You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA KEBERSIHAN, KECERIAAN DAN

KESELAMATAN (3K)

SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA JIH, KANOWIT BIL 1/2018


Tarikh : 8 Januari 2018 (Isnin)

Masa : 1.35 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat SK NG JIH

Kehadiran:
1. Cikgu Norlida binti Bujang (Guru Besar)
2. Cikgu Terry Obit Aggup (PK 1)
3.Cikgu Evylinner Akim (PK HEM)
4.Cikgu Florain Anggai (PK KK)
5.Cikgu Adeline Amy Richards
6.Cikgu Intan Jamala
7.Cikgu Alfie Khan
8.Cikgu Eta Gerut
9.Cikgu Leman Muyang
10. Cikgu Anis Najwan
11.Cikgu Kumbau Munan
12.Encik Armandy b. Rapain
13.Pn. Ureen ak Menoa
14.Pn. Siti Zawani binti Ibrahim

Tidak Hadir Bersebab : 1. Cikgu Lantong Bongkong ( Cuti Bersalin)

1. Ucapan Aluan Guru Besar

1.1 Berharap piawaian 3K yang dibuat mengikut standard yang telah ditetapkan
mencakupi aspek kebersihan, sistem keselamatan berfungsi dan persekitaran yang
selamat (Contoh : Tempat pembiakan nyamuk aedes)

Tindakan: Makluman

2. Ucapan PK HEM

2.1 Berharap semua pihak dapat berusaha untuk mengekalkan markah sekolah
dalam aspek 3K demi merealisasikan visi sekolah iaitu mencapai tahap sekolah
berprestasi tinggi menjelang 2018.

Tindakan: Makluman
3. Perkara yang dibincangkan

3.1 Aktiviti Tahunan Program 3K 2018

3.1.1 Keceriaan Kelas seperti susun atur dan hiasan kelas pada minggu pertama
persekolahan.

3.1.2 Program bersama pihak Bomba pada 19 April 2018 berkaitan dengan ceramah
keselamatan serta demonstrasi memadam kebakaran, menangkap ular dan
pertolongan cemas.

3.1.3 Gotong-royong peringkat SK Ng Jih pada 30 Mac 2018 fokus untuk


membersihkan kawasan-kawasan seperti kelas, bilik-bilik khas dan RMT.

3.1.4 Gotong-royong Perdana pada 15 Mei 2018 seperti yang diarahkan oleh pihak
kementerian melibatkan murid-murid, guru-guru dan ibu bapa serta penjaga murid.

3.1.5 Keceriaan Tandas - Pintu tandas dan selak akan dibaiki - Cadangan untuk
mengecat dinding tandas dengan pelbagai jenis warna supaya nampak ceria -
Cadangan untuk mengecat pada dinding sebagai panduan kerana penggunaan
kertas tidak efektif dan tidak tahan lama.

3.1.6 Tampal dan gantung kata-kata hikmah di RMT dan laluan gajah menyusur
menggunakan bahan yang keras. Polisterin dan kayu tidak sesuai. Cadangan untuk
menulis dan mengecat kata-kata hikmah di tangga menggunakan cat minyak supaya
lebih berwarna-warni dan cantik serta diserahkan pelaksanaannya kepada Panitia
English.

3.1.7 Dinding di sebelah tandas lelaki dibuat lukisan mural berkaitan dengan sifir,
pelaksanaan oleh Panitia Sains & Matematik.

3.1.8 Pertandingan Keceriaan Kelas dengan ganjaran sijil secara mingguan untuk
mengumpul mata pada hujung tahun bagi mendapatkan hadiah mengikut Tahap 1
dan Tahap 2. Antara aspek yang diutamakan ialah membuat sudut bacaan, carta,
jadual waktu, jadual tugas dan pelan laluan kecemasan.

Tindakan : Semua Guru, Murid dan Kakitangan

3.2 Perancangan Aspek Keselamatan

3.2.1 Laluan keluar masuk sekolah perlu lebih sistematik

Tindakan : En. Armandy

3.2.2 Papan tanda dan poster keselamatan perlu ditambah terutamanya di RMT dan
bangunan kelas.

3.2.3 Pemeriksaan alat pemadam api yang sudah tamat tempoh dan perlu ditukar
ganti
3.2.4 Pelan laluan kecemasan perlu dikemaskini

3.2.5 AJK Keselamatan dimasukkan sekali bersama 3K melibatkan program


bersama tetapi laporan berasingan.

