You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT PS1M

SEKOLAH KEBANGSAAN CHINCHIN


77000 JASIN, MELAKA
BIL.1 TAHUN 2017

Tarikh : 23 Januari 2017


Hari : Isnin
Tempat : Makmal Komputer
Masa : 2.30 petang
_____________________________________________________________________

KEHADIRAN :
Bil Nama Jawatan
1 En Omar Bin Ismail Guru Besar/ Pengerusi
2 Tn Hj Khairul Bin Ariffin GPK HEM
3 Pn Shakila Bt Mohamad
4 Cik Norhaslinda Bt Hamzah
5 Pn Tay Siew Thau
6 Pn Noremazeah Bt Nordin
7 Pn Siti Nor Azreen bt Othman Setiausaha

TIDAK HADIR:
Tiada

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi mengucapkan selamat datang dan jutaan terima kasih kepada
semua ahli mesyuarat kerana dapat menghadirkan diri pada hari ini.
1.2 Mengharapkan mesyuarat pada kali ini dapat membincangkan perkara-
perkara yang dapat menguruskan bekalan susu 1 Malaysia dengan
sempurna.

2.0 PENGESAHAN MINIT


2.1 Cadangan : Pn Tay Siew Thau
2.2 Sokongan : Pn Shakila Bt Mohamad

3.0 PERKARA BERBANGKIT


3.1 Tiada

4.0 ISU-ISU YANG DIBINCANGKAN

4.1 Ahli jawatankuasa LINUS 2017


4.1.1 Pengerusi memaklumkan tentang ahli jawatankuasa PS1M
untuk tahun 2017 ( rujuk lampiran)

4.2 Jadual PS1M


4.2.1 Masih belum diberi tarikh yang tetap. Tarikh akan diberitahu
kemudian

1
4.3 Perancangan Strategik Susu 2017
4.3.1 Rujuk Lampiran

4.4 Fail PS1M


4.4.1 Fail hendaklah diwujudkan
4.4.2 Isi fail rujuk dalam buku manual PS1M
4.4.3 Pn Azreen boleh minta bimbingan Pn Norliza yang berpengalaman
memegang PS1M

4.5 Mesyuarat Linus


4.5.1 Mesyuarat Linus dilaksanakan sekurang-kurangnya 2 kali setahun

4.6 Tempat Menyimpan Susu


4.6.1 Dicadangkan di bilik J-Qaf
4.6.2 Kotak susu hendaklah diletakkan mengikut spesifikasi yang
ditetapkan.
4.6.3 Pn Azreen boeh meminta bantuan Penyelia Kawasan PS1M.

4.7 Pemberian susu


4.7.1 Murid yang layak perlu diberi surat kebenaran meminum susu.
4.7.2 Murid yang layak dan dibenarkan oleh ibu bapa untuk meminum
susu sahaja dibenarkan meminum susu.
4.7.3 Pemberian susu hendaklah diberi mengikut jadual yang akan diberi
nanti.

5.0 HAL-HAL LAIN


5.1 Tiada

6.0 PENANGGUHAN MESYUARAT


6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang dengan ucapan terima
kasih daripada Pengerusi kepada semua ahli yang hadir dan tarikh
mesyuarat akan datang akan ditentukan kemudian.

Disediakan oleh:

............................................
Setiausaha PS1M
Sk Chinchin

Bertarikh: 24 Januari 2017

You might also like