You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BEHRANG 2020

JALAN WAWASAN MESRA, 35900 TANJONG MALIM PERAK

PERLEMBAGAAN PERSATUAN / KELAB / UNIT UNIFORM

Perkara 1 : Nama dan alamat


1.1 Nama persatuan/kelab/unit uniform : ..............................................................
1.2 Alamat : SMK BANDAR BEHRANG 2020, JALAN WAWASAN MESRA,
35900 TANJONG MALIM PERAK.

Perkara 2 : Tujuan dan matlamat


2.1 Menyediakan proses pembelajaran secara informal bagi pelajar.
2.2 Memberi keseimbanagn kepada pendidikan formal dalam domain kognitif,
afektif, psikomotor dan intelek, rohani, jasmani dan emosi pelajar.
2.3 Memberi peluang kepada pelajar menimba pengalaman yang baru melalui
aktiviti di luar bilik darjah supaya mereka lebih bersedia apabila
meninggalkan bangku sekolah dan membandung mereka daripada terlibat
dengan aktiviti yang tidak bermoral dan antisosial.
2.4 Menanam sikap sayangkan alam sekitar di dalam jiwa pelajar yang
menyertai kegiatan luar.
2.5 Menyumbangkan usaha untuk membina iklim dan budaya sekolah yang
lebih menyeronokkan, segar dan sihat.
2.6 Membantu masyarakat dan agensi kerajaan dalam hal yang berkaitan
dengan alam sekitar dan kemasyarakatan.
2.7 .........................................................................................................................
2.8 .........................................................................................................................
2.9 .........................................................................................................................

Perkara 3 : Keahlian
3.1 Keahlian persatuan ini terbuka kepada semua pelajar yang menuntut di
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Behrang 2020 yang berminat
dalam bidang kegiatan luar.
3.2 Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang yang disediakan.
3.3 Setiap ahli yang diterima, dikenakan bayaran yuran sebanyak RM …………
* sebulan / setahun.
3.4 Setiap ahli persatuan mestilah sentiasa berusaha melaksanakan tujuan dan
matlamat persatuan dengan mengambil bahagian secara aktif dalam setiap
aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan/kelab/unit uniform.
3.5 Setiap ahli persatuan/kelab/unit uniform berhak memilih dan dipilih untuk
memegang sebarang jawatan dalam persatuan/kelab/unit uniform
3.6 ………………………………………………………………………………….........
3.7 ………………………………………………………………………………………..

Perkara 4 : Jawatankuasa Kerja Persatuan / Kelab / Unit Uniform


4.1 Ahli jawatankuasa kerja persatuan/kelab/unit uniform terdiri daripada
Pengerusi
Naib Pengerusi
Setiausaha
Penolong Setiausaha
Bendahari
5 orang ahli jawatankuasa
4.2 Jawatankuasa ini dipilih dalam mesyuarat agung persatuan
4.3 Tanggungjawab jawatankuasa kerja
4.3.1 Pengerusi
a. Bertanggungjawab kepada kelicinan perjalanan pentadbiran
dan kemajuan persatuan.
b. Tugas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kerja
persatuan.
c. Diberi kuasa bersama-sama dengan bendahari atau setiausaha
untuk menandatangani cek-cek persatuan.
4.3.2 Naib Pengerusi
a. Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan
bertanggungjawab serta mengambil tempat pengerusi pada
masa ketiadaannya.
4.3.3 Setiausaha
a. Membantu pengerusi dalam hal-hal pentadbiran termasuk surat
menyurat, menyimpan rekod, fail dan mencatat minit
mesyuarat.
b. Mendaftar ahli baru dan menyimpan rekod pendaftaran.
c. Membentangkan laporan bertulis dan menyenaraikan kerja-
kerja persatuan dalam mesyuarat AJK dan Mesyuarat Agung.
d. Bertanggungjawab menyediakan dan mengedarkan surat
panggilan semua mesyuarat dan mencatat minit bagi
mesyuarat tersebut.
4.3.4 Penolong Setiausaha
a. Membantu setiausaha dalam menjalankan tugas dan
tanggungjawab serta mengambil tempat setiausaha semasa
ketiadaannya.
4.3.5 Bendahari
a. Jawatan ini tidak boleh disatukan ke dalam jawatan setiausaha
dan tidak boleh menjalankan tugas setiausaha.
b. Bertanggungjawab ke atas semua perkara yang berkaitan
dengan kewangan persatuan.
c. Bertanggungjawab menyimpan akaun wang keluar masuk dan
menyimpan rekod yang kemaskini (termasuk mengutip yuran
keahlian).
d. Membentangkan penyata kewangan dalam mesyuarat
jawatankuasa kerja dalam mesyuarat agung.
4.3.6 Jawatankuasa Kerja
a. Menghadiri setiap mesyuarat jawatankuasa kerja yang
dipanggil oleh Setiausaha.
b. Membantu dan melaksanakan setiap aktiviti yang dijalankan
oleh persatuan.
c. Boleh dilantik untuk menjadi penmgerusi atau ahli sesebuah
jawatankuasa kesil dan ad hoc bagi melaksanakan sesuatu
aktiviti persatuan (jika perlu).

