You are on page 1of 5

SMK DATO’ KLANA PUTRA, 71750 LENGGENG, N.

SEMBILAN
MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MORAL
KALI KE-1 TAHUN 2018

TARIKH : 28.12.2017
HARI : Khamis
MASA : 2.00 petang
TEMPAT : BILIK PEPERIKSAAN

KEHADIRAN :

1. EN.SABAPATHY RAJOO (KP)


2. EN.SIDEK B.OTHMAN
3. PN.MARIAH BT. MOHD DOM
4. PN.MASNANI BT MAHMUD
5. EN.NAJIB B. MUSTAFA

AGENDA

1.0 Ucapan Aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kesudian guru-guru menghadiri


mesyuarat yang pertama untuk tahun 2018.
1.2 Terima kasih atas kerjasama yang telahdiberikan sepanjang tahun 2017.
1.3 PdP adalah co-business kita , oleh itu guru-guru haruslah berusaha untuk
meningkatkan PdP supaya pencapaian pelajar meningkat.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1 Disahkan oleh : En.Sidek

Disokong oleh : Pn. Masnani


3.0 Perkara Berbangkit

3.1 Guru-guru yang mengajar Tingkatan 1, boleh meminta bantuan daripada


En.Najib sebab beliau telahpun menghadiri kursus bagi Tingkatan 1 pada tahun
ini.
3.2 Masih terdapat guru-guru yang belum isi markah atau gred dalam dokumen off-
line PBS dalam computer di bilik peperiksaan. Diharapkan guru-guru dapat
mengisi module off-line itu dengan secepat mungkin.
3.3 Analisis pencapaian PBS perlu diserahkan kepada KP dengan segera.
3.4 Duit panitia tinggal kurang daripada RM100.00 dan telah digunakan untuk
membeli peralatan PdP , buku nota dan latihan untuk Tingkatan 2,3,4 dan 5

Tindakan : Semua guru

4.0 Buku Rekod

4.1 Mulai tahun 2018, buku rekod mengajar akan digantikan dengan Fail Rekod
Mengajar.
4.2 Guru-guru patut ikut format menulis RPH yang telah diberikan oleh unti
Kurikulum sekolah.
4.3 RPH boleh ditulis dengan tangan atau ditaip dengan computer. RPH perlu
disediakan untuk seminggu lebih awal dan dihantar kepada pihak pentadbiran
setiap hari Jumaat.
4.4 RPT akan disemak dalam minggu ke empat bulan Januari 2018.
4.5 Fail Rekod Mengajar perlu dihantar minggu ke tiga setiap bulan kepada KB
masing-masing untuk memeriksa refleksi guru.
4.6

Tindakan : Semua guru

5.0 Jadual Waktu PdPc

5.1 Guru-guru perlu masuk kelas dan mengajar waktu pertama pada hari Jumaat
manakala bagi yang beragama Islam taskirah akan dijalankan.
5.2 Satu Salinan jadual waktu hendaklah diserahkan kepada Ketua Panitia.
5.3 Bilik Perdagangan boleh digunakan untuk mengajar Pendidikan Moral. Jika
terdapat pertindihan kelas, Bilik Info boleh digunakan jika kosong.

Tindakan : Semua guru


6.0 Post Mortem Peperiksaan
6.1 Post mortem peperiksaan telahpun dibuat dan boleh rujuk pada lampiran yang
disediakan.
6.2 Pelajar-pelajar didapati lemah dalam Bahasa Melayu menyebabkan mereka
kurang memahami soalan terutamanya soalan KBAT.
6.3 Guru-guru dinasihatkan untuk mempermudahkan soalan supaya pelajar dapat
memahami soalan dengan senang.

Tindakan : Semua guru

7.0 Program Kecemerlangan Akademik

7.1 Seperti biasa Program Kecemerlangan Akademik akan diadakan selepas bulan
Julai sebelum dan selepas Peperiksaan Percubaan SPM.
7.2 Gerak Gempur, latih tubi dan Teknik menjawab soalan oleh guru pakar
Pendidikan Moral akan dijalankan sepanjang bulan Ogos hingga November.
7.3 Kelas tambahan akan diadakan selepas aktiviti sukan tahunan dan merentas
desa.
7.4 Pelan taktikal dan operasi perlu disediakan dan dihantar kepada En. Jamil. Guru-
guru diminta memberi pandangan tentang rancangan atau program yang boleh
dijalankan pada tahun ini untuk dimasukkan dalam Perancangan Strategik
Pendidikan Moral.

