You are on page 1of 1

Berita Minggu Bahasa Malaysia Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang

Chembong

REMBAU, 12 Mei- persatuan Bahasa Malaysia, sekolah Jenis Kebangsaan Tamil


Ladang Chembong telah mengadakan minggu bahasa Malaysia. Minggu Bahasa
Malaysia ini disertai oleh 180 orang murid dan 15 orang guru.

Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk memupuk minat murid – murid
dalam bahasa Malaysia dan mencungkil bakat mereka dalam bahasa ini.
Meningkatkan penguasaan bahasa dalam kalangan murid – murid.

Sehari sebelum sambutan minggu bahasa Malaysia, murid – murid tahun enam
telah membantu guru – guru untuk menghias dewan , menyusun kerusi dan
sebagainya.

Sambutan Minggu Bahasa Malaysia ini dimulakan dengan ucapan perasmian


yang diberikan oleh Guru Panitia Bahasa Malaysia. Beliau mengucapkan terima
kasih kepada semua orang kerana sanggup membantu pihak sekolah untuk
menjayakan sambutan ini.

Ada pelbagai acara seperti mendeklamasikan sajak, lakonan,pertandingan kuiz,


pertandingan mengarang dan sebagainya. Pelbagai hadiah ditawarkan kepada
pemenang.

Pada pukul 1.00 petang, murid – murid dihidangkan dengan satu jamuan ringan.
Jamuan ini disediakan atas sumbangan guru – guru sekolah. Tepat pukul 1.35
petang, murid – murid pulang ke rumah dengan perasaan gembira.

You might also like