You are on page 1of 1

SEJARAH LISAN

Sejarah lisan adalah satu kaedah di mana kenang-kenangan seseorang tokoh yang dirakamkan secara
wawancara. Tokoh-tokoh yang dipilih biasanya terdiri daripada mereka yang dapat menyumbang
maklumat bersejarah dari penglibatan dan pengalaman diri mereka sendiri, atau oleh kerana
perhubungan mereka secara langsung dengan watak, masa atau peristiwa tertentu. Maklumat yang
diperolehi dari wawancara tersebut kemudiannya disalin dan salinan itu selepas disemak dan ditaip dapat
digunakan sebagai bahan pengajaran dan penyelidikan.
Makmal/Arkib Sejarah Lisan di Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi ini diasaskan oleh Prof.
Madya Dr. Nadzan Haron. Kini Pusat Kajian Sejarah Lisan ini di bawah Penyelaras yang baru iaitu Encik
Mohd Samsudin dan dikendalikan oleh seorang Pembantu Makmal. Kursus ini diambil oleh pelajar tahun
akhir yang mana pelajar akan membuat kertas projek berdasarkan Sejarah Lisan.
Pada kebiasaannya para pelajar yang mengambil kursus ini akan dibawa ke sesuatu tempat untuk
menemuramah interviewee yang berkaitan. Contoh: Sekumpulan pelajar telah dibawa ke Temerloh, Pahang.
Tujuannya ialah para pelajar akan menemuramah sekumpulan bekas komunis (iaitu Nasionalis Melayu Kiri dan
Rejimen Ke-10 Parti Komunis Malaya) yang terdapat di sana seperti Abdul Manan Chik, Ahmad Muhd. Salleh,
Kamaruzaman Teh, Hj. Ibrahim Mat Dayah dan lain-lain. Di antara tajuk-tajuk yang pernah dibuat kajian oleh
para pelajar adalah seperti berikut:
a) Projek Askar Melayu
b) Projek Dr. Mohd. Said dan Kepimpinan UMNO Negeri Sembilan
c) Projek Pengumpulan Tradisi Lisan Negeri Sembilan
d) Projek Peristiwa Memali
e) Projek Masyarakat Siam di Perlis, Kedah dan Kelantan
f) Projek Nasionalis Melayu Kiri dan Rejimen Ke-10 Parti Komunis Malaya (PKM)
g) Projek Peristiwa Zaman Jepun dan BMA
h) Projek Peristiwa Zaman Darurat
i) Projek Gua Musang
j) Projek Biografi
k) Projek atas tajuk pilihan pelajar sendiri
Selain daripada menyimpan kertas perojek di atas, Makmal/Arkib Sejarah Lisan juga menyimpan tape-
tape hasil rakaman para pelajar. Di Makmal/Arkib Sejarah Lisan juga terdapat alat pandang dengar iaitu
untuk kegunaan para pelajar dan kakitangan akademik. Tujuannya ialah untuk memudahkan lagi
penyelidikan, kajian, dan sebagai bahan pengajaran.
Selain itu, Makmal/Arkib Sejarah Lisan juga digunakan sebagai bilik tayangan video, yang mana
kakitangan akademik bersama para pelajar akan menonton filem-filem yang berkaitan dengan kursus
yang diambil. Selain daripada itu Makmal/Arkib Sejarah Lisan juga terbuka kepada semua pelajar dan
kakitangan akademik di Universiti Kebangsaan Malaysia untuk membuat rujukan. Terdapat juga pihak-
pihak luar seperti badan-badan kerajaan dan swasta yang membuat rujukan di makmal ini.

You might also like