You are on page 1of 4

SK SUNGAI PERGAM (ABAB021)

36100, BAGAN DATUK, PERAK


Emel : ABA5048@moe.edu.my
Tel : 05-6466259 / 05-6466253 (faks)

MINIT MESYUARAT SK SUNGAI PERGAM


KALI KE-1/2018

Tarikh : 28 Disember 2017 (Khamis)


Masa : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Gerakan

Kehadiran :

1. Pn. Normah Bt. Harun (GB)


2. En. Mohd Salehin B. Saibani (GK 1)
3. Pn. Ton Hanisah Bt Ali (GK HEM)
4. En. Mohd Norzaidi Bin Zainol (GK KO)
5. En. Mohamad Aiyad B. Ramli
6. Mohamed Danial Mohamed Khair
7. Pn. Qurratul Ain Binti Mohd Nasir
8. Pn. Amira Shakira Bt Ahmad Sabri

Tidak Hadir :
1. En. Ahmad Satibi Bin Ahmad Mashud (cuti umrah)
2. YM Raja Rohaya Binti Raja Abdullah (urusan keluarga)

Agenda :

1. Ucapan aluan pengerusi mesyuarat (GB)


2. Pengurusan Utama - Kepimpinan Guru Besar
3. Pentadbiran
4. Hal Ehwal Murid
5. Kokurikulum
5. Hal-hal berbangkit

Agenda 1 : Ucapan Pengerusi Mesyuarat - GB

1.1 GB mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang hadir walaupun sedang bercuti.
1.2 Segala apa yang berlaku pada 2017 jadikan panduan dan pengajaran untuk menempuh 2018 yang
mendatang.
1.3 GB sudah berada di SKSP selama 1 tahun 6 bulan pada januari 2018, terima kasih kepada semua
guru diatas kerjasama yang diberikan, diharapkan dapat diteruskan kerjasama sepanjang 2018.
1.4 Perbaharui tekad untuk warga SKSP bagi 2018, semoga kerja yang dilaksana merupakan ibadah
ikhlas kerana Allah Taala.
1.5 Guru merupakan kerjaya yang dimuliakan oleh Allah & Rasul, maka kuatkan semangat yang
kental serta bersyukur dengan apa adanya.

Agenda 2 : Pengurusan Utama - Kepimpinan Guru Besar

2.1 GB memaklumkan mengenai guru pemulihan tidak akan ada untuk 2018 kerana kekangan guru.
Mengikut waran perjawatan untuk SKSP ialah seramai 11 guru meliputi 2 orang GPI. Namun
untuk Bagan Datuk, GPI tidak mencukupi dan hanya boleh dibekalkan seorang GPI sahaja untuk
setiap sekolah. Maksudnya guru untuk SKSP akan tetap 10 orang sahaja. Sekiranya ada GPI
baharu boleh dibawa masuk ke SKSP.
2.2 PPD Bagan Datuk telah secara rasmi berfungsi dengan beberapa pegawai yang baru dilantik.
Antaranya ialah :
- En. Aminuddin Khalid - sekolah rendah/pendidikan islam
- Haji Rahim - SIP
1
SK SUNGAI PERGAM (ABAB021)
36100, BAGAN DATUK, PERAK
Emel : ABA5048@moe.edu.my
Tel : 05-6466259 / 05-6466253 (faks)

