You are on page 1of 3

Minit Mesyuarat AJK PIBG Kali Pertama Sesi 2013 / 2014

Tarikh : 8 April 2013


Masa : 2.00 petang
Tempat : Pusat Sumber SK Convent 2 Bukit Nanas Kuala Lumpur

Kehadiran :

1. Pn. Hjh. Siti Rokiah Bt Salleh Penasihat


2. Datin Sri Ismalina Bt Ismail Yang Di-Pertua
3. En Syahrul Azlan Bin Idris Naib Yang Di-Pertua
4. Pn Siti Aishah Bt Salleh Bendahari Kehormat
5. Pn. Jaimah Bt Marjan GPK Hem
6. Pn. Fauziah Bt Yakub AJK Guru
7. Pn. Jayalaxmi a/p Narayanan AJK Guru
8. Pn. Laila Bt Yassin AJK Guru
9. Pn. Siti Hasmah bt Muhamad AJK Guru
10. Cik Siti Hawa Binti Ramlee AJK Guru
11. En Andy Lim Poh AJK Ibubapa
12. En Ali Hassan Bin Nasir AJK Ibubapa
13. Pn. Norsuhailiza Bt Abd Rahman AJK Ibubapa
14. Pn. Pn Kalaiichelvii AJK Ibubapa
15. Pn Syahidatul Rizan Bt Abdul Rashid AJK Ibubapa

Tidak Hadir Bersebab:

1. Pn. Fazlin Farieza Bt Yussuff Setiausaha Kehormat


2. En. Mohamad Issyam bin Ismail AJK Ibubapa

Agenda 1 : Ucapan Yang Di-Pertua PIBG

1.1 YDP mengucapkan syukur ke hadrat Allah S.W.T dan berterima kasih kepada hadirin yang
sudi hadir pada mesyuarat kali pertama bagi sesi 2013/2014.Beliau menerangkan agenda
utama mesyuarat pada kali ini adalah untuk membincangkan perancangan dan aktiviti
utama PIBG demi meningkatkan pencapaian anak-anak.

1.2 YDP meminta setiap AJK sentiasa berhubung antara satu sama lain melalui sistem
pesanan ringkas (sms) atau pun melalui e-mail supaya setiap maklumat dapat
disampaikan.

Agenda 2 : Ucapan Penasihat PIBG

2.1 Penasihat mengucapkan selamat datang kepada semua AJK.

2.2 Guru Besar memaklumkan bahawa tiada isu politik di sekolah kerana guru adalah
penjawat awam yang tertakluk dengan Perintah Am Bab D.

1
2.3 Guru Besar menyentuh masalah berkaitan pokok yang berada di Blok C yang pernah
patah dan menyebabkan kerosakan tangki air sekolah. Guru Besar sudah menghantar
surat untuk memotong pokok tersebut bagi mengelakkan kecederaan murid.

2.4 Guru Besar memberitahu pada 20 Mac 2013 sekolah telah mendapat Anugerah Baiah
untuk kali ketiga dan hanya 104 buah sekolah dari 400 buah sekolah sahaja yang
mendapat anugerah ini.

2.5 Guru Besar memaklumkan dua orang guru pelatih J-Qaf akan mendapat sumbangan dari
sekolah kerana turut membantu sekolah mendapat Anugerah Baiah untuk kali ketiga.

2.6 Guru Besar memaklumkan bahawa sekolah telah diiktiraf sebagai Sekolah Kluster
Kecemerlangan bagi kohort ke-7 dan kebitaraan yang telah dipilih adalah Bahasa
Inggeris dan Seni Kebudayaan.

2.7 Guru besar memaklumkan buku adap murid untuk ujian 1 akan diedarkan kepada murid-
murid bermula minggu hadapan.

2.8 Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih kepada PIBG yang telah membiayai
seorang guru ganti yang telah mula mengajar pada 1 April 2013.

Agenda 3 : Perlantikkan AJK PIBG 2013/2014

Biro ICT dan Pendidikan : En Syahrul Azlan Bin Idris

Pembangunan dan infra : En Andy Lim Poh


En. Mohamad Issyam Bin Ismail

Kebajikan dan Bina Ihsan : Pn. Pn Kalaiichelvii


Pn Syahidatul Rizan Binti Abdul Rashid

Kebudayaan dan Keceriaan : Pn. Norsuhailiza Bt Abd Rahman

Sukan dan Rekreasi : En Ali Hassan Bin Nasir


En Andy Lim Poh

Agenda 4 : Aktiviti Tahunan PIBG

 Karnival CBN2
 Gotong Royong bagu
 Jualan KOKO
 Laman Web Sekolah
 Program Jaringan dan Jalinan
 Personaliti Unggul Alunai CBN2

2
Agenda 5 : Laporan Bendahari

5.1 Pn Siti Aisyah memaklumkan pada mesyuarat tentang baki duit PIBG pada tahun 2012.
Baki tunai dalam tangan : RM 426.80
Baki di dalam akaun CIMB : RM 26,792.50

5.2 Pn. Hjh Siti Rokiah turut mencadangkan supaya penama bagi menandatangani cek
ditukar kepada yang baru. Penama yang baru adalah seperti berikut

1. Datin Seri Ismalina bt Ismail


2. En. Syahrul Azlan bin Idris
3. Pn. Siti Aishah bt Salleh
4. Pn. Fazlin Farieza bt Yussuff

Agenda 6 : Hal lain-lain

6.1 En Andy meminta pihak sekolah meyediakan satu papan kenyataan di luar sekolah untuk
memaklumkan aktiviti sekolah atau memberi maklumat kepada ibu bapa.

6.2 En Andy mencadangkan ibu bapa membawa sebuah buku untuk disumbangkan kepada
sekolah pada hari terbuka sekolah yang akan diadakan.

6.3 YDP meminta AJK ibu bapa untuk menyebarkan maklumat kepada ibu bapa yang lain
supaya lebih ramai ibu bapa yang terlibat dengan aktiviti sekolah.
Tindakan : Guru-guru

Agenda 7 : Ucapan Penangguhan

7.1 Datin Seri Ismalina Ismail sebagai Yang Di-Pertua PIBG SK CBN 2 sesi 2013/2014
mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan beliau mengharapkan sokongan
penuh dari ibu bapa dan pihak sekolah untuk mencapai kejayaan dalam semua aktiviti-
aktiviti yang dirancang.

7.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Disediakan Oleh: Disemak Oleh :

......................................... ..............................................
(Cik Siti Hawa bt Ramlee) (Datin Sri Ismalina Bt Ismail )
Naib Setiausaha Kehormat PIBG YDP PIBG
SK CBN 2 2013/2014 SK CBN 2 2013/2014

You might also like