You are on page 1of 1

Hari Kanak – kanak

Pada 15 Oktober yang lalu, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang


Chembong telah mengadakan sambutan Hari Kanak – kanak. Sambutan ini adalah
acara tahunan yang diadakan di sekolah ini.

Hari kanak – kanak ini telah diadakan di dewan sekolah dan bermula pada
pukul 8.30 pagi. Dewan ini telah dipenuhi oleh guru – guru dan murid – murid
untuk menyambut acara ini.

Upacara perasmian dimulakan dengan ucapan daripada Guru Besar sekolah.


Ketua murid juga turut memberi ucapan dan mengucapkan Selamat Hari Kanak –
kanak kepada murid – murid. Selepas itu, adalah acara nyanyian koir oleh semua
murid – murid yang dibimbing oleh cikgu B.Mohan.

Selepas itu, pelbagai acara turut diadakan seperti acara nyanyian solo, tarian
dan mendeklamasi sajak. Acara yang paling diminati oleh murid – murid ialah
pertunjukan silap mata yang dipersembanhkan oleh seorang ahli silap mata
jemputan.

Sempena Hari Kanak – kanak juga telah diadakan acara penganugerahan


tokoh Kanak. Penerima anugerah pada tahun ini ialah Rani murid tahun 6
Gemilang yang juga merupakan seorang pengawas di sekolah ini. Dia ialah
seorang murid yang aktif dalam Kokurikulum , bijak dalam pelajaran dan
mempunyai sahsiah yang baik.

Sambutan pada tahun ini sangat meriah kerana mendapat kerjasama daripada
semua pihak.

You might also like