You are on page 1of 2

PROGRAM KELAS TAMBAHAN PT3 DAN SPM

TAHUN 2017

1. PENGENALAN

SMK Seri Perpatih pada tahun ini akan meneruskan lagi program Kelas Tambahan untuk
Tingkatan 3 dan 5 sebagai salah sebuah program bagi meningkatkan pencapaian pelajar dalam
prestasi akademik. Program ini akan melibatkan semua pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5
sesi 2017 sebagai persediaan menghadapi peperiksaan PT3 dan SPM.

2. OBJEKTIF

2.1 Meningkatkan prestasi sekolah dari segi pencapaian Gred Purata Sekolah ( GPS ) dan
peratus lulus dalam peperiksaan PT3 dan SPM Tahun 2017.

2.2 Memberi dorongan kepada pelajar supaya berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam
semua matapelajaran peperiksaan yang diambil.

2.3 Memberikan pengukuhan kepada pelajar supaya dapat menguasai topik-topik pembelajaran
dengan baik dan soalan berunsurkan KBAT

2.4 Membantu pelajar untuk lebih memahami teknik dan cara menjawab sesuatu soalan
mengikut format peperiksaan yang sebenar.

2.5 Menerapkan semangat mahukan kejayaan dalam segala aktiviti selaras dengan slogan PPD
Jempol Jelebu sesi 2017 iaitu “ Hidup Menang Mati Syurga “

3. SASARAN

3.1 Pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 ( rujuk senarai nama pelajar )

4. KAEDAH PELAKSANAAN

4.1 Mata pelajaran kelas tambahan Tingkatan 5 ialah seperti berikut :

i) Mata pelajaran teras: Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris,Matematik,Sains,Sejarah dan


Pendidikan Islam

ii) Mata pelajaran Elektif : Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, Lukisan
Kejuruteraan, Teknologi Maklumat, Rekacipta, Prinsip Akaun, Perdagangan,
Tasawwur Islam, Pendidikan Seni Visual dan Produksi Multimedia

4.2 Mata pelajaran kelas tambahan Tingkatan 3 ialah seperti berikut :

i) Matematik, Sains, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Kemahiran


Hidup dan Pendidikan Islam

4.3 Pihak sekolah mengadakan kelas pada sebelah petang hari Isnin, Selasa dan Khamis iaitu
selepas sesi persekolahan.
4.4 Pengisian kelas tambahan adalah berfokus kepada latih tubi terutama soalan berunsurkan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT ) dan topik-topik yang kurang dikuasai oleh
pelajar

4.5 Jadual akan diberikan pada setiap bulan.

4.6 Waktu yang ditetapkan adalah seperti berikut :

Sesi 1 : 3.00 – 4.30 Petang ( 1 Jam 30 Minit )

5. SENARAI GURU PT3 DAN SPM 2017

5.1 Rujuk Lampiran

6. JADUAL KELAS TAMBAHAN

6.1 Rujuk Lampiran

7. TEMPAT

7.1 Kelas masing-masing / mengikut kesesuaian dan keperluan guru

8. PENUTUP

Program ini diharapkan dapat membantu pelajar menghadapi dan menjawab soalan peperiksaan
PT3 dan SPM Tahun 2017 dengan lebih yakin dan berkesan seterusnya meningkatkan
kecemerlangan pelajar dan juga sekolah pada Tahun 2017 ini

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

………………………… ………………………
( NUR FATIN BT ROPIZOL ) ( EN PUTRA B HASHIM )
SU Kelas Tambahan Pengetua
SMK Seri Perpatih SMK Seri Perpatih

You might also like