You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KELAB SEPAK TAKRAW KALI PERTAMA

SESI 2018
Tarikh: 3 Januari 2018

Tempat : 4 Taibah

Masa : 4.00 petang

Kehadiran: Ahli kelab.

Jum. Kehadiran: 20 orang

Agenda : 1. Ucapan alu-aluan pengerusi

2. Pemilihan AJK Baru

3. Aktiviti Tahunan

4. Jersi

5. Hal-hal lain

Bil Perkara Tindakan


1.0 Ucapan Alu-Aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan para ahli dan merakamkan Pengerusi


ucapan terima kasih kepada semua.Beliau berharap agar kelab ini akan
menjadi lebih baik pada sesi 2018. Selain itu, pengerusi juga berpesan
supaya semua ahli berazam untuk mewakili sekolah pada pertandingan
yang akan diadakan

1.2 Akhir sekali, pengerusi menyatakan rasa bangga kepada semua ahli
yang hadir.

2.0 Pemilihan AJK Baru

2.1 Setelah dibubar AJK yang lama, berikut merupakan senaraiAJK baru.

Pengerusi : Muhammad Iqhwan Syafiq Bin Azman Shah

Pen.Pengerusi : Muhammad Faris Syahmi Bin Ismail

Setiausaha: Muhammad Mukhlis Bin Jamil

Pen. Setiausaha: Idris Bin Abd Hamid

Bendahari : Muhammad Faiz Haikal Bin Mohd Rezal

Pen. Bendahari : Muhammad Haikal Bin Mohd Asrol Effendi

AJK : Muhammad Faiz Bin Mohd Zukhi

Muhammad Firdaus B Shopi

Muhammad Danish Hafiz Bin Mohamad Shah


3.0 Aktiviti Tahunan Pengerusi baru

3.1 Perjumpaan mingguan iaitu setiap minggu pada hari Rabu

3.2 Mempelajari kemahiran asas sepak takraw

3.3 Mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan sekolah


berhampiran

3.3 Pertandingan terbuka asrama

4.0 Jersi Kelab Semua ahli

4.1 Dalam perancangan untuk menempah jersi kelab. Bergantung kepada


bajet semasa

5.0 Yuran Semua ahli

5.1 Semua ahli bersetuju untuk membayar yuran kelab sebanyak


RM 10.00 .Yuran tersebut digunakan untuk membeli air sirap
bagi keperluan ahli semasa perjumpaan mingguan dan sebagainya..
Setiap pembelian barang perlu dibuktikan dengan resit.

6.0 Hal-hal lain Semua ahli

6.1 Pengerusi menasihati ahli kelab supaya menjaga nama baik kelab
dan bermain mengikut waktu yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

6.2 Oleh sebab,tidak ada hal-hal lain yang hendak dibincangkan


oleh semua ahli, maka mesyuarat ditamatkan pada pukul 4.00 petang

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

(Muhammad Mukhlis Bin Jamil) (FARHAN OTHMAN)

Setiausaha Guru Penasihat

Kelab Sepak Takraw Kelab Sepak Takraw

You might also like