Perkara 5 : Mesyuarat
5.1 Persatuan ini boleh mengadakan dua jenis mesyuarat iaitu Mesyuarat
Jawatankuasa dan Mesyuarat Agung.
5.2 Mesyuarat Agung Tahunan persatuan ditetapkan oleh jawatankuasa kerja
dan tidak lewat daripada bulan Januari setiap tahun.
5.3 Menimbang dan mengesahkan laporan tahunan, penyata kewangan,
anggaran pendapatan dan perbelanjaan yang telah diperakui oleh
Jawatankuasa Kerja dan membahas usul-usul.
5.4 Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dijalankan mengikut agenda:
a. Melantik pengerusi mesyuarat (jika perlu)
b. Menerima dan mengesahkan peringatan Mesyuarat Agung yang
lepas.
c. Menerima penyata kewangan.
d. Menerima laporan tahunan
e. Meluluskan anggaran pendapatan dan perbelanjaan tahunan.
f. Memilih jawatankuasa
g. Memilih pemeriksa kira-kira atau juruaudit.
h. Membincangkan usul-usul dan cadangan (jika ada)
i. Ucapan penangguhan.
5.5 Mesyuarat Agung Khas / Tergempar / Luar Biasa boleh diadakan apabila :
a. Satu pertiga (1/3) daripada ahli jawatankuasa kerja memikirkan perlu
diadakan mesyuarat.
b. Satu pertiga (1/3) daripada ahli persatuan secara bertulis meminta
supaya mesyuarat ini diadakan.
c. Permintaan untuk mengadakan mesyuarat ini berasaskan alasan-
alasan yang munasabah dan mesyuarat ini hanya membincangkan
agenda itu sahaja.
d. Notis dan cadangan mengadakan mesyuarat ini diedarkan oleh
Setiausaha sekurang-kurangnya 14 hari sebelum mesyuarat tersebut
diadakan.
5.6 Koram Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas /
Tergempar/Luar Biasa ialah sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3)
daripada bilangan ahli persatuan.
5.7 Mesyuarat Jawatankuasa Kerja perlu diadakan tiga bulan sekali.
5.8 Notis panggilan mesyuarat dikeluarkan oleh setiausaha dan diberitahu
kepada Jawatankuasa sekurang-kurangnya 19 hari sebelum diadakan
mesyuarat tersebut.
5.9 Koram Mesyuarat Jawatankuasa ialah lapan orang ahli jawatankuasa yang
hadir daripada bilangan jawatankuasa.

Perkara 6 : Kewangan
6.1 Yuran keahlian ialah RM ............................
6.2 Tahun kewangan persatuan bermula pada 1 Januari dan berakhir pada 31
Disember
6.3 Bendahari hendaklah membuka akaun di bank atas nama persatuan.
Pemilihan bank adalah di atas bidu bicara pengerusi dan bendahari.
6.4 Bendahari boleh menyimpan wang tunai tidak melebihi RM ………………
6.5 Setiap perbelanjaan yang melebihi RM …………… hendaklah mendapat
kelulusan mesyuarat jawatankuasa kerja dan perbelanjaan yang kurang
daripada RM ………….. hanya perlu mendapat persetujuan pengerusi.

Perkara 7 : Pendaftaran
7.1 Persatuan ini didaftar mengikut peraturan dan ketetapan oleh pihak sekolah.

Perkara 8 : Pembubaran
8.1 Persatuan ini boleh dibubarkan dengan kehendak dua pertiga (2/3) daripada
jumlah ahli yang sah secara bertulis dan mendapat persetujuan daripada
Pengetua sekolah.
8.2 Apabila persatuan terpaksa dibubarkan, maka segala hutang piutang yang
menjadi tanggungjawab persatuan hendaklah diselesaikan oleh seluruh ahli
semasa.
8.3 Jika ada harta benda yang lebih, ianya diserahkan kepada pihak sekolah untuk
tindakan sewajarnya mengikut budi bicara Pengetua sekolah.

Perkara 9 : Pindaan Kepada Undang-undang Kecil


9.1 Segala pindaan, tambahan atau sebarang perubahan kepada perkara dalam
undang-undang kecil ini hendaklah diluluskan oleh dua pertiga (2/3) ahli
persatuan ini yang hadir dalam Mesyuarat Agung.
9.2 Segala pindaan, tambahan atau sebarang perubahan tersebut hanya akan
berkuatkuasa setelah disahkan oleh Pengetua sekolah.

…………………………………………
t.t. Pengerusi
(Nama : ………………………………………) Tarikh : …………………………….

…………………………………………
t.t. Setiausaha
(Nama : ………………………………………)

………………………………………… …………………………………………
t.t. Bendahari t.t. Guru Penasihat
(Nama : ………………………………………) (Nama : ....................................................)

You might also like