You are on page 1of 3

Minit Mesyuarat Hal Ehwal Murid

Panitia Bahasa Melayu Sk Skibang Tahun 2017

Tarikh : 26 OKTOBER 2017


Hari : KHAMIS
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Komputer
Kehadiran : En Harry Nyamek (Guru Besar)
En Kellor Nioh (PK Pentadbiran/Kurikulum)
Pn Beny Lidim (PKHEM)
En Orlando Mito (PKKOKU)
En Jelly Sitey (NYDP PIBG/3K)
En Rijem Nerot (Setiausaha HEM)
Pn Patricia Gonea (Penyelaras SPBT)
En Adimi Mitem (Penyelaras RMT)
Pn Elizabeth Elrine Ritang (Penyelaras Bantuan PS1M)
Pn Flora Asson (GPRA)
En M.Fadzillah(Penyelaras Kesihatan)

Tidak Hadir : Pn Lybia Roney (Berkursus /latihan)

1.0 UCAPAN ALU-ALUAN GURU BESAR

Mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua penolong kanan dan semua guru untuk hadir
sesi mesyuarat Hal Ehwal Murid 2017

Ucapan Tahniah untuk pasukan futsal skibang dan guru pembimbing En Orlando dan En Adimi
atas kejayaan meraikh tempat ketiga dalam Futsal Piala Yb Miro.

Dinyatakan program Gotong royong akan diadakan pada 28 Oktoberdan selepas gotong Royong
tersebut, akan diadakan Mesyuarat untuk Program outreach bersama Pegawai Pendidikan
Daerah.

Menasihati Guru dalam mematuhi peraturan dan tatacara perlaksanaan LINUS kerana ianya
dianggap penting dan diambil serius tentang perlaksanaannya

Memberitahu Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan sedang berjalan dan semua
guru akan dipanggil oleh pihak pentadbir sekolah untuk menilai dan berbincang tentang
pemberian markah dan eviden. Guru Besar menyatakan beliau dinilai Pegawai Pendidikan
Daerah, En Les Met selaku Penilai Kedua manakala penilai pertama ialah Timbalan Pegawai
Daerah, En Kwan Ah Pin selaku Penilai Pertama. Begitu juga dengan Penolong-penolong kanan
akan dinilai oleh pegawai-pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah mengikut bidang tugas dan
bidang kuasa masing-masing.

Memberitahu peperiksaan akhir tahun akan bermula dan semua kertas ujian akan disediakan oleh
pihak di pejabat bagi matapelajaran utama.

Mencadangkan persediaan awal untuk 2018 dan penyediaan takwim 2018 oleh guru besar dan
penyediaan jadual kurikulum 2018 oleh penolong kanan pentadbiran.
2.0 PENGURUSAN AGIHAN DAN KELULUSAN KWAPM DAN RMT

Pn Beny memberi verifikasi Murid yang layak untuk Rancangan Makanan Tambahan(RMT) dan
Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin(KWAPM) Beliau memohonn rakan-rakan mengenal
pasti dan memberi pendapat untuk verifikasi murid yang layak.

Berikut adalah kriteria dan syarat kelayakkan untuk RMT:


Pendapatan isi rumah secara keseluruhan ialah RM660/- Kebawah dan Perkapita ialah
RM160/- kebawah manakala,

Syarat dan kelayakan untuk KWAPM


Pendapatan isi rumah ialah RM990/- kebawah dan perkapita ialaj Rm240/- kebawah
(Sila lihat senarai yang dilampirkan)

3.0 VERIFIKASI PERMOHONAN ONLINE KE TINGKATAN 1

Pn Beny menerangkan Dasar Pengambilan Murid dan syarat serta kriteria pengambilan Murid
sekolah berasrama penuh (SBP) dan Program Asrama 1Malaysia (A1M0 dari Kementerian
Pendidikan Malaysia

En Orlando mencadangkan agar bertanya pada murid dan ibubapa yang berminat untuk
menyertai SBP atau A1M agar berjumpa guru kelas ataupun pihak pentadbiran sekolah

En Jelly mencadangkan diadakan satu taklimat ringkas tentang perkara berkaitan sebelum tamat
permohonan iaitu pada 19 November 2017

En Kellor mencadangkan jika murid berminat boleh diberi borang dan dilengkapkan agar
permohonan dapat diproses segera.

Status pemprosesan permohonan ke tingkatan 1 telah dibuat oleh En Rijem, guru kelas tahun 6
dan untuk permohonan secara online belum diproses.

Untuk pemprosesan borang dan data, En Jelly berharap diadakan juga taklimat untuk ibubapa
atau penjaga agar dimaklumkan cara-cara pengisian data SMM dan semua data HEM secara
‘online’ atau pengisian borang ‘offline’ agar maklumat murid tepat dan tidak bercanggah antara
satu sama lain dibawah satu isirumah yang sama.

4.0 HAL-HAL LAIN

4.1 En Kellor menjelaskan isu keberhasilan yang timbul iaitu tentang pengisian bahagian sasaran
kerja di borang pencapaian akhir dan bahagian Pencapaian yang kurang jelas maksudnya,
tidak tepat dan tidak mengikut protocol yang sepatutnya sepertimana yang dibuat semasa
latihan di PPD yang telah diberikan. Beliau mengharapkan pembetulan semula dibuat agar
mudah beliau membuat justifikasi.

4.2 En Jelly berharap semua guru hadir, untuk gotong-royong akan datang. En Orlando
mencadang agihan kerja namun En Jelly memberitahu akan diadakan taklimat sebelum
Gotong-royong

4.3 En Rijem memberitahu program Panitia Bahasa Inggeris akan dijalankan pada 31 Oktober
2017 dan menekankan semua guru agar bekerjasama untuk menjayakan programn tersebut.
4.4 Guru Besar memohon semua Data e-operasi dan Hrmis guru hendaklah dikemaskini sebelum
verifikasi pada 31 Oktober 2017

4.5 Guru Besar juga menyatakan menerima arahan dari pejabat untuk menyerahkan Kertas Kerja
program HIP (Highly Immersive Program) ke Pegawai Pendidikan Daerah, En Les Met
untuk dibawa ke Jabatan Pendidikan Negeri sSarawak pada 31 Oktober 2017 untuk
menerima peruntukkan sebanyak RM500/-. Selain itu, modul SEED juga akan diberi dan
terdapat peruntukkan untuk SEED (Speaking English Every Day) sebanyak RM1000/- bagi
setiap sekolah.

5.0 Penutup

You might also like