You are on page 1of 4

SEK KEB GONG TOK NASEK,

JALAN PANJI ALAM, 21100 KUALA TERENGGANU

KERTAS KERJA

PERANCANGAN INTERVENSI

MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS

UPSR 2018

(KELOMPOK MURID LEMAH)

PSP MORE
(PROGRAM SINAR PERMATA –
MODULE FOR REMEDIAL ENGLISH)

PANITIA BAHASA INGGERIS

2018
NAMA PROGRAM
PSP MORE ( Program Sinar Permata - Module for Remedial English)

ANJURAN
Panitia Bahasa Inggeris Sek. Keb Gong Tok Nasek

PENGENALAN
Program ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris murid-murid yang
berada di dalam kelompok murid lemah. Adalah diharapkan dengan pelaksanaan program
ini murid-murid yang lemah ini dapat meningkatkan penguasaan penulisan mereka sekaligus
dapat meningkatkan prestasi pencapaian mereka dan peningkatan prestasi mata pelajaran
Bahasa Inggeris secara keseluruhannya.

MATLAMAT
Meningkatkan penguasaan perbendaharaan kosa kata dan teknik penulisan yang betul di
kalangan murid di dalam kelompok lemah.

OBJEKTIF
1. Menanamkan minat murid dalam menguasai kemahiran menulis Bahasa Inggeris.
2. Belajar dan membuat aktiviti dalam persekitaran PdPc yang menyeronokkan.
3. Menerapkan semangat ingin mencuba dan meningkatkan keyakinan diri murid-murid.

SASARAN
10 orang murid – BI Penulisan
6 orang murid – BI Pemahaman
(5 orang murid berada di dalam kedua-dua kumpulan)

TEMPOH PELAKSANAAN
Program ini akan dilaksanakan dalam dua (2) fasa.

Fasa pertama : 4hb Februari 2018 – 26hb April 2018 ( 12 minggu)


Fasa kedua: 6hb Mei 2018 – 26hb Julai 2018 (12 minggu)

SINOPSIS PROGRAM
Murid-murid lemah ini akan diberi tunjuk ajar menggunakan gambar-gambar yang bertema.
Mereka akan ditekankan penguasaan perbendaharaan kosa kata, kata kerja dan teknik
menulis ayat mudah. Program ini akan dilaksanakan di dalam dua fasa. Fasa pertama
adalah fasa penguasaan dan fasa kedua adalah fasa latihtubi.

SENARAI NAMA MURID-MURID YANG TERLIBAT

MUHAMMAD SYARIFUDDIN BIN ROKI


NUR EZZATI SHAHIRAH BINTI MUHAMMAD NAFI
MUHAMMAD DANISH AZRIEL BIN MOHD ZAMRI
ARSYAD FAKHRI BIN RAMLI
MUHAMMAD IZZAT AIZUDDIN BIN MOHD NAWI
NIK NURUL AIN BINTI NIK MAJUKI
NUR EZZATUL SHAFIQA BINTI OMAR
WAN MUHAMMAD AMMAR BIN WAN MOHD ZUL-AZRI
SYAZWAN ADEEF ASYRAF BIN SHAMSUDIN
NUR ELAINE AISYAH BINTI ZAINI
SYAZWAN HAKIM BIN SUHAIRI

TARIKH BUTIRAN TINDAKAN KPI


24/1/2018 Taklimat kepada guru terlibat GPK Pentadbiran
Ketua Panitia
31/1/2018 Taklimat kepada murid-murid Guru terlibat
terlibat
4/2/2018 – Pelaksanaan program Fasa Guru terlibat Keputusan OTI 2
26/4/2018 Pertama Ketua Panitia
(12 minggu)
- Murid-murid diedarkan setiap
seorang satu modul yang
mengandungi gambar-
gambar mengikut tema.
- Murid melabel gambar
dengan kosa kata, kata kerja,
kata sifat dll
- Murid dilatih menulis ayat
ringkas dan mudah S-V-O.
- Murid dilatihtubi dengan tema
yang sama tetapi gambar
yang berbeza pada minggu
yang berikutnya untuk aktiviti
pengukuhan.
- Murid-murid didedahkan dan
dibiasakan dengan teknik
penyoalan “Wh questions”
untuk mengembangkan ayat
dan dalam masa yang sama
belajar untuk menguasai
kemahiran menjawab soalan
Kertas Kefahaman.
6/5/2018 – Pelaksanaan program Fasa Guru terlibat Keputusan Pep
26/7/2018 Kedua Ketua Panitia Percubaan
(12 minggu) UPSR
- Murid-murid diedarkan
modul kedua yang
mengandungi gambar-
gambar bersiri/tunggal
seperti format UPSR
- Murid dilatihtubi dengan
menggunakan ayat mudah
dan ringkas S-V-O
- Murid didedahkan dengan
teknik menjawab soalan
UPSR (pelbagai format)
- Murid turut dilatihtubi cara
untuk mencari jawapan
dengan mencari klu soalan
dan kandungan jawapan

ANGGARAN PERBELANJAAN

BAHAN MODUL
1. Pembelian Kertas A4, COPY LASER PAPER, 70gsm 2 x RM 9.90 = RM 19.80
2. Pembelian Dakwat Printer, HP678 Combo Pack = RM 69.00

Hadiah Galakan
11 orang x RM 6.00 = RM 66.00

JUMLAH KESELURUHAN = RM 154.80

PENUTUP

Adalah diharapkan program yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.
Harapan Panitia Bahasa Inggeris agar pada tahun 2018 ini satu perubahan yang baik dapat
dilaksanakan untuk meningkatkan penguasaan murid-murid yang lemah ini sekaligus
meningkatkan prestasi lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Disediakan oleh;

NOOR AZIAN BT MOHD SALEH


Ketua Panitia Bahasa Inggeris

s.k Fail S/U JKS


Fail Panitia BI
GPK Pentadbiran

You might also like