You are on page 1of 5

ABA2073

SEKOLAH KEBANGSAAN KLEBANG JAYA


31200, CHEMOR, PERAK DARUL RIDZUAN

MINIT MESYUARAT GURU BILANGAN 1/2018

Tarikh : 27 Disember 2017


Hari : Selasa
Masa : 8.00 pagi
Kehadiran : Rujuk Lampiran
Agenda : 1. Ucapan Pengerusi
2. Ucapan Aluan Selamat Datang
3. Seimbas Kisah Lalu
4. Pencapaian PKSR 2
5. Pencapaian UPSR 2017
5. Aduan
6. KPI Kehadiran
7. Hala Tuju 2018
8. Hal-hal Lain

1.Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru.


1.2 Pengerusi meminta mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa. Bacaan doa disempurnakan oleh
Ustaz Ahmad Nazmi bin Md Tajuri.
1.3 Pengerusi bertanyakan khabar semua guru dan berharap semuanya sihat sejahtera sepanjang
cuti dan boleh menjalankan tugas dengan baik bagi sesi persekolahan 2018.
1.4 Pengerusi menyatakan pihak sekolah berdukacita atas perkara yang menimpa Pn Nurul Syazwa
binti Zulkifli. Kemungkinan besar beliau akan bercuti (cuti sakit) dalam tempoh yang agak lama
iaitu 2 hingga 3 bulan.
1.5 Pengerusi menyatakan seramai empat orang guru yang bertukar iaitu En Jokhairi (ke SK Tanah
Hitam), En Abu Bakar (ke SK Meru), Pn Mira (ke SK Pengkalan Pegoh) dan Pn Juliana (masih
menunggu surat).
1.6 Terdapat guru yang baru yang belum melaporkan diri iaitu Pn Sinar Suria. Manakala En
Nasharuddin memang tidak dapat melaporkan dan akan ada guru pra lain yang
menggantikannya.

2. Ucapan Aluan Selamat Datang

2.1 Guru Besar mengucapkan selamat dating kepada empat orang guru baru iaitu Puan Normizal bt
Mat Yashim, Puan Nurhidayah binti Kamal, Encik Mohammad Akmal Alif bin Azman dan Puan
Nor Sinar Suria bt Sansudin(akan hadir lapor diri pada 1/1/18).
2.2 Guru Besar menyatakan jumlah guru adalah seramai 82 orang mengikut data e-operasi yang
terkini.
2.3 Guru Besar memaparkan skop/agenda mesyuarat pada hari ini.
2.4 Guru Besar menyangkan video klip lagu nyanyian Afghan iaitu KepadaMu Ku Bersujud dan
meminta semua guru menghayati lirik lagu tersebut.
2.5 Guru Besar meminta guru melihat metodologi berdasarkan lagu tersebut di mana guru perlu
mengajar murid dengan ikhlas dan melaksanakan tanggungjawab kerana Allah.
2.6 Guru Besar meminta pendapat guru-guru tentang gambar slaid yang dipamerkan.
3. Seimbas Kisah Lalu

3.1 Guru Besar mengimbas kisah lalu tentang 9 perkara sebelum dating 10 perkara lain dan
meminta semua guru mengingatinya.
3.2 Terdahulu apabila Guru Besar meminta guru menyenaraikan perkara-perkara yang dimahukan,
guru-guru hanya menyenaraikan 11 perkara (antaranya ialah jersi, muka sentiasa senyum dan
mempermudahkan banyak urusan)
3.3 Guru Besar menyatakan semuanya telah dituruti maka pada tahun ini perlu mengikut kehendak
beliau iaitu 9 Perkara berikut :

 Bekerjasama
 Patuh dan Ikut Peraturan
 Tepati Masa dan Tidak Sub (jangan menyuruh orang lain punch kad kehadiran)
 Bersih dan Kemas
 Cuti Sakit perlu diisi dalam HRMIS (7 orang tidak isi tahun lepas) Guru Besar ditegur
 Cuti Rehat perlu diisi dalam HRMIS (11 orang tidak isi tahun lepas) oleh Jabatan.
 Relief
 Biasakan mengucap Terima Kasih
 Berdoa dan Bersyukur

3.4 Guru Besar menekankan juga tentang Kaedah Mendidik iaitu :

 Cara bertanya
 Tuntun
 Tegah
 Tarik
 Takzir
 Tadah

3.5 Guru Besar mengingatkan guru-guru tentang kaedah pengajaran yang berkesan.
 Guru-guru perlu tahu bagaimana untuk menarik perhatian dan ‘handle’ murid.
 Jika kelas terlalu bising, guru-guru boleh cuba masuk kelas, berdiri dan diam sambil
merenung murid yang membuat bising.
 Tidak boleh memalukan di khalayak ramai
 Tidak menegur spontan sebaliknya member ganjaran (doa).
 Memanggil dengan panggilan yang baik.