- Cik Azline - Prasekolah/Pendidikan Khas


- Nor Azri - SIC
- En. Helmi Musa/Basri Nasdor - SIC+
- Faizul Hafiz - akademik/pegawai angkat SKSP
- Nasir & Fahmi - HEM/Kokurikulum/Perhubungan protocol
- Kamarulzaman Abbas - Kaunselor/latihan
- Nor Hasliza - PT
2.3 Visi dan Misi SKSP tetap sama. SKSP sebagai SKM nombor 1 di Bagan Datuk, Perak.
2.4 Untuk 2018, diharapkan semua guru dapat meningkatkan imej penampilan dengan baik.
Ditetapkan pada majlis formal harus memakai blezzer manakala pada hari perhimpunan diminta
guru memakai baju kemeja lengan panjang beserta tali leher.
2.5 Untuk urusan kenaikan gred YM Raja Rohaya dan Puan Amira ke DG44 masih di dalam proses.
Manakala Puan Ton Hanisah memaklumkan beliau sedang dalam proses untuk kenaikan ke gred
DG34 sebelum memasuki gred 42.
2.6 GK Koku, En. Zaidi memaklumkan pada setiap hari rabu iaitu hari unit beruniform, guru boleh
memakai apa-apa uniform unit yang terdapat di sekolah rendah KPM seperti Pengakap, Puteri
Islam, Pandu Puteri, KRS dan sebagainya.
2.7 Ketetapan telah diambil bahawa pada minggu ketiga setiap bulan akan diadakan perhimpunan
khas unit beruniform. Perhimpunan khas akan diadakan pada hari isnin dan menggunakan jadual
sepertimana biasa.
2.8 Waktu kehadiran ke sekolah dan waktu bermulanya sesi pdp adalah sepertimana biasa dan
diharapkan terdapat penambahbaikan di masa-masa akan datang.
2.9 Bermula 2018, terdapat 1 lagi jenis cuti yang diberikan oleh pihak kerajaan iaitu cuti khas umrah
selama 7 hari. Sekiranya ada guru-guru yang ingin mengambil cuti tersebut boleh memohon
kepada GB.
2.10 Untuk SKPMG1, pada januari-april-ogos merupakan jangkamasa untuk melaksanakan proses
penilaian kendiri untuk setiap guru. SKPMG2 merupakan satu guideline kepada semua guru di
seluruh Malaysia untuk melakukan penilaian.
2.11 Mengenai projektor LCD, GB memaklumkan bahawa YDP PIBG, Tuan Haji Hairul Anuar
telah bersetuju untuk PIBG menyediakan dana bagi membeli 1 unit projektor LCD untuk
kegunaan sekolah. GP ICT Cikgu Aiyad diminta survey harga projektor LCD yang berpatutan
dan sesuai dengan tugasan di sekolah.
2.12 GB memaklumkan berdasarkan makluman dari pihak PPD, berkemungkinan pada minggu 1
atau 2 persekolahan akan ada pegawai PPD turun ke sekolah yang terpilih untuk memantau
pergerakan sekolah pada awal tahun. Justeru diminta semua guru bersedia.
2.13 GB telah memberikan dokumen salinan mengenai PCG 2018 kepada semua guru sebagai
panduan terutama kepada ketua-ketua panitia.
2.14 Setelah perbincangan, adalah ditetapkan pakaian rasmi guru untuk setiap hari :
- Isnin - baju kemeja rasmi, bertali leher dan blazer (majlis rasmi)
- Selasa - Baju PJ
- Rabu - Baju unit beruniform
- Khamis - Baju batik
- Jumaat - Baju melayu lengkap
2.15 Program suaikenal murid tahun 1 2018 telah diadakan pada minggu akhir persekolahan. Guru
tahun 1 2018 cikgu Aiyad diminta menyediakan laporan dokumentasi.
2.16 Manakala untuk program orientasi tahun 4 akan diadakan pada minggu pertama meliputi
kurikulum dan kokurikulum pada setiap masa pdp.
2.17 Mengenai SPBT, semua murid telah mendapat buku teks masing-masing kecuali tahun 2 kerana
pembekal masih belum menghantarnya ke sekolah. Pihak PPD memaklumkan masalah sama
berlaku kepada semua sekolah, pihak sekolah perlu menanti makluman di masa-masa hadapan.
2.18 Bermula tahun 2018, program guru penyayang akan dilaksanakan dengan lebih baik.
2.19 Guru yang terdapat kecemasan boleh memohon cuti kecemasan dari GB.

2
SK SUNGAI PERGAM (ABAB021)
36100, BAGAN DATUK, PERAK
Emel : ABA5048@moe.edu.my
Tel : 05-6466259 / 05-6466253 (faks)

Agenda 3 : Pentadbiran oleh GK1

3.1 Jadual waktu persekolahan masih belum selesai kerana maklumat terkini kemungkinan tiada
kemasukan guru baru ke SKSP. Maka terdapat rombakan major pada jadual yang telah diatur
sebelum ini.
3.2 Berdasarkan ketetapan sebelum ini, minggu pdp pada 2018 adalah sebanyak 38 minggu.
3.3 Mengenai RPH, semua guru disarankan menggunakan fail putih. GB telah menyediakan fail
RPH 65mm untuk setiap guru beserta 1 rim kertas A4 putih.
3.4 PBS untuk 2017 telah selesai dengan baiknya, dimaklumkan oleh SUP YM Raja Rohaya.
3.5 Dasar sekolah 2018 adalah sepertimana sebelum-sebelum ini sehingga dimaklumkan kelak.

Agenda 4 : Hal Ehwal Murid oleh GK HEM

4.1 Bermula 2018, nama untuk setiap kelas akan menggunakan nama baharu iaitu :
- 1 Ceria
- 2 Perkasa
- 3 Bitara
- 4 Etika
- 5 Juara
- 6 Cendekia
4.2 Pelaksanaan dasar HEM SKSP 2018 adalah sepertimana pada 2017.
4.3 APDM - Semua guru diminta menyemak data di dalam APDM terutama guru-guru kelas. Id dan
kata laluan adalah sama sepertimana sebelum-sebelum ini.
4.4 Mengenai buku kedatangan sekolah, senarai nama murid untuk kali pertama diisi mengikut
kedatangan pada minggu pertama. Sekiranya pada hari pertama 5 orang murid datang ke sekolah
maka ditulis nama 5 murid tersebut mengikut susunan abjad. Sekiranya pada hari kedua terdapat
murid baru mendaftar maka diletakkan namanya pada kedudukan ke-6.
4.5 Senarai nama murid baru tahun 1 hendaklah ditulis di dalam buku daftar murid sekolah dan
disarankan nama ditulis mengikut susunan abjad bagi memudahkan pendaftaran.
4.6 Kedatangan murid di dalam APDM akan diisi oleh PT pada setiap hari, justeru guru harus
menanda kehadiran murid di dalam buku kedatangan untuk dirujuk PT.
4.7 Mengenai buku disiplin menurut GB telah ada di dalam pejabat, hanya perlu diperbaharui tahun
dan tambahan-tambahan dasar disiplin sekolah yang difikirkan perlu. Buku tersebut boleh
diperbanyakkan untuk rujukan.
4.8 Pada hari pertama persekolahan, ketua guru disiplin Cg. Zaidi akan melakukan pemeriksaan
terhadap keadaan rambut dan kuku murid sebagai peringatan mengenai peraturan berkaitan
rambut dan kuku SKSP kepada murid.
4.9 Untuk 2018, seramai 17 murid layak mendapat KWAP dan 15 orang murid mendapat RMT.

