You are on page 1of 3

SMK JUBLI PERAK SULTAN HAJI AHMAD SHAH,

KUALA TAHAN, 27000 JERANTUT PAHANG

MINIT MESYURAT PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH BIL 3 / 2017

Tarikh : 13 Julai 2017


Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan SMK JPSHAS
Kehadiran :
Rosiah binti Awang Ngah
Tuan haji Aminuddin bin yaakob
Lily Fairuz binti Ismail
Norsyahida binti Zulkifli
Ridzuan Bin Abdul Rahim
Rahimah binti Sabtu
Mashaini binti Che Mat
Nor Hazwani
Anis Farhana
Nik Asrul Bin Nik Yusof
Mohammad mahsal bin Ibrahim
Muhammad Izzul bin Amiruddin
Cik Norfaizahaishah
Norfadzlan bin Zakaria
Haslindah Binti Nursan
Norhasikin Binti Ahmad
Mohd Zulkalnain Bin Abdullah
Rosilawati binti Jaapar
Haryati Binti Khonopiah
Nazarul Hazwan Bin Abdul Razak
Mohd Razis bin Abd Rahman
Mohd Arifuddin bin Awang
Najihah binti Zainal Abidin
Norhidayah binti Jusof

1
Agenda :
1. Aluan Pengerusi
2. Pengesahan minit mesyuarat lepas
3. isu-isu pelaksanaa PBS
4. Laporan-laporan jawatankuasa PBS
5. Hal-hal lain

1. Aluan pengerusi
1.1 Majlis telah dipengerusikan oleh Pn Rosiah binti Awang Ngah
1.2 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan al-fatihah.
1.3 Pengerusi berharap semua guru-guru dapat memberikan tumpuan sepenuhnya supaya
maklumat dapat disampaikan.
Makluman : semua guru

2. Pengesahan minit mesyuarat lepas


2.1 Cikgu Mashaini membentangkan minit mesyuarat yang lepas dan memohon ahli
mesyuarat untuk membuat semakan dan mengemukakan cadangan minit mesyuarat
tersebut diterima dan disahkan
2.2 Cikgu Anis mencadangkan minit mesyuarat tersebut diterima dan disahkan
2.3 Cikgu Nik Asrul menyokong
2.4 Minit mesyuarat yang diadakan pada 6 April 2017 telah disahkan tanpa sebarang
pindaan.
Makluman : semua guru

3. Isu-isu pelaksanaan dan kes-kes khas PBS


3.1 PAJSK, Segak, Kokurikulum dan Ekstra Kokurikulum
3.1.1 Segak perlu dilaksanakan sebanyak 2 penggal - Penggal 1 awal tahun, penggal 2
akhir tahun. Tempoh masa untuk Segak Penggal 1 ialah dari januari hingga Mac.
Untuk Segak Penggal 2 ialah dari Jun hingga Ogos.
3.1.2 Kokurikulum dan Ekstra Kokurikulum pula dinilai sepanjang tahun. Bahagian ini
akan diisi dan disiapkan pada akhir persekolahan.

3.2 Pentaksiran Psikometrik


3.2.1 Kaunselor Sekolah iaitu Encik Mohd Nazarul Hazwan bin Abdul Razak
menerangkan bagaimana pentaksiran Psikometrik dijalankan.
3.2.2 Beliau memaklumkan pentaksiran ini melibatkan aptitud dan personaliti. Pelajar
tingkatan 1 hingga tingkatan 3 akan ditaksir sepanjang tahun.
3.2.3 Encik Mohd Nazarul Hazwan bin Abdul Razak memaklumkan bahawa,
pentaksiran ini dijalankan samaada pada hari persekolahan dan bukan hari
persekolahan. Untuk itu, beliau meminta kerjasama pihak sekolah bagi
menjayakan pentaksiran ini.

2
3.3 Pelaporan Prestasi Murid dalam Perekodan Offline PBS
3.3.1 Cikgu Mashaini memaklumkan bahawa, perekodan offline pbs tiada apa-apa
perubahan. Guru-guru masih boleh menggunakan perekodan yang digunakan
pada awal tahun.
3.3.2 Cikgu Mashaini meminta guru-guru tingkatan 1 hingga 3 supaya menyemak
senarai nama murid kelas masing-masing didalam perekodan offline mulai hari
ini hingga oktober.
3.3.3 Cetakan sijil pbs hanyalah untuk pelajar tingkatan 3 dan diuruskan sendiri oleh
Cikgu Mashaini.
3.3.4 Guru-guru matapelajaran boleh lah mengemaskini pentaksiran masing-masing
selepar guru kelas selesai semak senarai nama murid kelas masing-masing.
3.3.5 Cikgu Mashaini berharap agar guru meletakkan pentaksiran Band dan gred
peperiksaan di dalam perekodan offline tersebut sebelum Hujung bulan
November ini.

4. Hal –hal lain


5.1 Tiada

Mesyuarat di tangguh pada pukul 5.00 petang

Di sediakan oleh : Di semak oleh :

…………………………………………………….. ……………………………………………..
MASHAINI CHE MAT ROSIAH BINTI AWANG NGAH
(Setiausaha PBS ) (GPK Kurikulum dan Pentadbiran)

You might also like