You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN ALAM DAMAI

MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH BIL 1 / TAHUN 2018

Tarikh : 16/01/2018 ( Selasa )

Masa : 1:30 Petang – 2:30 Petang

Tempat : Bilik Mesyuarat

Pengerusi : Puan Rohela bt Awang

Kehadiran :
1. Puan Rohela bt Awang ( GPK HEM)
2. Puan Sabrabee bt Mustafa ( Ketua Panitia )
3. Puan Norshawaty bt Md Yusof
4. Puan Poh Ee Chiun
5. Puan Zamzarina bt Abdul Muttalib
6. Puan Hanuratha@Nair A/P Ramachandran
7. Puan Hasuzana bt Jamaluddin
8. Puan Aida Suraya bt Kharil
9. Puan Rohanita bt Mohamed
10. Encik Hedzir b Mohd Ali

Urusetia : Pn Noorasmad bt Mat Ripin

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan guru dan mengucapkan terima kasih atas
kehadiran guru pada hari ini.

Tindakan : Makluman
2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1. Minit Mesyuarat Bil 3 /2017 dicadangkan pengesahannya oleh Puan Norshawaty bt
Md Yusof dan disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat.

Tindakan : Makluman

3 PERKARA BERBANGKIT
1
3.1 Tiada perkara berbangkit
Tindakan: Makluman

4 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA DAN LAPORAN

4.1 Rancangan Pengajaran Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian.

4.1.1 Ketua Panitia mengedarkan kepada guru-guru Sejarah Rancangan Pengajaran Tahunan
dan contoh Rancangan Pengajaran Harian dan diminta guru-guru dalam buku rekod
pengajaran dan pembelajaran dibahagian belakang.
4.1.2 Ketua Panitia memberitahu juga cara-cara tulis impak/catatan dan menulis RPH semasa
ada acara/aktiviti disekolah.

Tindakan: Makluman

4.2 Bulan Panitia Sejarah

4.2.1 Pelancaran Bulan Patriotisme akan dilaksanakan pada bulan Ogos dan diminta guru sama
aliran merancang aktiviti bersama. Perbincangan AJK bulan patriotisme turut
dibincangkan.

Tindakan: Makluman

4.2.2 Bulan Panitia Sejarah dimaklumkan oleh ketua panitia akan bergabung dengan 2
Panitia pada tahun ini.

. Tindakan: Makluman

4.3 Buku Aktiviti/Latihan

4.3.1 Penghantaran buku aktiviti/latihan telah dimaklumkan. Guru-guru perlu menghantar buku
aktiviti/latihan 1 kali sahaja bagi setiap bulan sepanjang tahun 2018.

4.3.2 Ketua panitia memaklumkan mesti ada buku kerja dari tahun 1 hingga tahun 6.

Tindakan: Makluman

4.4 JADUAL PENGGUBAL SOALAN

4.4.1 Ketua panitia memaklumkan tahap 1 dan tahap 2 diadakan peperiksaan sebanyak 2 kali.
2
4.4.2 Perlaksanaan ujian bagi murid-murid akan diadakan mengikut takwim. Semua guru boleh
merujuk jadual penggubal soalan yang dikeluarkan.

Tindakan : Makluman
4.5 Bahan Bantu Mengajar

4.5.1 BBM boleh ambil dari bilik KP dan isi dalam buku pemantauan.
4.5.2 Buku kerja untuk guru boleh di ambil di dalam bilik KP sebagai rujukan guru.

Tindakan : Makluman
4.6 PEMBELAJARAN ABAD KE 21

4.6.1 Pengajaran dan pembelajaran boleh digabungjalin mengikut Pembelajaran Abad Ke 21.

Tindakan : Makluman

5 Hal-hal Lain

5.1 Ketua Panitia mengingatkan guru-guru mengikut pengajaran dan pembelajaran seperti
dalam RPT dan RPH.
5.2 Pembelajaran Abad Ke 21 mesti dipraktikkan di dalam kelas masing-masing.

6 Penutup

6.1 Ketua Panitia menyeru kepada semua guru agar sentiasa akur dan melaksanakan semua
arahan mengikut masa-masa yang telah ditetapkan. Mesyuarat ditangguhkan pada
pukul 2.30 petang.

Disediakan oleh,

………………….....................
( NOORASMAD BT MAT RIPIN )
Setiausaha Panitia Sejarah

Tarikh : 16 Januari 2018

You might also like