Agenda 5 : Kokurikulum oleh GK Kokurikulum

5.1 Takwim kokurikulum telah disiapkan dan akan diperbanyakkan kelak.


5.2 PAJSK - Semua murid telah ditaksir dan direkodkan di dalam portal tanpa keciciran. Cuma
sekiranya ada murid yang lahir pada 1 januari untuk tahun semasa berkemungkinan akan
bermasalah kerana tidak dapat dimasukkan ke dalam data portal. Berdasarkan maklumat JPN,
terdapat 200 lebih kes seperti itu dan masih di dalam perbincangan peringkat JPN untuk
menyelesaikan masalah tersebut. Keputusan akan dimaklumkan kelak.
5.3 Maklumat iKeps telah dihantar oleh GK Koku kepada pihak JPN melalui portal.
5.4 Dasar kokurikulum SKSP untuk 2018, sebarang aktiviti di luar kawasan sekolah, adalah dilarang
menggunakan kenderaan guru kerana ianya melanggar SOP KPM. Justeru sekiranya terdapat
aktiviti di luar kawasan sekolah, sekiranya tiada peruntukan untuk menyewa bas/van sekolah
maka ibubapa hendaklah menghantar anak mereka sendiri ke lokasi program. Pilihan lain
ibubapa boleh menghulurkan duit tambang kepada pihak sekolah untuk mencari pengangkutan
yang bersesuaian.
3
SK SUNGAI PERGAM (ABAB021)
36100, BAGAN DATUK, PERAK
Emel : ABA5048@moe.edu.my
Tel : 05-6466259 / 05-6466253 (faks)

5.5 Hanya kenderaan van/bas sekolah kuning yang mempunyai kelulusan sahaja boleh. Teksi dan
kenderaan tambang lain tidak dibenarkan.

Agenda 6 : Hal-hal Berbangkit

6.1 Pn. Hjh. Normah (GB) - PIBG & SKPMG2 :


- Untuk SKPMG2 telah ditangguhkan pada bulan disember ini dan akan dimaklumkan kembali
pada januari 2018 mengenai pelaksanaannya.
- Salah satu sebab penangguhan ialah pihak KPM telah mengenalpasti terdapat perbezaan
pemahaman dan pelaksanaan SKPMG2 diantara sekolah-sekolah yang telah diaudit.
- Bagaimanapun guru-guru yang telah selesai membuat penilaian SKPMG2 agar meneruskan
tugasan sekiranya diaudit oleh pihak atasan.
- Pihak sekolah akan memaklumkan kepada pihak sekolah agama rakyat pada sebelah petang
mengenai kelambatan murid-murid tahap 2 hadir ke sekolah agama rakyat kerana aktiviti
kokurikulum yang diadakan selepas habis sesi persekolahan.
- Pada 11 Januari 2018 (khamis) pada jam 1.30 petang akan diadakan mesyuarat kesemua guru
untuk membincangkan mengenai SKPMG2 dan juga PBPPP.
- Pada 2018, SKSP akan melaksanakan sistem kod perfailan yang baru sesuai dengan yang telah
dikeluarkan oleh JNJK. Dokumen rujukan sistem kod perfailan baru tersebut telah ada dan
GB akan memperbanyakkan untuk setiap guru sebagai rujukan.
- Salah satu program baru yang akan dijalankan ialah program kolaborasi pdp. Program tersebut
merupakan program kolaborasi mengajar di dalam kelas diantara GB dan guru-guru tahun 6.
Program tersebut akan diadakan untuk tahun 6 terlebih dahulu sebelum diluaskan kepada
guru-guru tahun lain.
- Diharapkan agar semua guru dapat memberikan sepenuh kerjasama dan dedikasi di dalam
melaksanakan tugas. Diharapkan segala kerja buat mendapat keredhaan dan keberkatan Allah
Taala.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.50 petang.

Disediakan oleh : Disemak dan disahkan oleh :

MOHAMAD AIYAD BIN RAMLI


Pencatat Minit

You might also like