You are on page 1of 4

Unit Hal Ehwal Murid

SK Sungai Lembing

Jawatankuasa unit HEM


Guru Kelas Tarikh : 18 November 2017

Tuan/Puan,
NOTIS MESYUARAT HAL EHWAL MURID KALI KETIGA 2017
Dimaklumkan bahawa Unit Hal Ehwal Murid akan mengadakan mesyuarat seperti berikut:
Tarikh : 23 November 2017
Masa : 1.45 petang
Tempat : Makmal Komputer

Agenda:
1. Ucapan Aluan Pengerusi
2. E-Kehadiran/APDM/MPM
3. Unit 3K/Kesihatan
4. Pengurusan Kantin
5. Biasiswa/KWAPM
6. SPBT
7. Hal-hal Lain

2. Kehadiran dan kerjasama tuan/puan didahului dengan ribuan terima kasih.

Sekian,

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Saya yang menurut perintah,

.............................................
( NATRAH BINTI JUSOH @ YUSOFF )
MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID KALI KETIGA 2017
SK SUNGAI LEMBING

HARI : RABU
TARIKH : 23 NOVEMBER 2017
MASA : 1.45 PETANG
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER
KEHADIRAN : 14 ORANG
TIDAK HADIR : -

1. Ucapan Aluan Pengerusi


1.1 Pengerusi mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua guru yang hadir.
1.2 Pengerusi berharap jawatankuasa dapat menjalankan tugas dngan komitmen dan
berkerjasama antara satu sama lain.
1.3 Pn. Noor Azniera akan memberi dapatan taklimat berkenaan Hal Ehwal Murid yang telah
diadakan di PPD.

2. E-kehadiran/APDM/MPM
2.1 Kehadiran murid diisi oleh Pembantu Tadbir dan dibantu guru kelas.jika PT xhadir guru
kelas mesti isi. Guru masa pertama pdp hendaklah memastikan ketua @ penolong kelas
telah menghantar kedatangan murid ke pejabat.
2.2 Guru kelas mesti mengetahui masalah murid yang tidak hadir ke sekolah. Jika banyak
hari tidak hadir ke sekolah, ambil borang di pejabat isi dan hantar kepada ibu bapa
berkenaan.
2.3 Data murid dalam APDM perlu dilengkapkan serta dikemaskini sebelum 31 Januari 2018.
2.4 Pastikan guru kelas menutup kedatangan murid pada bulan November , nama murid
perlu ditulis pada bulan Disember juga , dan ditulis CUTI AKHIR TAHUN.
Tindakan: Guru kelas dan Guru Data

3. Unit 3K/Kesihatan
3.1 Pelan kebakaran perlu disedia dan ditampal di dalam setiap bilik.
3.2 Latihan kebakaran perlu dijalankan setiap tahun.
3.3 Bekalan buku rekod kesihatan boleh diambil di PPd. Pastikan buku lengkap dan
ditandatangani.
3.4 Mulai 2018, sistem online ( E-RKM) akan digunakan.
3.5 Maklumat berkaitan penyakit seperti DEnggi, HFMD, H1N1, TIBI, keracunan makanan
termasuk PS1M perlu dilaporkan kepada PPD.
3.6 Guru kelas perlu update maklumat terkini murid terutama pendapatan penjaga dalam
APDM bagi memudahkan urusan bantuan
Tindakan: Guru kelas dan Guru 3k

4. Pengurusan Kantin/ RMT


4.1 Pengusaha kantin mesti menyediakan menu RMTS yang telah diberi.
4.2 Guru bertugas mingguan perlu memantau penyediaan dan pengagihan makanan
kepada murid yang layak RMTS mengikut piawaian yang ditetapkan.
4.3 Guru bertugas juga mesti mencatat menu yang disediakan setiap hari di dalam buku
RMTS di dalam pejabat.
4.4 Syarat kelayakan RMT ialah RM580 dan perkapita RM180.
4.5 Guru kelas memastikan borang yang dihantar oleh murid adalah lengkap agar
memudahkan urusan.

Tindakan: Guru kantin dan RMT

5. Biasiswa/ KWAPM/Kebajikan
5.1 APDM perlu dilemaskinikan terutama pendapatan ibu bapa murid untuk memudahkan
pemilihan murid yang layak menerima bantuan seperti KWAPM, BKAP1M dan PS1M .
5.2 Pemilihan murid mestilah mengikut kriteria yang telah ditetapkan terutamanya
kewarganegaraan dan pendapatan.
5.3 Mesyuarat perlu dilaksanakan untuk memilih murid yang layak. Borang permohonan
perlu disimpan
5.4 Pemilihan perlu berdasarkan Paras Garis Kemiskinan 2014. Bagi syarat layak KWAPM
ialah berpendapatan RM930 atau perkapita RM230.
5.5 Mesyuarat pemilihan perlu dijalankan bersama dengan AJK PIBG.

Tindakan: Guru Biasiswa/Kebajikan

6. SPBT
6.1 Murid Tahun 2 2018 akan menggunakan sukatan baru dan akan mendapat buku teks
baru.
6.2 Buku teks kepada guru sebagai rujukan diberi hanya sekali. Jika hilang tidak akan diberi
baru kerana buku teks terhad.
6.3 Buku teks hanya perlu disimpan 3 set sahaja jika berlebihan dan selebihnya perlu
dihantar.
6.4 Murid yang berpindah sebelum 3 April ,guru tidak perlu memohon buku teks. Manakala
murid yang berpindah selepas 14 Mei perlu mengambil buku teks dengan sekolah yang
memohon(sekolah sebelum).

Tindakan: Guru SPBT

7. Hal-hal Lain

7.1 Pn. Azniera menekankan berkaitan audit SKPMG2 yang melibatkan unit HEM (RMTS &
susu-Pn. Zainoriah, biasiswa-Pn. Razana, disiplin- Ustaz Azman, buku teks- Pn. Nadiah)
perlu dilengkapkan bersama eviden dan dihantar sebelum Disember sebab 4 Disember
akan dibentangkan di PPD.
7.2 Puan Raunah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Pn. Azniera yang mengambil
alih tugas HEM sepanjang beliau sakit. Sekarang ini pun beliau cuti sehingga tahun
hadapan. Jika beliau sihat, akan kembali ke sekolah seperti biasa. Doa kawan-kawan lah
yang dipohon.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………………………… ………………………………………………………

( Pn. Natrah Jusoh @Yusoff) ( En. Azmi bin Lateh)

Setiausaha HEM SKSL 2017 Guru Besar SKSL 2017

You might also like