You are on page 1of 20

Jenis-jenis Ikatan Tanjak, Destar, Tengkolok

TERENGGANU DARUL IMAN

TANJAK LANG MELAYANG


Destar ini dipakai oleh pembesar-pembesar Negeri Terengganu yang bergelar Datuk. Destar
ini terkenal sebagai solek Lang Melayang dan hanya dipakai pada majlis tertentu sahaja.

TANJAK LAKSAMANA TERENGGANU


Destar yang di perbuat daripada kain songket berwarna hitam berbenang emas ini berasal
dari Terengganu. Pada mas dahulu, ia menjadi pakaian hulu rasmi Laksamana
Terengganu. Warna rasminya adalah biru yang melambangkan laut selaras dengan
tanggungjawab Laksamana mengawal laut. Pada masa sekarang ikatan jenis ini dipakai
oleh Menteri Besar Terengganu sebagai pakaian rasmi di majlis adat istiadat di istana
Terengganu.
DESTAR DATUK BIJA DI RAJA
Orang Besar Lapan Negeri Terengganu memakai destar yang digelar ikat lilit Datuk Bija
Diraja. Kain yang digunakan berwarna hitam dan perak.

TANJAK TEMALONG BUDU


Destar jenis ini biasanya dipakai oleh pegawai-pegawai kerajaan pangkat rendah dan
orang biasa di Negeri Terenganu apabila mengadap D.Y.M.M. Sultan Terengganu untuk
menerima anugerah pingat atau kurniaan negeri.
TANJAK DAGANG SAKIT DI RANTAU
Ada juga Datuk-datuk di Negeri Terengganu yang memakai destar yang diberi nama
Dagang Sakit Di Rantau berwarna kelabu dan perak.

PERLIS INDERA KAYANGAN

TENGKOLOK PUTERA KAYANGAN


Destar ini pernah dipakai oleh Al-Marhum D.Y.M.M. Tunku Syed Putra Ibni Al-Marhum
Syed Hassan Jamalullai, Raja Perlis pada tahun 1957 sewaktu menandatangani
pengistiharaan kemerdekaan Tanah Melayu. Seperti destar diraja yang lain warna
natarnya adalah kuning diraja. Lipatan asasnya sebanyak tiga lipatan dan daun destarnya
pula menghala ke atas.

SELANGOR DARUL EHSAN

TANJAK SEBANG SELAT


Ikatan jenis ini pernah dipakai oleh pembesar Negeri Selangor pada tahun 1950-an hingga
1960-an.
TANJAK PARI MUDIK
Terdapat beberapa jenis destar yang digunakan oleh Orang-orang Besar Negeri pada suatu
ketika dahulu. Setanjak Pari Mudik misalnya dipakai oleh Dato' Abu Bakar Baginda, mantan
Menteri Besar Selangor ke-7 (1959-1964). Kedua-dua pucuk sirih destar ini meletakkan
disebelah telinga kiri pemakai.

TANJAK LANG PATAH SAYAP


Destra khas ini adalah pakaian hulu rasmi Y.A.M. Panglima Diraja Selangor. Ia diperbuat
daripada songket berwarna merah, iaitu warna yang melambangkan kuasa, kegagahan dan
kepahlawanan panglima Melayu. Reka bentuk destar ini walaupun nampak ringkas, namun
kedudukan pucuk destar yang dipanggil pucuk sirih diletakkan disebelah kanan manakala
daun tajuknya pula disebelah kiri. Ini menunjukkan pemakainya adalah daripada kerabat
Diraja.

PERAK DARUL RIDZUAN


TANJAK PUCUK PISANG PATAH
Tengkolok jenis ini pernah dipakai oleh salah seorang sultan di Negeri Perak, Kedudukan
pucuk rebungnya agak terjuntai ke bawah, seolah-olah melambangkan pucuk pisang yang
patah.

