You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN SEKOLAH SMK PULAU GAYA

Tarikh :29 November 2016


Hari : Selasa
Masa : 9 pagi hingga 1.30 petang
Tempat : Bilik Pengetua

KEHADIRAN

1. Datin Hajah A’zah Ismail Pengetua


2. Azlan Bin Saflie Penolong Kanan Pentadbiran
3. Mohd Kamel Bin Ariffin Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar
4. Hakmat Bin Abdullah Penolong Kanan Ko Kurikulum
5. Jimoty Biujin @ Timothy Ketua Bidang Bahasa
6. Maznun Binti Mohd Nor Ketua Bidang Kemanusiaan
7. Siti Zainun Datu Manong Ketua Bidang VoTek

1. Perutusan Pengerusi

1.1 Ucapan salam dan terima kasih atas kehadiran ahli-ahli mesyuarat
1.2 Pengetua menekan beberapa perkara penting yang harus diberi perhatian
seperti penjelasan borang keberhasilan yang mana perlu diperjelaskan kepada
guru bagaimana untuk menetapkan KPI dan fokuskan apa yang perlu
diperkemaskan
1.3 Pengetua juga menyatakan bahawa penghantaran RPH(Rancangan
Pengajaran Harian ) adalah wajib.
1.4 Pengetua juga menyatakan tentang pencerapan dan penilaian. Guru yang
menilai diminta untuk mengisi borang amalan profesional. Penilai dan guru
yang dinilai perlu ada perbincangan. Pencerapan adalah satu aspek yang
dinilai dalam borang keberhasilan. Pencerapan akan dijalankan dalam bulan
Januari 2017.
1.5 Ketua-ketua panitia mata pelajaran dingatkan supaya dapat menyediakan
headcount, tov dan perlu mewujudkan program pelbagai aras pada peringkat
awal persekolahan

2. Perkara berbangkit dalam mesyuarat

2.1 Dasar Sekolah

2.1.1 Peperiksaan sekolah adalah berdasarkan SAP sekolah. Peperiksaan peringkat


sekolah dijalankan 3 kali dalam setahun.

2.1.2 Kelas tambahan akan dijalankan pada bulan Mac dan perlaksanaan kelas
tambahan dijalankan setiap hari Selasa dan Khamis.

2.1.3 Perjumpaan KoKum akan dijalankan setiap hari Rabu. Latihan rumah sukan
akan bermula pada bulan Januari
2.1.4 Nilam akan dijalankan pada masa pertama setiap hari Selasa. Guru mata
pelajaran perlu memilih pelajar yang terlibat dalam nilam supaya mereka dapat
bersedia semasa program nilam dikendalikan

2.1.5 Semasa perlaksanaan kelas tambahan ada 6 orang guru akan terlibat secara
langsung. Panitia mata pelajaran perlu merancang program supaya tidak berselisih
dengan kelas tambahan dan aktiviti-aktiviti sekolah yang lain.

2.1.6 Cikgu Maznun mencadangkan program celik jawi. Probim dan Linus akan
dilaksanakan pada setiap hari Selasa dan Khamis.

3.1 Projek Khas Sekolah

3.1.1 Sekolah mencadangkan sekali lagi untuk projek bendera Malaysia terapung
dengan menggunakan papan lapis. Sebagai altenatif yang lain pengumpulan botol
mineral juga akan dijadikan sebagai aktiviti berterusan pada masa akan datang
untuk tujuan bendera Malaysia terapung

3.1.2 Taman herba akan dijadikan sebagai projek sekolah untuk tahun 2017. Projek
ini akan dikendalikan di bawah Kelab Pencipta Alam.

3.1.3 Avtiviti permainan bola tampar sekolah akan dijadikan sebagai kebitraan
sekolah memandangkan aktiviti ini berpotensi melahirkan pemain berpotensi

4.1 Pembentangan dalam bentuk PLC(Professional Learning Community)

4.1.1 Progran ini bertujuan untuk meningkatkan profesionalisme dalam kalangan


tenaga pengajar, AKS dan pelajar sekolah. Pelajar dilibatkan dalam program nilam
sementara guru dan AKS didedahkan dalam ‘Book Review’. Nama guru dan AKS akan
dicabut mengikut abjad.