3.2.6 Latihan Kebakaran peringkat sekolah akan diadakan sekali lagi untuk penggal
ini.

3.2.7 Membuat dan membina lebih banyak taman di kawasan sekolah. Cadangan
untuk melihat dan memastikan kawasan yang sesuai terlebih dahulu dan akan
dibincangkan kemudian.

3.2.8 Pemantauan sistem perparitan sekolah perlu dilakukan oleh semua pihak dan
maklumkan kepada pekerja jika memerlukan tindakan lanjut.

4. Hal-hal lain

4.1.1 Mural di dinding-dinding bangunan sekolah akan diserahkan kepada pihak


PIBG pada masa gotong-royong.

4.1.2 Program Kuku Bersih & Gigi Putih akan diteruskan pada tahun ini, agar dapat
mewujudkan kesedaran diri dalam setiap murid tentang kebersihan diri.

5. Penutup

5.1 Guru Besar berharap semua pihak akan melaksanakan tanggungjawab masing-
masing demi sekolah tercinta dan juga untuk anak-anak murid hasil didikan kita
supaya mereka dapat belajar dalam suasana yang lebih kondusif dan lebih selamat.
Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan
mesyuarat ditangguhkan pada jam 3:45 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


…………………. .…………………

(ALFIE KHAN) (NORLIDA BINTI BUJANG)

Setiausaha JK 3K Guru Besar

SK NANGA JIH SK NANGA JIH


. Jawatankuasa Induk Kebersihan , Kesihatan, Keselamatan ( 3K )

Pengerusi : Pn. Norlida binti Bujang (Guru Besar)


Tim. Pengerusi : Pn. Evylinner anak Akim (PK HEM)
Naib pengerusi 1 : En.Terry Obit anak Aggup (PK1)
Naib pengerusi 2 : En. Florain anak Anggai (PKKK)
Penyelaras : Pn. Anis Najwan
Setiausaha : En. Alfie Khan
Naib Setiausaha : Pn Adeline Amy Richards
Bendahari : Cik Intan Jamala bt Maarop
Ahli Jawatankuasa :
1. Pn. Eta anak Gerut (Guru Prasekolah)
2. Pn. Leman Muyang (Guru Pemulihan Khas)
3. Pn. Kumbau Munan (Guru Kelas Tahun 1)
4. Pn. Lantong Bongkong (Guru Kelas Tahun 5)
5. Pn. Anis Najwan (Guru Kelas Tahun 2)
6. Pn. Adeline Amy (Guru Kelas Tahun 4)
7. En. Alfie Khan (Guru Kelas Tahun 3)
8. Cik Intan Jamala (Guru Kelas Tahun 6)
9. Pn. Ureen anak Menoa ( PPM Prasekolah)
10. En. Armandy bin Rapain (Pembantu Operasi)
11. Pn.Rimbu anak Kandau (Pembersih kawasan)
12. En.Empi (Pembersih kawasan)
13. Pn. Jati anak Lumpok (Pengawal Keselamatan)
14. Pn. Roseline Nawi (Pengawal Keselamatan)
15. En. Julius ak Tajai (Pengawal Keselamtan )
16. En.Suhaili (Pengawal Keselamatan )

14. Jawatankuasa Pengelolaan Latihan Kebakaran


Pengerusi : Cikgu Norlida binti Bujang (GB )
N/Pengerusi 1 : Cikgu Evylinner Akim ( PK HEM)
N/ Pengerusi 2 : Cikgu Terry Obit (PK1)
N/Pengerusi 3 : Cikgu Florain Anggai (PKKK)
Penyelaras : Cikgu Anis Najwan
Setiausaha : Cikgu Alfie Khan
Bendahari : Cikgu Intan Jamala

Ahli Jawatankuasa
Loceng : En Armandy bin Rapain
Kawalan murid : Guru Kelas, Guru Prasekolah Dan Pembantu Pengurusan Murid
Jururakam peristiwa : Cikgu Leman Muyang , Cikgu Alfie Khan
Kebersihan : Semua Pembersih Kawasan
Guru peronda : Cikgu Kumbau , Cikgu Eta
Tugasan letupan dan penyediaan asap : En.Empi , En Armandy bin Rapin
Juruacara : Cikgu Intan Jamala
Jamuan : Cikgu Lantong , Pn. Ureen , Cikgu Evylinner
Cenderamata : Cikgu Adeline Amy , Cikgu Leman
Penyediaan Alatan : Semua kakitangan lelaki
Program : 3K
Penjaga Masa : Cikgu Terry Obit
Laporan/ dokumentasi : Cikgu Alfie Khan bersama jururakam peristiwa