Tindakan : Semua guru

8.0 Anggaran Belanja Mengurus ( PCG Matapelajaran )

8.1 Jumlah peruntukan untuk tahun 2018 adalah sebanyak RM1600.00


8.2 Wang ini akan digunakan untuk membeli buku latihan, rujukan dan alat bantu
mengajar bagi menengah rendah dan atas.
8.3 Guru-guru boleh menggunakan flash card dan sebagainaya yang telah dibeli oleh
panitia pada tahun 2017.
8.4 Masih terdapat lagi marker pen, kertas mahjong yang dibeli untuk digunakan
semasa PdP dan guru-guru boleh ambil daripad bilik peperiksaan jika perlu
8.5 Guru-guru boleh mencadangkan BBM atau buku-buku jika dirasakan perlu.

Tindakan : Semua guru


9.0 Pentaksiran Berasaskan Sekolah

9.1 Mengikut pemantauan Pn.Roziyana , masih terdapat guru-guru yang belum lagi
melengkapkan PBS tingkatan 1 dan 2.
9.2 Diharapkan guru-guru dapat memberi kerjasama dan mengisi PBS dengan segera
memandangkan kelas itu mungkin akan diambil oleh guru lain.
9.3 Evidens pelajar boleh berbentuk latihan dan kerja pelajar dan boleh disimpan
jika dirasakan perlu.
9.4 Sebaik-baiknya guru harus mengisi PBS setelah selesai menjalankan penilaian
bagi setiap kemahiran diajar supaya tidak menjadi beban di hujung tahun.

Tindakan : Semua guru

10.0 Ujian dan Peperiksaan

10.1 Ujian Setara akan dijalankan dua kali selain daripada Peperiksaan Pertengahan,
Akhir Tahun dan Percubaan.
10.2 Soalan peperiksaan hendaklah dibuat berdasarkan apa yang telah dipelajari oleh
pelajar dalam bilik darjah.
10.3 Soalan KBAT perlu diselitkan bagi memberi pendedahan kepada pelajar .
10.4 Guru-guru yang patut menyediakan akan ditentukan dalam mesyuarat yang akan
datang memandangkan Jadual Waktu akan diubah dalam masa terdekat.

Tindakan : Semua guru

11.0 Pencerapan PdPc

11.1 Pencerapan PdPc akan dijalankan dan jadual akan dikeluarkan oleh pihak
pentadbiran.
11.2 Guru-guru akan dicerap sekurang-kurangnya dua kali dalam setahun dan
hendaklah sentiasa bersedia untuk dicerap oleh Pengurusan Sekolah.
11.3 Unsur –unsur seperti KBAT dan PdPc abad ke 21 hendaklah digunakan dalam
kelas untuk mantapakn pengetahuan pelajar dalam subjek yang dijara.

Tindakan : Semua guru


12.0 Hal-hal lain

12.1 Buku kerja pelajar perlu dihantar kepada pegawai-pegawai yang telah ditentukan
mengikut tarikh yang ditetapkan.
12.2 Buku nota tidak perlu dihantar untuk pemantauan
12.3 LDP untuk tingkatan Satu telahpun dijalankan oleh Pn.Mariah
12.4 Buku Rekod hendaklah dilengkapkan hujung bulan Januari
12.5 RPT boleh dimuat turun daripada Internet atau boleh dapatkan daripada Ketua
Panitia
12.6 RPH hendaklah ditulis seperti yang disarankan oleh pihak pengurusan

Tindakan : Semua guru

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang

Disediakan oleh:

(SABAPATHY AL RAJOO)
KP Panitia Pendidikan Moral
SMK Dato’ Klana Putra Lenggeng
N.Sembilan D.K

You might also like