You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN

(JKPAK) BIL II/2017


SK KG PANGTRAY, DARO
Tarikh : 29-3-2017
Masa : 2.30pm – 5.00 pm
Tempat : Makmal MBMMBI
Kehadiran :

1. En. Buang Bin Maharup


2. En. Ezahan Bin Ibrahim
3. Cik Aisah Binti Isa
4. En Wan Muhaini Bin Wan Mahsen
5. Cik Nurul Aiman Binti Jaafar
6. En. Mohamad Faiz Bin Md Salleh
7. Pn Hawa Binti Minan
8. En Draman Yakup Bin Aup

1.0 UCAPAN PENGERUSI

Pengerusi memberi salam dan mengalu-alukan kehadiran semua Ahli Jawatankuasa JKPAK ke
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) Kali Ke-2 Bil. 2/2017.

2.0 MEMBENTANGKAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Minit mesyuarat disahkan oleh Cik Nurul Aiman Binti Jaafar dan disokong sebulat suara.

3.0 PELAPORAN ASET

3.1 Aset Semasa


Unit Aset dalam proses mengenal pasti dan melengkapkan senarai aset alih kerajaan yang
tidak mempunyai punca maklumat untuk tindakan pendokumentasian dan tindakan
pelupusan sekiranya perlu. Senarai ini perlu diselesaikan pada atau sebelum 26 Nov 2017.

Tindakan : Pegawai Aset

3.2 Pendaftaran Aset


KEW-PA2 & KEW-PA3 telah lengkap diisi dengan maklumat harga mengikut nilaian
semasa.
Makluman

3.3 Pengurusan Stor


Unit Aset & Senggara perlu melengkapkan maklumat perolehan semua stok bekalan
pejabat yang terdapat di Pejabat. Mohon diselesaikan perkara ini.
Tindakan : Pegawai Stor
4. MEMBENTANGKAN KEDUDUKAN SEMASA ASET ALIH KERAJAAN

4.1 Penerimaan Aset Alih Januari-Disember 2016


Rujuk lampiran

4.2 Pendaftaran Aset


Unit Aset telah menerima 1 perolehan Harta Modal dan 12 perolehan inventori. Semua
penerimaan aset ini telah didaftar ke dalam KEW PA 2 dan KEW PA 3. Tindakan susulan
Unit Aset ialah mengemaskini rekod KEW PA 7 di Bahagian/Unit yang menerima aset
berkenaan.

4.3 Selenggara Aset


Unit Aset akan mengambil tindakan penyelenggaraan berdasarkan borang aduan kerosakan
yang diterima. Sehingga kini, Unit Aset tiada menerima aduan kerosakan dari kakitangan.

4.4 Kehilangan Dan Hapus Kira


Tiada kehilangan terkini aset alih dilaporkan.

5. LAPORAN HASIL PEMERIKSAAN ASET ALIH KERAJAAN

Tiada

6. LAPORAN TINDAKAN PELUPUSAN

Satu mesyuarat Lembaga Pengarah akan diadakan bagi memutuskan Kuasa Melulus bagi tindakan
pelupusan dan hapus kira jabatan.
Makluman

7. LAPORAN TINDAKAN SURCAJ / TATATERTIB


Tiada.
Makluman

8. MASALAH-MASALAH BERKAITAN DENGAN PENGURUSAN ASET ALIH


KERAJAAN

Semua masalah aset alih dan stok bekalan pejabat telah dibincangkan dan dalam proses tindakan.
Makluman

9. HAL-HAL LAIN

9.1 KEW-PA2 & KEW-PA3


JK akan mengambil semula KEW-PA2 dan KEW-PA3 dari semua unit. Mohon kerjasama
pemantau untuk mengumpulkan KEW-PA2 & KEW-PA3 dan diserahkan kepada Unit
Aset Dan Senggara pada atau sebelum 26 Nov 2017.
Tindakan : Semua Pegawai Pemeriksa
9.3 Carta Alir Kerosakan Aset Alih Kerajaan
Borang Kerosakan akan dihantar pada Ketua Jabatan untuk mendapat pengesahan dan akan
diserahkan untuk tindakan susulan.
Makluman

9.4 Pergerakan Aset Alih Kerajaan


Setiap pergerakan aset alih kerajaan di bilik-bilik khas perlu direkodkan kepada Unit Aset
untuk tujuan pemantauan.
Makluman : Semua Pegawai/Pemantau

9.5 Kehilangan Dan Hapus kira


Tiada laporan

Makluman

9.6 Agihan Stok Bekalan Pejabat


Mesyuarat bersetuju agar agihan stok bekalan pejabat dilakukan 2 kali seminggu iaitu pada
setiap hari Selasa dan Khamis.
Makluman

9.7 Penyimpanan Daftar / Rekod Aset


Semua dokumen KEW PA 1 hingga KEW PA 5 perlu disimpan dalam fail kulit keras dan
disimpan dalam kabinet berkunci di Unit Aset. Unit Aset akan menyimpan daftar asal dan
salinan dokumen perlu di simpan di lokasi penempatan. Setiap bahagian dan unit yang
terlibat dengan penerimaan aset perlu mendaftar dan menyelenggarakan maklumat aset
tersebut bagi memudahkan pemeriksaan aset dilakukan.
Tindakan : Pegawai Stor

9.8 Penempatan Aset


Semua aset perlu berada di lokasi yang telah dinyatakan di dalam daftar aset agar
pemantauan dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Sebarang pergerakan perlu dilaporkan
kepada Unit Aset Sekolah.
Makluman

9.9 Pelabelan Aset


Unit Aset perlu membuat semakan label kepada semua aset jabatan dan mengambil
tindakan melabel kepada aset yang masih belum dilabel. Ini bertujuan untuk memudahkan
proses mengenal pasti kewujudan dan penempatan aset.
Tindakan : Unit Aset

9.10 Taklimat Tatacara Pengurusan Aset Kerajaan


Semua pegawai dan kakitangan yang bertanggungjawab terhadap pengurusan aset perlu
diberikan penerangan secara khusus berkaitan Pekeliling Perbendaharaan Bil 5 Tahun 2007
agar tidak timbul kekeliruan semasa menjalankan tugas. Ini secara tidak langsung dapat
memperbaiki kelemahan semasa menguruskan aset jabatan. Unit Aset dipohon untuk
mendapatkan kelulusan taklimat ini daripada Guru Besar.

Tindakan : Unit Aset


10. Penanguhan Mesyuarat

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00
ptg.

Minit disediakan oleh,

..........................................................
(NURUL AIMAN BINTI JAAFAR)
Pegawai Aset SK KG Pangtray

Disahkan oleh,

....................................................
(EN. BUANG BIN MAHARUP)
Guru Besar
SK KG Pangtray, Daro.

You might also like