pelajar Cemerlang bagi
Akademik Setiap Tingkatan)

6.0 PERINCIAN PROGRAM

Tarikh : 23 November 2017.


Hari : Khamis.
Masa : 08.00 pagi – 12.00 tengahari.
Tempat : Dewan Imam Bukhari, Madrasah Moden MAIDAM
Kuala Nerus

7.0 JAWATANKUASA PENGELOLA PROGRAM

Pengerusi : Ustaz Yusof Bin Mohd – Penolong Kanan Pentadbiran


Timbalan Pengerusi : Cikgu Muhammad Amin Bin Ja’afar - Penolong Kanan
HEM
Pengarah Program : Teacher Nur Anis Shahierah Binti Ahmad Redza
Setiausaha : Ustazah Wan Nur Asiah Binti Wan Suhaimi
7.1 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

AJK NAMA BIDANG TUGAS

Pengacara Majlis  Ustazah Nur Aisyah @  Mengacarakan program


Nik Rahmah Binti  Memastikan kelancaran majlis
Ismail  Menyediakan teks ucapan
Bacaan doa &  Ustaz Mohamad Bin  Menyediakan teks bacaan doa
Bacaan Al-Quran Yusoh pelajar

Protokol/Tentatif  Ustaz Marjuskai Bin  Memantau pergerakan pelajar


Program & Marjono  Membuat tentatif program
Pendaftaran  Ustaz Idhammuslim Bin  Menyambut ibu bapa
Rozali  Mengedar tentatif program
 Cikgu Nurul Faryati
Binti Yusoff
Persiapan tempat  Ustaz Mohd Hakimi  Membuat persiapan tempat
dan Dewan Bin Rusdi  Memastikan kebersihan dan
 Sir Wan Ahmad kekemasan dewan
Syahmi Bin Wan Mohd
Noor
Persembahan  Teacher Siti Afifah  Memilih dan melatih pelajar
Binti Samsudin  Cadangan persembahan:
 Cikgu Mohd Ikhwan i) ‘Choral Speaking’ Bahasa
Bin Kamal Inggeris & Bahasa Arab
 Ustaz Syed Ahmad
Khalil Bin Syed Omar
Cenderahati/  Ustazah Siti Aisyah  Menyediakan cenderahati
Binti Salleh  Menyediakan plak, sijil untuk
Hadiah/Sijil
 Encik Mohd Zawawi pelajar
Bin Jusoh
Jamuan Makan  Ustazah Ummi Fairuz  Menentukan menu dan
Binti Razak belanjawan
 Cikgu Siti Nur Majdina  Memastikan tempat jamuan
Binti Saikh sebelum dan selepas program
Kamarudeen bersih dan ceria
 Puan Noriles @ Norilah
Binti Jusoh
 Puan Haslin Ezrina
Binti Hassin
Siaraya/  Ustaz Ahmad Lutfi Bin  Menyediakan mikrofon
Harun  Memastikan sistem siaraya
Publisiti/
 Ustaz Muhammad berfungsi dengan baik
Dokumentasi
Bahruddin Bin Sulong  Menyediakan tayangan
dokumentasi multimedia
 Menyediakan kain rentang dan
backdrop
 Mengambil gambar-gambar
untuk dokumentasi

8.0 TENTATIF PROGRAM

MASA ATURCARA MAJLIS

08.00 pg  Pendaftaran Ibu bapa

 Ketibaan tetamu VIP


 Ibu bapa dan pelajar (Penerima Anugerah), para pelajar dan guru
berkumpul di dalam Dewan Imam Bukhari.
 Bacaan doa & Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran dari Pelajar
 Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran
09.00 pg  Ucapan perasmian Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Pendidikan
JHEAT
 Tayangan dokumentasi multimedia
 Penyampaian Anugerah
 Persembahan pelajar
 Penyampaian Anugerah
 Jamuan
12.00 tgh
 Bersurai
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

HARGA SEUNIT JUMLAH


PERKARA KUANTITI
(RM) (RM)

Kain Rentang (Banner) 1 gulung 80.00 80.00

Hadiah Anugerah Pelajar 24 orang 20.00 480.00

Sijil Pelajar 24 keping 2.00 48.00

Jamuan Makan Tengahari


80 orang 10.00 800.00
(Guru,staf dan ibu bapa)

JUMLAH KESELURUHAN 1408.00

10.0 PENUTUP

Semoga majlis ini mendapat kerjasama daripada semua pihak dan berjalan dengan lancar serta
mampu melahirkan generasi ulama dan umara’ moden dalam merealisasikan matlamat dan
harapan Madrasah Moden MAIDAM. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis, semoga segala usaha,
pengorbanan dan sumbangan yang ikhlas ini mendapat keberkatan daripada Yang Maha Esa.
Akhirnya, adalah ini diharapkan agar permohonan peruntukkan melaksanakan majlis ini dapat
diluluskan dan diberi pertimbangan yang sewajarnya.

Disediakan oleh,

.........................................

( CIK NUR ANIS SHAHIERAH BINTI AHMAD REDZA)

Pengarah Program Majlis Anugerah Kecemerlangan 2017,

Madrasah Moden MAIDAM Kuala Nerus


Disemak oleh,

................................................................

(EN. MUHAMMAD AMIN BIN JA’AFAR)

Penolang Kanan HEM,

Madrasah Moden MAIDAM Kuala Nerus

Disahkan oleh,

..................................................................

(EN. YUSOF BIN MOHD)

Penolong Kanan Pentadbiran,

Madrasah Moden MAIDAM Kuala Nerus.

You might also like