4.1.2 Setiap guru digalakkan supaya dapat membuat kajian tindakan berdasarkan
kepakaran masing-masing.

5.1 Persediaan Awal Tahun

5.1.1 Pelan strategik dan pelan tindakan sudah disediakan oleh panitia mata
pelajaran pada awal tahun persekolahan 2017.

5.1.2 Pemantauan juga akan dijalankan sebaik sesi persekolahan dimulakan

5.1.3 Susun atur kelas, kerusi dan meja perlu diperkemaskan mengikut kesesuaian
tempat.

5.1.4 Pengetua akan menulis surat kepada JPN untuk memohon kerusi dan meja
bagi keperluan kemahiran hidup. Buat sementara waktu pengetua mencadangkan
untuk menggunakan meja lipat yang sedia ada. Bilik 1 dan 2 adalah untuk bilik
kemahiran hidup dan bilik kosong dicadangkan untuk galeri sejarah.
6.1 Pembahagian Ketua Panitia Mata Pelajaran dan Penyelaras Tingkatan

6.1.1 Ketua Panitia

Bil Panitia Ketua Panitia


1 Islam Ustaz Fahrizal
2 Bahasa Melayu Syamsulan
3 Bahasa Inggeris Ellysia
4 Matematik Daud Yahya
5 Sains Indrarao
6 Sejarah Stanley
7 Perdagangan Norshahida
8 Geografi Ayob
9 Pendidikan Seni Visual Robert
10 Pendidikan Jasmani Kesihatan Jaidi
11 Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Susan
12 Kemahiran Hidup Afzan
13 ASK Anuar

6.1.2 Penyelaras Tingkatan

Bil Tingkatan Penyelaras


1 Satu Cikgu Daud
2 Dua Cikgu Khairunisah
3 Tiga Cikgu Norhaizan
4 Empat Cikgu Ruslili
5 Lima Cikgu Voo

7.1 Skor Sekolah/SKPM

7.1.1 Untuk penentuan skor sekolah dan SKPM skor untuk 2003 masih boleh
digunapakai sebagai skor markah.

7.1.2 Pegawai penilai boleh merujuk pada portal yang telah disediakan oleh Cikgu
Azlan sebagai rujukan

7.1.3 Pendedahan J7 akan diimplementasi pada tahun 2017. Guna kuata yang sedia
ada untuk pengisian skor.

7.1.3 Pencerapan DBP adalah digunakan untuk pengurusan Panitia Mata Pelajaran
7.2 Peperiksaan Sekolah

Bil Peperiksaan Perlaksanaan


1 Ujian Setara Bulan Mac
2 Pertengahan Tahun Bulan Mei
3 Percubaan (PT3, SPM) Ogos
4 Peperiksaan Akhir Tahun( Tingkatan 1,2 dan 4) Oktober

7.3 Hal-hal lain

7.3.1 Semasa perhimpunan pelajar perlu menghadap ke belakang

7.3.2 Semasa perhimpunan, pelajar yang menerima hadiah perlu diatur untuk
mengelak masa terluang. Pelajar perlu memberi salam kepada guru sebelum
perhimpunan

7.3.3 Ada cadangan untuk sambutan Hari Kemerdekaan di puncak Gunung Kinabalu.

7.3.4 Dicadangkan penyelaras IKEPS ialah cikgu Jaidi.

7.3.5 Cikgu Hakmat mencadangkan untulk majilis Pentauliahan dan Majlis Apresiasi
Kokum SMK Pulau Gaya. Cikgu Hakmat juga mencadangkan supaya Wall of Fame
diwujudkan disekolah untuk pelajar cemerlang. Ibubapa perlu dijemput semasa
temasya sukan sekolah. Cigku Hakmat juga mencadangkan untuk mendapat
peruntukan dari PIBG untuk tujuan pembelian LCD sekolah.

7.3.6 Anugerah Cemerlang sekolah dijangka akan dijalankan pada bulan April 2017.

7.3.7 Semasa keputusan PT3 diumumkan diminta supaya ada wakil PK atau KB untuk
menyaksikan pelajar mengambil keputusan.

7.4 Penangguhan minit mesyuarat

7.4.1 Mesyuarat ditangguh pada jam 1.30 petang

DiSEDIAKAN OLEH DISEMAK OLEH

............................. ..........................

JIMOTY BIUJIN@TIMOTHY DATIN HAJAH A’ZAH ISMAIL


(KETUA BIDANG BAHASA) (PENGETUA CEMERLANG SMK
PULAU GAYA)

You might also like