4. Pencapaian PKSR 2

4.1
KELAS TAHUN 1 TAHUN 2 TAHUN 3 TAHUN 4 TAHUN 5
JUMLAH CALON 233 215 243 232 200
CEMERLANG 29 17 1 3 1
LULUS ABCD 168 141 154 87 84
% LULUS 72.1 65.89 63.37 37.5 42
GPS 2.33 2.4 2.64 3.55 3.43

4.2 Guru Besar mempersoalkan mengapa pada tahap 1 prestasi murid-murid bagus tetapi apabila
masuk ke tahap 2 semakin menurun dan merosot. Beberapa isu yang wujud ialah :
 Adakah soalan tahap 1 mudah?
 Adakah budak tahun tersebut ok?
 Adakah terdapat soalan bocor? Tahap 1
 Adakah cikgu ajar jawab?
 Adakah skop soalan tidak meliputi semua topik?

 Soalan memang susah


 Soalan meliputi semua topik
 Pemarkahan telus Tahap 2
 Murid tidak membaca soalan dengan teliti
 Murid cuai dan tidak membaca

5. Pencapaian UPSR

5.1.
Jumlah Calon 187
Cemerlang 2
% Lulus ABCD 56.7 %
% Lulus -
GPS -
Bahasa Melayu Pemahaman 98.4 %
Bahasa Melayu Penulisan 97.9 %
Bahasa Inggeris Pemahaman 79.1 %
Bahasa Inggeris Penulisan 56.7 %
Matematik 79.1 %
Sains 96.8 %

5.2 Guru Besar meminta semua guru membantu menaikkan prestasi terutamanya dalam subjek
yang rendah pencapaiannya.

6. Aduan

6.1
Jenis Aduan Kata-kata Kesat Pukul dan Cubit Tidak Menanda Lepas Lambat
Buku
Jumlah 2 2 2 2
Sahih 2 2 2 2
Sesi petang petang 1 pagi pagi
1 petang

6.2 Sesi persekolahan juga ada sedikit perubahan berbanding tahun lepas. Waktu pulang pada hari
Jumaat bagi sesi persekolahan tahun ini ialah jam 12.00 tengahari. Inisiatif ini diambil kerana
keadaan agak sesak pada tahun lepas kerana waktu pulangnya ialah pada jam 12.30 tengahari.

6.3 Menurut Guru Besar, terlalu ramai yang ingin masuk mendaftar ke SK Klebang Jaya. Jumlah
murid 2018 yang terkini ialah :
Tahun Jumlah Murid
1 238
2 233
3 215
4 243
5 232
6 200

6.4 Guru Besar juga menyatakan bahawa dua kelas prasekolah akan ditambah nanti.

7. KPI Kehadiran

7.1 Pada tahun lepas KPI kehadiran : 95%. Pencapaian : 92%.

7.2 Guru Besar berharap pencapaian kehadiran murid ke sekolah dapat dipertingkatkan lagi.

8. Hala Tuju 2018

8.1 Pada tahun 2018, Guru Besar memandang serius terhadap aspek disiplin dan keceriaan.

8.2 Guru Besar menyatakan bahawa disiplin perlu bermula dari pangkal. Guru-guru perlu
menunjukkan contoh yang baik kepada murid-murid.

8.3 Peraturan baru yang akan dikuatkuasakan ialah murid-murid hanya dibenarkan lalu di laluan
hadapan kelas sahaja.

8.4 Murid-murid juga perlu berpegangan tangan secara berpasangan dalam barisan untuk bergerak
ke mana-mana sahaja (kantin, bilik-bilik khas, padang dan lain-lain.)

8.5 Murid-murid juga dilarang sama sekali untuk berlari-lari di sekitar kawasan sekolah.

8.6 Guru Besar menyatakan pada bulan Februari akan diadakan gotong-royong perdana.
Jawatankuasa Keceriaan sekolah perlu membuat kertas kerja pelaksanaan program ini.

8.7 Program gotong-royong perdana ini akan melibatkan ibu bapa.

8.8 Tarikh yang dicadangkan adalah pada 24 Februari 2018.

8.9 Bagi menceriakan kelas dan bilik darjah, Guru Besar ada menyediakan cat dan guru-guru boleh
mendapatkannya pada En Mohd Azharri bin Othman (PK HEM).

8.6 Guru besar meminta semua guru menjawab forum di dalam VLE Frog. Forum 1 ialah berkaitan
disiplin dan Forum 2 ialah berkaitan Keceriaan. Semua guru wajib menjawabnya.

8.7 Guru Besar berharap semua guru dapat membantu pihak sekolah dalam mempertingkatkan dua
KPI dan hala tuju utama SK Klebang Jaya pada tahun ini iaitu berkaitan disiplin dan keceriaan.
9. Hal-hal Lain

Tiada

Ucapan Penangguhan

Guru besar mengucapkan terima kasih atas perhatian yang diberikan oleh semua guru. Guru Besar
berharap segala perancangan pada tahun 2018 dapat dilaksanakan atas kerjasama oleh semua guru.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.00 pagi.

Disediakan oleh, Disemak dan Disahkan oleh,

(NURHIDAYAH BINTI KAMAL) (MUHAMMAD KASIM BIN MAT RADZI)


Setiausaha Mesyuarat Guru Guru Besar
SK Klebang Jaya, SK Klebang Jaya,
Chemor, Perak Chemor, Perak

You might also like