DESTAR PATAH KEPAK


Destar yang bernama Patah Kepak ini adalah bulang hulu bagi D.Y.T.M Raja Muda Perak.
Warna latarnya kuning dan kuning kencana. Biasanya pakaian sampingan yang lain seperti
baju, samp[ing, seluar dan bengkung mempunyai warna yang sama dengan destar. Destar
ini pernah dipakai oleh Al-Marhum Sultan Iskandar.
TENGKOLOK MUMBANG BELAH DUA
Tengkolok ini pernah dipakai oleh al-Marhum Sulatn Abdul Aziz, Perak pada suatu dahulu.
Ia berasaskan solek Belah Mumbang.

DESTAR LANG SIOH


Y.A.M. Raja Kecil Sulung adalah termasuk Empat Raja Bergelar di Negeri Perak Destar
yang dipakainya dipangguil Lang Sioh. Ungu tua ialah warna latarnya dengan bunga
berwarna perak. Demikian juga warna latar pakaianya dengan bunga-bunga perak.

DESTAR LANG MENYONSONG ANGIN


Destar Lang Menyongsong Angin adalah satu reka bentuk yang amat unik yang
mengambarkan seekor helang yang sedang terbang melawan angin. Bentuk tengkolok ini
yang diperbuat dengan songket berwarnma hitam bersulam benang perak pernah dipakai
oleh D.Y.T.M. Raja Di Hilir Perak.

DESTAR GETAM PEKASAM


Di Negeri Perak, destar jenis ini dipakai oleh Orang Besar Empat dan pegawai-pegawai
kanan istana. Juak-juak di Negeri Selangor dan Pahang juga memakai tengkolok jenis yang
sama.

DESTAR BALUNG AYAM


Destar Balung Ayam dengan warna natarnya putih bersulam benang kuning kencana ini
pernah di pakai oleh D.Y.M.M. Sultan Perak pada tahun 1950-an.
DESTAR AYAM PATAH KEPAK
Destar Ayam Patah Kepak yang diperbuat daripada songket bunga penuh berwarna merah
adalah pakaian Panglima Perang bagi Negeri Perak.

TENGKOLOK ALANG ISKANDAR


Ikatan hulu jenis ini merupakan antara tengkolok yang dan sering dipakai oleh Al-Marhum
Sultan Alang Iskandar, Negeri Perak sewaktu pemerintahan baginda.

PAHANG DARUL MAKMUR


TANJAK SEKELONGSONG BUNGA
Ikatan hulu jenis ini di pakai oelh kerabat di-Raja dan Orang besar Empat Negeri Pahang.
Walaupun bentuknya ini agak ringkas dan bahagian daunnya melonjong ke atas dan
bahagian bawahnya mengembang seperti sebuah sekelongsong bunga, tetapi terdapat
perbezaan antara destar yang dipakai oleh kerabat diraja dengan orang biasa, khususnya
dari sudut posisi daun dan pucuk destar yang dipanggil sula.

DESTAR RAJA NAIK BERSIRAM


Destar yang diperbuat daripada kain songket berwarna putih ini diberi nama Raja Naik
bersiram. Ia dipakai sebaik sahaja raja berangkat naik daripada istiadat bersiram, sama ada
sesudah selesai istiadat perkahwinan diraja ataupun pertabalan. Ia nandakan raja selamat
bersiram. Destar jenis ini hanya dipakai oleh raja yang memerintah. Putera atau cucunda
baginda tidak boleh memakai destar jenis ini. bentuk daunnya melonjong kehadapan dan
memakai dua pucuk destar yang disebut gading.
DESTAR GETAM BUDU
Destar ini adalah pakaian hulu untuk Orang-Orang Besar di istana Negeri Pahang pada
satu masa dahulu. Bentuk destar ini menutup seluruh bahagian kepada pemakai yang
membawa maksud makna menyimpan segala rahsia raja. Warna hijau adalah warna yang
dikhaskan untuk Datu-Datuk dan Orang-Orang Besar Bergelar.

DESTAR COGAN DAUN KOPI


Cogan Daun Kopi ialah nama khas bagi bentuk destar yang dipakai oleh D.Y.M.M. Sultan
Pahang. Warna rasminya adalah kuning muda tetapi baginda selalunya memakai warna-
warna latar yang gelap. Bentuk destar Pahang mudah dikenali daripada bentuknya yang
segi tiga dan diikat secara menegak di atas dahi dan membiarkan bahagian kepala yang
lain terdedah. Selain itu reka bentuk bunga atau daun itu terletak disebelah depan destar
tersebut.

