You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT AGUNG RUMAH SUKAN KEIR 2018

TARIKH : 03 JANUARI 2018


MASA : 7.20 - 8.20 PAGI
TEMPAT : TAPAK PERHIMPUNAN BLOK WARISAN
KEHADIRAN : MURID, GURU

1.Pelantikan Barisan AJK Tertinggi


1.1 Mesyuarat dimulakan dengan melantik barisan ahli jawatankuasa tertinggi bagi tahun
2018.
1.2 Ahli jawatan kuasa tertinggi Rumah Keir :
Kapten : Lukman Hakim (6AK2)
Pen. Kapten :Husna Nabilah (6AK3)
Setiausaha : Monica Anne (6AK2)
Naib Setiausaha: Nurzatul Hidayah (5SA)
Bendahari : Intan Nurhazwani (5KA)
Naib Bendahari : Muhammad Arman (5SS)
AJK : Muhammad Haziq Shukri (6AK3)
Muhd. Iman (5KAG)
Nurin Irdina(4S2)
Nazrin (4KAG)
Nadzrin Shah (3L)
Nur Afiqah Afifah (2KA1)
Tindakan : Semua ahli Rumah Keir

2.Ucapan Ketua Guru Rumah Sukan Keir


2.1 En. Muzammil mengucapkan salam sejahtera dan terima kasih di atas kehadiran
semua ahli yang hadir.
2.2 En. Muzammil memperkenalkan barisan kepimpinan Rumah Keir bagi tahun 2018
dan guru-guru Rumah Keir.
2.3 Bagi menaikkan semangat dan rasa kebersamaan Rumah Keir, En. Muzammil telah
mengimbas kembali kemenangan-kemenangan yang diperoleh oleh Rumah Keir
dalam kejohanan Balapan dan Padang bagi 2 tahun berturut-turut serta kemenangan
Rumah Keir dalam Larian Yussufian sejak 2016.
Tindakan : Semua ahli Rumah Keir

3.Perancangan Aktiviti
3.1 En. Muzammil mengumumkan tarikh-tarikh penting berkaitan sukan untuk makluman
ahli Rumah Keir seperti dalam jadual di bawah:
HARI TARIKH AKTIVITI
Rabu 10/1/2018 Latihan Rumah Sukan 1
Selasa 16/1/2018 Latihan Rumah Sukan 2
Jumaat 19/1/2018 Larian Yussufian
Rabu 24/1/2018 Latihan Rumah Sukan 3
Isnin 22/1/2018-26/1/2018 Sukantara
Khamis 1/2/2018 Latihan Rumah Sukan 4
Isnin 5/2/2018-13/2/2018 Acara Saringan & Akhir
Sabtu 24/2/2018 Kejohanan Balapan Dan Padang SMK
Sultan Yussuf
3.2 Pertandingan bola sepak, bola jaring dan hoki telah dirancang untuk diadakan
semasa Hari Sukan Negara pada bulan Oktober
Tindakan : Semua ahli Rumah Keir

4.Penetapan Yuran
4.1 Yuran sebanyak RM2 telah ditetapkan bagi setiap seorang ahli.
4.2 Sumbangan Guru ditetapkan sebanyak RM 10.00.
Tindakan : Bendahari, Semua ahli Rumah Keir

5. Hal-hal lain
5.1 Pn. Nazifa meminta ahli rumah Keir untuk merujuk papan kenyataan rumah Keir bagi
mendapatkan sebarang maklumat berkaitan Rumah Keir.
5.2 Beliau meminta setiap ahli sentiasa komited dan turut sama menyumbang tenaga
demi mempertahankan kemenangan rumah Keir untuk tahun ketiga berturut-turut.
Tindakan: Semua ahli Rumah Keir

Dilaporkan oleh, Disemak oleh,

(MONICA ANNE A/P SAVARI NATHAN) (NUR LUKMAN HAKIM)


Setiausaha, Kapten,
Rumah Sukan Keir 2018. Rumah Sukan Keir 2018.

Disahkan oleh,

(EN MUZAMMIL)
Ketua Guru Penasihat Rumah Sukan Keir 2018.

You might also like