You are on page 1of 3

PK07- Pengurusan Mesyuarat

PK 07/03

SEKOLAH KEBANGSAAN POLIS KEM

MINIT MESYUARAT AWAL TAHUN 2017

Tarikh : 27 Disember 2016

Masa : 8.30 pagi – 1.00 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat SK Polis Kem

Pengerusi : En. Mohamad Mohidi Bin Sibli

Kehadiran : Rujuk Senarai Kehadiran

1. UNIT KOKURIKULUM 2017 (EN. AZHAR BIN MOHAMED)

1.1 Kokurikulum adalah dasar dalam Kementerian Pelajaran Malaysia dan dalam
pelaksanaan sekolah. Sedikit penerangan tentang pelaksanaan prosedur kokurikulum.
Tindakan : Makluman
1.2 Untuk tahun 2017, terdapat sedikit perubahan pada struktur organisasi kokurikulum.
Tindakan : Makluman

1.3 Penilaian aktiviti kokurikulum akan dinilai secara online iaitu 3 bulan sekali. Ini
dimulakan dengan PAJSK pada tahun 2016.
Tindakan : Makluman

1.4 Buku pelaporan aktiviti Kokurikulum untuk tahun 2017 akan dibekalkan kepada guru-
guru penyelaras Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan serta Sukan Permainan.
Tindakan : Guru Penyelaras
PK07- Pengurusan Mesyuarat

1.5 Dalam aspek Kokurikulum, peruntukan dan dana yang diberikan oleh KPM adalah besar
dan yang paling banyak. Ini adalah untuk pelbagai aktiviti seperti sukan,
perkhemahan,pertandingan ko-akademik dan banyak lagi.
Tindakan : Makluman

1.6 Aktiviti dan Perjumpaan Kokurikulum 2017


1.6.1 Penyertaan murid dalam aktivit kokurikulum adalah wajib. Kehadiran murid
dalam aktiviti ini perlu direkodkan.
1.6.2 Pada tahun 2017, terdapat 17 kelab dan persatuan. Penambahan satu kelab ialah
Kelab Doktor Muda. Manakala sukan dan permainan juga terdapat penambahan iaitu Kelab
Catur.
1.6.3 Perjumpaan Kokurikulum yang pertama pada tahun 2017 adalah pada 4hb
Januari 2017. Agenda perjumpaan adalah Mesyuarat Pelantikan Jawatankuasa Unit
Beruniform 2017.
1.6.4 Guru-guru diminta memakai pakaian unit beruniform pada hari Rabu dan
perhimpunan Kokurikulum setiap minggu ketiga.
Tindakan : Semua Guru

1.7 Pelaksanaan 1M1S 2017


1.7.1 Pelaksanaan 1M1S akan dilaksanakan setiap hari Selasa pada jam 7.15 pagi -8.15
pagi. Murid-murid akan memakai baju Karektor Johor yang digabungkan dengan baju
1M1S.
1.7.2 Untuk 1M1S, semua guru perlu terlibat, tetapi untuk guru sesi petang hanya
sekali perjumapaan dalam sebulan.
Tindakan : Semua Guru

1.8 Pertandingan Merentas Desa peringkat sekolah akan diadakan pada 17hb Januari 2017.
Ini diadakan awal kerana SKPK akan menjadi tuan rumah untuk Pertandingan Merentas
Desa peringkat Daerah.
Tindakan : Makluman
PK07- Pengurusan Mesyuarat

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………………… …..……………………………………

(Mohd Shukri Bin Rosli) (En. Mohamad Mohidi Bin Sibli)


Pencatat Minit Guru Besar SK Polis Kem
Tarikh: 27 Disember 2016 Tarikh : 29 Disember 2016

You might also like