You are on page 1of 3

Kenali Demam Campak

Apa itu demam campak?


Demam campak (Rubeola) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak
disebabkan oleh virus measles. Pesakit demam campak biasanya
mengalami gejala jangkitan respiratori dan disertai ruam pada kulit.
Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui udara dengan
titisan (‘droplet”) cecair daripada mulut dan hidung semasa bercakap, batuk
atau bersin.
Walau bagaimanapun kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal
(immun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan. Akan
tetapi, kebelakangan ini terdapat pertambahan dalam kes-kes campak di
bandar utama dengan kemasukan orang asing. Oleh itu, jika seorang kanak-
kanak tidak lagi mendapat vaksin dan terdedah kepada individu yang
menghidap penyakit ini, maka kemungkinan besar kanak-kanak ini akan
dijangkiti virus ini.

Apakah tanda-tanda demam campak?


Antara 10 – 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan
tanda dan gejala demam campak seperti:

 Demam tinggi.
 Batuk, selesema dan sakit tekak.
 Mata berair dan sensitif kepada cahaya.
 Sakit otot.

Dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka
dan kepala kemudian merebak ke bahagian badan, tangan dan kaki.
Ruam akan kekal selama 4 – 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan
biasanya sangat tinggi. Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam
masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.
Adakah setiap demam yang disertai ruam merupakan demam
campak?
Tidak. Demam campak sering dikelirukan dengan penyakit Rosela Infantum
yang disebabkan oleh virus lain tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama dengan
demam campak melainkan selepas 2–3 hari ruam timbul, demam biasanya
akan kebah. Satu lagi penyakit yang menyerupai campak adalah rubella.

Apakah kesan demam campak pada kanak-kanak?


Kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi demam campak akan sembuh
dengan sempurna. Walau bagaimanapun kadang-kala boleh terjadi
komplikasi yang serius terutama golongan yang menghidapi kekurangan zat
makanan dan mempunyai imuu sistem kekebalan yang rendah.
Antara lain komplikasi yang sering terjadi adalah:

 Jangkitan pada telinga.


 Jangkitan paru-paru (Pneumonia ).
 Jangkitan pada otak (encephalitis).
 Cirit-birit.

Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian. Bagi wanita hamil pula,
boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.
Bagaimana merawat demam campak?
Tiada rawatan yang spesifik tetapi hal-hal berikut dapat mengurangkan
gejala:

 Panadol untuk mengurangkan demam.


 Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata.
 Berehat dan minum air yang cukup.

Ruam tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang sendiri. Pesakit dinasihatkan
untuk tinggal di rumah supaya tidak menjangkiti orang lain (sehingga 4 hari
selepas ruam timbul).

Bolehkah demam campak dicegah?


Boleh. Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan
immunisasi MMR (Measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan
kemudian ketika berumur 7 tahun.
Adalah tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan anak mereka mendapat
imunisasi.
MMR adalah vaksin yang selamat.
Jika anak anda terdedah kepada individu dijangkiti campak dan belum lagi
menerima imunisasi, bawa anak anda segera untuk berjumpa doktor.
Pemberian vaksin dalam jangka masa tertentu boleh mengelakkan anak
anda daripada dijangkiti virus ini.

You might also like