You are on page 1of 1

Semua Ibu Bapa / Penjaga Murid

Sekolah Kebangsaan St. Paul, Seremban

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN ALAT MUZIK TERPAKAI

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa pihak sekolah berhasrat untuk menubuhkan sebuah


kumpulan muzik pada sesi 2018. Sehubungan itu, dengan berbesar hati pihak sekolah
ingin memohon sumbangan sebarang alat muzik terpakai yang masih elok dan boleh
digunakan. Ini bertujuan untuk merealisasikan hasrat penubuhan kumpulan muzik
tersebut.

3. Pihak sekolah mengalu-alukan sumbangan ikhlas daripada pihak tuan/ puan bagi
menjayakan program tersebut. Sokongan padu dan kerjasama dari pihak tuan, kami
dahului dengan setinggi-tinggi ucapan terima kasih.

Sekian,

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(SANTHANASAMY A/L AMALADAS, PMC)


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan St. Paul, Seremban

You might also like