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS


TANJAK KACANG SEHELAI DAUN
Y.A.M. Undang Rembau ke -20, Allahyarham Datuk Haji Adnan bin Haji Maah yang
memerintah dari tahun 1963-1998 adalah waris Seia Raja, Kampung Bukit yang pernah
memakai destar jenis ini manakala warna kegemaranya adalah hijau. Penciptaan idea
destar ini berdasarkan daun kacang yang melambangkan kesuburan dan kesatuan.

DESTAR SARANG KERENGGA


Destar ini agak berbeza dengan bentuk Dendam Tak Sudah. Destar unik yang amat menarik
ini menggunakan lima lipatan yang disebut takuk dan daun lambaian kasihny tergantung
seperti sarang kerengga di sebelah kanan pemakainya. Destar jenis ini pernah dipakai dalam
majlis adat istiadat diraja oleh al-Marhum Tunku Muhammad, Yang di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan (1898-1933)
DESTAR KACANG DUA DAUN

Destar jenis ini pernah dipakai oleh D.Y.M.M. Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
pada awal tahun 1950-an. Ia diilhamkan daripada daun kacang yang subur.

DESTAR HELANG MENYAMBAR


Destar ini merupakan pakaian hulu untuk Datuk-Datuk Lembaga Adat di Luak Rembau
pada zaman dahulu. Pada sekitar 1950-an, destar jenis ini juga pakaian hulu yang popular
kepada pengantin lelaki. Biasanya warna merah bersulam benang emas menjadi pilihan
mereka.

DESTAR DENDAM TAK SUDAH


Destar Dendam Tak Sudah yang berwarna ungu dengan lipatan lima takuk ini merupakan
ikat kepala yang dikhaskan penggunannya kepada Undang atau Penghulu Luak di Negeri
Sembilan.

DESTAR DENDAM TAK SUDAH


Destar ini banyak dipakai oleh masyarakat di situ. Ikatan asas destar ini adalah sama,
hanya perbezaan pada arah lambaian kasih dan bilangan takuknya. Destar ini yang
mempunyai tiga lipatan takuk merupakan destar yang dipakai oleh Datuk-Datuk Adat di
Negeri Sembilan dan corak kakinya beragi atau berpetak dan lazimnya warna natarnya
adalah hitam.

DESTAR DENDAM BERAHI


Destar Dendam Berahi yang diperbuat daripada kain songket berwarna biru laut bersulam
benang perak adalah salah satu yang dipakai oleh Undang Luak di Negeri Sembilan pada
suatu ketika dahulu. Destar jenis ini mudah dekenali kerana ciri bentuk lambaian kasihnya
yang sama lebarnya dan menebal selari tepat pada bahagian hadapan pemakainya.

KELANTAN DARUL NAIM


DESTAR SETANGAN ISIH
Kelantan Darul Naim adalah sebuah negeri yang kaya dengan budaya termasuk seni lipatan
destar yang dinamakan Setangan Isih dan banyak dipakai oleh rakyat biasa dan juga dalam
persembahan Mak Yong. Iaitu sejenis persembahan tradisional merangkum penceritaan,
nyanyian dan tarian.

DESTAR KETAM BUDU


Destar ini digunakan oleh pembesar Negeri Kelantan. Warna destarnya hitam dengan
bersulam benang emas. Destar ini dan destar lain seperti Destar Panglima Raja dan Paduka
Raja menutupi seluruh bahagian kepala.
DESTAR KETAM BUDU
Ikatan jenis ini adalah asas kepada semua jenis ikatan destar di Alam Melayu sejak beratus
tahun dahulu. bentuknya berupa layar sebuah perahu masyarakat melayu.

DESTAR BULANG HULU


Setiap perguruan silat mempunyai ciri-ciri perbezaan dari sudut ikatan kepala. Bulang
Hulu merupakan salah satu ikatan destar yang kerap dipakai oleh pesilat di Negeri
Kelantan. Bentuk asasnya amat ringkas dan bersesuaian dengan kelincahan dan
ketangkasan pesilat.

