You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM,

BATU 15, JALAN BIDOR,


36030 TELUK INTAN,
PERAK

MINIT MESYUARAT
PEMILIHAN TAHUN 1/MURID CICIR
RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)
BAGI TAHUN 2018

Tarikh : 05 Januari 2017


Hari : Khamis
Masa : 2.30 petang
Tempat : Pusat Sumber SK Ayer Hitam

KEHADIRAN:
1. Pn. Norizan bt Abdullah - Pengerusi
2. Pn. Hjh Zalina bt Omar Baki - PK Pentadbiran
3. Pn. Wan Hanun Marini - Setiausaha
4. Pn. Mariani bt Ishak - Pen. Setiausaha
5. Pn. Nor Asikin bt Arbain - AJK/Guru Kelas Tahun 3W
6. Pn. Farah Husna bt Tajuddin -AJK
7. Pn. Mashitah bt Shafie -AJK/Guru Kelas Tahun 1W
8. Pn Ella Farini bt Mohammad - Guru Kelas Tahun 1D
9. Pn Shahadatul Shahirah bt Shaharuddin - Guru Kelas Tahun 2W
10.En Mohd Solahuddin bin Mohd Tahir - Guru Kelas Tahun 4I
11.En Ramli b Akil Ali - Guru Kelas Tahun 4K
12.Pn Noorhazila bt Hamil - Guru Kelas Tahun 5I
13.Pn Lailee bt Atan - Guru Kelas Tahun 6K

AGENDA 1 : UCAPAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi memulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan mengalu-alukan kehadiran
semua Ahli Jawatankuasa RMT.

1.2 Pengerusi mengharapkan agar semua AJK RMT , tahun 2018 dapat menjalankan
tugas dengan lebih baik lagi dan penambahbaikan dapat dilakukan dari tahun-tahun
yang sebelumnya.

1.3 Pengerusi memaklumkan mesyuarat kali ini adalah untuk membuat pemilihan dan
penyelarasan penerima RMT bagi tahun 1 Wawasan dan 1 Dedikasi serta murid cicir.

1.4 Program ini diberi pada waktu rehat dan akan bermula pada 01 Februari 2018.

TINDAKAN: Makluman

AGENDA 2 : MEMBACA DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT LALU

3.1 Mencadangkan untuk disahkan : Pn Mashitah bt Shafei


Disokong oleh : Pn Mariani bt Ishak

AGENDA 3 : PERKARA BERBANGKIT


- Tiada-

AGENDA 3 : SYARAT PEMILIHAN RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN


( RMT ) & JUMLAH PENERIMA

3.1 Syarat yang melayakkan mendapat RMT pada tahun 2018 adalah pendapatan RM580
sebulan dan perkapita RM140. Manakala nilai RMT masih kekal iaitu RM2.50.

3.2 Pengerusi memaklumkan berdasarkan borang permohonan RMT, murid tahun 1 yang
layak ialah seramai 6 orang.

3.4 Guru kelas menyenaraikan bilangan murid RMT Tahun 1 yang layak iaitu:

KELAS NAMA GURU KELAS BIL.


PENERIMA RMT
Tahun Pn Mashitah bt Shafei 4
1 Wawasan

Tahun Pn Ella Farini bt Mohammad 2


1 Dedikasi
Tahun Pn Lailee bt Atan 1
6 Inovatif
JUMLAH
7

3.5 Pengerusi meminta guru kelas mengasingkan borang RMT yang layak dan yang tidak
layak dan menyerahkan kepada Pn Hjh Wan Hanun Marini binti Abdul Aziz untuk
disimpan dalam fail RMT sebagai dokumentasi.

Tindakan: Setiausaha RMT dan semua guru kelas

AGENDA 4 : SENARAI MURID YANG LAYAK MENERIMA RMT

RUJUK LAMPIRAN

Tindakan: Setiausaha RMT

AGENDA 5 : SURAT SETUJU TERIMA BANTUAN

5.1 Pengerusi memaklumkan kepada semua guru kelas bahawa sebelum senarai nama
murid yang layak untuk menerima RMT diserahkan kepada PPD, Surat Setuju Terima
Bantuan perlu ditandatangani oleh penjaga atau ibu bapa murid. Surat Setuju Terima
Bantuan ini juga boleh digunakan bagi murid yang layak tetapi penjaga/ibu bapa tidak
bersetuju untuk anaknya menerima bantuan RMT.

5.2 Surat Setuju Terima Bantuan dikumpulkan semula dan diserahkan kepada Pn Hjh
Wan Hanun untuk difailkan sebagai dokumentasi.

Tindakan : Setiausaha RMT dan guru kelas


AGENDA 6: HAL-HAL LAIN

6.1 Pengerusi meminta Pn Hjh Hanun Marini binti Wan Abdul Aziz untuk memaklumkan
nama-nama murid yang layak menerima RMT pada akhir minggu persekolahan
Januari.

6.2 Pengerusi memohon jawatankuasa membantu untuk menyelaras sudut RMT di kantin
untuk memaparkan nama penerima RMT, senarai menu dan maklumat berkaitan
program RMT.

6.3 Pengerusi memaklumkan menu-menu RMT akan dibincangkan pada mesyuarat RMT
akan datang jika ada terdapat perubahan dan penambahbaikkan.

Tindakan : Setiausaha RMT, AJK & Makluman

7.0 PENUTUP :

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK kerana sudi
meluangkan masa hadir mesyuarat bagi pemilihan murid RMT tahun 1 2018. Semoga
semua AJK dapat membantu sekolah dalam memastikan murid-murid SKAHTI
berada dalam keadaan sihat dan makanan mereka terjamin bersih, berkhasiat dan
berkualiti.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.45 petang.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

................................. .................................
( WAN HANUN MARINI BT ABD AZIZ ) (NORIZAN BT ABDULLAH)
Setiausaha RMT Penolong Kanan HEM
SK Ayer Hitam SK Ayer Hitam.

You might also like