DESTAR SUDU ITIK


Destar jenis ini lazimnya dipakai oleh perguruan silat. Ia popular sewaktu zaman
pemerintahan Sultan Tajuddin di Kedah. Adalah difahamkan, jenis destar jenis ini
diadaptasikan daripada ikat kepala masyarakat Jawa sewaktu lawatan Baginda ke sana.

SABAH BUMI DI BAWAH BAYU


DESTAR SIGA
Negeri Sabah yang terkenal dengan pelbagai kumpulan etnik
pribumi dengan seni budaya yang amat unik, antaranya seni
ikatan kepala yang diguna pakai oleh suku kaum kadazan di
Penampang daripada kain tenunan. Ikat kepala ini dikenali
panggilan Siga

JOHOR DARUL TAKZIM

DESTAR BELAH MUMBANG


Ikatan jenis ini adalah asa kepada semua jenis ikatan destar
Alam melayu sejak beratusan dahulu. Bentuknya berupa layar
sebuah perahu masyarakat Melayu.,
TANJAK LAKSAMANA JOHOR-RIAU
Tanjak ini adalah pakaian Laksamana pada zaman dahulu dan
berasaskan kepada destar Belah Mumbang. Sebagai pegawai yang
bertanggungjawab di laut, maka songket berwarna biru
berbenang perak digunakan. Tanjak ini mempunyai tiga lipatan
berombak-ombak pada bahagian hadapan manakala bahagian
asasnya terdapat tiga lipatan daun sirih.

DESTAR LUBANG LAYAR


Lubang Layar merupakan destar yang dipakai oleh anak-anak
raja atau datuk-datuk di Negeri Johor pada masa dahulu.
Bentuk destar ini menirus ke atas dan ia diasaskan daripada
solek Mumbang Belah. Di bahagian pucunknya terbentuk dua daun
yang trerbuka yang melambangkan kain layar sebuah perahu
sedang mengembang.
TANJAK TEBING LAKSAMANA
Tebing Laksamana sesuai dengan namanya, adalah pakaian rasmi
bagi jawatan Laksamana sejak zaman Empayer Melayu Melaka
lagi. Ikatan destar ini berasal dari zaman pemerintah Johor-
Riau. Bahagian depan destar mempunyai tiga lipatan berombak
yang amat menarik.

TANJAK TEBING RUNTUH


Ikatan jenis ini adalah pakaian hulu anak-anak raja pada masa lampau di Johor. Mempunyai lipatan tiga tingkat yang dikenali sebagai lipatan
susun sirih dan daun tajuknya melambai kesebelah kanan.

KEDAH DARUL AMAN


DESTAR LAKSAMANA KEDAH
Destar berwarna hitam daripada kain songket dengan ikatan
asas susun sirih ini adalah contoh ikatan Negeri Kedah Darul
Aman yang dipakai oleh laksamana. Bentuknya yang unik dengan
segagah namanya adalah pakaian hulu kerabat diraja Kedah
pada masa dahulu. Sekali imbas ia seakan-akan ikatan Dendam
Tak Sudah, namun jika diteliti dengan rapi perbezaannya,
daunnya dinaikkan ke atas, manakala dua pucuk yang disebut
kuasa, berkedudukan sebelah menyebelah di bahagian kiri
pemakai

DESTAR TEMENGGONG KEDAH


Ikatan destar ini dipakai oleh kerabat diraja Negeri Kedah.
Pasa masa sekarang ikatan yang sama dipakai oleh golongan
bukan istana dengan daun kuasa terletak di sebelah kiri

SARAWAK BUMI KENYALANG


TANJAK BUDIS TAK BALIK
Terdapat sejenis ikatan yang dikenali dengan nama Bugis Tak
Balik banyak dipakai pada masa dahulu di neger-negeri yang
mempunyai pengaruh Bugis seperti Terengganu, Johor, Selangor
dan Perak. Destar berwarna merah ini merupakan ikatan hulu
masyarakat Bugis di Sarawak.

You might also like